05/11/2022
SIAPA DR HAFIZ YANG MENJADI CALON P020 PENGKALAN CHEPA?
Dr. Hafiz ini bagaimana orangnya.
Saya mengenali beliau sejak zaman kami sama-sama belajar di Indonesia dulu sejak tahun 2006. Beliau ketika itu sedang menuntut dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Sarjana Kedokteran) di Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogjakarta dengan tajaan JPA dan saya p**a waktu itu menuntut di Solo. Waktu itu kami aktif dengan aktiviti dan isu kebajikan mahasiswa dan pelajar. Saya ketika itu merupakan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Solo merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Negara (BPN), Kelab-Kelab UMNO Luar Negara Indonesia dan beliau merupakan Pengerusi Kelab UMNO Cawangan Yogjakarta merangkap mantan Bendahari, Badan Perhubungan Negara (BPN), Kelab-Kelab UMNO Luar Negara Indonesia. Kami sering bertemu ketika mesyuarat, program dan aktiviti bersama. Beliau juga secara aktif terlibat secara langsung dengan program-program bantuan kemanusiaan dan perubatan ketika waktu bencana banjir, gempa bumi dan letusan gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia.
Beliau seorang yang sangat pro-aktif, ceria, penuh dengan wawasan, kaya dengan idea idea baru. Komited dan konsisten dalam tugas yg dipertanggungjawabkan terutama dari Parti dan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
Namun apa yang saya nampak kelebihan pada beliau, beliau s**a mendengar dan menyelesaikan masalah. Prihatin dan empati bila ada isu atau masalah (mahasiswa/pelajar) yang diutarakan. Dan beliau sehabis mungkin akan cuba selesaikan masalah tersebut walaupun isu berkenaan sangat sulit. Ada isu dan masalah yang melibatkan isu hidup atau mati, isu diplomatik bilateral dan banyak lagi. Ini beliau lakukan ketika beliau masih lagi bergelar seorang MAHASISWA.
Sebaik tamat belajar, kami masih berhubung dan sering bertemu membincangkan isu isu strategik dalam memperkasakan masyarakat khususnya generasi muda dan belia. Saya memilih utk meneruskan kerjaya saya sebagai seorang doktor kerajaan tetapi berbeza dgn beliau. Kerana kecintaan dan minat beliau yg mendalam terhadap politik, beliau telah memilih utk bergiat dalam bidang politik sebaik sahaja p**ang ke Malaysia.
Kerana bagi kami, walaupun generasi anak muda sekarang adalah sekitar 30-40% dari pop**asi kita di Malaysia, namun mereka adalah 100% masa depan kita.
Kepada warga Pengkalan Chepa, anda beruntung jika mempunyai pemimpin muda yang sangat berbakat dan masih lagi boleh digilap ini. Bayangkan masa depan kalian yang cerah jika Dr Hafiz menjadi pemimpin dan wakil kepada rakyat PC di Dewan Rakyat nanti. Sekarang adalah masa untuk politik menyelesaikan masalah bukan politik berdolak dalik dan politik menyalahkan pihak lain. Dan itulah Dr Hafiz. Beliau seorang penyelesai masalah aka "Problem Solver"
Kepada sahabat, Dr Hafiz PC, selamat berjuang dan semoga berjaya. Semoga rahmat Allah swt mengiringi perjuangan mu. Amin
Dr Haji Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir
Pegawai Perubatan, KKM