ROTIKAYA

ROTIKAYA Gaya Hidup Terkini

Saya OKU mental. Saya juga ibu kepada 6 orang anak. Ada degree, pernah ambil master. Sekarang saya bekerja online sahaja...
24/01/2025

Saya OKU mental. Saya juga ibu kepada 6 orang anak. Ada degree, pernah ambil master. Sekarang saya bekerja online sahaja dari rumah.

Pendapatan saya dari jadi admin group telegram, affiliates dan adsense. Jumlahnya tidak besar mana kerana saya bekerja waktu saya sihat sahaja.

Saya tahu keadaan saya tidak boleh dijangka. Suami saya kenal saya sejak saya umur 20 tahun. Perkahwinan kami sudah masuk 19 tahun.

Suami saya tidak pernah kurung saya. Tidak pernah larang saya nak cuba apa-apa. Saya yang lebih selesa berada dan bekerja dari rumah sahaja.

Walaupun dalam rumah, saya kerja online, jadi memang akan terdedah bacaan atau video yang menganggu emosi. Ada juga trigger kerana anak-anak buat perangai, biasalah tu.
Mengamuk dan terbalikkan barang? Ada.

Jerit-jerit dan menyumpah pun ada. Saya rasa jiran-jiran saya dah biasa dengar. Itu waktu sakit saya datang, waktu sihat macam orang normallah.

Pernah sahaja saya buka pintu kereta dan nak terj*n, tarik stereng kereta, jalan kaki jauh-jauh sampai letih. Tapi masa tu memang tak boleh control. Marah, bengang, sedih, semua emosi negatif tu berpusing-pusing.

Saya selalu kaji bila lihat orang OKU fizikal. Mudah orang ramai nak faham. Tapi tak mudah bagi mereka dan penjaga mereka juga. Tapi orang faham, simple. Awak OKU.

Tapi bila OKU mental ni susah. Ujian besar buat pesakit dan juga penjaga. Ada waktu dia sihat, ada waktu dia tak sihat. Nak kurung? Lagi tak sihat jadinya terus duduk dalam dunia sendiri.

Nak ikut selalu? Bukan mudah. Siapa yang nak teman selalu tu? Saya ada suami, dia pun kerja dari rumah juga buat printing. Saya sakit dia kena tutup kedai. Saya nak ke mana-mana dia bawa.

Tapi, saya pun ada cita-cita, saya nak sambung belajar (lagi) nak juga berdikari. Sebenarnya bila ada rasa macam tu jadi lagi sihat. Tapi masalahnya orang tengok kita sihat ingat dah sembuh terus.

Manusia bukan barang, bukan haiwan. Kalau barang sekejap rosak sekejap okay kita simpan dalam stor. Kalau haiwan kita kurung. Ini manusia.

Ada ke sesiapa minta diuji sakit mental ni? Bukan semua orang sakit mental sebab tekanan. Ada sebab kemalangan, sebab buatan orang pun ada.

Suami saya banyak bantu saya uruskan rumahtangga, uruskan anak-anak. Dia mampu buat, dia teruskan. Dia tak mampu, dia rehatlah. Allah melihat usaha kita.

Saya gembira, bahagia Alhamdulillah. Ada waktu saya menangis tiba-tiba dan rasa serabut sangat. Alhamdulillah semuanya ujian Allah bagi. Allah bagi saya rasa lebih dan kurang.

Doakan mereka yang diuji sakit mental ni bertambah sihat. Berikan sokongan dan dorongan. Bantu apa yang boleh. Jaga tutur kata kita, benda ni bukan kelakar pun.

Malu?

Buanglah jauh-jauh perasaan malu tu. Jangan malu ada pasangan OKU mental. Ada anak atau keluarga yang macamni adalah peluang nak buat pahala.

Malu apa Allah yang jadikan, ada hikmah dan ganjaran untuk mereka yang diuji.

Saya selalu mengaku saya sakit mental. Sampai dipesan jangan cakap nanti orang pandang serong. Biarlah, dia pandang serong nanti dia yang jatuh. Kita pandang tegaklah.

Pandanglah semua mereka yang diuji dengan belas ihsan. Jadi OKU mental bukan dapat tiket emas. Waktu galau, dunia ni tiada makna apa-apa.

Bila ia hilang dan kau mula berpijak bumi nyata, kau rasa bahagia tu datang bagai angin bayu yang menghembus lembut ubun-ubun.

Kami diuji, kamu juga diuji. Cuma yang terbuka hatinya akan dapat belajar sesuatu.

Sumber: FB Noor Azlin Mohamad

24/01/2025

Korang baju raya warna apa tahun ni?

Wah sepatutnya Shila dah ada gelaran Datuk ☺️
24/01/2025

Wah sepatutnya Shila dah ada gelaran Datuk ☺️

"Saya akan bekerja keras buat AJL seperti ia hari terakhir saya di dunia ini"
24/01/2025

"Saya akan bekerja keras buat AJL seperti ia hari terakhir saya di dunia ini"

Tinggal sebulan saja lagi menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39, penyanyi Aina Abdul berkata persiapannya untuk persembahan masih belum mencecah 50 peratus.

"Seperti Aina, saya tak tahu apa lagu hit dia. Hanya tahu namanya" - Man Bai
24/01/2025

"Seperti Aina, saya tak tahu apa lagu hit dia. Hanya tahu namanya" - Man Bai

Penyanyi Man Bai berkata dia berpendapat Aina Abdul dan Ernie Zakri memiliki bakat nyanyian luar biasa serta menghormati kedua-dua penyanyi itu. Memetik

"Dia sangat sempurna di mata saya" 😘
24/01/2025

"Dia sangat sempurna di mata saya" 😘

Sweetnya! Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon berbaju raya panjat Gunung Kinabalu 🥰
23/01/2025

Sweetnya! Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon berbaju raya panjat Gunung Kinabalu 🥰

🧐
23/01/2025

🧐

“Itulah perempuan tak serik-serik” 😘
23/01/2025

“Itulah perempuan tak serik-serik” 😘

Sophia nak tunjuk mekap je tu ☺️
23/01/2025

Sophia nak tunjuk mekap je tu ☺️

Kalau tak dapat cuti juga tak tahu la 😂 Sumber: FB Breory Richmond Andang
23/01/2025

Kalau tak dapat cuti juga tak tahu la 😂

Sumber: FB Breory Richmond Andang

23/01/2025

Pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah memberitahu mereka sedia menimang cahaya mata sulung bersama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Sudah tentu saya sedih dengan dakwaan abang Man Bai” 😔
23/01/2025

“Sudah tentu saya sedih dengan dakwaan abang Man Bai” 😔

"Tak boleh, ini bukan mahram mereka cakap" 😢
23/01/2025

"Tak boleh, ini bukan mahram mereka cakap" 😢

23/01/2025

Korang tau tak, sebenarya sekitar tahun 2013, Pizza Hut cuba nak "outsmart" rakyat China, tapi akhirnya kena "outsmart" balik?

"Kalau dulu, bila dapat demo, jika bulu roma kita naik, itu petanda lagu itu akan menjadi" 👀
23/01/2025

"Kalau dulu, bila dapat demo, jika bulu roma kita naik, itu petanda lagu itu akan menjadi" 👀

"Sebab tu daddy dah kurang ke 7E 😂" - Shuib 😅
23/01/2025

"Sebab tu daddy dah kurang ke 7E 😂" - Shuib 😅

"Jimat, yang penting ikut kemampuan" - Setuju dengan Nad 😊
23/01/2025

"Jimat, yang penting ikut kemampuan" - Setuju dengan Nad 😊

Address

ROTIKAYA MEDIA SDN BHD, Registration No. 201301044709 (1074532-H)
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTIKAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ROTIKAYA:

Videos

Share