Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

  • Home
  • Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia Info kemalangan, benchana & isu semasa dimalaysia & luar negara

11/11/2024

Bodoh bertingket²

Warga emas maut kereta jatuh gaung 50 meterOleh Ahmad Hasbiam@hmetro.com.myTampin: Wanita warga emas meninggal dunia sel...
11/11/2024

Warga emas maut kereta jatuh gaung 50 meter

Oleh Ahmad Hasbi
[email protected]

Tampin: Wanita warga emas meninggal dunia selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung dekat Kilometer (KM) 26, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kenderaan turut parah dan seorang lagi penumpang cedera ringan.

"Kemalangan membabitkan kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

"Kenderaan yang turut dinaiki bersama dua penumpang dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter," katanya, dalam kenyataan.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta dari Melaka mahu balik ke rumah di Palong 1, Gemas.

"Akibat kemalangan, penumpang belakang seorang wanita berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandunya mengalami kecederaan patah tulang belakang dan penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan di kepala serta menerima rawatan awal di Hospital Tampin," katanya.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 12:13am

Dua beranak maut, motosikal bertembung kereta terbabasTampin: Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki bertembung deng...
10/11/2024

Dua beranak maut, motosikal bertembung kereta terbabas

Tampin: Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 12, Jalan Tampin-Gemas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki dua beranak itu.

"Akibat kemalangan itu, penunggang berusia 38 tahun dan ibunya berumur 72 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dua beranak itu difahamkan dalam perjalanan pulang dari Gemencheh ke rumah mereka di Pulau Sebang, di sini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: November 10, 2024 @ 3:20pm
Ahmad Hasbi
[email protected]

Kredit ➡️ Harian Metro

Penunggang motosikal maut langgar lembu lintas jalanPEKAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai ...
10/11/2024

Penunggang motosikal maut langgar lembu lintas jalan

PEKAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 10, Jalan Kuantan-Chini di sini pada Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Zulhijan Kafli, 29, beralamat dari Felda Chini Timur 02 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superitenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Felda Chini Timur menghala ke Felda Chini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak lalu terlanggar seekor lembu yang sedang melintas lalu terjatuh.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
10 November 2024 01:41pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

KELANTAN 10/11/2024Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta dekat depan Mahad Muhammadi Tumpat, di Kampung Keseda...
10/11/2024

KELANTAN 10/11/2024

Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta dekat depan Mahad Muhammadi Tumpat, di Kampung Kesedar, semalam.

Memetik sumber awam, mangsa diseret hampir 20 meter oleh sebuah kereta yang membuat pusingan-u di tempat yang tidak dibenarkan.

Sumber ➡️ media sosial

'Alhamdulillah anak saya ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat'Oleh Omar Ahmadam@hmetro.com.myJohor B...
10/11/2024

'Alhamdulillah anak saya ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat'

Oleh Omar Ahmad
[email protected]

Johor Bahru: Remaja perempuan 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Baru Uda di sini, ditemui selamat awal pagi tadi.

Ibunya, Saadah Abd Kadir, 40, berkata polis memaklumkan anak tunggal perempuannya, Nur Farisah Adlina Ismail ditemui sebuah keluarga yang menghantarnya ke Balai Polis Skudai.

Katanya pihak Polis menghubunginya 4.30 pagi tadi dan memintanya hadir ke balai untuk mengambil anaknya.

"Alhamdulillah anak saya telah ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat.

"Saya dimaklumkan anak memang berseorangan sejak dia keluar rumah, dan duduk di Masjid di kawasan ini. Ada seorang remaja menemuinya dan keluarga remaja itu juga membantu Ina.

"Mereka membawa Ina ke Balai Polis selepas menyedari Ina adalah individu yang hilang dari keluarga dan viral di media sosial," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Saadah berkata anaknya tidak banyak bercakap dan hanya berdiam diri.

Katanya anak mengakui kesalahan yang dibuat dan sedih dengan apa yang dilakukan.

"Ina sudah berada dalam jagaan saya, dia tidak banyak bercakap dan masih sedih kerana keluar rumah.

"Apa pun alasannya saya tetap bersyukur Ina ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang membantu termasuk kerja keras Polis DiRaja Malaysia (PDRM), media dan netizen yang berkongsi kehilangan anak saya sehingga ditemui dengan selamat," katanya.

Semalam, akhbar ini memaklumkan kehilangan Nur Farisah Adlina Ismail yang keluar rumah, kelmarin.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu juga keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.

Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 12:10pm

Bangkai harimau tidak sempurna, kulit disiat, bahagian badan dipercayai dicuriMuhammad Zulsyamini Sufian Suriam@hmetro.c...
09/11/2024

Bangkai harimau tidak sempurna, kulit disiat, bahagian badan dipercayai dicuri

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]

Gerik: Bangkai harimau belang yang mati akibat digilis lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) T**iwangsa, di sini, hari ini dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dicuri.

Ia termasuk bahagian kulit mamalia itu yang ditemukan seperti seolah sudah disiat, menerusi video yang tular.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya mendapati banyak bahagian dari harimau itu didapati hilang dan justeru pihaknya kini bekerjasama dengan polis dalam usaha mengesan pihak bertanggungjawab.

Yusoff dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan itu agar menghubungi polis atau Perhilitan bagi membolehkan tindakan diambil.

"Memandangkan hasil penelitian kami banyak bahagian dari harimau belang ini didapati hilang, pihak kami (Perhilitan) dengan kerjasama polis akan mengumpul maklumat dalam usaha mengesan mereka yang bertanggungjawab mengambilnya.

"Bagi individu yang sudah mengambil bahagian tertentu dari karkas atau bangkai harimau itu sama ada sebahagian kulit, taring, tulang, kuku atau misai, serahkan segera kepada pihak Perhilitan bagi mengelakkan dari diambil tindakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, mereka yang didapati bersalah kerana memiliki apa juga bahagian dari Harimau Malaya tanpa kebenaran, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM150,000 dan maksimum RM1 juta, serta penjara tidak melebihi 15 tahun iaitu peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta A1646).

Sementara itu, difahamkan Polis Daerah Gerik belum menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pemilik lori yang terbabit dalam kejadian itu.

Terdahulu, video memaparkan bangkai harimau belang di atas jalan raya yang hanya tinggal kepala selepas dipercayai dilanggar lori, tular di media sosial.

Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 4:32pm

09/11/2024

Penyamun bersenjatakan parang akhirnya diberkas

Nur Izzati Mohamad
[email protected]

Tasek Gelugor: Lelaki bersenjatakan parang yang menyamun pekerja kedai runcit warga Pakistan di Jalan Pokok Machang, di sini, pada Isnin lalu akhirnya diberkas polis.

Tangkapan terhadap suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu dilakukan semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, polis turut merampas barang kes samun termasuk dadah dalam milikan suspek.

"Suspek didapati melakukan kegiatan samun di kedai runcit dan mencuri komponen motosikal berdasarkan barang kes yang dirampas.

"Semakan mendapati suspek mempunyai 30 rekod kesalahan lampau jenayah dan tujuh rekod narkotik.

"Dalam pada itu, suspek juga mempunyai rekod orang dikehendaki kerana melanggar syarat pengawasan polis di kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Ikram Zulkifli di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selasa lalu tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit di Facebook (FB) memaparkan pekerja warga Pakistan yang sedang berada di kaunter bayaran didatangi lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang.

Suspek meluru masuk dan dilihat menggertak mangsa sehingga pekerja itu keluar melarikan diri kerana ketakutan dan hampir terbabit kemalangan.

Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 11:14pm

Harimau belang mati digilis lori di jalan Gerik-JeliGERIK: Seekor harimau belang dewasa ditemukan mati akibat digilis se...
09/11/2024

Harimau belang mati digilis lori di jalan Gerik-Jeli

GERIK: Seekor harimau belang dewasa ditemukan mati akibat digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 67.1, di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian selepas Hentian T**iwangsa itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi membabitkan lori yang dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli.

Katanya, jantina haiwan pemangsa itu tidak dapat dikenal pasti ekoran keadaan karkas yang hancur.

“Maklumat berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 9 pagi di mana kakitangan Perhilitan Daerah Gerik telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Ketika tiba di sana, didapati keadaan karkas hancur akibat dilanggar kenderaan lain. Disebabkan itu, sukar untuk kita mengenal pasti jantina dan anggaran umur haiwan liar tersebut namun dipercayai ia harimau dewasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan badan harimau yang telah hancur itu juga menyukarkan pihaknya untuk membuat pengecaman bagi mengenal pasti ID Kumpulan haiwan liar tersebut.

“Bagaimanapun, kita percaya harimau belang ini dari hutan berhampiran sama ada Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Gerik atau Royal Belum,” katanya.

Tambahnya, karkas harimau itu akan dihantar ke Institut Biodiversiti (IBD) Lanchang, Pahang bagi proses taksedemi (pengawetan) khususnya di bahagian kepala mamalia itu yang masih tersisa.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video memaparkan harimau belang dilanggar lori dengan keadaan badan hancur dan kepala putus. – UTUSAN

Oleh ASLIZA MUSA
9 November 2024, 2:39 pm

Artikel ➡️ Utusan

09/11/2024

Jauh king terbang
🤔🤔🤔🤔

09/11/2024

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Siti Rohani Saad, 37, di Sungai T**i Haji Idris, Kampung Alor Sekawan, pada hari kedua hari ini, setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

09/11/2024. KELANTAN. Kemalangan langgar lampu merah melibatkan motorsikal dan Alza di Simpang Bucu Ku Som, Kota Bharu. ...
09/11/2024

09/11/2024. KELANTAN. Kemalangan langgar lampu merah melibatkan motorsikal dan Alza di Simpang Bucu Ku Som, Kota Bharu.
Lain mcm dia punya terlambung.
Moga dimudahkan segala urusan mangsa

09/11/2024

KEMALANGAN | Bas Rempuh Treler, Empat Cedera

Empat penumpang termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara Gopeng, Perak awal pagi tadi.

09/11/2024

Hati2 dijalan raya.
Harap rider Selamat..

09/11/2024

Plus highway around gopeng southbound
Semoga rider Selamat.

Wanita dikhuatiri lemas berhampiran T**i Merah LiverpoolALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalny...
08/11/2024

Wanita dikhuatiri lemas berhampiran T**i Merah Liverpool

ALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan berhampiran T**i Merah Liverpool di Sungai Pendang, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Bin Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.54 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba menemui sebuah motosikal di dalam sungai dipercayai akibat terbabas.

"Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas akibat hanyut dalam sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Tambah beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah turut menggerakkan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan di kawasan berkenaan.

NURUL HIDAYAH HAMID
08 November 2024 03:43pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

Penduduk Yan, Pendang gempar kejadian puting beliungOleh OTHMAN YAHAYA8 November 2024, 4:57 pmYAN – Penduduk di Kampung ...
08/11/2024

Penduduk Yan, Pendang gempar kejadian puting beliung

Oleh OTHMAN YAHAYA
8 November 2024, 4:57 pm

YAN – Penduduk di Kampung Padang Besar, Sungai Limau di sini gempar apabila melihat pusaran angin seperti puting beliung melanda satu kawasan tidak jauh dari situ pada petang ini.

Penduduk, Faranina Nazeri berkata, dia menyedari pusaran angin tersebut ketika berada di luar rumah kira-kira pukul 3.10 petang tadi.

“Saya terkejut kerana ini merupakan kali pertama saya melihat puting beliung depan mata.

“Saya sempat merakamkan pusaran angin tersebut yang dilihat datang dari arah Kampung Selengkoh sehingga hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapat rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

“Pusaran itu yang turut diikuti dengan awan hitam kelihatan sampai ke bawah, namun tidak pasti sama ada ia melanda kawasan daratan atau tidak,” jelasnya.

Faranina kemudian berkongsi video rakaman berdurasi 10 saat itu di kumpulan WhatsApp penduduk kampung.

Sementara itu, turut tular kejadian pusaran angin itu di Facebook yang berlaku di Alor Nan, Pendang petang ini. Difahamkan kejadian berlaku di kawasan sawah dan sungai. – KOSMO! ONLINE

📹 Media sosial

Jika tiada tembok, mungkin kami matiKUALA SELANGOR – “Nyawa masih panjang dan mujur kami sempat keluar menyelamatkan dir...
08/11/2024

Jika tiada tembok, mungkin kami mati

KUALA SELANGOR – “Nyawa masih panjang dan mujur kami sempat keluar menyelamatkan diri daripada dilanggar treler itu”.

Itu kata Mohd. Arif Ariffin, 29, pengawal keselamatan yang nyaris maut selepas sebuah treler merempuh tembok dan pondok Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika dia dan rakan sekerjanya, Azmi Mohamed, 55, berada di dalam pondok keselamatan tersebut.

Menurut Mohd. Arif, ketika kejadian dia selesai makan dan membasuh tangan di paip yang terletak kira-kira tiga meter dari pondok itu.

“Saya kemudian masuk semula ke dalam pondok dan berbual dengan rakan (Azmi) namun tiba-tiba terdengar bunyi gegaran serta dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi itu pagi tadi.

Tambah beliau, dia bersyukur kerana tidak berada di luar pondok keselamatan ketika kejadian berkenaan.

“Ia berlaku dalam sekelip mata dan sempat mendengar bunyi brek treler itu yang kuat dan merempuh tembok. Jika tiada tembok itu, mungkin ia telah mengorbankan nyawa kami,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.08 pagi.

“Bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dipandu seorang lelaki terbabas serta turut melanggar sebuah kereta Naza Citra.

“Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu treler berjaya keluar dengan selamat,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Oleh: ISKANDAR SHAH MOHAMED
8 November 2024
Video/Gambar: Media Sosial


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share