info.semasa

info.semasa Sumber informasi terkini

Bayi enam bulan m*ut, lem@s dalam selimutMELAKA - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan m*ut selepas ditemukan tidak se...
10/12/2024

Bayi enam bulan m*ut, lem@s dalam selimut

MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan m*ut selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dipercayai akibat lem@s dalam selimut ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, di Merlimau, Jasin di sini, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 itu, pengasuh wanita berusia 27 tahun mendapati muka bayi berkenaan, Harraz Noah Nazrul Nizam, telah ditutupi selimut.

Bapa bayi, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu ketika dihubungi isteri Ainol Izzah Raslan 25, kira-kira jam 11.40 pagi.

Menurutnya, ketika itu isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat yang sama menangis teresak-esak dan memaklumkan pengasuh memberitahu anak mereka yang mesra dipanggil Harraz tidak sedarkan diri.

"Saya terus hubungi ibu dan ibu bergegas ke rumah pengasuh kira-kira 20 minit kemudian mendapat bibir Harraz kebiruan.

"Pengasuh mendakwa muka anak saya telah tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini, pada Isnin.

Nazrul Nizam yang bekerja sebagai mekanik berkata, ibunya terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Namun bila tiba di hospital doktor memaklumkan anak saya sudah tiada.

"Siapa yang tak sedih namun kami suami isteri reda dan tidak menyalahkan sesiapa," katanya lagi.

Jelasnya, mula mengenali pengasuh yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu menerusi media sosial, Facebook sebelum membuat keputusan untuk menghantar anaknya itu kepada wanita terbabit sejak tahun ini.

Sementara itu, Ainol Izzah berkata, hasrat untuk membawa anaknya p**ang ke kampungnya di Manjung, Perak pada minggu ini tidak kesampaian.

Katanya, selama ini dia dan suami berpuas hati dengan layanan pengasuh terhadap anaknya dan menganggap kematian anaknya itu sebagai asbab.

"ALLAH lebih sayangkan anak saya, biarpun sedih namun saya harap terus kuat lebih-lebih lagi ini anak sulung kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin. Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kes tersebut masih dalam siasatan oleh pegawai penyiasat dan hasil siasatan akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau selepas selesai proses bedah siasat.

NOR FARHANA YAACOB
09 Disember 2024 08:14pm

Kredit ➡️ Sinar Harian


Remaja mati lem@s jatuh loji air ketika menjalaOleh MOHD SHARKAWI LONDING9 Disember 2024, 11:34 pmJOHOR BAHRU – Keserono...
10/12/2024

Remaja mati lem@s jatuh loji air ketika menjala

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
9 Disember 2024, 11:34 pm

JOHOR BAHRU – Keseronokan empat remaja menjala ikan di loji air berhampiran Yoyo Rakit, Jalan Utama, Felda Cahaya Baru, Masai di sini bertukar tragedi apabila salah seorang mereka ditemui mati lem@s.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang tadi.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapat maklumat mangsa dikenali Mohamad Saril Masrabi berusia 14 tahun terjatuh ke dalam loji ketika menjala ikan di pintu air bersama rakan-rakannya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan menggunakan peralatan seperti grappling iron dan tali sepanjang 50 kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, mangsa berjaya ditemui pada pukul 5.25 petang, kira-kira 10 kaki dari lokasi tempatnya terjatuh.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

KOSMO! ONLINE.

09/12/2024

Setengah jam tersepit, 'King' terbabas rempuh pokok

NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
09 Disember 2024 06:37pm

KEMAMAN - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila kedua-dua kakinya tersepit pada pedal minyak selepas kereta Perodua Myvi dipandu terbabas lalu melanggar sebatang pokok.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kertih, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Nazri Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku berdekatan Perumahan Rantau Petronas, Kertih, di sini pada Isnin.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.40 pagi sebelum mengerahkan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba kita dapati mangsa berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan namun kedua-dua kakinya tersepit pada pedal minyak kereta.

Pihak bomba mengambil masa antara 30 hingga 40 minit untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan tersebut dan operasi ditamatkan jam 8.37 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Isnin.

Mohd Nazri berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja di Kertih menghala ke rumah di Kemasik.

Katanya, mangsa diberitahu ada berjanji dengan rakannya untuk minum pagi namun tidak kunjung tiba setelah terlibat dalam insiden tersebut.

Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kereta namun tidak berjaya menyebabkan kereta dipandunya terbabas.

"Mangsa mengalami beberapa kecederaan antaranya patah pergelangan siku kiri dan kaki kanan serta telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan," ujarnya.


Lima sekeluarga cemas, kereta dinaiki dihanyut arus derasNILAI - Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun b...
09/12/2024

Lima sekeluarga cemas, kereta dinaiki dihanyut arus deras

NILAI - Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Jalan Taman Semarak 2 di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 5.19 petang dan sebaik sampai di lokasi, didapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga terperangkap di dalam banjir.

"Terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun telah berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

"Mereka dikatakan dari Pahang dan datang ke Nilai untuk melawat keluarga, namun tidak dapat dipastikan ketika kejadian itu mahu ke mana," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun sedikit trauma dengan kejadian berlaku.

Jelas beliau, terdapat beberapa lagi lokasi lain dinaiki banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang.

"Namun hujan sudah berhenti dan keadaan air semakin surut. Kita akan terus berada di lokasi untuk melakukan pemantauan," katanya.

SYAMILAH ZULKIFLI
08 Disember 2024 07:19pm

Artikel ➡️ Sinar Harian


09/12/2024

Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api

Adie Sufian Zulkefli
09/12/2024 06:00 MYT

LANGKAWI: Pengunjung di Pantai Chenang, di sini, bertempiaran lari sebaik melihat api menjulang tinggi dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah restoran, malam tadi.

Ketua Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berkaitan berlaku kebakaran di sebuah premis pada jam 8.11 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota bersama tiga jentera bersama sebuah ‘Water Tanker’ dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi api marak menjulang sehingga menyambar tiang elektrik. Tindakan pantas anggota melakukan pemadaman dengan satu aliran dua pancutan pada bahagian kiri dan kanan restoran terbabit, manakala dari belakang premis pemadaman dilakukan dengan semburan air dari jentera bomba.

“Kebakaran turut merebak ke sebuah restoran lain yang berada bersebelahan. Turut terbakar sebuah kereta Proton Saga BLM,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohd Zamri berkata, restoran itu musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.


08/12/2024

Habis tenggelam kereta

Samadi Ahmad
[email protected]

Putrajaya: Beberapa kenderaan penduduk yang diparkir berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11 di sini, ditenggelami banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada jam 4.50 petang susulan hujan lebat.

Menurutnya, situasi berada dalam keadaan terkawal dan air dilaporkan sudah surut sepenuhnya.

Katanya, setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan yang ditenggelami air.

"Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya ketika dihubungi.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, anggota bomba bersama jentera dan polis turut berada di kawasan banjir bagi memantau keadaan.

Disiarkan pada: Disember 8, 2024 @ 6:59pm


08/12/2024

Dah Tau Lori makan side.
Gagah jugak nak menyelit..


Tak sempat larikan diri, 4 wanita dicekup di lampu isyarat angkara samun rantai warga emas di Seri KembanganSERAMAI empa...
08/12/2024

Tak sempat larikan diri, 4 wanita dicekup di lampu isyarat angkara samun rantai warga emas di Seri Kembangan

SERAMAI empat wanita ditahan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Semangat PJS 13, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis kerana disyaki terlibat dalam kes samun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, keempat-empat wanita tempatan yang ditahan itu didapati menyamun rantai leher seorang warga emas berusia 69 tahun di Seri Kembangan, Selangor pada 28 November lalu.

Beliau berkata, kesemua suspek itu berusia antara 30 hingga 41 tahun.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan rumahnya dan didatangi sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Tiga wanita tidak dikenali keluar daripada kenderaan itu, lalu memberitahu tentang pinjaman dan bantuan khas untuknya.

"Suspek mengajak warga emas berkenaan ke pejabatnya di South City Plaza, Serdang Perdana dan apabila tiba di sana, seorang daripada suspek menarik rantai leher warga emas itu ketika dia keluar kereta sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anbalagan berkata, kes bagaimanapun masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk perintah reman pada Jumaat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 03-8074 2222," tambahnya. — Majoriti

Oleh HAMIZAH GUNAWAN
Jumaat, 06 Dis 202410:56 AM MYT


Kanak-kanak hilang ketika mandi di sungai Kampung Piasau ditemui lemas08 Disember 2024, 10:30amKOTA BELUD: Kanak-kanak p...
08/12/2024

Kanak-kanak hilang ketika mandi di sungai Kampung Piasau ditemui lemas

08 Disember 2024, 10:30am

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai Kampung Piasau, semalam ditemui lemas pagi ini.

M@yat Lysbet Tom Jones, 10, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama orang kampung pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada jam 8.36 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pasukan operasi bersama agensi penyelamat lain memulakan operasi SAR hari kedua, pada jam 8.10 pagi.

Katanya, operasi pencarian dengan kaedah surface rescue dan selaman.

“Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan SAR bersama orang kampung pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, susulan penemuan m@yat mangsa, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, Lysbet Tom Jones dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.

Berikutan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud yang menerima panggilan kejadian itu pada 2.41 petang dan menggerakkan operasi mengesan kanak-kanak terbabit.

Operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan penduduk kampung.

Artikel

Remaja m*ut kereta hilang kawalan bertembung loriKOTA BHARU - Seorang remaja lelaki m*ut selepas kereta yang dipandunya ...
08/12/2024

Remaja m*ut kereta hilang kawalan bertembung lori

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki m*ut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori di Kampung Padang Tengah, Ketereh di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan p@rah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa dari arah Ketereh menghala ke Kampung Chekok Serendah.

"Setiba di lokasi kejadian kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori jenis Hino.

"Lori dipandu oleh seorang lelaki berusia lewat 30-an itu datang dari arah Kampung Chekok Serendah menghala ke Ketereh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan p@rah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Mohd Rosdi berkata, m@yat mangsa telah dibawa ke Hospital Pakar USM Kubang Kerian untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil hadir untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau hubungi talian 09-7752315.

"Kami turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalulintas yang berkuatkuasa di Malaysia," katanya.

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
08 Disember 2024 07:38am

Artikel ➡️ Sinar Harian


Maut dilanggar kereta ketika tunggu lampu isyarat merahSEPANG, SELANGOR - Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebua...
06/12/2024

Maut dilanggar kereta ketika tunggu lampu isyarat merah

SEPANG, SELANGOR - Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Emas, Puchong pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berumur 27 tahun yang menunggang sebuah motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah di lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, sebuah kereta dipandu seorang wanita berumur 39 tahun dari arah Putra Perdana menghala ke Sri Aman.

"Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terjatuh," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

"Siasatan lanjut berkaitan kemalangan ini masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Sinar Harian
Oleh: MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKIMUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
06 Disember 2024


Hina Melayu, Makcik Kemboja didenda RM40,000Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews@bh.com.myDecember 6, 2024 @ 5:24pmAYER KEROH: ...
06/12/2024

Hina Melayu, Makcik Kemboja didenda RM40,000

Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]
December 6, 2024 @ 5:24pm

AYER KEROH: Usahawan wanita, Mariyah Yaakob yang digelar 'Makcik Kemboja' didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dalam satu video di media sosial mendakwa orang Melayu sebagai malas, tahun lalu.

Mahkamah sama bagaimanapun membebaskan anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23, dengan bon jaminan berkelakuan baik RM10,000 tanpa cagaran selama setahun beserta seorang penjamin warga Malaysia atas kesalahan memulakan hantaran komunikasi video itu di media sosial.

Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman itu selepas Mariyah, 48, dan Ezuan Hafsham masing-masing menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka pada perbicaraan kes hari ini.

Dalam penghakimannya, beliau membuat pertimbangan maksimum fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan serta memerintahkan Mariyah dipenjara enam bulan jika ingkar membayar denda itu, namun tertuduh melangsaikannya.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar berhujah memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap dua beranak itu.

Katanya, bermula dengan video kenyataan oleh tertuduh pertama yang amat mengguris hati kerana menyentuh bangsa Melayu dan dimuat naik di TikTok oleh tertuduh kedua menyebabkan 23 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenainya termasuk 12 di Melaka.

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' dan kerana itulah kes ini berada di mahkamah hari ini.

"Dalam isu 3R (kaum, agama, raja-raja) sepatutnya tertuduh pertama lebih prihatin dan tidak sewenang-wenangnya berkata-kata hingga boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

"Tertuduh kedua p**a sebagai orang terpelajar boleh berfikir apa kesan hantaran video itu. Jika buat video untuk ditonton sendiri di rumah tiada ada isu, tapi bila dimuat naik ke media sosial, inilah kesannya," katanya.

Sazali berkata, isu 3R bukan gurauan dan biarpun kedua-dua tertuduh membuat video permohonan maaf selepas kejadian, kesalahan sudah pun berlaku dan tidak dapat memulihkan keadaan, ibarat 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Sementara itu, peguam Kamal Hisham Jaafar memohon Mariyah dikenakan denda minimum atas beberapa alasan, termasuk menanggung tiga anak masih bersekolah, ibu berusia 70 tahun serta sebuah pusat tahfiz di Johor Bahru menempatkan pelajar anak yatim dan miskin.

Bagi Ezuan Hafsham, beliau merayu supaya tertuduh tidak didenda atau dipenjarakan dan hanya diberikan bon berkelakuan baik mengikut peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah kerana masih mengikuti pengajian berkembar di University of Reading di Malaysia dan di England.

Mengikut pertuduhan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok di alamat https://www.tiktok.com/ holdings?t=8hipugfipvi&_r=1 dan membuat suatu penyataan iaitu "… so ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak? dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas…" dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November 2023, kira-kira jam 6 petang.

Rakaman itu kemudian ditonton di sebuah rumah di Bukit Piatu, Kampung Musai, dan berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ezuan Hafsham yang juga Pengarah Mariyah Holding, p**a dituduh secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 November 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


06/12/2024

Tindakan kurang cerdik penjenayah menggunakan kad pengenalan sebagai Touch N Go selepas melarikan sebuah motosikal Yamaha RXZ memakan diri apabila tiga lelaki diberkas di sekitar Johor Bahru dan Muar.

Pelajar m*ut, 2 cedera kereta rempuh pembahagi jalanSiti Aminah Mohd Yusofam@hmetro.com.myButterworth: Seorang pelajar k...
06/12/2024

Pelajar m*ut, 2 cedera kereta rempuh pembahagi jalan

Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]

Butterworth: Seorang pelajar kolej swasta m*ut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan p@rah pada anggota badan.

Manakala dua lagi rakannya, Muhammad Amirul Johan Rizwal, 18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, masing-masing cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Manakala dua lagi rakannya, Muhammad Amirul Johan Rizwal, 18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, masing-masing cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Idrus Zakaria berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 9.44 pagi mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.


Kemalangan Bas Kesatuan Express di lebuhraya PLUS/NKVE arah selatan sebelum exit 118
04/12/2024

Kemalangan Bas Kesatuan Express di lebuhraya PLUS/NKVE arah selatan sebelum exit 118


إنا لله وإنا إليه راجعون.Al-Fatihah.بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْم...
04/12/2024

إنا لله وإنا إليه راجعون.

Al-Fatihah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمين.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
-----------------------------------------------------
Ibu m*ut ditik@m anak ‘lalok’ hisap v**e berperisa dadah

Oleh ADNAN IBRAHIM
4 Disember 2024, 6:21 pm

KLUANG – Seorang anak sanggup bertindak luar kawalan menik@m ibu kandungnya sendiri hingga mat! di Felda Ayer Hitam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia 40-an meninggal dunia ditangan anaknya yang berusia 20-an akibat cedera ditik@m pada bahagian pinggang.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa menegur suspek kerana menghisap v**e berperisa dadah dan akibat berang tindakan itu suspek bertindak mencapai sebilah pisau dan menik@m ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
dan suspek berjaya ditahan selepas kejadian itu.-KOSMO! ONLINE


4 DISEMBER 2024 | RABUNotis Pemberitahuan TerkiniJKR Terengganu Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
04/12/2024

4 DISEMBER 2024 | RABU

Notis Pemberitahuan Terkini

JKR Terengganu Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Fenomena air laut terbelah dua berlaku di KelantanOleh KOSMO!4 Disember 2024, 5:37 pmPETALING JAYA – Fenomena air laut t...
04/12/2024

Fenomena air laut terbelah dua berlaku di Kelantan

Oleh KOSMO!
4 Disember 2024, 5:37 pm

PETALING JAYA – Fenomena air laut terbelah atau terbahagi dua seperti yang berlaku di beberapa tempat terutamanya di Langkawi baru-baru ini kini berlaku p**a di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian yang berjaya ditangkap oleh juruvideo Shah Saleh menunjukkan kejadian tersebut berlaku apabila air dari Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar, Kota Bharu.

Klip video yang diambil menggunakan dron itu menunjukkan keajaiban alam turut berlaku selepas negeri itu dilanda bencana banjir besar sejak hujung minggu lalu.

“Air Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar. Di situlah pengakhiran air Sungai Kelantan dan akan bertemu air laut.

“Ini sudah tertulis dalam al-Quran di mana Allah telah jadikan air laut terbelah dua yang satunya masin dan satu lagi air tawar dan Allah ciptakan juga di bawah lautan yang besar dan luas terdapat air sungai,” tulisnya.

Katanya lagi, air tawar di bawah lautan besar itu diciptakan tidak sama sekali akan bercampur dengan air masin dari laut.

“Sungguh besar ciptaan Allah di atas muka bumi ini, Subhanallah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.


Address

Seksyen 19 Petaling Jaya
Petaling Jaya
46300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when info.semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to info.semasa:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Petaling Jaya

Show All