Ibnu Rijal

Ibnu Rijal PENULIS DAN PEMBACA. books author
Tv script writer
freelance speaker IbnuRijal.blogspot.com
sebuah gelanggang ilmu dari anak muda untuk seluruh anak dunia.

membincangkan pelbagai isu2 terkini dan terdahulu melalui sudut pandang agama. limpahan ilmu merangkumi aspek tauhid, syariat, sirah, akhlak, dan pelbagai lagi perkara berbangkit, berdiri, duduk, dan lain2.. "sampaikan olehku walaupun satu ayat..." maksud Hadis-

BERITA BAIK BAGI YANG MENUNGGU NASKAH ISLAM MUSLIM DAN KRISIS.Alhamdulillah syukur pada Allah, naskah Alfu Sanatin denga...
07/12/2024

BERITA BAIK BAGI YANG MENUNGGU NASKAH ISLAM MUSLIM DAN KRISIS.

Alhamdulillah syukur pada Allah, naskah Alfu Sanatin dengan izin Allah, diterima Baik di Pasaran. Dalam 5 Bulan, buku ini sudah masuk cetakan yang ke enam dan Masih mengungguli Carta best seller MPH Malaysia.

Untuk itu, pihak penerbit berbesar Hati untuk menerbitkan naskah kendiri Saya sebelum ini, ISLAM MUSLIM KRISIS.

namun Kali ini ia bakal memakai tagging ALFU SANATIN 2 : ISLAM MUSLIM &KRISIS.

Saya Sedang dalam proses menyiapkannya. Tinggal sikit Saja lagi. Terdapat Sangat Banyak penambahan bab bab dan topik Baru dalam naskah ini kelak.

Kita Akan berbicara tentang jatuh bangun Dunia Islam moden Sejak Dari Abad ke-18M hingga Abad ke 21M.

Mencakupi :

Kejatuhan Uthmaniyyah
Wahhabi
Deobandi
Pattani darussalam
Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama'
Kaum muda di Tanah melayu
Revolusi arab
Agenda Yahudi
Sejarah hubungan Iran-Amerika-Rusia
Sejarah perjuangan palestin.
Perang arab Israel
Ham4s dan PLO
Hinggalah kepada syahidnya Yahya sinwar pada Tahun 2024M.
Dan Banyak lagi.

ALFU SANATIN 2 adalah versi Islam Muslim Krisis yang lebih Tebal, lengkap, padat. Berserta grafik, peta dan rujukan yang authentic.

Doakan Saya. Nantikan ALFU SANATIN 2 : ISLAM MUSLIM KRISIS.

Ketika Anak Anak sudah hilang daya kreatifHari ini Hari kedua program lepas UASA. Saya buat slot perkampungan Madani. Me...
02/12/2024

Ketika Anak Anak sudah hilang daya kreatif

Hari ini Hari kedua program lepas UASA. Saya buat slot perkampungan Madani. Mereka diberikan model rumah kayu untuk mereka bina
Kemudian Saya berikan kertas mahjong.

Arahan Saya : lepas siap bina rumah tu. Ampa letak rumah tu atas kertas mahjong Ni. Pastu atas kertas mahjong tu Ampa lukis apa Saja plan. Sama da nak buat surrounding umah tu ka. Plan perbandaran ka. Jalan ka, Pekan ka. Fisiliti apa ka. Tak kisah, takda limit. Buat apa Saja. Letak Nama. Dan perlu justify kenapa buat plan cam gitu, dan kenapa letak Nama tu.

Alhamdulillah. Depa dengaq arahan. Dan depa buat rumah tu Jadi. Namun Bila letak Nama, kt situ dah jem.

Rumahku.
Rumah Ahmad
Rumah rosmah.

Ni Antara Nama yang depa letak. Takpa Saya tak Kisah. Namun Bila masuk part depa perlu justify kenapa buat plan cmtu , kenapa letak Nama tu. Depa dh hilang Bahasa.

"Err.. Nama Ahmad.. sebab.. sebab Ahmad la."

"Rosmah? Sebab Ros tambah Mah. Jadi rosmah."

Bila Saya cakap, Ampa dah besaq. Bagi Satu kehujahan yang convincing sikit. Terus depa tukar Nama, ok la "rumah Pak uda" (merujuk kpd pggilan Saya di sekolah)

Dak. Bukan nk suh letak Nama Saya. Letak la Nama apa pun. But Ampa kena convince kenapa letak Nama tu. Dan kenapa pilih konsep tu.

Depa dah blurr.. sorang budak sambut , "Pak uda, Bila Nak tengok movie? Nk cita hantu!"

Hampeh..

Saya Tanya kawan kawan. Tinggi sgt ka tugasan Ni. Depa dah form 3. Patut tidak sukar..reka apa Saja. Fikir apa Saja. Tapi depa X boleh. Akhirnya mereka surrender.

Daya kreatif mereka telah mati dibunuh Oleh tknlogi. Kita kecik dlu, hanger Jadi M16, penyodok Jadi rxz, mesin jahit Jadi F1, pinggan yang Ada partition tu Jadi steering Wira, siap Ada Hon. , penyapu Jadi Kuda. Dan Banyak lagi. Kita bermain berimaginasi begitu. Barangkali itu membentuk siapa Kita Hari ini
Kalau tak pandai belajar pun, at least Kita Ada Sisi reasoning, creativity yang Baik. Itu membantu kita survive masa Kini. Orang utara cakap, "pandai toghah.".

Saya khuatir generasi depan yang terlalu terpandu "skrip" , atau kepatuhan melulu, atau kekakuan minda kesan Dari hidangan teknologi menyebabkan masa depan kelak depa Akan Banyak menyerah dan menjadi robot.

Kegilaan masa depan, manusia semakin menjadi robot sedangkan robot semakin menjadi manusia.

Yousaf seorang Anak muda yang sangat gentleman. Tertib dan sangat beradab. Saya layan kebanyakkan podcast Yousaf, Saya l...
26/11/2024

Yousaf seorang Anak muda yang sangat gentleman. Tertib dan sangat beradab. Saya layan kebanyakkan podcast Yousaf, Saya lihat dia Ada aura DJ Naz. Tidaklah Ada skrip, atau kerangka soalan. Dia main Tanya ja apa dia Nak Tanya. Mungkin itu yang membuatkan podcast beliau views tinggi. Barangkali sebab natural tu. Macam bersembang betul. Dan kelebihan Yousaf, dia punya open end up question tu.

Yeke?
Eh?
J*p. Tak paham.
Oh cmtu eh?

Nampak bersahaja, tapi itu sebenarnya merintis Jalan lebih Luas untuk Kita membuka cerita. Berbanding setengah podcast lain, depa jemput tetamu, tapi depa yang bercakap lebih.
Dengan Adab dan Akhlak Yousaf, Saya yakin brother Saya Ni boleh pergi jauh.

Sorang lagi, panglima perang. Anak antoo Penang. John bear. Ini tak payah diperkenalkan Lagi. Dialah yang mula2 memecahkan tradisi Baik ML studio . Sejak itu, ramai speaker nak try Jadi macam John, tapi John tetap john.
Dlm pakaian yang bersahaja mengikut minat dan jiwa, serta alunan Kata yg berseni dan berseloka , budak nakal ini sudah memiliki master dan Sedang menyiapkan thesis PhD dalam bidang keris dan budaya warisan melayu.

Alhamdulillah sehari setengah di Sana. Dapat lunaskan dua. Next time turun lagi, SN dan Tuan haji .

Jadi Artis dah sekarang. Patut balik Kampung Baru Ni dok cakap kL Ngan Kita.. Anda boleh ke page malaysia Tribune  untuk...
21/11/2024

Jadi Artis dah sekarang. Patut balik Kampung Baru Ni dok cakap kL Ngan Kita.. Anda boleh ke page malaysia Tribune untuk tengok video temuramah Ni. Padu bang jep speaking. Macam Andika old money.

Ada Ni..Masih Belum keluar Carta top 10 Sejak mula2 masuk Pasaran pada jun 2024. Syukur pada Allah SWT. Terima kasih pad...
15/11/2024

Ada Ni..Masih Belum keluar Carta top 10 Sejak mula2 masuk Pasaran pada jun 2024.

Syukur pada Allah SWT. Terima kasih pada semua yang telah mendapatkannya. Bagi yang Belum mendapatkan, ketahuilah Bahawa Saya Sangat mengharapkan Anda mendapatkan buku ini. Jika bukan untuk Kita, boleh Jadi ia untuk bacaan warga rumah, anak2 , atau rakan sekerja Kita. Setiap pembelian Akan mendapat poster timeline sejarah Islam secara Percuma.

Boleh dapatkan di kedai2 buku seluruh Malaysia, atau online di shopee karya bestari atau di mana mana akaun tiktok yang affiliate buku Alfu sanatin. Taip sahaja Tajuk buku ini.

Setakat ini sudah 6 ribu naskah terjual.

Jom Sama Sama Bantu Saya capai target buku ini agar terjual sebanyak 50 ribu naskah. Tak mustahil dengan izin Allah.

Untuk pendidikan Anak Anak.
13/11/2024

Untuk pendidikan Anak Anak.

Tahniah diucapkan kepada the Guru, Tuan haji Zainal Rashid mendapat menantu Hari ini. Ilham adalah seorang Anak gadis ya...
10/11/2024

Tahniah diucapkan kepada the Guru, Tuan haji Zainal Rashid mendapat menantu Hari ini. Ilham adalah seorang Anak gadis yang Baik yang sangat setia disamping Tuan haji dimana mana pun. Juga Anak gadis yang cekap dan komited pada kerja ketika membantu siri2 live Tuan haji. Semoga bahagia ke Anak cucu.

03/11/2024

Kadang Kita Minta pada Allah kesembuhan, Allah berikan Kita masa. Kita tak sabar dan salahkan tuhan, sedangkan masa itulah sebenarnya kesembuhan.

Disebalik sesebuah buku itu, Ada penulis yang tak cukup tidur.Coming soon, ALFU SANATIN 2
29/10/2024

Disebalik sesebuah buku itu, Ada penulis yang tak cukup tidur.

Coming soon, ALFU SANATIN 2

24/10/2024

Saya terfikir dan rasa gusar
Dengan tindakan orang besar
Dah macam budaya yang diajar
Selagi Belum ianya tular
Selagi itu mereka mengular

Setelah ia menjadi tular
Barulah sibuk pakat mengejar
Barulah sibuk pakat mengajar

Jadi, Bila tular menjadi budaya
Kita katakan ia bahaya
Tetapi kadangkala apakan daya
Kalau tak tular orang tak caya.

Hurm.. entah la.

He is an international Muslim scholar. He is still alive. Many call him as Al ghazali fi zamanina. "Ghazali pada Zaman i...
23/10/2024

He is an international Muslim scholar. He is still alive. Many call him as Al ghazali fi zamanina. "Ghazali pada Zaman ini.". Dan beliau adalah Dari keturunan Rasulullah SAW.

Bahkan Saya pernah membaca penulisan yang menyatakan tidak mustahil beliau adalah dalam kalangan wali Allah. Tontonlah wawancara Hamza Yusuf bersama beliau di YouTube, nescaya Kita Akan pantas jatuh Cinta Dengan ketinggian Adab dan keilmuannya.

18/10/2024

Saya tujukan Lagu ini untuk Kita semua.

Judulnya Saya Belum letak. Tapi inilah yang Saya rasa rasakan Kita Hari ini.

17/10/2024
ALFU SANATIN NOMBOR 1!!ALHAMDULILLAH. Berkat sokongan Anda semua, Alfu Sanatin Berjaya mendaki tempat pertama Carta terl...
16/10/2024

ALFU SANATIN NOMBOR 1!!

ALHAMDULILLAH. Berkat sokongan Anda semua, Alfu Sanatin Berjaya mendaki tempat pertama Carta terlaris. Saya tidak pernah berada pada kedudukan ini sepanjang 12 Tahun menulis buku.

Terima kasih kepada semua. Teruskan menyokong ALFU SANATIN. Kisah sejarah seribu Tahun UmaT Islam. Lengkap.

Hadiah Buat Anda semua, setiap pembelian selepas ini Akan menerima HADIAH ISTIMEWA sekeping poster timeline sejarah Islam, PERCUMA. Boleh lekat di dinding rumah, sekolah, surau dan masjid. Sebagai wahana hafalan dan agar semua UmaT Islam celik Akan sejarah Kita sendiri.

Bagi yang ingin membuat pembelian dan mendpatkan poster PERCUMA, boleh tekan link di ruangan Komen dibawah.

16/10/2024

Gila
LIrik : I.R
Lagu : A.I

16/10/2024

INI NABI KITA

lirik : Ibnu Rijal
Lagu : (A.I)

OK tak?

10/10/2024

POSTER TIMELINE SEJARAH ISLAM PERCUMA!! dengan setiap pembelian ALFU SANATIN selepas ini.

Alhamdulillah. Saya Baru menerima buku KHULAFA AL RASYIDIN karya ustaz Muqri Nizam , seorang penulis muda Patriot. Saya ...
08/10/2024

Alhamdulillah. Saya Baru menerima buku KHULAFA AL RASYIDIN karya ustaz Muqri Nizam , seorang penulis muda Patriot. Saya diberikan kesempatan untuk menekuni naskah ini sebelum ia dicetak. Harus Saya katakan Bahawa ini Satu karya yang sangat Baik. Fakta yang Sarat tetapi tak berat. Teks seakan buku teks yang tidak membosankan. Sedar tak sedar dah habis baca.

Melalui buku ini Anda Akan melihat kehebatan misi Abu Bakar, kejauhan visi Umar, keunggulan Akhlak Uthman, dan kehikmahan Ali. Buku ini paling sesuai untuk Anak Anak pelajar menengah (memang Ada topik KHULAFA AL RASYIDIN) untuk SPM dan STPM.

Seterusnya mahasiswa serta abang kakak fasi yang sambut birthday. Juga untuk para agamawan yang berkuliah di masjid surau. Guru Guru sejarah, juga bacaan abang2 Honda yang meminati BMW, juga buat kaum suami yang memberi nafkah dan duit Raya kepada isteri.

Pokoknya Saya nak sampaikan buku ini memang sesuai untuk semua. Penulisan fresh Dari tinta Anak muda, lengkap grafik gambar dan peta, tidak membosankan.

Sudah Ada di Pasaran sekarang .

Address

Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnu Rijal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibnu Rijal:

Share

Category

Nearby media companies


Other Video Creators in Kepala Batas

Show All