Suara Melayu Baru

Suara Melayu Baru Media/Blogger/Publisher
Tinggalkan msg anda untuk berkongsi sebarang info...
(2)

Ahli biasa UMNO... selagi perjuangan untuk Islam, Melayu dan tanahair, rakyat marhain bumi Malaysia, hamba Allah yang menumpang dibumiNya...

17/08/2024

Terima kasih buat TS Annuar Musa dan Isham Jalil kerana banyak membantu kemenangan calon UMNO BN di PRK DUN Nenggiri...

17/08/2024

Memang spesis orang Kelantan ni jenis kebuluq duit ke? Bukan aku kata, tapi TS Annuar Musa yg kata...

17/08/2024

Keputusan PRK DUN Nenggiri sebenarnya beri signal jelas bahawa UMNO BN sudah bersedia jika Speaker Parlimen bercadang nak kosongkan 6 kerusi lompat tu

17/08/2024

Antara benda pertama yg kerajaan PAS buat sebaik menjadi kerajaan negeri Kelantan kali pertama tahun 1959 adalah dgn menyerahkan pajakan tanah seluas 350 000 hektar kepada sebuah syarikat dari Singapura...

Mujur Almarhum Tun Abd. Razak dan Tengku Razaleigh sedar awal akan hal ini, lalu melakukan pelbagai usaha untuk membatalkan pajakan tersebut walaupun kerajaan perseketuan terpaksa membayar balik pampasan kerana melanggar perjanjian kepada syarikat dari Singapura itu...

Itu lah sebenarnya level pemikiran yg ada dalam kalangan pimpinan PAS, dari dulu sampai la hari ni... mereka hanya tahu nak buat duit dengan cara yg mudah dan cepat walaupun nilainya tidaklah seberapa...

Selepas Ku Li dan Tun Razak berjaya dapatkan semula tanah tersebut, kemudian barulah ianya mula dipecahkan dan ditawarkan kepada peserta-peserta Felda yg berminat untuk menjadi peneroka... ada yg diletakkan di bawah Felda dan ada juga yg diuruskan oleh Kesedar...

Setiap peserta diberi 10 hektar tanah untuk diteroka dan memulakan projek tanaman sawit... bayangkan berapa ramai peserta yg pastinya terdiri dari kalangan melayu Islam bumiputera telah mendapat manfaat daripadanya... kalau ikut KPD kebodohan pimpinan PAS, maka sebidang tanah yg luas tadi akhirnya hanya memberikan manfaat kepada hanya sebuah syarikat yg bukan asal usul dari bumi Kelantan mahupun Malaysia...

Memang sejak dulu dan azali parti PAS tidak layak, tidak berkemampuan dan sepatutnya tidak berhak pun diberi amanah tanggungjawab untuk memimpin... mereka hanya membawa fitnah kepada negara, fitnah kepada bangsa melayu dan fitnah besar kepada agama Islam...

16/08/2024

Bodoh kalau ada yg persoal pembangunan di Gua Musang... PAS pun masih gagal bina KBCC macam KLCC, di Kota Bharu...

09/08/2024

Setahu aku memang dari awal Tesla cuma mahu membuka sebuah Showroom di Malaysia... bila masa dia umum nak buka kilang???

09/08/2024

Jangan terkejut kalau lepas ni pimpinan PAS akan bertukar tangan kepada Annuar Musa sbg Presiden dan Shahidan Kassim sbg Timbalan presiden PAS...

08/08/2024

Katanya Ayoh Chik sedang menjalani 'Terapi Minda'... jangan nanti masuk Parlimen sibuk nak main Acilut nyorok p**a...

08/08/2024

Pergh... TS Annuar Musa dedah rahsia perbincangan nak pilih calon PN dibuat di rumahnya di KL... nampak gaya PAS dah ada calon Presiden yg baru...

07/08/2024

Waaa... besar sungguh pengorbanan calon PN kat Nenggiri... sanggup lepaskan KUNCI PINTU SYURGA untuk jadi calon PPBM... PPBM offer kunci baru kot...

06/08/2024

Presiden HAMAS, As-Syahid Ismail Haniyeh rupa-rupanya sebelum beliau berjaya dibunuh oleh Laknatullah Zionis, beliau dah pun kehilangan lebih dari 60 ahli keluarga disebabkan terbunuh dan menjadi mangsa kezaliman Zionis, antaranya :

1. 3 orang anak kesayangan beliau telah pun syahid...

2. 5 orang cucu beliau turut syahid dalam letupan kenderaan...

3. Adik beliau juga telah syahid...

4. Kakak beliau juga syahid...

5. Beberapa ahli keluarga terdekat beliau juga syahid dalam siri pengeboman yg berlaku di kampung kelahiran Ismail...

6. Begitu juga dengan beberapa orang bapa dan ibu saudara beliau serta sepupu beliau...

Itulah harga yg perlu dibayar sebelum nak menerima amanah menjawat jawatan sebagai seorang Presiden parti... pastinya beliau dan seluruh kaum keluarga beliau sedia maklum akan segala risiko ini dan mereka terima dengan lapang dada dan hanya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah...

Di Malaysia???

Yang saban hari gah bercakap tentang perjuangan Islam???

Yang hanya sibuk mengkafirkan sesama saudara seakidah...

Yang menjadi punca kenapa orang bukan Islam sangat skeptikal dengan agama Islam dan lebih s**a memilih menjauhkan diri daripada mendengar tentang keindahan Islam...

Jadi presiden PAS puluhan tahun... hanya berani melalak tentang nak memperjuangkan Islam, nak menegakkan Islam, di dalam negara yg memang dan sedia tertulis dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan...

Jadi je walaun PAS, ubah sikit imej penampilan, terus dilambung sebagai ustaz sehingga ke ulama... tak de langsung rasa bersalah atau nak merendah diri, menepis panggilan ustaz dan ulama... padahal diri sendiri pun belum tentu lepas bab mandi wajib lagi...

Inilah yg membezakan antara seorang Presiden Parti PAS, dengan seorang As-Syahid Presiden Parti HAMAS...

Keldai punya musibat... tak mau kena saman, takut kena muflis, lepaskan je la kerusi DUN Rembia tu... bukan susah pun......
06/08/2024

Keldai punya musibat... tak mau kena saman, takut kena muflis, lepaskan je la kerusi DUN Rembia tu... bukan susah pun... bodoh punya paria... KO nak lawan, KO nak pertahan macam mana pun, akhirnya keputusannya tetap kerusi tu akan dikosongkan juga... tak kira lah samada atas kerelaan KO, ataupun atas keputusan Speaker waima mahkamah sekalipun...

Yg sebaiknya, KO umum je kosongkan kerusi tu secepat mungkin... lagi lama KO sengaja memanjangkan isu ni, lagi lama KO masih nak tegakkan benang yg basah konon kerusi DUN Rembia tu masih milik KO, lagi menyampah orang nak kesian kat KO, UMNO nak guna budi bicara kat KO untuk tarik balik saman...

Ni sekarang KO nak salahkan UMNO p**a konon UMNO nak aniaya KO... KO pi minta tolong kat walaun PAS la supaya bantu KO bayar saman... nak tengok gak samada PAS sudi bantu KO selepas tahu kerusi DUN Rembia akan tetap dikosongkan nanti...

Bodoh macam walaun PAS...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.Itulah yang berlaku kepada ADUN Rembia yang bakal menjadi bekas ADUN Rembia dan bakal

01/08/2024

Hebat negeri Kedah HARAMkan judi... nak tunggu Kedah umum haramkan SYIRIK p**a... banyak 'premis' bakal ditutup lepas ni...

26/07/2024

Kalau betul Wan Faisal jaguh pejuang surat layang, dia patut dedahkan isi surat tersebut secara terbuka guna media, bukan salahguna imuniti sbg ahli parlimen.

17/07/2024

Hari ni, Speaker Dewan Rakyat dah bagi satu hint yg sangat besar maknanya, tapi masih gagal difahami oleh mana-mana Ahli Parlimen PN pun... memang BODOH dan DUNGU...

Speaker jawab kepada MP Pasir Mas tentang status MP Bukit Gantang... maknanya...

Sebab kenapa Speaker tolak pengosongan di 6 kerusi parlimen tu adalah disebabkan yg hantar surat kepada Speaker memaklumkan tentang kekosongan 6 kerusi parlimen itu adalah Setiausaha Agong PPBM, menggunakan letter head Parti PPBM... memang patut ditolak la, sebab ke enam-enam mereka bertanding PRU atas tiket PN, dan seorang atas tiket PAS di Parlimen Gua Musang....

Sepatutnya yang hantar surat kepada Speaker adalah Setiausaha Agong PN dan PAS bagi kerusi Parlimen Gua Musang, menggunakan letter head PN dan PAS...

HAHAHAHAHAHAHA.... Sapa la yg nak pi habaq benda ni kat puak-puak yg dungu tu...

HAHAHAHAHAHAHA....

TERJERAT... Depa ingat depa terra... alih-alih pimpinan PAS dan ADUN Rembia yg dungu tu yg bakal terperangkap...Tak kesa...
17/07/2024

TERJERAT... Depa ingat depa terra... alih-alih pimpinan PAS dan ADUN Rembia yg dungu tu yg bakal terperangkap...

Tak kesah lah kalaupun baru sekarang KO nak umum secara mega, di Parlimen, yg KO selaku ADUN Rembia yg menang atas tiket UMNO BN masa PRN Melaka nak melompat dan menyertai parti PAS... konon KO sebenarnya dah mohon nak sertai PAS sejak Jun 2023 lagi, manakala DUN Melaka hanya selesai menggubal Akta Anti Lompat Parti di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Melaka pada sekitar Ogos 2023... kiranya KO terlepas la sebab sempat melompat sebelum DUN gubal Undang-undang ni...

Samada KO tak faham, ataupun korang terlalu ghairah nak tonjolkan kebodohan hinggakan korang boleh terlepas pandang beberapa perkara...

Pertama, Akta Anti Lompat Parti mula digubal di dalam Perlembagaan Persekutuan... hanya selepas akta ini, atau mana-mana akta sekalipun digubal di dalam Perlembagaan Persekutuan, selepas itu barulah Dewan Undangan Negeri boleh gubal atau masukkan akta tersebut di dalam undang-undang tubuh negeri masing-masing... kalau ada undang-undang yg wujud di negeri, tetapi ia bercanggah atau mengatasi atau berlaku pertindihan bidang kuasa dengan Perlembagaan Persekutuan, maka perkara yg sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan lebih diutamakan... benda ni yg berlaku di Kelantan dan Terengganu membabitkan perkara berkaitan undang-undang syariah negeri yg bertindih dengan undang-undang sivil di persekutuan... kebodohan yg sengaja dilakukan dengan niat yg jahat...

Balik pada cerita di Melaka... ramai yg mungkin tak tahu, sebelum parlimen boleh menggubal Akta Anti Lompat Parti itu, iaitu sekitar 2022, untuk membolehkan penggubalan ini dilakukan, terlebih dahulu parlimen perlu meluluskan satu pindaan pada perlembagaan, iaitu perkara berkaitan hak setiap individu untuk berpersatuan di mana pindaan telah meletakkan had ke atas hak tersebut, dan pindaan ini telah diluluskan oleh parlimen bagi membuka jalan untuk penggubalan Akta Anti Lompat Parti ini dilakukan...

Bilamana pindaan tentang meletakkan had ke atas hak setiap individu untuk berpersatuan ini diluluskan, maka selepas itu, barulah setiap persatuan khususnya parti politik boleh mula meminda perlembagaan parti masing-masing untuk tetapkan had atau peraturan kepada setiap ahli... UMNO adalah antara parti awal yg membuat pindaan kepada perlembagaan parti yg mana selama ini, perkara ini tidak boleh dilakukan disebabkan terhalang dengan hak setiap individu yg telah perlembagaan negara berikan untuk terlibat berpersatuan tanpa had dan tanpa batasan...

Sebab itu, bagi yg faham, untuk UMNO, penggubalan Akta Anti Lompat Parti ini hanyalah sebagai pelengkap untuk memperkukuhkan lagi undang-undang sahaja, pada masa sama, undang-undang dalam perlembagaan parti yg baru dipinda sebenarnya lebih lengkap dan menyeluruh termasuk dalam perkara berkaitan mengubah sokongan...

Sebab itu, setiap ahli parlimen dan ADUN yg menang atas tiket BN sejak pindaan dibuat, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah sokongan, atau membuat apa-apa pendirian yg bercanggah dengan keputusan ketua Whip, apatah lagi jika melompat meninggal BN dan sertai parti lain... kesemua mereka telahpun diikat melalui dokumen perjanjian, ataupun kontrak yg mereka telah tandatangani faham dan bersetuju dengan semua perkara yg terkandung di dalamnya...

Tujuan kontrak ini dibuat adalah untuk membolehkan parti memulakan sebarang tindakan undang-undang, samada secara internal atau berdasarkan peraturan Lembaga Disiplin Parti, ataupun untuk dibawa ke mahkamah jika berlaku pelanggaran kontrak...

Natijahnya, ADUN Rembia ini bukan saja akan dikira sebagai telah terhenti daripada menjadi ahli parti dengan sendiri, yg mana ia membawa kepada pengosongan kerusi DUN Rembia, malah beliau juga bakal dikenakan tuntutan bayaran ganti rugi yg perlu dijelaskan kepada parti UMNO BN... tak pasti berapa jumlahnya dan ia perlu dirujuk di dalam terma yg terkandung dalam kontrak perjanjian tersebut, selain kemungkinan ada tindakan lain yg dikenakan kepada beliau...

Sebenarnya, pindaan kepada perlembagaan berkenaan hak individu dalam berpersatuan itu lebih besar implikasinya jika difahami berbanding kesan pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti yg kita semua tahu memang wujud kelompongan yg disengajakan didalamnya...

16/07/2024

Kalau sekarang, kalangan ahli keluarga Mendiang Teoh Beng Hock pun dah mula sedar dan akui bahawa kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak jauh lebih baik, lebih bertanggungjawab, malah lebih penting, jauh lebih sayangkan rakyat Malaysia keseluruhannya, berbanding kerajaan perpaduan yg ada hari ini...

Kalau sekarang, kalangan rakyat bukan Melayu mula menunjukkan protes mereka, mengambil kira pola pengundian yg berlaku dalam PRK DUN Sg. Bakap, menggambarkan bahawa mereka mulai sedar betapa kerajaan pimpinan DS Najib dulu jauh lebih bijak, jauh lebih berhemah dan tahu keutamaan yg kerajaan perlu berikan untuk rakyat, terutama dalam isu seperti pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, berbanding apa yg berada dalam benak fikiran pimpinan kerajaan hari ini...

Kalau sekarang, rakyat termasuk kalangan bukan Melayu mulai sedar dan faham, adalah sesuatu yg salah dan sangat tidak berbaloi ketika mana dulu mereka membuat keputusan untuk jatuhkan kepimpinan DS Najib dan cuba beri peluang kepada kepimpinan baru untuk tadbir negara, sehingga mereka sanggup ambil risiko besar dari sudut perkembangan ekonomi yg makin terencat, peluang membina kehidupan yg lebih baik semakin terbatas, kehidupan sosial yg kian merenggang, dunia luar yg semakin hilang keyakinan dan rasa hormat kepada Malaysia dan banyak lagi...

Kalau sekarang, rakyat dipaksa terima hakikat betapa kerajaan yg ada hari ini sangat skeptikal, sentiasa rasa was was, rasa tak percaya dan rasa tak puas hati kepada golongan kaya, bermula dari T20 dan makin menular ke M40, berbeza dengan era pentadbiran DS Najib dulu yg lebih tahu kaedah menguruskan kemakmuran negara (prosperity) secara lebih adil dan meluas...

Kalau sekarang, rakyat mulai sedar betapa mereka perlu hadapi kesan yg sangat buruk dan berpotensi untuk kekal bagi tempoh yg lama, bukan disebabkan oleh 1MDB, bukan disebabkan oleh semua tuduhan dan fitnah yg pernah mereka percaya, yg dilemparkan terhadap DS Najib, tetapi, disebabkan kelemahan, kegagalan, tidak ada kompetensi, kegagalan merancang dan mengurus yg berlaku dalam kalangan kepimpinan kerajaan perpaduan hari ini...

Kalau sekarang, rakyat terpaksa melupakan sudah, selepas segala visi dan misi hasil cetusan DS Najib, dari Dasar Transformasi Nasional nya, Pelan Pengangkutan Bersepadu nya, Dasar yg berpaksikan prinsip 1 Malaysia nya, TN50 nya dan banyak lagi, semakin terkubur, dalam keadaan kerajaan hari ini yg masih gagal menzahirkan sebarang pelan jangka sederhana mahupun jangka panjang yg sepatutnya jauh lebih baik dan meyakinkan...

Maka, kesimp**an yg akhirnya bakal ditelan oleh kita semua, oleh seluruh rakyat Malaysia adalah, KALAU LAH SEKARANG, Perdana Menteri Malaysia masih lagi DS Najib Razak, kerajaan Malaysia masih lagi Barisan Nasional, dan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum memilih untuk bersatu dan bersama membantu DS Najib sama-sama memperkasakan kerajaan Malaysia...

Alangkah baiknya kalau masa boleh berputar semula ke belakang...

15/07/2024

Konpius... usul dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS P. Pinang mahu supaya Presiden Parti Gerakan ditukar... Gerakan ni dah jadi anak beranak PAS ke???

Inilah sebenarnya perangai PAS... mereka sentiasa ingat hanya diri mereka sajalah makhluk paling sempurna atas muka bumi...
15/07/2024

Inilah sebenarnya perangai PAS... mereka sentiasa ingat hanya diri mereka sajalah makhluk paling sempurna atas muka bumi ni... hanya kerana mereka mendapat kelebihan menunggang Islam maka mereka mengandaikan orang lain semuanya tidak semulia mereka...

Disebabkan mereka merasakan diri mereka lebih mulia dari orang lain maka sebab itulah mereka takde masalah nak buat apa pun yg mereka s**a kepada pihak lain tanpa ada rasa bersalah, sekalipun kepada rakan baik mereka sendiri... dan disebabkan ini jugalah kenapa Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi tidak dapat meneruskan kerjasama yg sudahpun terjalin antara UMNO BN dengan PAS...

Bukan sekali, malah berulang kali PAS memperdajalkan UMNO BN ketika bersama membentuk Muafakat Nasional, malah sebelum dari itu lagi... PAS hanya berminat untuk mempergunakan sesiapa saja yg bekerjasama dengan mereka malah mereka hanya berminat dengan manfaat yg boleh menguntungkan mereka ketika mana bekerjasama dengan pihak lain dan takde masalah untuk mereka putuskan kerjasama jika ada pihak ketiga yg tiba-tiba muncul dengan membawa faedah yg lebih buat mereka...

Bagi PAS, parti Gerakan ibarat sampah yg hanya membawa bau busuk tetapi tidak mampu memberi apa-apa nilai tambah kepada kekuatan mereka... mereka sanggup terima kerjasama dengan parti Gerakan dengan harapan Gerakan masih ada saki baki kekuatan dan kemampuan untuk menarik antara 10%-20% undi dari kalangan masyarakat bukan Melayu... apabila mereka menyedari bahawa Gerakan sememangnya sudah hilang taringnya maka hari ini mereka berusaha mencari jalan untuk singkirkan parti Gerakan dari gabungan Perikatan Nasional secara halus...

Bagi PAS, semua kelemahan dan kesilapan adalah disebabkan hanya dari Gerakan, tanpa mereka mahu akui bahawa cara PAS berpolitik lah yg menjadi punca utama kenapa mereka ditolak oleh pengundi bukan Melayu...

Sasaran sebenarnya parti PAS adalah untuk bekerjasama dengan MCA dan MIC... tinggal lagi sekarang adalah sejauh mana parti MCA dan MIC berminat untuk terima pujukan PAS...

Umum mengetahui kedudukan MCA dan MIC hari ini di mana penerimaan pengundi bukan Melayu kepada mereka tidaklah jauh mana bezanya dengan Gerakan... MCA dan MIC tidak boleh mendabik dada kerana s**a tidak s**a, mereka kena terima hakikat bahawa mereka masih terpaksa bergantung harap kepada kekuatan serta track record yg ada pada BN...

Memilih untuk terima pujukan PAS bermakna MCA dan MIC sudah bersedia untuk berdiri atas kaki sendiri dan melupakan semua sejarah silam yg pernah mengangkat MCA dan MIC di persada politik negara... jika MCA dan MIC melihat bahawa kerjasama dengan PAS PN membolehkan MCA dan MIC dapat menumpang kekuatan sokongan yg diterima oleh PN dari kalangan pengundi Melayu , bermakna MCA dan MIC bakal melakukan kesilapan yg sama seperti mana Gerakan...

Sehingga hari ini, masyarakat bukan Melayu masih s**ar menerima politik PAS PN yg sangat perkauman... hinggakan mereka melihat keberadaan Gerakan seolah olah lembu dicucuk hidung, diperlakukan dan dipijak ses**a hati mereka... MCA dan MIC mungkin boleh menumpang sedikit sebanyak sokongan orang Melayu yg dibawa oleh PAS PN, cuma persoalannya, adakah ia cukup untuk memenangkan calon MCA dan MIC kerana adatnya, kerusi MCA dan MIC biasanya di kawasan majoriti bukan Melayu atau di kawasan urban di mana pecahan kaumnya agak sekata...

Sehingga hari ini, sokongan pengundi bukan Melayu masih kuat dipegang oleh PH... walaupun mungkin akan berlaku tindakan boikot pengundi seperti yg berlaku dalam PRK Sg Bakap apabila ada kesilapan yg telah kerajaan lakukan, namun bila tiba masa perlu membuat pilihan, pengundi bukan Melayu tetap akan memilih untuk elak PAS daripada menjadi kerajaan...

Pendirian pengundi bukan Melayu hingga hari ini masih kuat berpegang bahawa PAS tidak boleh menjadi kerajaan atau menjadi sebahagian daripada kerajaan... ini bermakna, sokongan bukan Melayu boleh pergi kepada sesiapa saja yg mereka mahu, asalkan ia tidak ada kaitan dengan parti PAS...

Jika MCA dan MIC boleh faham definasi ini, maka sangat tak bijak dan tak sepatutnya lah untuk MCA dan MIC buat keputusan membunuh diri sendiri dengan meninggalkan BN demi nak bekerjasama dengan PAS... lebih mudah dan lebih besar peluang jika MCA dan MIC berusaha menarik semula sokongan bukan Melayu kepada mereka dengan kekal beras dalam gabungan kerajaan hari ini...

KUALA LUMPUR : Pemuda PAS Pulau Pinang mahu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang kini disandang Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, ditukar.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ke-44, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, berkata usul pertukaran itu dikemukakan Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor berdasarkan beberapa pertimbangan utama.

"Ia termasuk keperluan penstrukturan semula organisasi PN demi kelangsungan PN negeri, demografi penduduk Pulau Pinang dan desakan ahli akar umbi.

"Usul ini hangat dibahaskan ketika muktamar berlangsung, dengan ramai pembahas mengambil bahagian sebelum usul ini diluluskan secara sebulat suara.

"Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan membentangkan usul ini ke peringkat lebih tinggi supaya PN terus bertapak kukuh di Pulau Pinang," kata beliau melalui Facebooknya, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan hubungan Dominic dengan PAS Pulau Pinang tidak begitu baik selepas parti itu memboikot pencalonan Dominic di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, yang majoritinya Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, tahun lalu.

Dominic pernah diminta meninggalkan ceramah PN di Sungai Dua kerana dikatakan hadir tanpa diundang. PAS kemudian memohon maaf atas insiden berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1271299/pemuda-pas-p**au-pinang-mahu-dominic-ditukar-sebagai-pengerusi-pn

12/07/2024

Kerajaan semakin s**ar mendapat sokongan org melayu selagi DS Najib terus dianiaya, jadi lebih selamat elakkan PRK di 6 kawasan parlimen ni...

Kan ke bagus kalau DS Anwar, Rafizi n PH bagitau bahawa mereka sebenarnya nak laksanakan semua yg tersenarai di bawah ji...
10/07/2024

Kan ke bagus kalau DS Anwar, Rafizi n PH bagitau bahawa mereka sebenarnya nak laksanakan semua yg tersenarai di bawah jika mendapat peluang jadi kerajaan... tak perlu pun mereka bersusah payah, berguling atas jalanraya, ditembak gas pemedih mata, ditahan, dilokap dan macam-macam lagi penderitaan yg mereka pernah lalui dulu...

Sampai berserabut kerajaan BN ketika itu, terutama ketika pimpinan DS Najib Razak menjadi PM, terpaksa berdepan dengan pelbagai demonstrasi, tunjuk perasaan, protes, himpunan dan banyak lagi...

Aku yakin, hari ni, tentunya ds Najib sendiri pun takkan sangka rupa-rupanya segala yg beliau pernah usahakan dulu semuanya sia-sia, sebab apa yg dimahukan oleh PH jika mereka jadi kerajaan hanyalah seperti apa yg ditulis dalam senarai ini...

Semua yg tertulis ini sememangnya adalah perkara yg telah dan sedang dilaksana oleh kerajaan pimpinan DS Anwar dan PH ini... semua ini adalah yg tak pernah terfikir oleh DS Najib dulu...

10/07/2024

Kerajaan dilihat seperti terlalu anti dgn kump**an T20 dan M40... bukan ke golongan ini juga lah yg dulu beria mahu jatuhkan DS Najib dan gantikan kerajaan BN...

09/07/2024

Tinggal dalam kawasan DUN n Parlimen kerajaan pun kena bayar RM3.35 per liter diesel, tinggal di kawasan pembangkang pun kena bayar harga yg sama juga...

09/07/2024
08/07/2024

Jangan lagi guna modal, jika pilih calon PN maka kawasan ini akan jadi kawasan pembangkang... pengundi tak peduli pun tinggal dalam kawasan pembangkang...

08/07/2024

30% undi Melayu yg beralih kepada PH kesan drpd kempen UMNO BN, tapi tak cukup menampung defisit undi Non Malay yg boikot PRK Sg. Bakap...

08/07/2024

Berdasarkan angka yg Rafizi dedahkan ternyata kekalahan PH di Sg Bakap berpunca daripada tindakan 50% pengundi Non Malay yg memboikot PRK...

07/07/2024

Kalaupun BN nak keluar dari gabungan kerajaan perpaduan, mestilah betul strateginya, tepat pada masanya dan kena pada caranya... bodoh la Zahid Hamidi dan BN jika tiba-tiba panggil sidang media tergempar dan kemudian umum keluar dari kerajaan perpaduan, dan esoknya, kestabilan politik menjadi goyah, ekonomi berterabur... tak pasal-pasal kena maki oleh rakyat...

Nak keluar, kena keluar sebagai hero... kena ada back up kuat dari rakyat... org bodoh je yg umum keluar tiba-tiba... org yg bijak, akan tunggu satu kesilapan besar yg dilakukan oleh kerajaan terutama PM, dan guna kesilapan itu dgn alasan anda bercakap bagi pihak rakyat...

Biar kerajaan sendiri yg singkirkan kita dari gabungan, bukan kita yg keluar tiba-tiba... biar rakyat lihat kita dikeluarkan kerana memperjuangkan rakyat, membela rakyat...

Barulah kemudiannya rakyat akan kuat bersama dengan kita...

Zahid tahu dan dia bijak... yg bodoh ni korang yg melalak tak ketahuan punca ..

07/07/2024

Sekarang bukan masa BN fikir nak keluar kerajaan, tapi fikir macam mana cara boleh tunjuk jaguh supaya boleh tarik balik sokongan rakyat terutama Non malays...

Address

Somewhere In Kepala Batas
Pinang
13200

Opening Hours

Monday 01:00 - 00:59
Tuesday 01:00 - 00:59
Wednesday 01:00 - 00:59
Thursday 01:00 - 00:59
Friday 01:00 - 00:59
Saturday 01:00 - 00:59
Sunday 01:00 - 00:59

Telephone

+60194797995

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Melayu Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara Melayu Baru:

Videos

Share