Malaysiapost-TV

Malaysiapost-TV Malaysiapost merupakan portal berita yang menumpukan kepada saluran berita terkini dan sahih News & media website

Dr Akmal berkongsi gambar jogging di Putrajaya.
05/01/2025

Dr Akmal berkongsi gambar jogging di Putrajaya.

KETIKA pihak polis melakukan persiapan rapi bagi menghalang himpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya, esok. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mencuri perhatian apabila memuatnaik gambar sedang bersenam di Putrajaya. Gambar berkenaan disertakan den...

Sebenarnya, saya telahpun diminta dan dinasihatkan supaya membubarkan KDA FC sejak bulan Januari 2024.
05/01/2025

Sebenarnya, saya telahpun diminta dan dinasihatkan supaya membubarkan KDA FC sejak bulan Januari 2024.

𝙏𝙖𝙣 π™Žπ™§π™ž π˜Ώπ™§ π™ˆπ™€π™π™™ π˜Ώπ™–π™ͺ𝙙 π˜½π™–π™ π™–π™§ ULASAN | Ramai mengharapkan pihak pengurusan khususnya pihak pemilik KDA FC mencari dana bagi menjelaskan semua perbelanjaan yang melibatkan kesemua 4 pas**an. Kos perbelanjaan sebulan amat besar. Terdapat de....

UMNO batal himpunan sebagai menghormati titah Agong.
05/01/2025

UMNO batal himpunan sebagai menghormati titah Agong.

TANGGUNG sendiri risiko, itu ingatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap ahli UMNO yang akan hadir menyertai himpunan solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak esok. Ia selepas UMNO membuat keputusan membatalkan himpunan berkenaan sebagai tanda akur terhadap titah Yang di-Pertua...

Jelasnya, perhimpunan itu melanggar undang-undang sedia ada
05/01/2025

Jelasnya, perhimpunan itu melanggar undang-undang sedia ada

POLIS melakukan kawalan ketat terhadap jalan masuk ke Putrajaya esok, susulan larangan himpunan solidariti Najib Razak, di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ketua Polis Putrajaya Aidil Sham Mohamed, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu menyertai perhimpunan itu. Jelas...

Ahli UMNO hadir himpunan Bossku tanggung sendiri risiko- ZahidTANGGUNG sendiri risiko, itu ingatan Presiden UMNO, Datuk ...
05/01/2025

Ahli UMNO hadir himpunan Bossku tanggung sendiri risiko- Zahid

TANGGUNG sendiri risiko, itu ingatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap ahli UMNO yang akan hadir menyertai himpunan solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak esok.

Ia selepas UMNO membuat keputusan membatalkan himpunan berkenaan sebagai tanda akur terhadap titah Yang di-Pertuan Agong dan nasihatKetua Polis Negara.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menasihati mana-mana bahagian atau cawangan UMNO agar tidak menjadi penganjur rasmi pada perhimpunan tersebut

β€œKalau hadir secara individu kita serahkan kepada ahli UMNO untuk mengambil risiko kerana arahan yang dikeluarkan Setiausaha Agung adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara.

β€œDan tentunya aspek keselamatan dan arahan itu mempunyai alasan tersendiri harus dipatuhi dan kita harap tidak ada penganjur-penganjur dari mana-mana bahagian atau cawangan yang turut terlibat secara rasmi di perhimpunan berkenaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Kuali Cafe @ UKM di Bangi, hari ini.

Berita penuh menyusul

05/01/2025

Polis bertindak jika berhimpun esok di Istana Kehakiman

Kedua-duanya berusia 34 dan 42 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
05/01/2025

Kedua-duanya berusia 34 dan 42 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

DUA awak-awak warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor ketika melakukan aktiviti perikanan di perairan Kuala Selangor, semalam. Selain itu, kedua-duanya berusia 34 dan 42 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Pengarah Maritim Selangor,...

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian"
05/01/2025

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian"

SEBUAH gudang memproses dan menyimpan racun tikus musnah dalam kebakaran di ladang SD Guthrie Sdn Bhd, Bukit Rotan, Bestari Jaya, Kuala Selangor, awal pagi hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya mene...

Kemunculan Dekta di Bukit Bintang yang mendendangkan lagu arwah ibunya, Kesetiaan, tular di media sosial.
05/01/2025

Kemunculan Dekta di Bukit Bintang yang mendendangkan lagu arwah ibunya, Kesetiaan, tular di media sosial.

ANAK kedua Shuib, Dzahira Talita Zahra mengakui mahu menjadi penyanyi disebabkan mahu orang ramai kembali menyukai bapanya. Menerusi perkongsian video di TikTok, Talita atau mesra disapa Dekta ditanya oleh Shuib kenapa terbuka untuk menyanyi, dia memaklumkan berasa bahawa orang ramai tidak menyukai....

Walid Abu Ali beri jaminan akan menangani isu berkenaan selain menawarkan sokongan kepada mereka yang terjejas.
05/01/2025

Walid Abu Ali beri jaminan akan menangani isu berkenaan selain menawarkan sokongan kepada mereka yang terjejas.

DUTA Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, menzahirkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam. Katanya, tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya dan etika rakyat Palestin. Beliau memberi jaminan Kerajaan Malaysia dan kedutaan Palestin akan....

Polis rampas sejumlah 1,943 biji pil ekstasi, pil Eramin 5 (1,510 biji) serta beberapa jenis dadah lain.
05/01/2025

Polis rampas sejumlah 1,943 biji pil ekstasi, pil Eramin 5 (1,510 biji) serta beberapa jenis dadah lain.

POLIS Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000, Isnin lalu. Suspek berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Golok, selatan Thailand. Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Jadsadavit Ing...

Enjin kereta masih hidup ketika bomba cuba mengeluarkan mangsa.
05/01/2025

Enjin kereta masih hidup ketika bomba cuba mengeluarkan mangsa.

SEORANG lelaki berusia 69 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang berkunci di Taman Sinar, Kota Kinabalu, hari ini. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas menerima laporan daripada orang ramai kira-kira jam 10.03 pagi. Ketua Balai Bomba Lintas, Agustavia Joe Guas be...

Pertemuan itu bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua kelab.
05/01/2025

Pertemuan itu bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua kelab.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC, Nasser Al-Khelaifi, untuk menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974, Doha, Qatar, semalam. Menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers (JST), Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab...

Ketua Penerangan PAS itu kesal kerana ada cubaan pihak tertentu mengaitkan Seri Paduka Baginda dalam isu berkenaan.
05/01/2025

Ketua Penerangan PAS itu kesal kerana ada cubaan pihak tertentu mengaitkan Seri Paduka Baginda dalam isu berkenaan.

KETUA Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan hantarannya mengenai β€˜ayam jantan, ayam betina dan biawak’ di Facebooknya sehingga mencetuskan kontroversi tiada kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong. Beliau turut menzahirkan rasa kesal kerana ada cubaan oleh pihak-pihak tertentu mengaitkan Se...

Menurutnya, kenyataan Istana Negara 3 Januari tersebut tidak membatalkan hak rakyat berhimpun seperti disebut di bawah P...
05/01/2025

Menurutnya, kenyataan Istana Negara 3 Januari tersebut tidak membatalkan hak rakyat berhimpun seperti disebut di bawah Perkara 10(1)(b).

RAKYAT yang berhimpun secara aman di Mahkamah Rayuan esok, tidak dianggap menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hak untuk berhimpun dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Abdul Karim menegaskan ini kerana Malaysia sebuah n...

Ia akan dimulakan jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan...
05/01/2025

Ia akan dimulakan jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

ESOK, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah. Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum untuk menyokong permohonan tersebut. Pendengaran yang pada asalnya d...

Jenazah Nurniqmat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen di Bangkok.
05/01/2025

Jenazah Nurniqmat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen di Bangkok.

ATLET paragliding Malaysia, Muhammad Nuriqmat Ruslan, meninggal dunia selepas terjatuh ketika berlatih paragliding di pantai Hua Hin, Thailand, Jumaat lalu. Nurniqmat, 31, yang bertugas sebagai jurutera sokongan teknikal di kilang IBM dikatakan sedang menjalani latihan di pantai Hua Hin sebelum tiba...

Insiden itu dipercayai kerana mereka mahu proses permohonan pulang ke Palestin dipercepatkan.
05/01/2025

Insiden itu dipercayai kerana mereka mahu proses permohonan pulang ke Palestin dipercepatkan.

SEKUMPULAN warga Palestin yang membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), semalam, dipercayai kerana mahu proses permohonan pulang ke negara mereka dipercepatkan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagaimanapun berkata, insiden yang berlaku pada 5 petang itu dapat dikawal...

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysiapost-TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysiapost-TV:

Videos

Share