Pakej Gambar Perkahwinan Kelantan Ben Lazim Studio

Pakej Gambar Perkahwinan Kelantan Ben Lazim Studio Menyediakan perkhidmatan Fotografi dan vidieografi dengan kadar terbaik berdasarkan pakej yg ditawar

Menyediakan Pakej Jurugambar untuk majlis perkahwinan/ pertunangan / akikah / cukur jambul / Konvokesyen / Majalah Sekolah dan sebagainya

11/08/2022

Dryer atau pengering pakaian ni adalah antara investment aku yang paling berbaloi.

Beli lama dah tahun 2011 dulu. Dah lenjan lebih 10 tahun tapi masih elok. Tak pernah meragam sedikit pun. Masuk baju basah, keluarnya baju kering. Itulah rutin dia tiap hari.

Paling best dia jimat elektrik.

Kau tahulah kan, benda yang ada pemanas ni makan karan kuat kemain. Kalau nak jimat kena cari model yang guna teknologi inverter.

Aku ingat lama dulu tahun 2004 tak silap aku, ada dapat satu waktu masuk rumah baru dapat dryer cap ayam. Ya tuhan, dah lah bising yakmat, gedung gedang gedung gedang bunyi waktu dia berpusing tu.

Sakit jiwa weh, dah ler lama kemain, 3 jam tak kering lagi, dan paling parah bil letrik lah. Pakai sebulan jer kot terus stop.

Tahun 2011 terus beli Bosch. Mahal kemain lah pulak, tapi berbaloi lah. Washing machine jenis front loading ni kan ada air panas, guna air jimat dan elektrik dia pun jimat gila
Dryer dia tu pun bunyi manja jer. Takdelah sakit hati aku dengar. Biasanya ambil masa antar 15 minit sehingga 1 jam setengah, tengok berapa banyak pakaian.

Kita set nak kering macam mana. Nak macam baru lepas iron ke, nak lipat masuk almari ke nak macam-macam lah dan tak perlu set timer bagai. Dia keringkan sendiri, kalau dah kering dia sendiri stop dan bagitau kau yang baju dah kering.

Dia ada sensor untuk tahu baju tu dah kering, so tak perlulah dia terus berpusing lagi, jimat letrik. Dah selesai dia pun bunyi teet teet teet teet dia nak habaq baju dah kering.

Sejak jadi bapa tunggal dengan 3 anak kecil yang banyak kemain baju aku nak kena basuh, dryer tu adalah benda atau nikmat yang paling aku syukuri.
Anytime aku boleh basuh baju dan anytime aku boleh keringkan.

Bangun subuh pun sempat basuh baju dan keringkan sebelum pergi kerja okeh. Biasanya uniform sekolah anak yang aku terlupa basuh maka masih sempat basuh dan keringkan dalam tempoh sejam yang ada.

So, para suami sekalian, kau belilah satu letak kat rumah yer. Tak perlu yang mahal, yang murah dan berkualiti banyak jer sekarang ni.

Bosch Front Loading washing machine: https://shope.ee/7KKNi4RV7h

Bosch Dryer 8kg (RM3K++): https://shp.ee/bzp4fjy
Toshiba Dryer 7kg (RM895): https://shp.ee/ybzz5f8
Midea Dryer 7kg (RM809): https://shp.ee/jwaehj8

Sesungguhnya banyak beban tugas dalam rumah kau akan diringankan bila ada benda alah ni. Kalau kau taknak beli takpe, make sure kau take over dan rajin buat kerja basuh baju dan jemur baju dan angkat baju bila hujan yer.

Kalau lagi nak bini sayang, kau lipat sekali.
Barulah level maulana.

Sekian.

Address

Kota Bharu
16150

Telephone

+60197002307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Gambar Perkahwinan Kelantan Ben Lazim Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakej Gambar Perkahwinan Kelantan Ben Lazim Studio:

Videos

Share


Other Media/News Companies in Kota Bharu

Show All

You may also like