25/06/2024
Kenapa Simpan Emas?
Soalan ini sering ditanyakan apabila saya syorkan "Simpan emas sekarang!"
Mari kita lihat kenapa perlu kita ada simpanan emas Fizikal.
1. Simpan duit dan simpan emas ialah untuk kegunaan masa depan, sebab kita tidak dapat meramalkan apa akan berlaku akan datang.
2. Beza simpan duit dengan simpan emas ialah nilai duit semakin lama semakin susut, simpan emas makin lama nilinya semakin tinggi.
Apa buktinya?
✅ Dulu tahun 60an kita boleh beli secawan Kopi dengan harga 20 sen. Tapi sekarang untuk beli kopi yang sama harganya dah jadi $1.20 betul?
✅ Dulu harga barang dan perkhidmatan memang kita tidak dapat dielakkan dan akan terus meningkat naik dari tahun ke tahun disebabkan Inflasi.
Inflasi adalah penyebab utama kenapa nilai wang kita semakin susut.
Jadi satu cara untuk lindungi kekayaan kita 'protect your wealth' ialah dengan tukarkan duit kertas kita kepada emas. Sebab emas adalah kalis Inflasi.
Apa buktinya?
✅ Apa yang boleh kita beli 1400 tahun dahulu. Kita boleh beli barang yang sama sekarang.
✅ Semasa zaman Nabi Muhammad SAW. 1 Dinar emas boleh beli seekor kambing dan hari ini kalau kita ada 1 Dinar emas masih boleh beli seekor kambing.
Untuk lebih jelas sila tonton video di bawah ini:
https://youtu.be/Vy8pw8rmqyM
Sekian.
Mohd Suliman Hafid
Star Master Dealer Public Gold
Bio: https://onegolddinar.net
Mohd Suliman Hafid