Stok baru buku bahasa inggeris
Seronok bila dapat stok baru buku-buku berbahasa Inggeris untuk Lazada dan Shopee Kasi Terbit dan Shopee Dua Penulis .
Ada buku self help. Ada novel. Tapi semua best.
Penutup PBAKL Online X Shopee Dua Penulis dan Kasi Terbit.
Penutup PBAKL Online X Shopee Dua Penulis dan Kasi Terbit.
***
Fuh.. kita dah tamat PBAKL Online X Shopee rupanya.
Jadi malam ni Dua Penulis dan Kasi Terbit akan tamatkan pesta online ini dengan
- Umumkan buku paling top jualan sepanjang PBAKL Online X Shopee di kedai kami
- Umumkan pemenang kuiz harian
- Umumkan link untuk kuiz terkumpul.
Jom tonton ya.
Sublet & Pengurusan Penyewa
Sublet & Pengurusan Penyewa
Masih relevankah lagi bisnes sublet?
Bagaimana rahsia untuk sustain dan untung dalam bisnes sublet?
Sebagai owner, kenapa mereka patut consider serahkan kepada subletter berbanding sewakan macam biasa? Apa pro dan con?
Bagaimana pula nak handle penyewa yang asyik mengadu problem sini sana?
Penyewa masuk sewa baru dua tiga bulan, dah nak keluar. Macamana subletter uruskan dan elakkan isu begini?
Penyewa liat bayar sewa. Macamana nak elakkan?
Ini antara soalan yang saya, Rohaniah Noor akan tanya Syahman Abu Hassan hari Ahad ini jam 10 pagi.
Syahman adalah penulis buku Buat Untung dengan Rumah Sewa.
Buku ini diterbitkan oleh saya, Kasi Terbit.
Dia ajar bagaimana jana pendapatan dari rumah sewa tanpa kita membeli rumah pun.
Jemput tonton ya. Ahad ini jam 10 pagi.
Set reminder.
Mengurus dan Mendidik Anak Selepas Perpisahan
Mengurus dan Mendidik Anak Selepas Perpisahan.
Perkongsian oleh Yan Yahaya dan Norsa'adah Ahmad sebagai moderator.
Masyarakat sering melihat perpisahan atau perceraian dari sudut negatif. Namun begitu, jika itu jalan yang dipilih oleh pasangan maka tentu ada sebab dan hikmah disebaliknya.
Memandang ke depan, pendidikan dan penjagaan anak-anak harus diberi perhatian. Ibu dan bapa tetap mempunyai peranan dalam kehidupan anak-anak. Ini tanggungjawab. Walaupun cinta sudah tiada, hubungan yang baik memastikan masa depan anak-anak yang lebih terjamin.
Jom dengar dan tonton. Kongsikan dengan kawan-kawan.
Doktor, Bila Due Date Bersalin Saya?
Doktor, Bila Due Date Bersalin Saya?
Bersama Dr Nurul Khairiyah, doktor pakar O&G, berkongsi bagaimana untuk mengira due date bersalin. Selain itu, beliau juga akan berkongsi mengenai vaksin Covid 19 dan kesan kepada ibu mengandung.
Kembara Mesir: Pelancongan atau Pusat Ilmu
Kembara Mesir, Pelancongan atau Pusat Ilmu.
Untuk kaki travel wajib tonton untuk tahu apa tempat menarik di sana sebagai traveller.
Untuk yang berhajat nak sambung belajar atau nak anak sambung belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, pun wajib tonton.
Sebab saya bawakan dua orang pengembara yang juga penulis buku travelog yang pernah mengembara menuntut ilmu di Mesir.
Izzat Ibrahim menulis buku Kembara Darus Senawi 1963 dan Mohd Fadzil Abu Samah penulis buku 93 Hari di Mesir.
Kenapa Wanita Perlu Ada Pendapatan Sendiri?
Kenapa Wanita Perlu Ada Pendapatan Sendiri?
Rohaniah Noor sebagai moderator dan ahli panel adalah
- Adlina MN, penulis buku Diari Hartanah dan Real Case Rumah Lelong
- Mazlina Berahim, penulis dua buku yang sedang dalam editing
- Mimi Salleh penulis buku Rakyat Stereng Lawan Gawat, Naif dan Bujang OK.
Kami akan bercakap mengenai wanita dan pendapatan, pelaburan, harta sepencarian dan faraid untuk diri dan keluarga,
LOAN BANK vs LOAN LPPSA
LOAN BANK vs LOAN LPPSA
Perbincangan live bersama Kenny Lee, Shazura Hashim dan Rohaniah Noor sebagai moderator. Berbincang mengenai perbezaan, persamaan dan strategi dalam pemilikan rumah melalui pinjaman bank dan pinjaman kerajaan (LPPSA).
Mencari Sinar: Perkongsian Pengalaman Survivor Kanser & Penjaga
Mencari Sinar: Perkongsian Pengalaman Survivor Kanser & Penjaga
Mereka adalah penulis dalam buku Projek Lavender. Aisyah Huda akan berkongsi tentang motivasi diri sebagai survivor. Walaupun diuji berkali-kali, dia tetap meneruskan sesi pelajaran dan sekarang menjalani latihan industri.
Puan Safina Hasmoni diuji dengan serangan kali kedua kanser dan bagaimana menguruskan kewangan apabila rawatan kanser memerlukan belanja yang tinggi.
Izatul Ismail kehilangan dua orang ahli keluarga iaitu adik dan ayah yang menghidap kanser. Penulis akan berkongsi tentang peranan ahli keluarga dan penjaga.
Nor Liana Omar pula membawa topik tentang pengurusan emosi apabila ditimpa dengan ujian penyakit kritikal seperti kanser.
Jom tonton jam 10 pagi hari ini ya!
Naif: Memilih untuk Mencabar
Naif: Memilih untuk Mencabar. Perkongsian mengenai kenaifan Mimi Salleh semasa menyambungkan pelajaran di Amerika Syarikat. Menampilkan juga Zalila Isa, pembaca buku itu, Syuq Tone sebagai perekabentuk cover buku ini dan Norsa'adah Ahmad dari Dua Penulis sebagai moderator.
Sepetang bersama Ahmad bin Abdul
Sepetang bersama Ahmad bin Abdul.
Temubual ekskllusif Rohaniah Noor dengan Ahmad, penulis buku Sepetang di Hanoi, Sepetang di Tokyo, Sepetang di Jakarta, Sepetang di Haeundae dan Sepetang di Busan
"88 tips yang mungkin kali pertama orang mengetahuinya. Liku-liku serta risiko yang perlu dihadapi para pelabur hartanah terutama shoplot.
Agar tidak terhantuk kepala di dinding, buku ini memberi teknik serta cara yang terbaik memiliki shoplot yang diidamkan.
Selain memberi nasihat dserta panduan mudah bagi mereka yang memiliki shoplot, buku ini juga berkongsi mitos-mitos yang langsung tidak diterima akal ketika ingin memiliki shoplot.
Pengalaman serta pahit manis penulis dalam memiliki shoplot mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini agar masyarakat kita lebih terbuka mindanya untuk menceburi pelaburan hartanah terutama shoplot."
Jemput dapatkan buku ini di Shopee dan Lazada Kasi terbit.
Link untuk shopee :
https://bit.ly/3vRHEWi
Manakala link untuk Lazada :
http://bit.ly/3lEeGnP
Buku tentang 30 kisah benar suka duka pemandu e-hailing
Masyuk ke jadi pemandu e-hailing ni?
******
Ramai orang yang terkesan apabila hilang pendapatan.
Ramai juga yang stress kerja. Rasa nak lari kejap dan masuk dunia lain tapi masih memberi duit masuk.
Jadi, sebagai penyelesaian, ramai yang memilih untuk menjadi pemandu e-hailing. Grab, MyCar dan sekarang tengah popular, Foodpanda.
Haaa.. ni ada satu buku tulisan Mimi Salleh. Tajuknya Rakyat Stereng Lawan Gawat.
Penulis buku ini telah menghimpunkan 30 kisah di sebalik suka dua pemandu e-hailing. Ada yang dapat order dari kubur, ada yang sebenarnya peguam jenayah tapi tertekan kerja dan ada juga perempuan yang memandu Grab tapi ajak bersembang topik 18 ke atas yang tak sesuai dengan penumpangnya.
Buku ini sesuai untuk anda yang tak nak beratkan kepala baca buku yang berat, tapi nak dapat inspirasi dan feeling syok ketika membaca. Sebab bahasanya yang sempoi dan koleksi anekdot dalamnya buat ia mudah dan seronok dibaca.
Jemput dapatkan buku ini di Shopee atau Lazada Kasi Terbit.
Link untuk Shopee : http://bit.ly/rakyatstereng-shopee
Manakala link untuk Lazada: http://bit.ly/rakyatstereng-lazada
Buku best, buku ni la.
Business Enterprise Pun Boleh Beli Rumah
Bagaimana orang yang bisnes enterprose pun boleh buat pinjaman beli rumah?
Perkongsian oleh Anis Hafiza dan Rezduan Bakar, moderator Rohaniah Noor.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Online X Shopee
Mengusir Kelabu
Perkongsian pengalaman pejuang kesihatan mental. Tiga orang panelis merupakan antara penulis buku Masih Ada yang Sayang, terbitan Dua Penulis.
Misi Menjadi Minimalis
Misi Menjadi Minimalis bersama Dr Noor Hayati Yasmin dan Norsa'adah Ahmad dari rumah penerbitan Dua Penulis. Mereka akan membawa pembaca buku-buku ini juga bersama.
Mereka akan berkongsi tentang macamana nak memulakan gaya hidup minimalis.
Antaranya bagi rumah nampak neat dan lega macam kita masuk hotel.
Bicara buku sempena PBAKL x Shopee Online.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Online X Shopee dah bermula!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Online X Shopee dah bermula weh...
Kasi Terbit dan Dua Penulis ada banyak diskaun, free gift dan hadiah untuk kuiz nak beritahu anda. Jom tonton
Kembara 12 negara 5 USD 1963
Setelah 5 jam shoot video dengan Izzat Ibrahim .. Ni lah akhirnya saya siap edit video ni.
Dalam keadaan pasaran begini, saya mencuba pelbagai cara untuk bagi lebih ramai orang tahu buku-buku yang saya terbitkan.
Antaranya adalah dengan buat video pendek begini.
Jemput tonton ya.. Jemput sokong la saya dan Izzat susah payah buat..
Saya la penulis skrip
Saya la jurukamera
Saya la pengarah
Saya la juruedit video
Saya la yang upkan kat media sosial.
Izzar jadi hero video.
Ehehehe...
Kembara mencari ilmu pada tahun 1963
12 negara berbekalkan hanya 5 US Dollar
Link buku untuk dapatkan:
https://shopee.com.my/product/79293157/3678734494?smtt=0.79294631-1615613095.9
Mudahnya Beli Shoplot
"88 tips yang mungkin kali pertama orang mengetahuinya. Liku-liku serta risiko yang perlu dihadapi para pelabur hartanah terutama shoplot.
Agar tidak terhantuk kepala di dinding, buku ini memberi teknik serta cara yang terbaik memiliki shoplot yang diidamkan.
Selain memberi nasihat dserta panduan mudah bagi mereka yang memiliki shoplot, buku ini juga berkongsi mitos-mitos yang langsung tidak diterima akal ketika ingin memiliki shoplot.
Pengalaman serta pahit manis penulis dalam memiliki shoplot mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini agar masyarakat kita lebih terbuka mindanya untuk menceburi pelaburan hartanah terutama shoplot."
Boleh dapatkan buku di bit.ly/3s1K7L4