Massa Kini

Massa Kini Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Massa Kini, Media/News Company, Ipoh.

03/06/2023

Catu gula???

Haa, mana kawasan, daerah dan negeri yg ada mencatu gula boleh buat laporan terus!!!

Ingat, jual gula, bukan catu utk kepentingan mat seluang


03/06/2023

Haaa??

Gula naik??

Retorik or Realiti???

Jom tonton video dibawah.

Walaun dan mat seluang jgn marah



07/03/2023
Logo Rasmi Malaysia Madani
02/02/2023

Logo Rasmi Malaysia Madani

02/02/2023
02/02/2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Hanya RM69 sebulan

Saya ingin memaklumkan berita baik buat golongan B40, orang kurang upaya, veteran, serta warga emas.

Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun.

Pakej ini berkelajuan 30 Mbps dengan data tanpa had.

InshaAllah langkah ini seiring dengan konsep Malaysia Madani untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

01/02/2023

Kecoh p**a cerita Nurul Izzah dilantik jadi Penasihat Ekonomi PM. Macam-macam komen aku baca. Ada yang kata DS Anwar sanggup gadaikan prinsip.

Kalau walaun dan chaibunge aku tak pelik. Mereka ni lantiklah siapa pun, pasti takkan puas hati punya. Tapi ada kalangan penyokong PH sendiri yang buat bising. Itu yang pelik.

Betul, kita memang menentang perbuatan melantik anak beranak ni. Tapi sebab apa? Sebab membazir kan? Kita tak mahu wang rakyat disia-siakan.

Tapi perlantikan Nurul Izzah ni tanpa gaji. Jadi apa yang kita tentang dulu tu ada kena mengena ke? Tak wujud pembaziran pun dalam perlantikan ini.

Ada walaun komen, kalau dia dapat jawatan yang rapat dengan PM, ada akses kepada maklumat dan projek negara, tak bergaji pun tak apa.

Pun betul. Itu kalau dialah. Tapi kalau DS Anwar nak beri akses begitu kepada Nurul Izzah, tak perlu pun lantik jadi penasihat. Bila-bila masa boleh beri.

Kemudian ada yang persoalkan kelayakan Nurul Izzah. Untuk makluman, selain bidang kejuruteraan, Izzah juga mempunyai sarjana dasar awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, US. Tak cukup layak lagi?

Kalau begitu apa kelayakan Tuan Ibrahim ada masa dilantik sebagai Menteri KASA dulu? Apa kelayakan KJ jadi Menteri Kesihatan? Dan apa kelayakan Peja jadi Penasihat PM masa Mahiaddin memerintah?

Nurul Izzah berkali ganda lebih layak untuk jawatan yang diberikan berbanding majoriti menteri PN dulu. Tak malu ke walaun nak persoalkan?

Nurul Izzah pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET. Nak apa lagi?

Kemudian ada yang mengungkit, Najib setidaknya tak lantik anak sendiri. Mahiaddin pun sama. Eh betul lagi. Tapi cuba bandingkan anak Najib, anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.

Anak Najib tu apa bidang dia? Aku pun tak berapa tahu pasal dia. Anak Mahiaddin? Si Najwa ke si Moslem Priest? Jadi penasihat hiburan bolehlah.

Akhir sekali, orang persoalkan kenapa lantik anak sendiri? Ada beribu pemegang ijazah dalam negara ini. Sebab tiada bayaran! Siapa nak jawatan tanpa dibayar? Jadi duta khas pun besar bayarannya..

Cuba tengok jawatan menteri. DS Anwar asalnya nak potong 50%. Tapi akhirnya menteri setuju cuma 20%. Nak potong gaji pun payah, apa lagi kalau tak dibayar. Kan?

Lagipun lebih senang nak percaya anak sendiri. Kita pun ramai yang bising menteri kita dikelilingi oleh kaki bodek. Suara kita tak sampai disebabkan oleh kaki bodek ini. Nurul Izzah bukan yang seperti itu.

Masih ingat lagi selepas PRU14 Izzah letak jawatan dalam parti sebab protes ayahnya sendiri? Izzah tak gentar bertindak jika dia yakin dia betul

Lagipun bagi aku langkah ini bagi mempersiapkan Nurul Izzah sebagai pemimpin masa hadapan. Aku sendiri berharap Nurul Izzah dapat jadi PM wanita Malaysia yang pertama nanti.

Kalau Nurul Izzah menang masa PRU tempohari, aku memang berharap dia dilantik sebagai menteri. Sebab dia memang layak. Tapi apakan daya.

Ini sekadar jawatan Penasihat PM. Tanpa gaji p**a. Apa yang nak diisukan? Parti Keadilan dan negara ini perlukan pemimpin pelapis yang terlatih. Jadi lantikan ini adalah sesuatu yang sangat perlu.

Kata Nurul Izzah, menjelang pembentangan bajet nanti, DS Anwar mahu dia mendekati rakyat, dengar kehendak dan kebimbangan rakyat.

Nurul Izzah menang rapat dengan rakyat. Banyak terlibat dengan aktiviti rakyat terbanyak. Jadi bukan masalah untuknya selesaikan hal itu.

Jelas perlantikan ini bukanlah satu isu. Nurul Izzah tak seperti mereka yang dilantik oleh pemerintahan yang lepas. Usah termakan hasutan puak meroyan. Guane boh?


Raja Gelap .

Kerajaan Perpaduan Bekerja: Apa Berlaku Minggu Lepas? (23 - 29 Januari 2023)
01/02/2023

Kerajaan Perpaduan Bekerja: Apa Berlaku Minggu Lepas?

(23 - 29 Januari 2023)

Kerajaan Perpaduan Bekerja: Apa Berlaku Minggu Lepas? (16 - 22 Januari 2023)
26/01/2023

Kerajaan Perpaduan Bekerja: Apa Berlaku Minggu Lepas?

(16 - 22 Januari 2023)

18/01/2023

PUTRAJAYA - Pengguna lebuh raya akan menikmati kadar tol percuma selama dua hari bermula Jumaat ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

18/01/2023
16/01/2023
16/01/2023
16/01/2023
Teliti dan perhati sebelum mengeluarkan statement tidak betul . Ia bukan berlaku di Malaysia .
15/01/2023

Teliti dan perhati sebelum mengeluarkan statement tidak betul . Ia bukan berlaku di Malaysia .

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Susulan sebuah video berdurasi 2:27 memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan yang tular di media sosial ketika…

Terbaik YB
13/01/2023

Terbaik YB

13/01/2023
12/01/2023

Bantuan Awal Persekolahan yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa akan dibayar mulai 12 Januari ini.

Oleh itu pihak sekolah di minta mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan sebaik menerima peruntukan dan akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Pada 20 Disember yang lalu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kump**an Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menyalurkan bantuan tersebut.

Dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban ibu bapa dalam menampung kos perbelanjaan anak-anak mereka bagi memulakan persekolahan.

11/01/2023

Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak atas pemergian bonda tercinta.

Semoga keluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan.

INISIATIFKerajaan memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang berpendapata...
11/01/2023

INISIATIF
Kerajaan memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah (B40).
Inisiatif berkenaan merangkumi pemberian bakul makanan, Jualan Murah Rahmah Kasih Sayang dan Kafe Rahmah untuk pelajar universiti. Menerusi Barangan Rahmah terdapat pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah bagi membantu golongan B40.
Ini adalah usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Justeru itu, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Semoga segala usaha dari kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat mengurangkan bebanan rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Kata Anti DAP tapi Negara China takde DAP ke 🤣
11/01/2023

Kata Anti DAP tapi Negara China takde DAP ke 🤣

Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi industri perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini. Majlis menandatangani MoU itu di...

11/01/2023

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa negeri pimpinan parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.

11/01/2023

INFOGRAFIK YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI

'Yang Sahih di Berita RTM'

11/01/2023

Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan yang akan dibayar pada 17 Januari ini.

Dalam pada itu kerajaan juga bersetuju meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 56.

Justeru itu Kerajaan Perpaduan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesungguhan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Address

Ipoh
314000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Massa Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Ipoh media companies

Show All