![Majlis Penutup Aktiviti BAKAT 2024.IPOH : Majlis Penutup Aktiviti BAKAT 2024 telah diadakan di Rumah BAKAT 2 Briged pada...](https://img5.medioq.com/789/962/551026657899628.jpg)
15/01/2025
Majlis Penutup Aktiviti BAKAT 2024.
IPOH : Majlis Penutup Aktiviti BAKAT 2024 telah diadakan di Rumah BAKAT 2 Briged pada 5 Januari 2025.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai sumbangan berharga ahli-ahli BAKAT sepanjang tahun 2024 yang merangkumi penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti seperti pertandingan menembak, memasak dan kraftangan.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengerusi BAKAT 2 Briged, Datin Syarifah binti Hussain, diikuti dengan bacaan Yaasin dipimpin oleh Ustazah Puteri Nurulhuda binti Megat Abdul Latif dan seterusnya ucapan tazkirah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan kata-kata ucapan daripada Pengerusi BAKAT 2 Briged dan disambung dengan upacara penyampaian cenderakenangan kepada Pegawai Kerja BAKAT daripada Kem 2 Briged dan juga pasukan-pasukan naungan 2 Briged. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Dalam ucapan Pengerusi BAKAT 2 Briged, beliau mengucapkan teriima kasih kepada semua ahli BAKAT yang telah menyokong aktiviti BAKAT 2 Briged sepanjang tahun 2024 dan juga telah mencatat pencapaian di peringkat divisyen dan ATM. Beliau juga berharap agar BAKAT 2 Briged akan terus berjaya dan diberkati pada tahun 2025 serta mengekalkan ikatan silaturrahim antara ahli BAKAT walupun berlaku pertukaran ahli.
- Briged Infantri Kedua Malaysia -