NB Kara Sdn. Bhd.

NB Kara Sdn. Bhd. ILMU DAN HIBURAN BERGERAK SEIRINGAN

19/03/2024

Rugs ukuran 4'x6' Boleh dicuci Boleh guna depan belakang - Buy Rugs boleh guna depan belakang

25/02/2024

Cuka malberi dari Turki cukap enak jika dimasukkan dalam hidangan salad - Buy Cuka buahan dari Turki

23/02/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan! Kini kami ingin memperkenalkan kepada anda produk terbaru kami iaitu 'TUDUNG SHAWL BUNGA'. Tudung shawl bunga merupakan tudung yang sangat cantik dan elegan. Diperbuat daripada kain berkualiti tinggi yang selesa dipakai, tudung ini direka d...

“Kamu sihat?”“Sihat, pagi tadi keluar rumah sihat balik sihatlah..”“Belum tentu lagi Hin, ada orang keluar rumah hidup, ...
10/07/2023

“Kamu sihat?”
“Sihat, pagi tadi keluar rumah sihat balik sihatlah..”
“Belum tentu lagi Hin, ada orang keluar rumah hidup, balik mati”
Lelaki itu sudah tertawa kerana dia tahu itulah jawapan sibonda selalunya.
“Hin..malam ni ada jemputan kenduri. Kamu pergi sekali ya..”
Tanpa bertangguh si bonda memberitahu hal sebenar kenapa dia menelefon.
‘Di mana bonda..”
Sebenarnya dia mahu menolak terus ajakan tersebut tetapi tidak manis p**a. Biarlah dia berbasa basi dahulu.
“Di Taman Nilam. Rumah Puan Sri Enon. Dia nak pergi umrah lusa…”
“Selalu sangat dia pergi umrah..”
“Dia banyak duit biarlah dia pergi..”
Si mama membalas tenang-tenang sahaja.
“Duit banyak sedekah, kayakan orang miskin bukannya kayakan diri sendiri. Barulah hidup kita ini memberi manfaat kepada orang lain..”
Selamba sahaja si anak menjawab. Terdengar bondanya ketawa.
“Itu bonda tahulah anak ooi. Minggu ini bonda ingat mahu menziarahi kakak di asrama. Kamu mahu mengikut Hin?”
“Nantilah bonda, kita bincang bila sudah sampai di rumah. Ini tengah makan jem ni bonda..”
“Tidak adakah makanan lain kamu mahu makan? Makan malam, makanlah berat sedikit supaya perut kamu kenyang..”
Lelaki itu sudah ketawa terbahak-bahak di dalam kereta. Lucu p**a dia mendengar jawapan sibonda.
“Bonda bukan jem dengan roti tetapi jalan jem bonda. Jalan sesak macam bursa saham p**a. Tak tahu hujung pangkal naik. Tak tahu hujung pangkal turun. Inilah jalan raya di Malaysia ni. Bayar tol pun tak guna juga. Kena buat kereta terbang aje bonda..”
Si anak sudah merepek. Letih sebenarnya dengan keadaan jalan di Malaysia yang tidak pernah surut. Makin cantik jalan, makin banyak p**a kereta.
“Berhati-hati bawa kereta tu. Bonda pergi dengan kak Ton kamulah macam ni..”
“Okaylah bonda, sampaikan salam kepada Puan Sri tu dengan kata-kata Islam tak suruh kita pergi umrah sepuluh kali tetapi Islam suruh kita bersedekah beribu kali..”
Di hujung kata lelaki itu ketawa ringan. Sengaja mengusik bondanya.
“Huh kamu jangan nak buat dosa.”
“Aik berdosa apa p**a bonda. Betul apa cakap saya tu..”
“Menyakitkan hati orang dengan perkataan kita tu tak berdosakah?”

22/06/2023

Korban untuk perkampungan orang asli masih dibuka ya
Rm750 satu bahagian
wasap.my/60162164850

Orang orang Turki walau mereka agak moden, terbuka tapi bab ibadat korban dari muda mereka dah buat. Mereka akan hantar ...
21/06/2023

Orang orang Turki walau mereka agak moden, terbuka tapi bab ibadat korban dari muda mereka dah buat. Mereka akan hantar ke negara miskin. Ramai ramai kumpul duit. Di mana mereka berada budaya buat korban ini paling utama di bulan Zulhijah ini. Anak buah kami (half Turkish) walau tinggal di Belanda, usia 20an akan berkorban setiap tahun. Mereka lebih fokus pada kenderaan akhirat

Berlainan dengan anak muda Malaysia paling utama mereka nampak adalah kenderaan di dunia.

Mungkin kefahaman mengenai korban ini perlu dipertingkatkan terutama dalam silibus pendidikan Islam di Malaysia ini bukan sekadar bercerita kisah Ismail di sembelih sahaja.

Ada 5 slot korban untuk perkampungan orang asli untuk direbut pahala.

Jom bantu saya supaya mereka dapat merasa daging korban mungkin 3-4 tahun sekali.

wasap.my/60162164850
RM750 satu slot

29/05/2023

Tak jumpa.booth NB Kara di PWTC jom kami tunjukkan...

Dibesarkan dengan umi yang garang, Maryam memang selalu tertekan sehingga membawa diri ke luar negaraTiba tiba Maryam me...
27/05/2023

Dibesarkan dengan umi yang garang, Maryam memang selalu tertekan sehingga membawa diri ke luar negara

Tiba tiba Maryam mendapat panggilan dari si umi yang menyuruh dia balik ke Malaysia. Selama 45 si umi akan menunaikan haji ke Mekah dan mahukan Maryam mengantikan tempatnya sebagai pengetua di Tahfiz uminya..

Apa yang dilakukan oleh Maryam di tahfiz itu nanti? Adakah dia diterima oleh tenaga pengajar di situ??

Yang tak sempat ke pesta buku boleh dapatkan di shoppe ya

24/05/2023

SYAITAN DI TAHFIZ
(jom ke pesta buku)

Berita yang diterima, uminya masih koma. Cuma si umi tidak lagi meracu-racau. Bahkan perkembangan beliau bertambah baik. Tekanan darah juga stabil itu yang sangat menggembirakan hati Maryam.

“Berapa lama pelajar menghabiskan hafazan? Maksud saya setiap pelajar mengambil masa berapa lama untuk menghabiskan hafazan?”
“Dua tahun, tetapi ada yang lembab sangat sampai 4 tahun..”
Ustazah Khadijah menjawab pertanyaan. Dipanggil mengadap Maryam bukan sesuatu yang digemarinya terutama awal pagi begini.

Berkerut dahi Maryam mendengarnya.

Dia tidak s**a perkataan lembab itu diutarakan oleh seorang guru apatah lagi seorang guru yang mengajar hafazan.
“Keupayaan anak-anak berbeza. Bahkan ada yang lebih cekap menghafal ada yang agak lambat.. Ada yang cekap dalam pengiraan ada yang cekap dalam bahasa."

“Mereka main-main Maryam..”
Tukas Ustazah Khadijah. Maryam menahan nafas, cuba menyerapkan rasa terkilan supaya perbincangan ini tidak menjurus kepada pertelingkahan.

“Mereka masih anak-anak. Paling muda 10 tahun di sini. Kasihan..”
“Budak nakal, memang begitulah. Kena diajar dengan tegas. Emak bapak sekarang manjakan anak, bila tak boleh tanggung dengan perangai anak maka mereka campak di sinilah..”

Ya ALLAH ya tuhanku, tidak bolehkah wanita ini berkata yang baik-baik. Desis hati Maryam.
“Hentikan melabel ustazah. Anak-anak tidak nakal, mereka cuma ada dua kondisi sahaja. Tersilap menerima ajaran ataupun mereka tidak menerima ajaran langsung yang menyebabkan tingkah laku mereka tidak normal dan bertingkah dari kebiasaan...”
Tegas kata-kata Maryam. Kesilapan membentuk peribadi anak itu bukan datang dengan semula jadi. Ianya datang dari orang yang lebih dewasa. Kalau seorang ustazah sudah s**a melabel apatah lagi orang di luar sana.

“Saya tengok anak-anak patuh sahaja. Tengok pagi tadi ketika saya suruh mereka masak. Cepat sahaja mereka lakukan. Ada yang potong bawang, ada yang kopek ikan bilis. Saya s**a. Saya tak punya adik beradik perempuan dan saya gembira melihat mereka begitu harmoni..”
Sambung Maryam. Matanya menenang wajah Ustazah Khadijah. Ya ALLAH ya tuhanku kau bukakan hati wanita ini supaya lebih lunak. Kau bukalah hati wanita supaya hatinya ada rasa belas kepada anak-anak.

“Saya rasa kita patut hentikan memaksa anak-anak menghabiskan hafazan mereka dengan deras.”

Melihat ustazah Khadijah yang diam sahaja menyebabkan Maryam menyambung kata. Kembali kepada tujuan asal kenapa dia memanggil ustazah Khadijah berjumpa dengannya.
“Kenapa p**ak?”
Suara itu seperti merenta. Maryam menelan liur.

“Saya mahu anak-anak difasihkan dengan setiap ayat Al Quran. Semuanya akan lekat di kepala. Kalau lima tahun mereka ambil masa, biarkan lima tahun. Kalau tujuh tahun pun biarkan. Biar setiap hafazan diingati dalam kepala. Ayat berapa, surah apa bila ditanya akan cepat sahaja mereka lontarkan. Bukannya habis hafazan kemudian selepas keluar dari madrasah ini akhirnya anak-anak ini lupa. Rasa cintanya kepada Al Quran pun hilang. Kalau mereka tak habis pun tak apa..”

‘Mana boleh, malu nanti kalau keluar tak habis menghafaz..”
Bantah ustazah Khadijah. Mata Maryam berlaga dengan mata wanita itu.

ILMU DAN HIBURAN BERGERAK SEIRINGAN

Sudah lama kita tidak berpesta buku yaJom.jumpa saya di No. booth 3237 hall 3 di dewan Tun Razak. PWTC
22/05/2023

Sudah lama kita tidak berpesta buku ya
Jom.jumpa saya di No. booth 3237 hall 3 di dewan Tun Razak. PWTC

Jualan bukuRm100/110ssrwk untuk 6 buah bukupostage rm10setiap pendapatan dari jualan buku ini akan kami.salurkan ke Pusa...
20/09/2022

Jualan buku
Rm100/110ssrwk untuk 6 buah buku

postage rm10

setiap pendapatan dari jualan buku ini akan kami.salurkan ke Pusat Jagaan Kara Lubna iaitu pusat jagaan untuk anak anak asnaf

untuk pembelian wasap.my/60162164850

09/10/2020

Ustazah/ustaz diperlukan
Kemas**an October

Ustazah/ustaz cm Warden sepenuh masa diperlukan segera di Madrasah Hafizah Lubna di
jalan Teluk Kemang 12
Batu 9 Teluk Kemang
Port Dickson (depan Akar beach resort)

Gaji permulaan (RM1500 ke atas)
Makan&Tempat tinggal disediakan.

Syarat-syarat
1. Perempuan berusia 21 tahun ke atas
2. Sekurang-kurangnya memiliki Diploma Maahad Tahfiz daripada mana-mana negeri. ( wajib ada sijil hafazan. Tidak ada tak perlu memohon)
3. Bersetuju untuk tinggal bersama-sama pelajar.
4. Boleh mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain
5. Menyayangi dan boleh mendidik kanak-kanak
6. Tidak bengis dan pendendam
7. Sentiasa berhemah dan berlemah lembut

Bagi yang berminat sila datang
di Madrasah Hafizah Lubna
Isnin-Jumaat
Jam 10pagi hingga 4petang

Atau hantar resume anda ke [email protected]

Hubungi Puan Norhayati Berahim di wasap.my/ 60162164850

Terima Kasih.

KEM CUTI SEKOLAHCuti sekolah tidak lama lagiSemua ibu bapa mahukan cuti ini memberi manfaat kepada anak mereka..Mari han...
02/11/2018

KEM CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah tidak lama lagi
Semua ibu bapa mahukan cuti ini memberi manfaat kepada anak mereka..

Mari hantarkan anak-anak Puan/Tuan ke kem cuti sekolah yang memberi manfaat kepada anak-anak ini

Kita akan belajar membuat ais krim Malaysia dan aiskrim ini akan kami sedekahkan ke masjid selepas solat jumaat..

Akan kami ajarkan kepada anak-anak, bagaimana mahu membuat freemarket atau kerja kebajikan yang mudah dan boleh dilakukan oleh anak-anak.

Mari kita buat sarapan bersama-sama dan berlawan sarapan siapa paling sedap. Hadiah akan kami sediakan..

Anak anak juga akan diajar bagaimana berakhlak dan beradab. Adab bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi kepada guru, kepada rakan-rakan, beradab di media sosial, beradab dengan bukan islam

Kemudian kita bermain dan berehat ditepi pantai

Kem ini akan kami bahagi kepada 2 sessi

Pelajar perempuan 1-4 Dec
Pelajar lelaki 8-11 Dec

Usia 9-15 tahun..

Bayaran RM300 untuk 4 hari 3 malam.
TERHAD KEPADA 40 PELAJAR SAHAJA SETIAP SESSI
Makanan 4-6 kali...

Hubungi
Suraya Yacob 0165678489
atau NB 0162164850

Tarikh tutup dan bayaran selewatnya 25 Nov 2018

Assalamuailaikum sahabatSaya sedang menyiapkan Madarasah Hafizah Lubna kepada sekolah yang serba lengkap. Kami masih mem...
18/09/2018

Assalamuailaikum sahabat

Saya sedang menyiapkan Madarasah Hafizah Lubna kepada sekolah yang serba lengkap. Kami masih memerlukan beberapa kelengkapan termasuklah dapur, papan putih dan beberapa peralatan lain.. Justeru itu bagi menampung perbelajaan tersebut sudilah kiranya sahabat membeli mana mana 6 buah buku ini dengan harga RM100/110 sabah sarawak bagi menampung perbelajaam tersebut

Boleh wasap.my/60162164850

Untuk menyumbang dialukan dengan ucapan terima kasih
164267408855 maybank Norhayati Berahim

08/08/2018

SYAITAN DI TAHFIZ (belum edit)

Sejak akhir-akhir Maryam berasa amat tenang dan gembira sekali. Dia berasakan berada di dalam satu keluarga yang lengkap walau tanpa umi di sisi. Dia ada ayah dan along yang menemani. Dia ada pelajar yang sentiasa menyapanya dengan penuh kasih sayang.

“Kamu baca apa tu?”
Pagi ini semasa dalam perjalanan p**ang dari masjid ada orang berniaga nasi lemak dan mi goreng. Jadi, Haji Ahmad hanya membeli sahaja. Along p**a tidak p**ang-p**ang dari tadi. Entah ke mana singgahnya.

“Menarik juga ayah ni”
Maryam berkata tenang sambil mengunjukkan telefon yang berada di tangannya seraya berkata. Tangannya yang mencapai kismis yang diletak di atas meja. Tidak jadi dia memasukkan kismis ke dalam mulut apabila si ayah sudah bertanya.

“Apa yang menariknya..”
Si ayah sudah meletakkan nasi lemak dan mi goreng ke dalam pinggan. Disusunnya dan diambil pinggan kosong di letak di hadapan Mariam.
Begitulah ayah sejak dahulu melayan anak-anaknya.
“Orang ini ajar bagaimana nak masuk Raudah, di masjid Nabi dengan mudah..”
“Wah menarik tu bagaimana?”
Haji Ahmad sudah mengambil teko mahu membancuh air teh. Mereka semua memang sedang menunggu perkhabaran Umi Maria di Mekah. Mungkin ada perkembangan yang lebih baik. Hari-hari anak-anak di madrasah berdoa, hari hari solat hajat diadakan.

“Katanya pakai baju hitam supaya kelihatan macam orang arab…”
Lalu, Maryam bercerita apa yang dibacanya. Satu persatu dan Haji Ahmad mendengar dengan teliti.
“Sifat tamak. Sifat s**a menipu. Dibawa dalam menjalani ibadat. Astaghfirullah..”
Haji Ahmad mengurut dadanya. Beberapa kali istitghfar itu diucapnya.
“Kenapa ayah?”

“Katanya pakai baju warna itu, warna ini supaya dapat menipu penjaga masjid dan supaya dikatakan warga arab? Kemudian diajar p**a bagaimana caranya dapat berlama -lama di Raudah supaya dia tidak disuruh pergi oleh penjaga di situ. Sehingga dia dapat beribadat sampai satu jam dan orang lain tak berpeluang mahu menyuruh dia berganjak. Begitu?”

“Ya ayah..”
“Libang libu hati ayah mendengarnya. Teringat ketika mengerjakan haji ada ustaz mengajar kami, buat solat dua rakaat buat solat taubat. Berdoa supaya dapat masuk Raudah. Berdoa boleh memberi salam kepada Rasuallah, berdoa dapat solat dua atau empat rakaaat di Raudah. Tak kira lelaki perempuan kerana peluang masuk Raudah itu semuanya di tangan Allah yang maha pengasih.”
Kata-kata Haji Ahmad terhenti. Dia yang sebentar tadi membancuh air teh limau sudah meletakkan di hadapan anaknya.
“Tetapi, tidaklah sampai satu jam, tidaklah sampai menipu sehingga menafikan hak orang lain..Islam tak ajar, masuk pakai baju apa supaya menipu, jalan macam mana, masuk macam mana, tolak orang macam mana supaya dapat beribadat selama satu jam sehingga menafikan hak orang ramai. Dengar tadi kamu cerita, mereka masuk lima orang tadikan. Lima orang dapat beribadat di situ seorang sejam. Berapa ramai dah dinafikan hak orang lain. Dalam beribadat pun ada sifat tamak dan menipu begitu..”

“Betul juga kata ayah. Tak perasan p**a Yam hal ini.”
“Apa yang kita nak tunjuk? Sebenarnya banyak cara berdoa yang afdal..berdoalah ketika hujan turun. Kalau hujan turun tiga jam berdoalah tiga jam dan Malaysia kawasan tropikal yang menerima banyak hujan. Jadi peluang berdoa dengan tidak menyakitkan hati orang lain, tidak menipu dan tidak mengambil hak orang lain terbuka luas, seluas-luasnya. Lagipun di Madinah di Mekah, banyak tempat berdoa yang lebih istijabah. Di tempat tawaf, di Multazam, di Hijir Ismail, di sepanjang jalur sa’i, banyak lagilah. Dalam sembilan belas dua puluh tempatlah. Sebelum subuh buat tawaf berdoalah, semasa sa’i berdoalah sepuas-puasnya asalkan kita tak menipu dan tak ambil hak orang lain.”
Maryam terdiam. Sudah mencapai nasi lemak yang berada di hadapannya.
“Ayah beli di gerai kak Nah tadikah?”
“Iya betul tu. Manalah along ni?”
“Itulah. Masakan jatuh motor? Dia pergi masjid tadi berjalan kaki..”
Mendadak sahaja Maryam. Walau kisah si abang jatuh motor sudah lama berlalu tetapi sampai sekarang masih diingatinya. Satu masa dahulu, semua orang cemas bila along jatuh dalam parit yang berair. Tetapi kini menjadi bahan lawak jenaka p**a.

Assalamauailaikum sahabatSaya sedang menyiapkan Madarasah Hafizah Lubna kepada sekolah yang serba lengkap. Kami masih me...
13/07/2018

Assalamauailaikum sahabat

Saya sedang menyiapkan Madarasah Hafizah Lubna kepada sekolah yang serba lengkap. Kami masih memerlukan beberapa kelengkapan termasuklah dapur, papan putih dan beberapa peralatan lain..

Justeru itu bagi menampung perbelajaan tersebut sudilah kiranya sahabat membeli mana mana 6 buah buku ini dengan harga RM100/110 sabah sarawak bagi menampung perbelajaam tersebut

Boleh wasap.my/60162164850

Untuk menyumbang dialukan dengan ucapan terima kasih
164267408855 maybank Norhayati Berahim

Address

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang Darul Ehsan
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NB Kara Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NB Kara Sdn. Bhd.:

Videos

Share

Category