Terima kasih sebab sudi singgah ke Facebook rasmi Oh! Rajin betul korang nak baca page “About” ni. Banyak masa lapang ke tu? Oklah…
Apa yang korang lihat dan kenal tentang Oh! Media hari ini sebenarnya bermula daripada kisah yang menarik untuk diceritakan semula. Pada tahun 2008, Oh! Media lahir daripada idea seorang pelajar muda bernama Khai Hassan, masa tu masih belajar di Limkokwing University
, Cyberjaya. Budak hingusan lagi, tapi penuh cita-cita. Kenapa dia kat sana? Belajar lah takkan nak kait buah kelapa sawit p**ak kan? Disebabkan minat mendalam terhadap dunia komputer dan digital, Khai memilih bidang Multimedia Kreatif (Creative Multimedia). Masa kawan-kawan lain sibuk bercinta dan bersosial, Khai p**a lebih banyak habiskan masa seorang diri sebagai blogger. Oh! Media belum wujud lagi waktu tu, tapi itulah permulaannya... Dunia blogging dan forum menjadi tempat dia menulis, berkongsi dan bereksperimen. Pada tahun yang sama, Facebook yang baru wujud ketika itu dah semakin dikenali di Malaysia. Tapi ketika itu Facebook lebih menjadi tempat kita main game. Bukan macam hari ini. Kisahnya, ketika itu Khai dah memonopoli dunia forum yang dikenali sebagai SCUKZ (wujud masa zaman Khai sekolah lagi) di mana ketika itu sangat aktif bagi penggemar forum tempatan. Di forum, dalamnya dipecahkan kepada banyak kategori seperti hiburan, teknologi, dan banyak lagi. Maka dari situ lahirlah Oh! Artis yang berkongsi kisah tentang dunia artis (masa tu rakyat Malaysia rajin bergosip). Kemudian untuk gambar-gambar menarik lain, lahirlah kategori Oh! Tidak. Zaman tu media sosial tak wujud lagi. Beberapa minggu kemudian, lahirlah Oh! Islam p**a untuk perkongsian artikel keagamaan, Oh! Geekz p**a untuk berita teknologi. Bila dah banyak sangat kategori, akhirnya semua kategori ini dijadikan pelbagai website yang berdiri sendiri di bawah domain ohartis.com, ohtidak.com, ohislam.com, ohgeekz.com dan banyak lagi sebenarnya. Bila trafik makin tinggi, kos server mencecah lebih RM3,000 sebulan. Khai tahu yang semua ni dah tak boleh jadi sekadar hobi sahaja Memang kering nak maintain babe! Akhirnya, tahukah anda semuanya bermula di sebuah meja mamak? Dengan menggunakan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau di sebuah mamak kat Desa Pandan, maka kat situ jadi “office pertama” si Khai ni disebabkan nak Free Wifi punya pasal. maka nama sebuah syarikat baru diwujudkan untuk menjadi payung kepada semua branding "OH!" tu tadi. Yay!! Masa itulah jenama Oh! Media dipilih dan didaftarkan kemudian terus bergerak lebih serius (walaubagaimanapun masih lagi seorang diri). Dari sekadar s**a-s**a kepada platform sebenar yang menjadi bacaan jutaan rakyat Malaysia setiap bulan. Lepas itu, punyalah banyak client yang cari untuk beriklan. Memang betul lah tu sebab dari situlah semua kos dapat Khai bayar dan dapatlah dia menjalani kehidupan denngan baik sikit. Tapi yang paling buat kami bangga, Oh! Media sampai ke hari ini masih kekal dengan niat asal iaitu untuk membantu peniaga kecil (SME) untuk naik dan bersaing. Kami percaya bila sesuatu dibuat kerana nak berkongsi dan beri manfaat, rezeki akan datang dengan cara yang tak disangka. Maka sejak 2008 itulah, Khai telah menjalankan Oh! Media di bawah identiti syarikat seperti Oh Media Network dan berkembang kepada Oh Media Sdn. Bhd. selepas itu. Dipendekkan cerita, 10 tahun kemudian pada tahun 2018 bila dah penat semua buat sendiri, barulah Oh! Media mula ambil kakitangan tetap seperti hari ini. Pada tahun 2020, jenama yang lahir dari minat ini akhirnya menjadi sebahagian daripada iMedia Asia Sdn. serta Catcha Digital Berhad, dan kini tersenarai di Bursa Malaysia. Itulah kisah sebenar bagaimana kuasa minat (the power of passion) mampu mengubah sesuatu yang kecil jadi satu legasi besar. Akhir kata, sama ada anda followers lama, baru kenal, atau sekadar pemerhati dari jauh, kami nak ucapkan ribuan terima kasih. Sebab anda semua lah, Oh! Media masih kekal relevan sampai hari ini. We lead, others follow. Muah ciked!
_________________
Hey there! Thanks for stopping by the official Oh! Media page. You must be really free to read our “About” page, huh? Haha, alright then…
What you see and know about Oh! Media today actually began with a pretty interesting story. Back in 2008, Oh! Media was born from the idea of a young student named Khai Hassan, who was then studying at Limkokwing University, Cyberjaya. Still a kid back then, but full of big dreams. Why was he there? To study, of course not to pick palm fruits! Because of his deep passion for computers and all things digital, Khai pursued Creative Multimedia. While most of his friends were busy falling in love or hanging out, Khai spent most of his time alone as a blogger. Media didn’t exist yet, but that was where it all started the world of blogging and forums became his playground for writing, sharing, and experimenting. Around that time, Facebook had just started to get pop**ar in Malaysia but people mostly used it to play games, not to share content like today. Here’s the story: Khai had already made a name for himself in the local forum scene through a platform called SCUKZ, which was super active back in the day. The forum had different categories like entertainment, tech, relegion, lifestyle, you name it. From there, he created Oh! Artis (all about celebrity news which is Malaysians love their gossip), then came Oh! Tidak for funny and viral photos, followed by Oh! Islam for faith-based articles, and Oh! Geekz for tech stuff. Eventually, each category became its own standalone website like ohartis.com, ohtidak.com, ohislam.com, ohgeekz.com and more. As traffic grew, so did the cost of running servers reaching over RM3,000 a month. Khai knew this couldn’t just stay a hobby anymore. It was burning a hole in his pocket! And believe it or not, it all started at a mamak table. With nothing but an old laptop and a glass of iced lemon tea, Khai set up his “first office” at a mamak in Desa Pandan, all for the sake of free Wi-Fi. That’s where the brand Oh! Media was officially born. It became the umbrella for all the “OH!” brands and started moving seriously (even though he was still working solo). What started as a side project turned into a real platform, one that millions of Malaysians now read every month. Soon after, clients started reaching out for ads and collaborations. That’s when things really took off. Media finally had a way to sustain itself and most importantly, it stayed true to its mission: to help small businesses (SMEs) grow and compete. We’ve always believed that when you create something with good intentions and purpose, success will follow in ways you’d never expect. Since 2008, Khai has run Oh! Media under companies like Oh Media Network, which later evolved into Oh Media Sdn. Fast forward 10 years in 2018, after doing everything solo, Khai finally started hiring a team. Then, in 2020, this passion-born brand became part of iMedia Asia Sdn. and Catcha Digital Berhad, now listed on Bursa Malaysia. That’s the real story of how the power of passion turned something small into a lasting legacy. And finally, whether you’ve been following us since the early days, just discovered us, or even secretly stalking (we see you!), we want to say a big thank you. Because of you, Oh! Media is still here and still relevant today. Muah ciked!
_________________
Layari website kami di:
www.ohmedia.my
Jatuh cinta dengan kami di Instagram:
www.instagram.com/ohmedia
Maki-hamun kami di X:
www.x.com/ohtweet
Habiskan masa tonton video kami di Youtube:
www.youtube.com/ohmediamy
Baca blog lama Khai:
www.justkhai.com
“Oh! Media is well established Social Media, Web & Advertising company registered in Kuala Lumpur, Malaysia. “Oh Media” or “Oh! Media” are patented and copyright by Oh Media Sdn Bhd”.