*SELAMAT ULANG TAHUN KE-2 SKUAD SABIL: SETIA BERKHIDMAT JUARAI AGENDA #PEMUDABANTURAKYAT*
Hari ini merupakan ulangtahun bersejarah *2 tahun penubuhan Skuad Sabil* yang telah menjadi sebahagian daripada kerangka utama wadah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Skuad Sabil sentiasa menyelami asas penubuhannya bagi menyemai *semangat sukarelawan dan pengorbanan dalam menghayati idealisme, roh, akal dan jiwa perjuangan UMNO* untuk memartabatkan Agama, bangsa dan negara tercinta sekaligus membela nasib rakyat dan ummah keseluruhannya.
Bermula dengan keahlian seramai 300 orang, kini Skuad Sabil mempunyai kekuatan *ahli terlatih seramai lebih 2500 orang dari Perlis hinggalah ke Sabah* dan sentiasa memerah keringat dan berusaha membantu golongan yang memerlukan.
Kekuatan ini jugalah yang saban hari membantu rakyat baik pengurusan bencana, petugas di pusat pemberian vaksin, menjalankan kerja-kerja nyahkuman (sanitasi), mengawal keselamatan dan pelbagai lagi bantuan melalui *agenda #PemudaBantuRakyat,* tanpa mengira bangsa atau agama.
Saya ingin *mengucapkan syabas dan terima kasih buat Skuad Sabil di seluruh tanahair atas jasa dan pengorbanan anda.* Semoga khidmat anda, bakti anda, perjuangan anda membantu rakyat ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT. Teruskan usaha murni ini, dan teruslah bersama menyelami denyut nadi rakyat.
#SkuadSabilMalaysia
#SetiaBerkhidmat
#PemudaBantuRakyat
#PemudaTerasKebangkitan
#PemudaJurubicaraRakyat
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sambil Tunggu Pengumuman PM. Teruskan Membantu Rakyat Skuad Sabil Negeri Pahang.
Lintas Langsung Dari ILMU
Dengarkan Ucapan Tuan Mohd Rizan Razali Ketua Jurulatih Skuad Sabil Malaysia
Alhamdulillah Selesai Solat Subuh Jemaah Di Hari Pertama Latihan Skuad Sabil Malaysia
#PemudaBangkit
Sambutan Luar Biasa Dari Para Pelatih Skuad Sabil Malaysia Siri Ke -6
Tempat : ILMU
Tarikh : 7-9 Feb 2020
Kita Dengarkan Ucapan Dari Tuan Mohamad Fazly Zainudin, Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia
Apa itu Skuad Sabil..
Dengarkan dan perhalusi apa yang di sampaikan...
Skuad Sabil Setia Berkhidmat
#skuadsabilmalaysia #skuadsabil #setiaberkhidmat #pemudaumnomalaysia
Alhamdulillah Lagu Tema Skuad Sabil sudah siap di gubah dan telah pun berkumandang buat kali pertama di Program Latihan Asas siri 2/2019.. Kita hayati sama2 lirik yang telah di cipta oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki dan Kompeser oleh Solahuddin Al Ayyubi dan Jeff Hazmin
#skuadsabilrelaberkorban #setiaberkhidmat #muafakatnasional #ilmujandabaik #pahang #pemudaumnomalaysia