Imedikel TV

Imedikel TV Berita semasa Imedikel dan isu2 terkini yang menarik minat para penonton.

2024 ยฉ Imedikel TV Co. No. 201101035814 (963948-M). A part of I MEDIKEL GLOBAL SDN.

BHD. Imedikel TV Copyright All Right Reserved. 2024 ยฉ Imedikel TV Co.

PASIR PUTEH: Jabatan Imigresen Kelantan (JIM) menangkap 262 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi bersepadu be...
20/02/2025

PASIR PUTEH: Jabatan Imigresen Kelantan (JIM) menangkap 262 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi bersepadu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di lima jeti pelabuhan bot laut sekitar Tok Bali, di sini, hari ini.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata daripada jumlah tersebut, seramai 37 PATI ditahan termasuk dua wanita.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

TUMPAT: Lima lelaki ditahan dipercayai menyeludup 88,000 biji kelapa di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, di sini, pada ...
19/02/2025

TUMPAT: Lima lelaki ditahan dipercayai menyeludup 88,000 biji kelapa di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, di sini, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata kegiatan penyeludupan kelapa yang dikesan pada jam 12.30 tengah hari apabila menahan dua buah treler disyaki menyeludup kelapa.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios berpuas hati dengan perjalanan kemuncak Anugerah Juara Lag...
19/02/2025

Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios berpuas hati dengan perjalanan kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39), Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nini Yusof berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerja keras semua pihak dalam memastikan kelancaran program anugerah berprestij itu.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

PARIS: Bayern Munich memerlukan gol pada masa kecederaan untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah deng...
19/02/2025

PARIS: Bayern Munich memerlukan gol pada masa kecederaan untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menyingkirkan Celtic, manakala AC Milan disingkirkan Feyenoord selain Club Brugge dan Benfica turut mara.

Bayern memiliki bekalan hasil kemenangan 2-1 ke atas Celtic dalam perlawanan pertama playoff, minggu lalu, namun pendahulu Bundesliga itu terlepas peluang untuk menjarakkan kedudukan dengan percubaan Harry Kane terkena palang sebelum tamat babak pertama.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

SYDNEY: Sekump**an 157 ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai terpencil di p**au selatan Tasmania, Australia, pada...
19/02/2025

SYDNEY: Sekump**an 157 ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai terpencil di p**au selatan Tasmania, Australia, pada Rabu kata pegawai alam sekitar ketika pakar veterinar bergegas ke lokasi kejadian.

Jabatan Alam Sekitar Tasmania berkata, sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba yang terdampar sudah mati, manakala 136 lagi masih hidup setakat pagi Rabu.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

BANGKOK: Thailand syorkan syarat ketat bagi rakyat tempatan yang mahu memasuki kasino, dalam usaha menggalakkan sektor p...
18/02/2025

BANGKOK: Thailand syorkan syarat ketat bagi rakyat tempatan yang mahu memasuki kasino, dalam usaha menggalakkan sektor perjudian tetapi pada masa sama, mengelakkan rakyatnya daripada terjebak dalam kancah perjudian.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan membangunkan industri perjudian utama untuk merangsang sektor pelancongan, menurut deraf peraturan baharu dikeluarkan pada Isnin, yang dikatakan berpotensi menjejaskan minat pelabur.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

Menjaga kebersihan telinga adalah aspek penting dalam mengekalkan kesihatan pendengaran.Namun, terdapat tabiat masyaraka...
18/02/2025

Menjaga kebersihan telinga adalah aspek penting dalam mengekalkan kesihatan pendengaran.

Namun, terdapat tabiat masyarakat yang kurang memberi perhatian kepada kebersihan telinga, yang boleh membawa kepada masalah pendengaran.

Ramai individu yang sering menggunakan objek keras untuk membersihkan telinga atau terdedah kepada bunyi bising tanpa perlindungan.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KUALA TERENGGANU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu yang diproses secara haram dalam satu...
18/02/2025

KUALA TERENGGANU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu yang diproses secara haram dalam satu serbuan di kilang kayu tidak bernombor di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, di sini, pada 12.30 tengah hari, semalam.

Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM10.85 juta termasuk kilang berkenaan yang juga disita.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan waktu operasi sekolah sesi petang di Semenanjung Malaysia tamat pa...
18/02/2025

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan waktu operasi sekolah sesi petang di Semenanjung Malaysia tamat pada pukul 5.30 petang manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Menurut kenyataan KPM, waktu sekolah sesi pagi p**a akan beroperasi seperti hari persekolahan biasa.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KOTA BHARU: Pengurusan atlet Orang Kurang Upaya (OKU) bagi temasya Sukan Para Malaysia (Para Sukma) perlu diperkasakan k...
18/02/2025

KOTA BHARU: Pengurusan atlet Orang Kurang Upaya (OKU) bagi temasya Sukan Para Malaysia (Para Sukma) perlu diperkasakan khususnya dalam meningkatkan kuantiti pasukan sokongan untuk membantu pergerakan atlet tersebut.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria berkata ini kerana atlet memerlukan pengaturan pergerakan yang tersusun dan perlu dibantu oleh tenaga kerja termasuk jurulatih dan pegawai pemantau.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KUALA LUMPUR: โ€œSaya mendoakan pemfitnah saya itu Allah lembutkan hatinya.โ€Demikian kata pengarah dan pelakon, Datuk Afdl...
18/02/2025

KUALA LUMPUR: โ€œSaya mendoakan pemfitnah saya itu Allah lembutkan hatinya.โ€

Demikian kata pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, 54, selepas namanya dikaitkan dengan jenayah atas dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta.

Mengambil pendekatan berdiam diri sejak kes terbabit tular, Afdlin berkata, dia mempunyai alasan tersendiri dalam menyelesaikan isu berkenaan sehingga dibuktikan tidak terbabit.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT: Aksi Piala Juara-Juara kelab Lionel Messi, Inter Miami menentang Sporting Kansas City ditangguh...
18/02/2025

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT: Aksi Piala Juara-Juara kelab Lionel Messi, Inter Miami menentang Sporting Kansas City ditangguh kerana cuaca buruk termasuk salji lebat, menurut Konfederasi Persatuan Bolasepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) hari ini.

Perlawanan itu, yang sepatutnya dilangsungkan pagi esok, adalah penampilan sulung pasukan kendalian Javier Mascherano dalam pertandingan peringkat benua itu, tetapi kini akan diadakan pagi Khamis ini.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

LA PAZ: Sekurang-kurangnya 31 penumpang maut, manakala lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam jurang ...
18/02/2025

LA PAZ: Sekurang-kurangnya 31 penumpang maut, manakala lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam jurang di Bolivia pada Isnin, menurut polis tempatan.

Pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam hampir 800 meter dari tebing di kawasan pergunungan di perbandaran Yocalla, barat daya Bolivia, kata seorang pegawai polis.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

Stockholm: Lebih 100 individu di Sweden cedera dan menerima rawatan di hospital selepas puluhan kereta dan lori merempuh...
17/02/2025

Stockholm: Lebih 100 individu di Sweden cedera dan menerima rawatan di hospital selepas puluhan kereta dan lori merempuh satu sama lain dekat wilayah Upsalla pada Sabtu.

Metro UK melaporkan, ia adalah kesan buruk akibat timbunan yang disebabkan oleh ribut salji kuat yang digambarkan sebagai โ€˜adegan filem distopiaโ€™.

Menurut pihak berkuasa, dua mangsa kini menerima rawatan rapi susulan insiden berkenaan.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KUALA LUMPUR: Naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39, Nadeera Zaini enggan ambil peduli berhubung dakwaan mengaitkan...
17/02/2025

KUALA LUMPUR: Naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39, Nadeera Zaini enggan ambil peduli berhubung dakwaan mengaitkannya dengan kes tangkapan khalwat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang hangat diperkatakan netizen, baru-baru ini.

Nadeera yang menciptakan kejayaan dengan lagu Bukan Lagi Kita, hanya menganggap ia isu picisan dan tidak perlu dibahaskan dengan lebih lanjut.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

LONDON: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengenal pasti empat pelumba yang dirasakan akan mencabar gelaran MotoGP musim ini....
17/02/2025

LONDON: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengenal pasti empat pelumba yang dirasakan akan mencabar gelaran MotoGP musim ini.

Juara Dunia lapan kali itu, yang kini menyertai pasukan Ducati Lenovo, sudah tentu berada dalam senarai pelumba pilihan untuk memenangi kejuaraan tahun ini menjelang pusingan pembukaan di Thailand.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

KOTA BHARU: Gejala sosial dalam kalangan remaja sangat membimbangkan sehingga kerajaan negeri bersetuju untuk memperluas...
17/02/2025

KOTA BHARU: Gejala sosial dalam kalangan remaja sangat membimbangkan sehingga kerajaan negeri bersetuju untuk memperluas pelaksanaan program pencegahan gejala sosial di sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Datuk Wan Roslan Wan Hamat dalam satu hantaran di Facebook, berkata kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) terus komited dalam usaha mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja melalui program-program berfokuskan Pendidikan.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

Ketiak adalah permukaan yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik, bagi mengelak ketiak berbau dan gelap.Ramai yang ber...
17/02/2025

Ketiak adalah permukaan yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik, bagi mengelak ketiak berbau dan gelap.

Ramai yang beranggapan, ketiak gelap berpunca daripada mencukur. Tetapi tahukah anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketiak seseorang menjadi gelap.

Mesti ada yang kurang selesa atau malu gara-gara ketiak mereka gelap.
_________________________________________
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐† ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐›๐ข๐จ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ˆ๐Œ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐•, ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ญ๐ฏ.๐œ๐จ๐ฆ.๐ฆ๐ฒ

Address

WISMA IMEDIKEL PT 2299, TINGKAT 2, Jalan ABDUL KADIR ADABI, BEREk 12, KOTA BHARU
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601162085316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imedikel TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Imedikel TV:

Videos

Share