ISTIMEWA MERDEKA 67: Sajak Jiwa Merdeka
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia, Variativi mempersembahkan sebuah sajak bertajuk Jiwa Merdeka karya Pena Arjuna yang dideklamasikan oleh adik Haifa Haniyah.
INFO: Kelibat Proton e.Mas 7 Di Perarakan Hari Kebangsaan ke-67
PROTON e.MAS 7 bakal membuat penampilan awam pertamanya dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 buah kereta yang menampilkan pelbagai model Proton di perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 pada 31 Ogos 2024.
JENTERA JALAN: Kenderaan Elektrik (EV) Jenama Xpeng Pertama di Malaysia
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Xpeng G6 yang dikatakan pesaing rapat kepada Tesla Model Y, secara rasminya menjadi jentera pertama di bawah jenama Xpeng, pengeluar kenderaan elektrik (EV) China memasuki pasaran Malaysia dengan harga tawaran bermula dari RM165,820.
DESTINASI: Pusat Bandar Elmina, Sime Darby Property.
Sime Darby Property memperkenalkan Pusat Bandar Elmina yang berkeluasan 6,500 ekar di kawasan perbandaran mega Elmina, Shah Alam. Pembangunannya dimulakan dengan pembukaan kompleks beli belah Elmina Lakeside Mall dan pelancaran komponen perumahan pertama, Kanopi Residence.
Sumber: City & Country, The Edge Malaysia.
INFO: Tiada Pihak Yang Terpinggir Dalam Merencanakan Agenda Bumiputera - PM
Petikan-petikan ucaptama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bermotokan penyertaan, pemilikan dan penguasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
INFO: Ringgit Bergerak Di Landasan Yang Betul, Disokong Oleh Asas Ekonomi Yang Kukuh
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menyifatkan pergerakan Ringgit ketika ini adalah positif dan mampan. Disokong oleh beberapa faktor seperti perbezaan kadar faedah yang mengecil disebabkan langkah polisi kadar pasaran US dan juga asas ekonomi negara yang kukuh.
JENTERA JALAN: Proton X70 2025, Bertambah Kacak Selepas Dinaik Taraf
SUMMARY: Selepas hampir 6 tahun berada di atas jalan sejak ia dilancarkan pada Disember 2018, kini tiba masanya Proton X70 menerima beberapa sentuhan baru supaya kelihatan lebih menawan dan terus kekal relevan sebagai pesaing di dalam kategori Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) segmen C di pasaran tempatan.
INFO: 300 Van Tambahan Perkhidmatan Rapid DRT
Prasarana Malaysia Berhad menambah baik perkhidmatannya dengan penambahan 300 buah van bagi pengoperasian ‘Demand Responsive Transit’ DRT di bawah Rapid Bus Sdn Bhd.
INFO: Penjenamaan Semula KPJ Healthcare Selepas 43 Tahun
KPJ Healthcare telah memperkenalkan identiti jenama baharunya selepas 43 tahun beroperasi sebagai satu elemen penting dalam proses transformasinya yang bermula pada tahun 2023.
PRODUK: GX Bank Kini Memiliki 750,000 Pengguna
Pengerusi Lembaga Pengarah GX Bank Bhd, Datuk Zaiton Mohd Hassan memberitahu, pengguna GX Bank kini telah melebihi 750,000 dan membuka lebih 800,000 ‘Saving Pockets’ (saku simpanan) sejak ia dilancarkan pada November tahun lepas.
INFO: Lesen Motosikal Kelas B1& B2 Boleh Naik Taraf Bermula 1 Oktober 2024
Kepada pemegang-pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal Kelas B1 atau B2 yang ingin menaik taraf kepada Kelas B Penuh boleh berbuat demikian bermula 1 Oktober ini menerusi satu program khas peralihan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
INFO: LTSAAS Kembali Beroperasi Mulai Ogos Ini Selepas 22 Tahun.
Perkhidmatan penerbangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang akan beroperasi semula bermula Ogos ini tanpa penerbangan tengah malam. Operasi pesawat lorong tunggalnya telah dihentikan sebelum ini kerana berpindah ke KLIA pada 2002.
PRODUK: Azack Pizza Melahirkan Usahawan F&B
Azack Pizza mula beroperasi circa Tahun 2020 ketika negara sedang bergelut dengan krisis kesihatan dan keselamatan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan. Dalam situasi yang agak genting, sepasang suami isteri nekad untuk menjalankan perniagaan pizza dari rumah dengan bermodalkan 3 kg tepung terakhir yang ada di dapur.
JENTERA JALAN: SUV Premium Jaecoo J7 Secara Rasmi Dilancarkan
JAECOO Malaysia secara rasminya melancarkan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Premium Jaecoo J7 ke pasaran tempatan. Penampilan Jaecoo J7 ini dianggap tepat pada masanya kerana permintaan terhadap kenderaan jalan lasak yang serbaguna dan selesa sedang meningkat.
INFO: Maybank IB Melancarkan ‘myimpact Invest’
Maybank Investment Bank telah melancarkan sebuah kempen khusus buat pedagang-pedagang runcit yang dikenali sebagai ‘myimpact Invest’ bagi menggalakkan pelaburan di dalam saham-saham alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta patuh syariah.
INFO: CelcomDigi Melancarkan Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan (AiX)
CelcomDigi Bhd melancarkan Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan (AiX) bernilai RM55 juta di Hub CelcomDigi Taman Teknologi Subang Jaya. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil.
INFO: Koleksi Lengkap Keluarga Mercedes-Benz di KL Base.
Bermula dari 5hb hingga 7hb Julai ini, Mercedes Benz Malaysia bakal menganjurkan sebuah pameran terbesar koleksi lengkap keluarga Mercedes, dikenali sebagai Mercedes-Benz World yang bertempat di KL Base, Sungai Besi. Lebih 30 model jentera daripada keseluruhan segmen termasuk tiga model AMG berprestasi tinggi akan dipertontonkan.
INFO: Ujian Tatacahaya LED di Menara Merdeka 118
Pemandangan di Menara Merdeka 118 ketika menjalani ujian lampu LED yang telah dikemaskini. Kelihatan mercu tanda kebanggaan negara tersebut seolah-olah bermandikan cahaya dengan pelbagai corak dan gaya.
DESTINASI: Apple Store Pertama Malaysia di The Exchange TRX
Tepat jam 10 pagi tadi, secara rasminya Apple Store yang terletak di Kompleks Beli Belah The Exchange TRX telah pun membuka pintunya kepada orang ramai. Ia merupakan kedai pertama Apple di Malaysia dan keenam di Asia Tenggara.
DESTINASI: Riwayat, Toko Buku Mandiri Kesinambungan Legasi
Riwayat, sebuah toko buku mandiri di Jalan H.S. Lee milik Roestam Alias, anak kepada sasterawan dan penyair tersohor negara iaitu Tengku Alias Taib atau lebih dikenali sebagai T. Alias Taib telah beroperasi sejak tahun 2022.