Info kemalangan jalanraya & isu semasa

Info kemalangan jalanraya & isu semasa info kemalangan jalanraya & isu semasa

17/11/2023

Video tular: Polis kesan kumpulan lelaki bergadvh guna senj@ta taj@m

Oleh BERNAMA

Johor Bahru: Polis mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergadvhan menggunakan senj@ta taj@m di hadapan sebuah premis di bandar raya ini pada Rabu lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu, namun memaklumkan tiada laporan dibuat oleh m@ngsa atau pun pihak terbabit, setakat ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu pada Rabu lepas kira-kira 11.25 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Pihak polis masih giat mengesan semua yang terbabit bagi membantu siasatan.

"Kami buka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Terdahulu, tular dua video berdurasi enam saat hingga satu minit 25 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Pang Chong di laman Facebooknya yang memaparkan mengenai insiden pergadvhan terbabit.

Disiarkan pada: November 17, 2023 @ 10:07am

Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa elektrik TNB kritikal, ditidurkanMyMetroMutakhirZuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.m...
17/11/2023

Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa elektrik TNB kritikal, ditidurkan

MyMetroMutakhir
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]

Georgetown: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang melecur hampir seluruh badannya akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Bayan Lepas di sini, semalam, kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bapanya, Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata, Mohd Dawisy Zarif mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Mohd Dawisy Zarif ditidurkan sejak dimasukkan ke hospital semalam dan doktor mengesahkan dia mengalami kira-kira 50 peratus terbakar (melecur) di bahagian hadapan (badan).

"Pada masa ini, Mohd Dawisy Zarif masih kritikal serta menggunakan alat bantuan pernafasan dan doktor tidak pasti tempoh dia ditidurkan, bergantung kepada tindak balas (ketika dirawat)," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP, di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan kanak-kanak itu melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik ketika memasuki bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, di sini, kira-kira jam 4.30 petang.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan memasuki fasiliti milik TNB itu bagi mengambil bola miliknya dari dalam premis berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Suhana Samsudin, 37, berkata ketika kejadian, dia berada di tempat kerja tidak jauh daripada rumahnya manakala suaminya yang juga penjawat awam sedang bertugas di Lumut, Perak.

Katanya, ketiga-tiga anaknya termasuk kembar kepada Mohd Dawisy Zarif sudah biasa ditinggalkan di rumah ketika dia keluar bekerja dan mereka akan bermain bola bersama rakan di perumahan itu pada waktu petang.

"Semalam, kembar kepada Mohd Dawisy Zarif tidak bermain bersama kerana tidur dan saya hanya mengetahui kejadian menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp kira-kira jam 5 petang sebelum dihubungi kenalan.

"Sebaik tiba, saya lihat dia dibawa keluar dari bilik jana kuasa itu oleh jiran dan Mohd Dawisy Zarif masih boleh berjalan serta berlari sambil memanggil 'mama' sambil mengadu kepanasan.

"Kemudian kami bawa ke dalam surau berhampiran dan diberi rawatan awal oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya ketika ditemui.

Suhana berkata sehingga kini masih terngiang-ngiang suara anak bongsunya yang merintih kesakitan.

"Mama, adik sakit. Tolong adik, adik (berasa) panas," itu saja yang diulang sedangkan anak saya itu ceria serta aktif bersukan.

"Sehingga kini dia belum sedar dan sebagai ibu, sudah tentu saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku dan mahu dia kembali pulih dengan segera," katanya lagi.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu turut menerima kunjungan prihatin daripada wakil TNB Pulau Pinang bagi melawat dan mengetahui perkembangan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 4:03 PM

Assalamualaikum kemalangan m@ut simpan petronas sungai soi kuantan melibat pelajar sekolah,,sebak hati tengok sekujur ba...
17/11/2023

Assalamualaikum kemalangan m@ut simpan petronas sungai soi kuantan melibat pelajar sekolah,,sebak hati tengok sekujur badan terbaring,,,tolong lah pihak yang sepatut nyer,,tolong merayu sangat,,tolong lah letak traffic light dekat situ,,banyak sangat dah kemalangan yang melibat kn kehilangan nyawe,,nak berape ramai lagi nyawe yg hilang dekat simpang tu,,war2 kan sampai di baca pada yang berkenaan

AL FATIHAH

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal šŸ˜±Kalau datang bandar Ipoh,...
17/11/2023

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal šŸ˜±

Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan?

Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa.

Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak.

Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.

"Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda HALAL adalah jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.ā€

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah, jadi bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

Jadi, tepuk dada tanya seleraā€¦

Sumber : Suara Perak

17/11/2023

Datang masjid konon minta bantuan, tetapi ā€˜rembatā€™ telefon muazzin

PETALING JAYA ā€“ Tindakan seorang lelaki yang kononnya datang ke sebuah masjid untuk meminta bantuan tetapi telah mencuri sebuah telefon bimbit milik muazzin berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Aksi lelaki terbabit telah dikongsi di laman Facebook Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pagi tadi.

Menerusi hantaran tersebut, pihak pentadbir masjid berkenaan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika seorang muazzin sedang bersiap untuk mengendalikan solat berjemaah zohor.

Baru-baru ini telah berlaku satu kecurian telefon di pejabat pentadbiran kami melibatkan seorang suspek yang menyamar sebagai orang susah yang memerlukan bantuan.

ā€œKetika ini, staf kami yang juga muazzin bertugas sedang sibuk bersiap untuk mengendalikan solat berjemaah zohor.

ā€œMeskipun kesuntukan masa, beliau tetap meluangkan masa untuk melayan permintaan suspek yang mempunyai niat lain ini,ā€ katanya.

Tambah hantaran itu, suspek telah mencuri telefon sewaktu muazzin masjid itu sedang membuat salinan kad pengenalan suspek.

ā€œKami memohon agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,ā€ ujarnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku, namun sehingga kini suspek masih dicari.

Menjengah ke ruangan komen, pihak pentadbir masjid itu juga telah berkongsi salinan kad pengenalan suspek yang dikenali sebagai Shaharani Sharuddin. ā€“ KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!
17 November 2023, 11:14 am

Warga emas ditemui mati dalam perigiWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR17 NOV 2023[Gambar]M@yat m@ngsa yang juga orang kurang...
17/11/2023

Warga emas ditemui mati dalam perigi

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
17 NOV 2023

[Gambar]
M@yat m@ngsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Umi Kalsom Jasin, 80, ditemui ahli keluarganya jam 4.30 petang pada Rabu.

BALING ā€“ Seorang wanita warga emas ditemukan mati di dalam sebuah perigi di Kampung Mengkuang Tengah, Kupang di sini pada Rabu.

M@yat m@ngsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Umi Kalsom Jasin, 80, ditemui ahli keluarganya pada jam 4.30 petang sebelum membuat laporan di Balai Polis Kupang.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, hasil siasatan terhadap ahli keluarga mangsa menyatakan sebelum kejadian, m@ngsa dilihat memotong rumput di belakang rumah pada jam 12.30 tengah hari.

ā€œAhli keluarga kemudiannya menyedari m@ngsa tidak pulang untuk makan tengah hari bertindak mencari m@ngsa di rumah dan tidak menjumpainya.

ā€œWaris kemudiannya terus pergi ke belakang rumah dan menemui m@ngsa di dalam perigi,ā€ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas Shamsudin, polis melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa dan kawasan sekitar namun tidak menjumpai sebarang kesan bagi mengaitkan dengan jenayah.

Menurutnya, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

M@yat m@ngsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Alor Setar untuk bedah siasat bagi melengkapkan siasatan.

Budak melecur, ambil bola dalam bilik janakuasa elektrikOleh Audrey Dermawanaudreymd@nst.com.my[Gambar]Kanak-kanak lelak...
17/11/2023

Budak melecur, ambil bola dalam bilik janakuasa elektrik

Oleh Audrey Dermawan
[email protected]

[Gambar]
Kanak-kanak lelaki mengalami melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik, dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit, Taman Sri Bayu di sini. FOTO TULAR

Bayan Lepas: Kanak-kanak lelaki yang masuk ke bilik stesen janakuasa elektrik TNB untuk mengambil bola, melecur selepas tersentuh alatan elektrik di dalam bilik itu.

Balai bomba dan penyelamat Bayan Baru dimaklumkan mengenai kejadian di Taman Sri Bayu di sini, pada 4.55 petang.

Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengalami lecur teruk.

"Mangsa dibawa oleh paramedik untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Hirman berkata, pasukannya menjalankan pemeriksaan rapi di kawasan bagi memastikan tiada lagi bahaya sebelum kes diserahkan kepada TNB.

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 5.43 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian itu.

"Kanak-kanak itu memasuki bilik stesen janakuasa untuk mengambil bolanya sebelum dia terjatuh," katanya.

Video kejadian malang itu turut tular di media sosial.

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 8:11pm

Operator kren menara meninggal di ketinggian hampir 20mOleh Raja Noraina Raja Rahimrnoraina@hmetro.com.myKuala Lumpur: O...
16/11/2023

Operator kren menara meninggal di ketinggian hampir 20m

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

Kuala Lumpur: Operator kren menara ditemukan meninggal dunia dalam kabin jentera itu di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC di sini, petang ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerja meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter (m).

Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada 5.43 petang.

Menurutnya, jentera dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan mendapati m@ngsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.

"Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan m@ngsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, m@ngsa berjaya dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada 7.46 malam dan m@yatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 9:20pm

16/11/2023

Rakaman video lama kandang babi sebelah kolam patin ditularkan semula

KUALA LUMPUR: Rakaman video kandang babi bersebelahan kolam patin yang tular ketika ini adalah video lama yang ditularkan semula oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan hasil kolam diusahakan penternak yang berdaftar di bawah jabatan itu adalah halal dan berkualiti.

Katanya, bahagian biosekuriti jabatan berkenaan sentiasa mengadakan lawatan serta menjalankan ujian porcine atau pemantauan DNA khinzir bagi memastikan hasil ikan juga sumber makanan ternakan di bawah penternak itu terjamin bersih, halal serta menepati piawaian keselamatan makanan negara.

"Penularan video lama serta berita tidak sahih seperti ini adalah tidak wajar. Pengguna media sosial dinasihatkan supaya tidak berkongsi sewenang-wenangnya apa jua video yang tidak disahkan kebenaran kandunganya.

"Tindakan berkenaan boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang salah, mendatangkan kegusaran serta mengelirukan orang ramai, seterusnya boleh mencemarkan reputasi sesebuah organisasi.

"Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.

Bagi mengelakkan pengguna sangsi dengan produk dikeluarkan, DOF menggalakkan penternak menyertai Skim Pensijilan MyGAP (Amalan Akuakultur Baik) supaya keluaran yang dihasilkan berkualiti, selamat dimakan serta aktiviti akuakultur yang dijalankan tidak mendatangkan kerosakan kepada ekosistem negara.

Katanya, penternak berdaftar di bawah DOF juga tertakluk kepada Peraturan Perikanan, Kaedah-Kaedah Perikanan setiap negeri yang menyatakan semua premis akuakultur akan dilesenkan serta aktiviti ternakan mereka akan dikawal rapi supaya mematuhi piawaian dan garis panduan MyGAP.

"Pegawai dari Jabatan Perikanan negeri dan daerah juga sentiasa mengadakan lawatan ke tapak projek ternakan secara berkala bagi memantau dan memberikan khidmat nasihat teknikal berterusan mengenai kaedah penternakan GAP kepada penternak," katanya.

Mengenai jumlah pengeluaran ikan patin di negara ini, Jabatan Perikanan memaklumkan, Pahang mengeluarkan hasil tertinggi iaitu 10,359.88 tan, diikuti Perak dengan 4,853.70 tan serta Kelantan dengan 2,309.15 tan.

Pengkelasan pengeluaran patin dibuat berdasarkan tujuh jenis sistem ternakan, iaitu kolam air tawar dengan hasil 5,929 tan, bekas lombong (3,172 tan), sangkar air tawar (11,057 tan), tangki simen atau fiber (73.36 tan), tangki kanvas (0.10 tan), kandang ikan (617.91 tan) serta estet (12.10 tan).

Noor Atiqah Sulaiman
November 16, 2023 @ 3:06pm
[email protected]

Peniaga m@ut, isteri cedera rempuh kereta elak monyetKEMAMAN: Seorang peniaga m@ut manakala isterinya cedera selepas ken...
16/11/2023

Peniaga m@ut, isteri cedera rempuh kereta elak monyet

KEMAMAN: Seorang peniaga m@ut manakala isterinya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang mengelak sekumpulan monyet dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 314.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Plaza Tol Kerteh, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, Tengku Shaharulhisham Tengku Yahya, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan p@rah di kepala manakala isterinya, Nor Azlina Hamzah, 44, mengalami luka di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kenderaan Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Taman Alam Perdana, Binjai menghala ke Dungun, dekat sini, untuk urusan kerja.

Menurutnya, sebuah lagi kenderaan iaitu Volkswagen Golf GTI 2.0, yang dipandu seorang Eksekutif Tenaga Nasional Berhad sedang dalam perjalanan dari arah sama menuju ke kediamannya di Seberang Marang, Marang.

ā€œKejadian dipercayai berlaku apabila Volkswagen Golf GTI yang dipandu wanita berusia 41 tahun di lorong sebelah kiri tiba-tiba mengubah lorong ke kanan jalan kerana mengelak sekumpulan monyet di lorong kiri lebuh raya itu.

ā€œM@ngsa yang berada di belakang kenderaan itu gagal mengelak dan terlanggar bahagian belakang Volkswagen tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan dan terlanggar penghadang besi kiri lebuh raya,ā€ katanya.

Hanyan berkata, pelanggaran itu menyebabkan Tengku Shaharulhisham disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

ā€œIsterinya hanya cedera ringan manakala pemandu Volkswagen tidak mengalami sebarang kecederaan.

ā€œM@yat m@ngsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,ā€ katanya. ā€“ UTUSAN

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
16 November 2023, 10:27 am

Mohd Ya'cob diambil keluarga 6 petang tadiKajang: Bekas polis, Mohd Ya'cob Demyati yang selesai menjalani hukvman penjar...
16/11/2023

Mohd Ya'cob diambil keluarga 6 petang tadi

Kajang: Bekas polis, Mohd Ya'cob Demyati yang selesai menjalani hukvman penjara 33 tahun kerana membvnuh penyanyi 90-an, Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie, dilihat keluar dari Penjara Kajang pada 6 petang tadi.

Mohd Ya'cob menaiki pacuan empat roda dan difahamkan dijemput beberapa ahli keluarga yang tiba di pekarangan penjara di sini, kira-kira 5 petang.

Malah, puluhan pengamal media berkumpul di luar Penjara Kajang bagi menantikan pembebasan Mohd Ya'cob seawal 4 petang, namun usaha untuk menemubual Mohd Ya'cob tidak berjaya selepas kenderaan dinaiki enggan berhenti.

Terdapat beberapa rakan Mohd Ya'cob juga hadir bagi memberi sokongan moral kepadanya, termasuk pesara polis dikenali Zamri, 63, yang menyifatkan Mohd Ya'cob sebagai seorang yang amat baik.

"Saya mula mengenali Mohd Ya'cob semasa kami sama-sama berkhidmat dalam pasukan polis hutan (PPH) sebelum ini.

"Orangnya bagusā€¦ bagus sangat, tetapi (soal) kes ini, tak tahu macam mana boleh jadi begitu," katanya ketika ditemui di luar pekarangan Penjara Kajang.

Menurut Zamri, pembebasan Mohd Ya'cob adalah suatu berita gembira buat mereka.

"Sebab semasa berkhidmat di polis hutan, hubungan (antara kami) seperti saudara. Apabila dengar dari kawan (bahawa dia akan bebas), saya amat terkejut (dan gembira)," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Mohd Ya'cob dibebaskan dari Penjara Kajang, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukvman pemenjaraan sepanjang hayat yang disabitkan ke atasnya kepada penjara 33 tahun.

Sebelum ini, dia diperintah menjalani hukvman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 7 Ogos 2012 membenarkan petisyen rayuannya.

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 6:52pm
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

16/11/2023

Dua M@ut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Dua m@ut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 137 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, Pahang.

Pemandu kereta Mohd Rahmat Ab Rahim, 34 tahun dan penumpang, Muhammad Amirul Mukmini Mat Daud, 31 tahun yang cedera di kepala m@ut di lokasi kejadian.

ā€˜Tiada permohonan maaf, tunggu di mahkamahā€™Oleh KOSMO!15 November 2023, 8:49 am[Gambar]Gambar kenangan arwah Muhammad Na...
16/11/2023

ā€˜Tiada permohonan maaf, tunggu di mahkamahā€™

Oleh KOSMO!
15 November 2023, 8:49 am

[Gambar]
Gambar kenangan arwah Muhammad Nabil bersama kakak keduanya, Imanina.

GEORGE TOWN ā€“ Keluarga pemuda yang m@ut bersama bakal tunangnya dalam nahas di Jambatan Pulau Pinang pada Sabtu lalu bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian m@ngsa di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Nurizyanizzanti Nasuha Nasua, 25, yang memberitahu, keluarga kedua-dua pihak sudah melantik peguam bagi membantu meĀ­ngĀ­uĀ­ruskan kes kematian adiknya, Muhammad Nabil Zikry dan pasangan pemuda itu.

ā€œSejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut

ā€œKalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti.

ā€œKami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,ā€ katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, kakak sulung daripada empat beradik itu berkata, mereka mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur.

ā€œEmak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham deĀ­ngan situasi yang berlaku ketika ini,ā€ ujarnya

Semalam Kosmo! melaporkan arwah Muhammad Nabil kerap berkongsi hantaran mengenai kematian di akaun TikToknya sejak tiga bulan lalu.

Arwah Muhammad Nabil dan pasangannya dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 17 DisemĀ­ber ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, arwah Muhammad Nabil dan bakal tunangnya dikenali sebagai Sabrina disahkan m@ut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Toyota Lexus

Susulan kejadian kemalangan itu, polis memberkas pemandu kereta tersebut yang berusia 16 tahun.

Remaja tempatan itu direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis.

15/11/2023

Ngeri betul tibaĀ² dia melintas laju. Kejadian dipercayai berlaku di tempat Permandian Leang Londrong dekat Pangkep.





Suhaimi Saad meninggal duniaOleh MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM15 November 2023, 8:25 pmKUALA LUMPUR: Bekas anggota Inte...
15/11/2023

Suhaimi Saad meninggal dunia

Oleh MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM
15 November 2023, 8:25 pm

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Inteam, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu disahkan Presiden Maljlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Che Mud baru-baru ini.

ā€œInnalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd. Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

ā€œMarilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,ā€ katanya menerusi WhatsApp.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.

15/11/2023

Padah Main Mercun, Pemandu Jengkaut Didenda RM8,000

Seorang pemandu jengkaut didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bermain mercun sehingga membahayakan nyawa dan harta awam, Jumaat lalu.

15/11/2023

Harimau belang baham Orang Asli di Pos Pasik masuk perangkap

Oleh AIMUNI TUAN LAH
13 November 2023, 8:02 pm

GUA MUSANG ā€“ Selepas lebih sebulan, seekor harimau belang yang menjadi ancaman dan dipercayai membaham seorang lelaki Orang Asli pada 3 Oktober lalu di Pos Pasik di sini akhirnya masuk perangkap hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, harimau belang itu ditangkap dalam keadaan sihat di kawasan Pos Pasik di sini.

ā€œPerhilitan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan dan pemasangan satu unit perangkap harimau belang di lokasi aduan. Operasi tersebut melibatkan seramai 10 anggota Perhilitan.

ā€œOperasi itu perlu dilaksanakan selepas harimau belang berkenaan masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan dan perkampungan di Pos Pasik. Keadaan tersebut juga telah menjejaskan kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat,ā€ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak, namun pihakn ya masih menyiasat dan mengenal pasti sama ada haiwan tersebut merupakan harimau sama yang menerkam mangsa dalam kejadian bulan lalu.

ā€œTangkapan harimau belang itu sekali gus meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik. Bagaimanapun, penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga dengan sentiasa keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan,,ā€ katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki Orang Asli maut dibaham seekor harimau ketika keluar menyumpit seorang diri di kawasan ladang kelapa sawit di Pos Pasik di sini.

Mayat, Pisie Amud, 25, dari Kampung Sugi, Pos Pasik telah ditemui penduduk kampung dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut pada bahagian kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya sudah hilang. ā€“ KOSMO! ONLINE

Pemandu jengkaut m@ut dihempap jentera sendiriSETIU ā€“ Seorang pemandu jengkaut m@ut akibat dihempap jentera tersebut yan...
15/11/2023

Pemandu jengkaut m@ut dihempap jentera sendiri

SETIU ā€“ Seorang pemandu jengkaut m@ut akibat dihempap jentera tersebut yang sedang dikendalikannya di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, m@ngsa, Azman A. Wahab, 44, yang menetap di Kampung Din Maras, Batu Rakit meninggal dunia akibat kecederaan p@rah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, sebelum kejadian, jengkaut yang sedang dikendalikan Azman berkenaan dikatakan mengalami kerosakan rantai.

M@ngsa kemudiannya meminta pertolongan rakannya untuk memandu sementara jentera tersebut sementara dia turun bagi memeriksa kerosakan berkenaan.

ā€œBegitupun, jengkaut tersebut tiba-tiba bergerak sendiri lalu menghempap m@ngsa sewaktu dia melakukan pemeriksaan tersebut,ā€ katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Affandi berkata, siasatan awal mendapati jengkaut berkenaan mengalami kebocoran sistem paip hidraulik dan m@yat m@ngsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. ā€“ KOSMO! ONLINE

Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
15 November 2023, 10:26 am

14/11/2023

'Harimau Itu Setinggi Pinggang Lelaki Dewasa' - Mangsa

Niat seorang pemuda untuk keluar bermain badminton menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat seumur hidup.

AMARAN RIBUT PETIR. ā›ˆā›ˆā›ˆRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Yan, Pendang, ...
14/11/2023

AMARAN RIBUT PETIR. ā›ˆā›ˆā›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) ā€¢ Pulau Pinang ā€¢ Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang) ā€¢ Kelantan (Gua Musang) ā€¢ Terengganu (Kemaman) ā€¢ Pahang (Tanah Tinggi Cameron) ā€¢ Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei), Sibu, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song dan Bukit Mabong) sehingga 1:00 pagi; Rabu, 15 November 2023.

āš”ļøāš”ļøāš”ļøAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 9:45 malam, 14 November 2023




14/11/2023

Pencuri naik kereta Wira, Accord diburu

Oleh KOSMO!
14 November 2023, 6:37 pm

GEORGE TOWN ā€“ Polis giat memburu suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna putih dan Honda Accord kuning selepas mereka dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel telekomunikasi di kawasan Air Itam di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihak telah terkesan dengan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter, pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, polis bagaimanapun telah menerima laporan daripada seorang kakitangan syarikat telekomunikasi yang dibuat di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam, semalam.

ā€œPengadu mengatakan hasil pemeriksaan yang dibuat pada 13 November (semalam), kira-kira pukul 8.30 pagi di kawasan Air Itam mendapati tujuh batang kabel telah hilang dan empat batang kabel telah dipotong serta ditinggalkan di atas jalan.

ā€œSuspek telah melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyedari kakitangan syarikat telekomunikasi tersebut.

ā€œSuspek menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna putih dan Honda Accord warna kuning. Polis masih dalam tindakan mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Beliau memberitahu lagi, anggaran kerugian adalah bernilai RM15,000 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. ā€“ KOSMO! ONLINE

Pelajar tingkatan 2 m@ut digil!s loriBALING ā€“ Seorang pelajar lelaki m@ut akibat digil!s sebuah lori dalam kemalangan di...
14/11/2023

Pelajar tingkatan 2 m@ut digil!s lori

BALING ā€“ Seorang pelajar lelaki m@ut akibat digil!s sebuah lori dalam kemalangan di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira- kira pukul 1.50 tengah hari itu, m@ngsa, Muhammad Hazim Iskandar Mohd Hafiz, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera p@rah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku ketika m@ngsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori jenis Isuzu datang dari arah Gerik menghala ke Kulim.

ā€œSebaik tiba di lokasi kejadian, m@ngsa yang menunggang motosikal keluar dari simpang di sebelah kiri jalan sebelum bergesel dengan bahagian belakang lori.

ā€œM@ngsa terjatuh di atas jalan sebelum kepala digil!s tayar belakang sebelah kiri lori tersebut,ā€ katanya di sini hari ini.

Kata beliau, m@ngsa yang tidak memakai topi keledar mengalami kecederaan p@rah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada m@ngsa yang cuai ketika keluar simpang dan melanggar lori tersebut. ā€“ KOSMO! ONLINE

Oleh NORLIA RAMLI
14 November 2023, 8:45 pm

14/11/2023

KUALA LUMPUR 14/11/2023.

Rakaman dashcam kemalangan langgar lari melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya MRR2, berhampiran Metropolitan Kepong, tengah hari tadi.

Kedua dua penunggang motosikal cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber: Asal Gombak

Pembuat roti canai disamun, dirog0l sebelum dibunvhLahad Datu: Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bu...
14/11/2023

Pembuat roti canai disamun, dirog0l sebelum dibunvh

Lahad Datu: Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bukan sahaja disamun, dirog0l malah dibunvh sebelum m@yatnya ditemukan di dalam kawasan semak sebuah kebun pisang di Kampung Pisang, di sini, semalam.

Lebih kej@m, wanita warga asing berusia 36 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh b0gel oleh ahli keluarganya, pada 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan m@yat itu pada 8.26 pagi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati m@yat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya.

"M@yat m@ngsa ditemukan dalam keadaan separuh b0gel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

"Polis juga tidak menolak kemungkinan m@ngsa turut dirog0l berdasarkan kesan air m@ni yang ditemukan pada bahagian kem@luannya," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, polis mendapati telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet m@ngsa juga didapati hilang dalam kejadian itu.

"Menurut saksi, m@ngsa yang juga ibu kepada lima anak keluar rumah pada 6.15 pagi untuk pergi bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran.

"Bagaimanapun, pemilik restoran tempat wanita itu bekerja mendapati dia tidak datang berkerja sebelum menghubungi keluarganya. Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga m@ngsa berusaha mencarinya, sebelum menemukan m@yatnya di kawasan semak berkenaan," katanya.

Beliau berkata, m@yat m@ngsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Dr Rohan berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709.

Disiarkan pada: November 14, 2023 @ 8:03pm
Juwan Riduan
[email protected]

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info kemalangan jalanraya & isu semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Ipoh

Show All

You may also like