MyCheck Malaysia Official

MyCheck Malaysia Official Malaysia new independent online resource to combat misinformation being spread on social media!
(1)

Dakwaan bahawa penjawat awam perlu tandatangan surat penolakan pencen bagi mendapatkan pelarasan gaji di bawah Skim Sara...
20/09/2024

Dakwaan bahawa penjawat awam perlu tandatangan surat penolakan pencen bagi mendapatkan pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah TIDAK BENAR.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penjawat awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih SSPA akan dikekalkan pencen serta turut menerima pelarasan gaji baharu.

Ini termasuk juga mereka yang ingin kekal di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM). Namun begitu, mereka tidak layak menerima pelarasan gaji seperti mereka yang memilih SSPA.

Orang ramai yang ingin mengetahui sebarang maklumat berkaitan SSPA disaran merujuk kepada media sosial JPA atau portal rasmi mereka di jpa.gov.my bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Laporan penuh di www.mycheck.my



Jabatan Perkhidmatan Awam

Dakwaan produk sardin dalam tin berisiko mengandungi cacing adalah BENAR kerana sebarang makanan laut sama ada mentah at...
17/09/2024

Dakwaan produk sardin dalam tin berisiko mengandungi cacing adalah BENAR kerana sebarang makanan laut sama ada mentah atau diproses berisiko mengandungi cacing parasit jenis Anisakis.

Lebih-lebih lagi jika proses penghasilan dan pengilangan produk berasaskan makanan laut itu tidak dilakukan dengan bersih.

Bagaimanapun, jika termakan, jangan khuatir kerana ia tidak memberi kemudaratan ekoran cacing itu sudah mati ekoran haba yang tinggi semasa proses penyediaan produk.

Berbeza jika anda menikmati makanan laut segar yang tidak dimasak seperti sashimi, kemungkinan cacing hidup itu masuk ke dalam sistem pencernaan manusia adalah lebih besar.

Pesan kami di MyCheck, pastikan anda memilih makanan yang dikendalikan dengan bersih dan dimasak dengan sempurna bagi membunuh sebarang bendasing atau parasit yang tidak kelihatan.

Laporan penuh di mycheck.my

Dakwaan bahawa warga IPD Melaka Tengah, Melaka dihalau oleh kerajaan negeri kerana bangunan yang diduduki telah dijual a...
12/09/2024

Dakwaan bahawa warga IPD Melaka Tengah, Melaka dihalau oleh kerajaan negeri kerana bangunan yang diduduki telah dijual adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan MyCheck mendapati dakwaan yang asalnya dihantar ke Telegram Edisi Siasat dan kemudian tular di media sosial itu tidak berasas serta dibuat tanpa usul periksa.

Bangunan lama IPD Melaka Tengah mula digunakan pada 1924 sebagai pejabat pentadbiran kerajaan British sebelum diserahkan kepada polis pada 1948.

Kini, bangunan itu sudah mencecah usia 100 tahun, ia bukan sahaja tidak selamat untuk diduduki warganya tetapi juga boleh menjejaskan dan memberi implikasi buruk terhadap sistem tadbir urus dan kawal selia IPD Melaka Tengah.

Laporan penuh di mycheck.my

Dakwaan kononnya wujud projek cetakan MyKad di luar negara adalah TIDAK BENAR.Semakan kami mendapati syarat dan prosedur...
11/09/2024

Dakwaan kononnya wujud projek cetakan MyKad di luar negara adalah TIDAK BENAR.

Semakan kami mendapati syarat dan prosedur jelas menyatakan bahawa permohonan serta cetakan MyKad hanya boleh dibuat melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mereka yang hendak membuat permohonan MyKad kali pertama, mahupun gantian sekiranya MyKad rosak atau hilang, perlu hadir sendiri ke ibu pejabat JPN atau JPN Negeri.

Malah, tiada keistimewaan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dalam soal permohonan MyKad. Mereka perlu p**ang ke tanah air untuk urusan berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung isu berkaitan pendaftaran, orang ramai boleh terus menghubungi JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected]

Laporan penuh di mycheck.my.

Dakwaan melulu seorang pempengaruh bahawa sebuah universiti awam menjual sijil akademiknya adalah TIDAK BENAR.Hasil sema...
06/09/2024

Dakwaan melulu seorang pempengaruh bahawa sebuah universiti awam menjual sijil akademiknya adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan mendapati tiada penjualan sebarang sijil akademik oleh mana-mana universiti awam dalam negara.

Dalam masa sama, kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam sindiket penjualan sijil akademik palsu.

Jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan yang berlegar di media sosial.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Kementerian Pendidikan Tinggi

Dakwaan bahawa persembahan grafik manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 hanya memaparkan perkataan bertulisan Cina ...
03/09/2024

Dakwaan bahawa persembahan grafik manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 hanya memaparkan perkataan bertulisan Cina adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan mendapati video tular telah disunting pendek. Persembahan grafik manusia sebenarnya papar perkataan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Tulisan tersebut membawa maksud β€˜Selamat Datang’.

Justeru itu, MyCheck berharap kemeriahan Hari Kebangsaan yang baharu disambut secara gilang-gemilang tidak dirosakkan dengan hantaran berbaur hasutan yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Kementerian Komunikasi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Mesej tular yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengibarkan bendera Palestin semasa penerbangan lintas hormat ...
02/09/2024

Mesej tular yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengibarkan bendera Palestin semasa penerbangan lintas hormat sambutan Hari Kebangsaan 2024 adalah TIDAK BENAR

Hasil semakan MyCheck menerusi video lintas langsung dan imej berbalik menunjukkan dengan jelas bendera yang diterbangkan bukan bendera Palestin sebaliknya bendera ATM.

Ini kerana bendera yang diterbangkan oleh helikopter ATM itu mempunyai jalur berwarna biru terang, merah, biru gelap serta logo berwarna kuning di bahagian tengah bendera.

Manakala, bendera Palestin mempunyai jalur berwarna hitam, putih dan hijau serta bentuk segitiga berwarna merah di sudut kiri bendera.

Dalam masa sama, media tempatan melaporkan bahawa Ketua Terbang Lintas Hari Kebangsaan 2024 Lt Kol Ramlan Mohd Yunus berkata persembahan udara dimulakan dengan terbang lintas lima helikopter yang membawa Jalur Gemilang, bendera ATM serta tiga lagi cabang perkhidmatannya.

Justeru itu, MyCheck s**a mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dan menyemak dahulu maklumat yang diterima bagi mengelakkan kekeliruan umum serta menjadi antara warganet yang turut menyebarkan maklumat tidak sahih.

Laporan penuh di www.mycheck.my

πŸ“Έ: Nur Faizal Jaafar, Jurugambar Bernama

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Angkatan Tentera Malaysia Kementerian Komunikasi

🏧

Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
30/08/2024

Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Gambar tular yang mendakwa nama Jalan Yap Ah Loy ditukar kepada Jalan Palestin adalah TIDAK BENAR Dewan Bandaraya Kuala ...
26/08/2024

Gambar tular yang mendakwa nama Jalan Yap Ah Loy ditukar kepada Jalan Palestin adalah TIDAK BENAR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan tiada sebarang perubahan yang dilakukan pada nama Jalan Yap Ah Loy yang masih kekal sehingga kini.

Semakan MyCheck mendapati gambar tular itu diambil ketika nama Jalan Raja Laut 1 ditukar kepada Jalan Palestin pada 26 Sept 2020.

Jelas di sini bahawa gambar itu dimuat naik beserta kapsyen yang bertujuan mengelirukan pihak awam.

Justeru itu, adalah penting bagi orang ramai untuk menyemak dahulu apa jua dakwaan yang diterima agar tidak terus menyebar maklumat salah.

Laporan penuh menyusul di www.mycheck.my

Tular gambar di media sosial  pasangan suami isteri yang didakwa adalah anak perempuan dan menantu lelaki warga Palestin...
26/08/2024

Tular gambar di media sosial pasangan suami isteri yang didakwa adalah anak perempuan dan menantu lelaki warga Palestin kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun hasil semakan MyCheck mendapati dakwaan tersebut adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut sebenarnya telah merakamkan ketibaan rakyat Malaysia Nurul Ain Haron dan suaminya, warga Palestin Mohamed A.M. Shaat di Kuala Lumpur pada 14 November, 2023 setelah mereka meninggalkan Gaza.

Justeru orang ramai diminta berhati-berhati dalam berkongsi maklumat.

Elak sebarkan maklumat salah yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakharmonian dalam negara.

Laporan penuh menyusul di www.mycheck.my

Dakwaan bahawa orang ramai boleh memohon lesen memandu percuma menerusi satu pautan tular adalah TIDAK BENAR.Pautan yang...
23/08/2024

Dakwaan bahawa orang ramai boleh memohon lesen memandu percuma menerusi satu pautan tular adalah TIDAK BENAR.

Pautan yang dikongsi adalah mencurigakan dan berpotensi mendedahkan orang ramai kepada penipuan pancingan data dalam talian atau phishing scam.

Lesen percuma yang sebenarnya merujuk kepada Program MyLesen B2 dan hanya disasarkan kepada golongan B40 itu juga perlu dimohon melalui saluran rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan melalui pihak ketiga.

Bagaimanapun, program itu telah tamat dan permohonannya sudah pun ditutup kepada orang ramai pada hujung Januari lepas.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang pautan tidak rasmi yang meminta maklumat peribadi, kerana ia berisiko besar digunakan untuk tujuan penipuan dalam talian.

Laporan penuh di www.mycheck.my

Sangkaan bahawa video tular yang kurang menonjolkan elemen kepelbagaian kaum, hinggakan dilihat seolah-olah mempromosi n...
17/08/2024

Sangkaan bahawa video tular yang kurang menonjolkan elemen kepelbagaian kaum, hinggakan dilihat seolah-olah mempromosi negara China merupakan video rasmi TMM2024 adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan MyCheck mendapati video itu sebenarnya dirakam oleh TV Guangxi untuk program muzikal β€˜Folk Song Gala’ sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Video yang menggunakan tulisan dan nyanyian dalam bahasa Cina serta banyak menampilkan budaya kaum Cina itu adalah untuk disiarkan di platform TV Guangxi, khusus untuk penonton China.

Ia bagi menarik lebih ramai pelancong dari China ke Melaka, terutama dari Guangxi.

Video tular itu juga bukan video rasmi sempena TMM2024. Malah terdapat video rasmi yang sudah sedia ada di saluran rasmi.

Pesan kami di MyCheck, semak terlebih dahulu setiap maklumat yang anda terima dan usah mencurah minyak ke dalam api sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

Laporan penuh di www.mycheck.my

Dakwaan orang ramai boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia menerusi β€˜Program Permohonan Kewarganegaraan’ adalah TI...
10/08/2024

Dakwaan orang ramai boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia menerusi β€˜Program Permohonan Kewarganegaraan’ adalah TIDAK BENAR.

Semakan kami mendapati permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter JPN dengan kehadiran pemohon itu sendiri dan tidak boleh melalui pihak lain.

Taraf kewarganegaraan Malaysia adalah anugerah tertinggi dan hak eksekutif kerajaan Persekutuan, ia tidak sewenang-wenangnya diberi kepada mana-mana pihak tanpa melalui prosedur undang-undang.

Proses pertimbangan p**a tertakluk kepada syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan pemohon akan diteliti mengikut giliran sewajarnya, sebelum keputusan dikeluarkan.

Elakkan berkongsi informasi yang anda tidak pasti atau membuat spekulasi lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal integriti dan kedaulatan negara.

Baca laporan penuh di mycheck.my.

Dakwaan pelancong warganegara China dan India bebas keluar masuk pintu sempadan negara dengan sewenang-wenangnya tanpa m...
03/08/2024

Dakwaan pelancong warganegara China dan India bebas keluar masuk pintu sempadan negara dengan sewenang-wenangnya tanpa melalui proses tapisan keselamatan imigresen adalah TIDAK BENAR.

Berdasarkan semakan MyCheck, perkara itu sebenarnya merujuk kepada pengecualian visa iaitu sebahagian daripada Pelan Liberalisasi Visa yang bertujuan menggalakkan pelancongan dan pembangunan ekonomi negara.

Walaupun terdapat pengecualian visa, namun tapisan keselamatan yang ketat masih dilaksanakan di semua pintu masuk negara.

Malah, proses merekod kemas**an pelawat dan semakan biometrik masih dilaksanakan bagi memastikan pelawat yang berada dalam senarai hitam atau senarai syak tidak dibenarkan masuk.

Tambahan p**a, pengisian Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) masih diwajibkan kepada pelawat bagi membolehkan Jabatan Imigresen mengesan keberadaan pelawat bagi tujuan penguatkuasaan.

Justeru, sebelum anda kongsi maklumat atau video yang tular, pastikan untuk memeriksa kesahihannya dari sumber yang berkredibiliti.

Jangan mudah percaya kepada dakwaan tanpa bukti yang kukuh dan didik diri untuk membuat semakan fakta bagi memahami keseluruhan konteks.

Laporan penuh di mycheck.my

Dakwaan terdapat tepung gandum beracun di pasaran tempatan yang boleh menyebabkan kanser adalah TIDAK BENAR.Berdasarkan ...
26/07/2024

Dakwaan terdapat tepung gandum beracun di pasaran tempatan yang boleh menyebabkan kanser adalah TIDAK BENAR.

Berdasarkan semakan kami, dakwaan ini adalah isu lama yang muncul sejak 2012 dan ditularkan sehingga kini.

KKM juga secara konsisten menegaskan tiada mana-mana jenama tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi paras dibenarkan undang-undang di pasaran.

Malah penggunaan aditif makanan tersebut telah dinilai dan disahkan selamat oleh badan penilai antarabangsa untuk digunakan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara.

Jika terdapat kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan orang ramai boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri atau melayari laman sesawang dan media sosial Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM untuk kesahihan.

Baca laporan penuh di mycheck.my.

21/07/2024
Dakwaan bahawa tag merah notis pemotongan bekalan air merupakan β€˜scam’ dan bukan daripada Air Selangor adalah TIDAK BENA...
14/07/2024

Dakwaan bahawa tag merah notis pemotongan bekalan air merupakan β€˜scam’ dan bukan daripada Air Selangor adalah TIDAK BENAR.

Pengurusan Air Selangor telah mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial itu memang diguna pakai pihaknya bagi pengguna yang mempunyai tunggakan bil.

Bagaimanapun, bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, anda perlu menghubungi talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Laporan penuh menyusul di www.mycheck.my

Dakwaan Plasma Kaya Platelet (PRP) berkemungkian boleh menyebabkan jangkitan HIV adalah BENAR, sekiranya rawatan dilakuk...
12/07/2024

Dakwaan Plasma Kaya Platelet (PRP) berkemungkian boleh menyebabkan jangkitan HIV adalah BENAR, sekiranya rawatan dilakukan oleh 'doktor' tidak bertauliah dan di premis tidak diktiraf.

Ini kerana mereka tidak mengamalkan teknik pensterilan yang sepatutnya semasa prosedur pemprosesan darah menyebabkan berlakunya pencemaran darah.

Selain terpaksa menanggung kerugian dan kesan sampingan rawatan itu, pelanggan juga tidak dapat mempertahankan hak dari segi undang-undang apabila doktor atau pengasas klinik tersebut melarikan diri.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk semak status lesen klinik dan doktor yang hendak dikunjungi di laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Majlis Perubatan Malaysia (MMC) terlebih dahulu.

Pesanan kami, jangan mudah terpedaya dengan lambakan klinik tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan estetik haram.



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Pertubuhan Doktor Estetik Berdaftar Malaysia

Dakwaan terdapat kenaikan harga besi secara mendadak hingga mencecah RM4,000 susulan penyasaran subsidi diesel adalah TI...
05/07/2024

Dakwaan terdapat kenaikan harga besi secara mendadak hingga mencecah RM4,000 susulan penyasaran subsidi diesel adalah TIDAK BENAR.

Semakan MyCheck mendapati dakwaan tular itu dibuat dengan memetik laporan berita lama yang diterbitkan pada 26 Oktober 2021.

Walaupun statistik DOSM menunjukkan terdapat sedikit peningkatan harga kos bahan binaan besi direkodkan pada April 2024, namun ia berlaku sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun 2024.

Pesan kami di MyCheck, usah membuat atau berkongsi hantaran tanpa menyemak keseluruhan konteks.

Sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat, pastikan ia daripada sumber yang sahih bagi mengelakkan penyebaran maklumat salah.

Baca laporan penuh di mycheck.my

Dakwaan terdapat kenderaan komersial yang membawa barangan harian tidak mendapat subsidi diesel adalah TIDAK BENAR. Sema...
28/06/2024

Dakwaan terdapat kenderaan komersial yang membawa barangan harian tidak mendapat subsidi diesel adalah TIDAK BENAR.

Semakan MyCheck mendapati kenderaan itu sebenarnya tersenarai dalam jenis pengangkutan barangan di bawah mekanisme bantuan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0.

Bagaimanapun, syarikat perlu memohon kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup untuk memperoleh diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card.

Salam Aidiladha 1445H daripada kami di MyCheck Malaysia.
16/06/2024

Salam Aidiladha 1445H daripada kami di MyCheck Malaysia.

Dakwaan terdapat keretakan pada struktur jejambat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras, Kuala Lumpur adala...
14/06/2024

Dakwaan terdapat keretakan pada struktur jejambat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras, Kuala Lumpur adalah TIDAK BENAR.

Garis hitam yang terlihat seperti retak itu ternyata hanya kesan hitam yang wujud pada sambungan sendi konkrit berkenaan. Jika dipandang pada mata kasar kemungkinan anda akan keliru dan cemas.

Bagaimanapun jika dilihat secara dekat, langsung tidak terdapat sebarang rekahan, kesan pecah atau retak pada konkrit berkenaan sebaliknya hanyalah kesan hitam seakan kotoran.

Pesan kami di MyCheck, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan isu seumpama ini, adalah lebih baik untuk kita membuat laporan kepada pihak berwajib agar perkara itu disiasat.

Ini bagi mengelakkan timbul kebimbangan awam dan rasa tidak selamat dalam kalangan pengguna lebuh raya apabila maklumat yang tidak diketahui kesahihannya dikongsikan di media sosial.

Baca laporan penuh di mycheck.my.

Dakwaan kononnya pengusaha bas dan van sekolah terkesan dengan kos bahan api kerana tidak mendapat subsidi diesel adalah...
13/06/2024

Dakwaan kononnya pengusaha bas dan van sekolah terkesan dengan kos bahan api kerana tidak mendapat subsidi diesel adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan MyCheck mendapati, van dan bas sekolah menerima subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.

Justeru, tindakan beberapa pengusaha yang menaikkan tambang bas atau van sekolah disifatkan tidak wajar kerana ia jelas mengambil kesempatan dengan menggunakan penyasaran subsidi sebagai alasan.

Pengusaha boleh memohon Fleet Card untuk menikmati subsidi tersebut melalui platform MySubsidi Diesel, asalkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

S**a diingatkan, sebagai pengguna media sosial yang bertanggungjawab, usah berkongsi hantaran tanpa mengesahkan maklumat yang diterima. Ingat, Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu!

Baca laporan penuh di mycheck.my.

Dakwaan sebuah rangkaian kopi tempatan menaikkan harga minumannya ekoran penyasaran subsidi diesel adalah TIDAK BENAR.Ko...
12/06/2024

Dakwaan sebuah rangkaian kopi tempatan menaikkan harga minumannya ekoran penyasaran subsidi diesel adalah TIDAK BENAR.

Kopi Hainan menjelaskan di laman Facebook mereka bahawa kenaikan tersebut tiada kaitan dengan penyasaran harga diesel, sebaliknya adalah untuk menampung kos bahan mentah yang telah lama naik seperti susu dan cawan plastik, serta yang terbaharu, biji kopi.

Malah kenaikan harga sebanyak 50 sen itu hanya melibatkan satu jenis minuman, manakala minuman menu yang lain masih dikekalkan harganya.

Sehubungan itu, sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya, anda boleh laporkan ke Talian Aduan OPS Kesan 2.0 di 012-26654292 atau eaduan.kpdn.gov.my.

MyCheck sentiasa mengingatkan orang ramai untuk semak sesuatu maklumat agar maklumat yang dikongsikan itu tidak menimbulkan amarah dalam kalangan masyarakat.

Semakan MyCheck mendapati dakwaan minuman berjenama Tealive kononnya tidak halal adalah palsu.Tangkap layar itu ditulark...
04/06/2024

Semakan MyCheck mendapati dakwaan minuman berjenama Tealive kononnya tidak halal adalah palsu.

Tangkap layar itu ditularkan semula setiap tahun sejak 2019.

Dakwaan itu telah dinafikan oleh Tealive, JAKIM dan penceramah bebas Datuk Dr Zahazan Mohamed yang digunakan namanya.

Tealive masih pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Sebarang isu berkaitan status halal boleh disemak melalui JAKIM menerusi laman web dan talian rasmi mereka.

MyCheck menyarankan orang ramai untuk memeriksa dahulu maklumat diterima sebelum menyebarkan kepada orang lain.

Baca laporan penuh di mycheck.my
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM Tealive Asia

Dakwaan garam laut Celtic adalah lebih baik daripada garam lain kerana dapat mengekalkan atau meningkatkan hidrasi badan...
31/05/2024

Dakwaan garam laut Celtic adalah lebih baik daripada garam lain kerana dapat mengekalkan atau meningkatkan hidrasi badan adalah TIDAK BENAR.

Berdasarkan semakan MyCheck, kandungan mineral semua jenis garam adalah hampir sama.

Namun tiada perbezaan ketara yang menunjukkan bahawa garam laut Celtic ini mengekalkan penghidratan badan secara optimum.

Ini kerana terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada penghidratan tanpa perlu mengambil secubit garam yang berasingan kerana pemakanan yang seimbang dan air yang mencukupi sudah memadai, bergantung kepada keperluan individu.

Justeru, usah mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa terlebih dahulu lebih-lebih lagi apabila melibatkan trend yang diikuti ramai.

Walaupun iklan atau kandungan media sosial itu seakan meyakinkan namun perlu diingat jika salah pemahaman atau aplikasi, impaknya membawa padah sehingga boleh meragut nyawa.

Dakwaan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat Malaysia, sekali gus menjadi...
29/05/2024

Dakwaan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat Malaysia, sekali gus menjadikannya sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang disenaraikan sebagai pembiaya keganasan adalah TIDAK BENAR.

MyCheck dapati dakwaan yang kononnya dilapor oleh agensi berita antarabangsa Reuters itu adalah palsu.

Reuters sendiri telah menafikan mengeluarkan laporan berkenaan, malah Kedutaan AS di Malaysia turut membuat kenyataan mengesahkan dakwaan tular itu adalah palsu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali menyokong kegiatan kump**an pengganas, sekali gus komited membanteras pembiayaan aktiviti keganasan di negara ini.

Kepesatan teknologi hari ini memungkinkan apa sahaja maklumat direka serta dimanip**asi.

Baca laporan penuh di mycheck.my

Kementerian Komunikasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

berpeganglah kepada ketepatan fakta setiap kali berkongsi sesuatu berita, tidak kira siapa pun anda.. jadilah pengguna m...
27/05/2024

berpeganglah kepada ketepatan fakta setiap kali berkongsi sesuatu berita, tidak kira siapa pun anda.. jadilah pengguna media sosial yang berilmu...




Sebagai seorang pensyarah, saya sering diajukan persoalan oleh beberapa penuntut program kewartawanan, β€œAdakah kerjaya wartawan ini masih relevan berikutan kewujudan β€˜wartawan jadian’ yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, di media sosial”.

Selamat Hari Wartawan Nasional 2024! Bertemakan 'Etika Teras Kewartawanan Mampan' menekankan pentingnya etika dalam mema...
27/05/2024

Selamat Hari Wartawan Nasional 2024!

Bertemakan 'Etika Teras Kewartawanan Mampan' menekankan pentingnya etika dalam memastikan pelaporan yang sahih.

Etika kewartawanan adalah asas kepada ketepatan, keadilan, dan kepercayaan dalam berita yang disampaikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada para wartawan yang berpegang teguh pada prinsip-prinsip ini.

23/05/2024

[Kenyataan Media]

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπŠπ€π’πˆ ππ€π†πˆ ππ€ππ†π†πˆπ‹π€π 𝐃𝐀𝐍 π“π„πŠπ’ 𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏

Merujuk kepada maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp, Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Sentiasa semak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia Official.

Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Address

MyCheck Malaysia 9th Floor, No. 28 Jalan BERNAMA Off Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyCheck Malaysia Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies


Other News & Media Websites in Kuala Lumpur

Show All