07/06/2023
Infinix Note 30 Pro: Midrange Phone Killer.
Smartphone ni baru jer dilancarkan 24 mei baru β baru ini. Mesti ada yang kali pertama dengar jenama ini kan? Syarikat ni berasal dari Nigeria. Syarikat yang sah dan berdaftar taw, bukannya scammer yer.
Syarikat dah lama menjual smartphone ni,dari 2013 lagi. Tahun 2016 dah masuk lebih dari 30 buah negara taw, benua arab, tempat kita asia tenggara dan banyak lagi. Tahun 2020 telefon ni top paling banyak di jual di lazada Indonesia semasa promosi 11.11 dan 12.12. haa hebat kan? Bukan brand cap ayam ni.
Prestasi
Phone ni menggunakan Chipset Mediatek MT8781 Helio G99 (6nm). Mediatek dah okay banyak sekarang ni, jangan risau. Bukan macam dulu-dulu lagi. Secara perbandingan nak mudah faham kalau banding dengan Snapdragon saingannya ialah Snapdragon 695 atau Snapdragon 680. Jadi boleh bandingkan harga dengan fon yang pakai chipset tu.
Grafik p**a menggunakan GPU Mali-G57 MC2. Sangat sesuai untuk main game PUBG, Mobile legend dan Free Fire. Kalau nak main Game grafik tinggi macam Genshin Impact terpaksalah guna tetapan yang paling rendah. Kira okay la untuk phone kelas pertengahan kan?
Memori
Phone ni tersedia dengan 8GB RAM, boleh tambah lagi 8GB secara virtual. Banyak tu. Storage p**a 256GB ROM dan Menyokong microSDXC (slot khas).
Sistem operasi
Keluar kotak je dah guna versi android yang paling terkini iaitu Android 13, dan menggunakan interface Infinix sendiri iaitu XOS 13.
Bateri
Bateri built in yang besar iaitu 5000 mAh dan jenis lithium polymer.
Pengecasan
Infinix tak kedekut bagi free kepala pengecas berwayar 68W, laju tu. Tak sampai 1 jam pun dah penuh. Menyokong Power Delivery 3.0. Ciri ni phone flagship je ada taw iaitu pengecasan tanpa wayar 15W. Serta Pengecasan Berbalik tanpa wayar lagi. Senang la nak cas TWS ke apa-apa.
Skrin
οΌ bersaiz 6.67 inci @ 113.7 cm2 (~88.2% screen-to-body ratio)
οΌ Full HD 1080 x 2460 pixels (~388 ppi density)
οΌ AMOLED, 1B colors, 120Hz, dan cahaya paling terang ialah 900 nits, maksudnya kurang cerah sikit jika guna phone bawah cahaya matahari terik. Dalam bangunan terbaik dah .
Saiz Badan
Ngam2 sangat selesa di tangan iaitu 168.5 x 76.5 x 8.5 mm. Berat p**a adalah normal bagi phone yang ada bateri yang besar iaitu 205g.
Jenis Badan
Bahagian hadapan dan belakang adalah dibina dari kaca, Cuma tidak dinyatakan bahan yang digunakan corning gorilla glass atau bukan. Rangka adalah dari bahan plastik jenis keras.
Ciri ini yang jarang nak jumpa pada phone bawah harga RM1k iaitu Kadar kalis air dan habuk IP53. Hebat kan? Kebanyakkan phone ada ciri ini berharga hampir RM2k tau.
Warna
Dua pilihan warna yang menarik disediakan iaitu magic black dan Variable Gold. Bukan warna biasa-biasa la, ada metalik dan kesan khas lagi.
connectivity
support Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Data Speed HSPA, LTE 4G sahaja.
Wifi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct
ada NFC
USB p**a jenis Type c, 2.0 dan USB OTG.
Sensor
Cap Fingerprint berada di sebelah kanan phone dan kepantasan dia lebih kurang 1 saat sahaja, accelerometer, gyro, proximity, dan kompas. Ada Radio FM lagi.
Kamera & Video
Kamera utama di belakang ada 3: 108 MP, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth) + QVGA. Kamera selfie depan p**a 32 MP, f/2.0, (lebar).
Phone ini mampu merakam Video beresolusi 1440p@30fps, 1080p@30fps dengan kamera utama dan kamera Selfie: 1080p@30fps. Quad-LED flash, HDR, panorama. Selfie: LED flash, HDR
Audio
Walaupun phone ini agak murah, namun Speakernya adalah Tuned by JBL 24-bit/192kHz audio. Siap dual speaker lagi.
Haa ciri ni jarang dah ada phone zaman sekarang, audio jack 3.5mm.
Ini lah smartphone kelas pertengahan yang terbaik setakat ini yang boleh saya sarankan setakat ini.
semoga bermanfaat
wassalam