Abang Phisang Malaysia

Abang Phisang Malaysia Mencari Rezeki Yang Halal

17/10/2021
15/10/2021
LELAKI BERISTERI EMPATIsteri PERTAMABiasa-biasa saja, sering dicuaikan,biasanya tidak di ambil berat.Isteri KEDUAAgak ca...
23/04/2021

LELAKI BERISTERI EMPAT

Isteri PERTAMA
Biasa-biasa saja, sering dicuaikan,
biasanya tidak di ambil berat.

Isteri KEDUA
Agak cantik, agak diperhatikan.

Isteri KETIGA
Cantik, diperhatikan.

Isteri KEEMPAT
Sangat cantik, lumayan, sangat diperhatikan dan disanjung dan sangat diutamakan.

Waktu pun berlalu begitu cepat dan tibalah saat sang suami tersebut nazak, lalu dipanggilnya keempat2 orang isterinya.

Dipanggilnya isteri KEEMPAT yang paling cantik dan ditanya,

"Mahukah kamu ikut menemaniku ke alam kubur ?"

"Maaf, cukup sampai disini saja aku ikut bersama mu."

Saat dipanggil isteri KETIGA yang cantik, sering diperhatikan dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Maaf, aku hanya akan menghantarmu sampai di kuburan mu saja."

Kemudian dipanggil isteri KEDUA yang agak cantik dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Baik, aku akan menemanimu, tapi hanya sampai di liang lahad saja, setelah itu selamat tinggal."

Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu.

Tetapi inilah kenyataan dalam kehidupan dan menjelang kematian.

Lalu dipanggillah isteri PERTAMA dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka akan jawabannya,

"Saya akan menemanimu kemanapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu hingga hujung nyawa".

MAHU TAHU SIAPA ISTERI PERTAMA SAMPAI KEEMPAT ITU ??

Isteri KEEMPAT adalah,
"HARTA dan KEKAYAAN"
Mereka akan meninggalkan jasad kita ketika saat kita meninggal.

Isteri KETIGA adalah,
"TEMAN - TEMAN" kita,
Mereka akan menghantar jasad kita hanya sampai di saat kita disemayamkan.

Isteri KEDUA adalah,
"KELUARGA KITA",
(Saudara &Teman Dekat Kita )
Mereka akan menghantar kita sampai jenazah dikuburkan, mereka akan meninggalkan kita setelah jenazah kita dimasukkan kedalam liang lahad.

Isteri PERTAMA adalah,
"AMAL dan IBADAH" kita,
kerana Amal dan Ibadah kita inilah
yang paling setia mendampingi kita saat menghadap Tuhan Yang maha Esa.

RENUNG-RENUNG KAN ADAKAH KITA BERSEDIA.... 😊

Pedasnya tazkirah ni 🌶🌶 Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan."Bukan hanya daging babi, haiwan ta...
31/01/2021

Pedasnya tazkirah ni 🌶🌶 Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru. Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri". KEBERKATAN YANG DICARI



Address

Bandar Sunway
Petaling Jaya
46000

Telephone

+60166787139

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abang Phisang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abang Phisang Malaysia:

Share


Other Petaling Jaya media companies

Show All