Malaysiapost.TV

Malaysiapost.TV Malaysiapost merupakan portal berita baharu yang menumpukan kepada saluran berita terkini.

Fattah terima LOD Fazura sebelum ke MakkahPELAKON Fattah Amin mengesahkan sudah menerima surat tuntutan atau Letter Of D...
09/12/2024

Fattah terima LOD Fazura sebelum ke Makkah

PELAKON Fattah Amin mengesahkan sudah menerima surat tuntutan atau Letter Of Demand (LOD) daripada bekas isteri, Nur Fazura berhubung pemilikan kenderaan jenis Range Rover yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Namun, Fattah, 33, enggan mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

"Saya sudah terima (LOD). Sebenarnya, perkara ini sudah diuruskan peguam.

"Saya juga sudah beri kenyataan soal ini di mahkamah, jadi, saya enggan komen lebih.

"Selebihnya, saya serah kepada peguam untuk membalas LOD dan peguam saya sudah pun balas.

"Saya terima LOD itu bulan lalu, iaitu sebelum saya pergi tunaikan umrah," katanya pada sidang media Fattah Amin X Sophia Albarakbah dan Usanita Entertainment di ibu negara, hari ini.

Fattah berkata, beliau lupa tarikh tepat bila LOD itu diserahkan kepadanya.

Beliau juga enggan mengulas secara terperinci mengenai LOD berkenaan.- Malaysiapost

Najib dakwa parti Demokrat AS berpakat dengan PH untuk menjatuhkannyaBEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menda...
09/12/2024

Najib dakwa parti Demokrat AS berpakat dengan PH untuk menjatuhkannya

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa Parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) bersekongkol dengan pihak pembangkang di negara ini iaitu Pakatan Harapan (PH) untuk menggulingkan kerajaannya.

Najib memberi tahun mahkamah ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib berkata, kerjasama itu membawa kepada tindakan penyitaan sivil oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) pada 2016 untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih USD1 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Saya juga percaya tindakan lucut hak ini bermotifkan politik dan dirancang sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Parti Demokrat AS dan parti pembangkang ketika itu untuk menukar rejim di Malaysia,” katanya seperti dilapor FMT.

Beliau turut mendakwa DoJ menghalang akses kepada bukti pelepasan yang boleh membantu pembelaannya.

“DoJ mahu melindungi ‘bukti pelepasan’ kerana ia akan menafikan secara langsung tuduhan yang dikemukakan dalam saman lucut hak sivil yang difailkan pada 2016,” tambahnya.

Pada 2016, DoJ memfailkan saman lucut hak untuk mendapatkan semula lebih USD1 bilion aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. Saman tersebut mendakwa lebih USD3.5 bilion dana 1MDB telah diselewengkan antara 2009 hingga 2015.

Najib turut mendedahkan bahawa semasa perbicaraan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, di New York, didapati bahawa Goldman Sachs dan Timothy Leissner memiliki bukti yang boleh memihak kepadanya.

Namun, permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu ditolak pada April oleh pendakwa raya AS dan Ng, dengan alasan ia boleh menjejaskan strategi pendakwaan dan kerahsiaan saksi.- Malaysiapost

Bapa, anak dituduh berkhalwat dengan pasangan masing-masing DUA beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu...
09/12/2024

Bapa, anak dituduh berkhalwat dengan pasangan masing-masing

DUA beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu secara berasingan atas pertuduhan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.

Dalam dua kes terbabit, seorang pelajar, Nur Hadhari Mat Husin dan Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, masing-masing berusia 20 tahun, didakwa melakukan kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Sementara itu, bapa kepada Nur Hadhari p**a, Mat Husin Sulaiman, 53 tahun, yang merupakan tukang urut dan pasangannya, Aslina Razali, 37 tahun, p**a didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Nur Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim yang masing-masing merupakan pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) swasta terlepas hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.

Pasangan itu ditangkap kali kedua atas kesalahan tersebut di sebuah apartment di sini pada pukul 4.15 pagi, 18 Mac lalu.

Untuk rekod, pada 1 Februari lalu, mereka diberkas kerana berkhalwat kali pertama di lokasi yang sama.

Bagaimanapun, pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu.

Hakim Syarie, Hamidi Shafie memerintahkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda ke atas Mohammad Aidil Hakim dan RM3,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda kepada Nur Hadhari.

Berdasarkan enakmen itu, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali, denda hingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Nik Mohd. Shahril Irwan Mat Yusof manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Mat Husin dan Aslina p**a didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini pada pukul 5.25 petang, 19 Mei lalu.

Mengikut fatwa kes, Mat Husin berkain batik manakala pasangannya yang masih isteri orang didapati hanya bertuala sewaktu diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Syarie, Mohd. Nazri Sulaiman kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 ke atas Mat Husin dan Aslina.

Pendakwaan dikendalikan, Pendakwa Syarie, Nurul Taqwa Hasbu manakala Mat Husin dan Aslina tidak diwakili peguam.- Buletin TV3

HRD Corp belum 'bebas', siasatan masih dijalankan- Azam BakiSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalan...
09/12/2024

HRD Corp belum 'bebas', siasatan masih dijalankan- Azam Baki

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan berhubung isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Kenyataan Azam sekali gus dengan laporan Jawatangan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa SPRM telah membersihkan tuduhan terhadap HRD Corp.

Menurut Azam, pihaknya membuka beberapa fail siasatan membabitkan perkara berkenaan.

Secara amnya, kami membuka beberapa fail terhadap HRDF. Semua siasatan masih diteruskan dan kemudian saya mengarahkan pegawai saya untuk memaklumkan PAC.

"Itu boleh jadi apa yang pegawai maksudkan tentang kes ditutup boleh berada di salah satu fail.

“Fail itu masih bersama (pegawai) dan masih belum diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

"Saya rasa mereka mahu menjadikannya lebih jelas,” katanya kepada media selepas Program Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Kelana Jaya, hari ini.

Azma berkata demikian susulan laporan sebuah portal berita yang melaporkan PAC menjelaskan tiada kesalahan dikesan dalam isu tadbir urus HRD Corp.

Laporan itu melaporkan, dalam laporan prosiding mengenai tindakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), 20 November lalu.

Pegawai siasatan SPRM memberitahu Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin siasatan badan itu mendapati tiada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009.

Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan dilakukan merangkumi beberapa aspek termasuk perolehan, pelaburan dan sebagainya.

“Jadi boleh jadi apabila dia (pegawai berkenaan) menjawab soalan dalam PAC, mungkin dia hanya melihat ke dalam satu skop, itu mungkin yang berlaku dalam PAC..

“Saya tidak boleh mengulas begitu banyak mengenai perkara itu. Itu dalam siasatan,” katanya.- Malaysiapost

Agong luang masa santap tengah hari menu asam pedas bersama PMYANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mel...
09/12/2024

Agong luang masa santap tengah hari menu asam pedas bersama PM

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa santap tengah hari bersam Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda dan Anwar menikmati asam pedas di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru yang menjadi kegemaran Tuanku.

Terdahulu, Agong berkenan menerima mengadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.

Turut berangkat ke sesi mengadap serta santapan tengah hari, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.- Malaysiapost

Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen - Najib DATUK Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu...
09/12/2024

Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen - Najib

DATUK Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejas pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapinya.

Membela diri sebagai saksi pertama pembelaan, bekas Perdana Menteri itu membuat kenyataan berkenaan sebagai merujuk bukti yang dipohon dari Mahkamah Eastern District New York melalui permohonan sepina terhadap Pengarah Urusan Goldman Sachs, Tim Leissner, lapor BH Online.

Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah subahat membabitkan bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya, di Mahkamah Persekutuan Brooklyn.

Melalui sepina itu, Najib memohon mendapatkan keterangan dan penzahiran dokumen berkaitan pembelaannya.

Sepina terbabit memerlukan Leissner menyediakan dokumen yang membuktikan sebarang komunikasi antara beliau (Leissner), ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low), atau individu lain yang terbabit dalam skim 1MDB.

Selain itu, Najib juga memohon mendapatkan rekod mengenai sebarang usaha Leissner untuk mengesahkan sama ada (Najib) membenarkan Jho Low atau orang lain bertindak bagi pihaknya.

Najib yang menjawab soalan peguam belanya, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, berkata beliau tidak akan meminta dokumen dari luar negara terbabit jika bukti menunjukkan beliau bersalah.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. - Malaysiapost

Shila Amzah berang suami dituduh kaki pukul PENYANYI pop**ar, Shila Amzah berang apabila suaminya, Ubai dituduh sebagai ...
09/12/2024

Shila Amzah berang suami dituduh kaki pukul

PENYANYI pop**ar, Shila Amzah berang apabila suaminya, Ubai dituduh sebagai kaki pukul oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya Shila menjelaskan, dia hanya menyuarakan perkara itu berkaitan Zahnita, tiada kena-mengena dengan dirinya.

Vicente kecewa, namun akui perjalanan masih panjang PAU Marti Vicente kecewa apabila skuad kebangsaan kendaliannya gagal...
09/12/2024

Vicente kecewa, namun akui perjalanan masih panjang

PAU Marti Vicente kecewa apabila skuad kebangsaan kendaliannya gagal meraih kemenangan berdepan Loas semalam.

Dalam aksi sulung Kump**an A Piala ASEAN 2024, Harimau Malaya diikat 2-2 menentang pasukan ranking 180 dunia itu di tempat lawan.

Jurulatih dari Sepanyol itu bagaimanapun menjelaskan perjalanan Harimau Malaya masih jauh dan pasukannya perlu bangkit dalam perlawanan kedua menentang Timor Leste, Rabu ini.

“Saya tidak boleh merungut mengenai bagaimana kami bermain dan komitmen yang pemain berikan.

"Namun, kami kecewa kerana selepas mendahului 1-0 dalam 15 minit awal babak kedua kami melepaskan dua gol.

“Kami melepaskan gol sekali lagi menerusi ‘set piece’ dalam dua perlawanan berturut-turut dan ia perlu diperbaiki. Ini perlawanan pertama, masih ada tiga perlawanan lagi, jadi ia masih panjang.

“Sekarang kami ada dua hari untuk persiapan bagi aksi seterusnya. Itu (layak ke separuh akhir) sasaran kami dan kami mahu menang setiap perlawanan. Namun, kadang-kala ia tidak berlaku,” katanya memetik Buletin TV3. - Malaysiapost

DBKL laksana penstrukturan operasi bazar Ramadan DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan penstrukturan semu...
09/12/2024

DBKL laksana penstrukturan operasi bazar Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan penstrukturan semula bagi operasi perniagaan bazar Ramadan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata ia bertujuan memastikan operasi perniagaan sepanjang tempoh itu lebih tersusun.

Katanya, penstrukturan semula itu membabitkan kajian ke atas jumlah lesen yang akan dikeluarkan serta kadar sewaan bakal dikenakan ke atas operator di bazar Ramadan.

"Selain itu, mana-mana pemegang lesen KL Madani yang berminat untuk berniaga di bazar Ramadan boleh mengemukakan kepada DBKL melalui saluran pendaftaran sedia ada.

"Penstrukturan semula (operasi bazar Ramadan) dibuat memandangkan terdapat beberapa isu berbangkit.

"Justeru, kita cuba melaksanakan yang terbaik untuk memastikan perniagaan dapat berjalan seperti biasa, tetapi degan lebih tersusun," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini, lapor BH Online. - Malaysiapost

Lama menyepi, Najwa Latif rupanya kini pensyarah UiTM PENYANYI yang pernah pop**ar menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa ...
09/12/2024

Lama menyepi, Najwa Latif rupanya kini pensyarah UiTM

PENYANYI yang pernah pop**ar menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 29, atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif kini bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dengkil, Selangor.

Lama menyepi dari industri hiburan tempatan, penyanyi yang sering tampil dengan gitar akustik itu kembali menjadi topik perbualan peminat susulan statusnya selaku pensyarah tular di laman sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian warganet di laman X, Najwa kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa sejak Oktober lalu dan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar peringkat Asasi.

Dalam pada itu, Najwa juga difahamkan sedang sibuk menyempurnakan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Batu Pahat itu merupakan tenaga pengajar di Universiti Selangor (UNISEL) namun terpaksa berhenti disebabkan mahu fokus kepada pengajian di peringkat sarjana. - Malaysiapost

19 Mac tahun depan dengar rayuan Syed Saddiq berkaitan rasuah MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya menetapkan 19 Mac tahun depan...
09/12/2024

19 Mac tahun depan dengar rayuan Syed Saddiq berkaitan rasuah

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya menetapkan 19 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam pengurusan kes hari ini, berkata mahkamah turut memperuntukkan dua hari, iaitu 19 dan 20 Mac 2025, untuk mendengar rayuan itu.

"Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing," katanya memetik BH Online.

Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan harta, serta dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan terhadap bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu atas kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan dana ARMADA berjumlah RM1 juta.

Tertuduh turut dihukum penjara dua tahun dan satu sebatan atas kesalahan menyalahgunakan harta untuk kepentingan dirinya sendiri, iaitu RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik ABBE.

Bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram, Syed Saddiq dihukum penjara dua tahun dan didenda RM5 juta, atau penjara dua tahun lagi jika gagal membayar denda. Hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Namun, mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan, sekali gus membolehkannya menangguhkan hukuman. - Malaysiapost

Beberapa daerah di Terengganu, Pahang dijangka terima hujan lebat hingga Rabu HUJAN lebat berterusan peringkat jingga di...
09/12/2024

Beberapa daerah di Terengganu, Pahang dijangka terima hujan lebat hingga Rabu

HUJAN lebat berterusan peringkat jingga dijangka berlaku di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kemaman dijangka mengalami hujan berterusan.

Selain itu, lima daerah di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka mengalami cuaca sama.

“Hujan berterusan peringkat kuning juga dijangka berlaku di Perlis, Kelantan dan Hulu Perak, Perak,” menurut MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini.

Jabatan itu memaklumkan, hujan berterusan peringkat kuning juga dijangka berlaku di Kedah iaitu daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, S*k dan Baling.

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Di Pahang, ia membabitkan daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera serta Tanah Tinggi Cameron.

“Sementara itu, di Johor iaitu daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi turut diramal cuaca sama,” katanya.

Sebelum ini MetMalaysia melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetus gelombang kedua banjir dijangka melanda negara mulai hari ini hingga 14 Disember. - Malaysiapost

Banjir: Hanya 649 orang masih berada di 11 PPS JUMLAH mangsa banjir di enam negeri terus berkurang dengan hanya 649 oran...
09/12/2024

Banjir: Hanya 649 orang masih berada di 11 PPS

JUMLAH mangsa banjir di enam negeri terus berkurang dengan hanya 649 orang daripada 184 keluarga berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 6.30 pagi tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir ialah 352 orang daripada 92 keluarga yang masih ditempatkan di satu PPS dengan satu daerah sahaja terjejas banjir.

Di Perak, 117 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di tiga PPS manakala di Johor 109 mangsa daripada 33 keluarga di empat PPS.

Di Kelantan, bilangan mangsa banjir terus menurun dengan hanya 43 orang daripada 12 keluarga di satu PPS dan di Negeri Sembilan 17 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS.

Banjir di Melaka menyaksikan hanya 11 mangsa masih berlindung di satu PPS. - Malaysiapost

Batu Puteh: Tun M sepatutnya bayar ganti rugi AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoa...
09/12/2024

Batu Puteh: Tun M sepatutnya bayar ganti rugi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoal kenyataan Datuk A Kadir Jasin bahawa lebih afdal jika kerajaan Malaysia mendapatkan ‘ganti rugi’ kerana kehilangan Batu Puteh.

Justeru bekas wartawan veteran itu menyatakan adalah tidak memadai bagi kerajaan dengan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja.

"Nak tanya Kadir Jasin, ganti rugi dari siapa? Dari Singapura? Malaysia tak pasal-pasal membayar ganti rugi kepada Singapura kerana projek HSR dibatalkan oleh Tun M.

"Sebab itu Tun M mesti disiasat dan dikenakan tindakan. Apakah mungkin ada kaitan membatalkan semakan kehakiman Batu Puteh dengan setuju membatalkan projek HSR?

"Sebab itu mendakwa Tun M amat penting. Semoga banyak misteri terbongkar. Tun M patut didenda jika bersalah. Denda itu sudah memadai sebagai “ganti rugi” kerana menjual kedaulatan negara.

"Denda RM1K pun ok. Ia simbol pengajaran untuk anak cucu jangan memandai jual maruah negara kerana dendam politik," kata Mohd Puad menerima hantaran di Facebooknya.

Menerusi kenyataan semalam, A Kadir menyeru kerajaan mendapatkan ‘ganti rugi’ bagi Batu Puteh mengambil kira hubungan baik dengan Singapura, berbanding hanya menyiasat bekasDr Mahathir.

Beliau berkata menggunakan penyelesaian diplomatik lebih bermanfaat kepada Malaysia, memandangkan konteks sejarah dan undang-undang kompleks berkisar kedaulatan Batu Puteh. - Malaysiapost

Penduduk Kota Warisan gesa segerakan pembinaan sekolah rendah keduaPERSATUAN Penduduk Kota Warisan memohon kerajaan supa...
08/12/2024

Penduduk Kota Warisan gesa segerakan pembinaan sekolah rendah kedua

PERSATUAN Penduduk Kota Warisan memohon kerajaan supaya menyegerakan pembinaan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan 2.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Warisan, Burhanuddin Yusuf, berkata ini kerana kepadatan penduduk sudah mencecah 45,000 mengikut data Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

"Ianya merangkumi jumlah 12,000 buah rumah yang telah diduduki yang terdiri dari 25 buah taman perumahan termasuk Sunsuria City dan Serenia City.

"Cadangan ini telah dibincangkan dengan Jabatan Pendidikan Daerah Sepang dan memaklumkan lokasi cadangan pembinaannya sudah dikenal pasti bertempat di Sunsuria City seluas enam ekar," katanya ketika ditemui sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-11 Persatuan Penduduk Kota Warisan di Dewan Orang Ramai Megah Villa.

Jelasnya, keperluan sekolah ini amat meruncing dengan jangkaan pertambahan penduduk akan meningkat sehingga mencecah 100 ribu orang dalam tempoh tahun tahun akan datang.

Jika pembinaan ditangguhkan, dikhuatiri menjejaskan peluang pendudukan untuk mendapatkan pendidikan rendah untuk anak mereka di kawasan itu.

Ia sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan Madani yang mengambil berat tentang masalah pendidikan rakyat pada hari ini.

Penduduk Kota Warisan yang menghadiri mesyuarat tersebut telah berhimpun untuk menyuarakan hasrat mereka kepada media yang hadir supaya projek ini diberi perhatian khusus oleh kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Disamping itu sebuah Sekolah Menengah Kota Warisan sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2025 dan kemasukan pelajar tingkatan 1 bermula Januari 2026, sekaligus menjadi ikon baru pendidikan untuk penduduk sekitar zon Kota Warisan.

"Oleh sebuah sekolah rendah yang baru wajar dibina bagi menampung keperluan sekolah menengah yang dijangka siap September tahun 2025 dengan kos pembinaan RM 55 juta," katanya lagi.- Malaysiapost

Titah Adendum: Integriti BN sedang diperhatikan, kata bekas MB T'ganuDatuk Seri Dr Ahmad Razif Abd RahmanULASAN | Pendir...
08/12/2024

Titah Adendum: Integriti BN sedang diperhatikan, kata bekas MB T'ganu

Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman

ULASAN | Pendirian tegas kepimpinan tertinggi BN yang sepakat membela nasib mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sebelah mata oleh Kerajaan Perpaduan.

Malah, pendirian itu adalah senada dengan kehendak kebanyakan rakyat yang mahu Najib diberikan hak dan keadilan, termasuk mengenai kewujudkan perintah tambahan tahanan rumah yang dititahkan Yang di-pertuanAgong sebelum ini.

Afidavit terbaharu Datuk Nizar Najib bahawa titah tambahan itu sememangnya benar-benar wujud telah menjadi pengetahuan umum yang tidak boleh dipandang mudah.

Sehubungan itu, kenyataan tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan adalah tepat pada masanya.

Pendirian itu ditegaskan mereka pada sambutan ulang tahun BN ke-50 di ibu negara semalam.

Saya sependapat dengan kenyataan bahawa intergriti BN sedang diperhatikan dan sesuatu perlu dilakukan bagi memperjuangkan hak dan keadilan untuk Najib.

Sebagai sebuah parti gabungan dalam kerajaan perpaduan, usaha itu sepatutnya menjadi lebih mudah.

Keadaan itu jika tidak ditangani dengan lebih cermat, ia dikhuatiri akan menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan perpaduan.

Dalam hal ini, UMNO sebagai parti tunjang dalam BN perlu lebih tegas dan realistik menggunakan saluran yang ada bagi tujuan pembelaan terhadap Najib.

Manakala parti-parti dalam kerajaan perpaduan mestilah bersikap terbuka dan berterus-terang dalam isu tersebut serta tidak mengambil langkah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat.

Apa yang penting, jika titah tambahan itu benar-benar wujud, hak Najib mestilah segera dikembalikan.

Bagi saya, isu ini tidak boleh dibiarkan menjadi polemik yang berpanjangan sehingga Najib menjadi mangsa keadaan dan ia mestikan segera dimuktamadkan secara bertanggungjawab.

Yang jelas, pendirian dan kesepakatan pucuk kepimpinan serta akar umbi UMNO serta BN berhubung isu itu tidak dilihat remeh kerana kami akan kekal memperjuang dan mempertahankan maruah pemimpin dan parti kami.- Malaysiapost

Penulis ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga mantan menteri besar Terengganu.

Zahidi sah sertai PKRBEKAS Timbalan Menteri, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin menyertai PKR dengan dengan Harapan until m...
08/12/2024

Zahidi sah sertai PKR

BEKAS Timbalan Menteri, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin menyertai PKR dengan dengan Harapan until memperkukuhkan parti itu bagi menawan Perlis pada PRU-16 nanti.

Bekas Ketua UMNO Padang Besar itu l mengesahkan penyertaannya ke dalam PKR mendapat restu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui gerakannya, beliau telah dimulakan untuk menubuhkan 400 ranting di seluruh negeri itu.

"PKR-Pakatan Harapan (PH) ini sudah ada 90% sokongan undian bangsa Cina, tapi Melayu itu belum tentu lagi.

“Buat masa sekarang, PKR ada sekitar 60 ranting di Perlis dan kita tambah 400 ranting supaya dapat menambah sokongan rakyat dalam meraih kemenangan di negeri ini,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Zahidi berkata demikian selepas hadir Program Sumbangan Prihatin Madani, di Padang Besar, hari ini.- Malaysiapost

Khairul Aming rebah selepas misi bantuan banjir KelantanPEMPENGARUH dan usahawan pop**ar, Khairul Aming yang baru selesa...
08/12/2024

Khairul Aming rebah selepas misi bantuan banjir Kelantan

PEMPENGARUH dan usahawan pop**ar, Khairul Aming yang baru selesai membantu mangsa banjir di Kelantan dikatakan rebah akibat kepenatan.

Menerusi satu rakaman video yang tular di TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat terbaring menerima rawatan di sebuah klinik dan ditemani beberapa rakan.

Netizen mendakwa Khairul Aming mendapatkan rawatan akibat penat kerana tidak cukup tidur lebih kurang seminggu.

Malah, berdasarkan rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain semalam, dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami cirit-birit.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.

Mereka turut mendoakan kesembuhan Khairul Aming.

Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Beliau mengetuai misi BOB dan mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas yang berakhir kelmarin. - Malaysiapost

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysiapost.TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysiapost.TV:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Petaling Jaya

Show All