Penang Fans

Penang Fans Negeri yang harmoni dan bertuah untuk semua

Kerajaan Persekutuan akhirnya penuhi jugak permintaan semua Kerajaan negeri untuk naikkan tariff air bagi memastikan inf...
17/01/2024

Kerajaan Persekutuan akhirnya penuhi jugak permintaan semua Kerajaan negeri untuk naikkan tariff air bagi memastikan infrastruktur air negeri masing-masing dapat dipertingkatkan

Link:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semakan-tarif-air-beri-kelegaan-kewangan-kepada-kedah-sanusi-447257?
- MB Kedah

https://www.sinarharian.com.my/article/636136/edisi/utara/semakan-tarif-air-beri-kelegaan-buat-kedah---sanusi (MB Kedah)

- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445316/setuju-cadangan-naik-tarif-air (MB Terengganu)

- https://www.utusan.com.my/berita/2023/11/semua-negeri-setuju-naik-tarif-air/ (Exco Air Kelantan)

18/10/2023

Penjelasan warga Palestin Dr Muslim yang videonya dalam Keluar Sekejap telah dipolitikkan untuk burukkan Perdana Menteri Malaysia dalam isu Palestin.

Dalam semua orang sedang bersedih dan bersolidariti dengan Palestin, masih ada yang buruk budinya mahu main politik kotor burukkan orang.

26/09/2023

Power orang Thailand ni tarik lagu Ziana Zain. Mantap!

https://www.facebook.com/100064327463639/posts/699082388912670/?d=w&mibextid=qC1gEa12 September 2023 ~ KENYATAAN AKHBAR ...
12/09/2023

https://www.facebook.com/100064327463639/posts/699082388912670/?d=w&mibextid=qC1gEa

12 September 2023 ~

KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR SELAKU PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

Baru-baru ini kedengaran segolongan masyarakat di Negara ini telah menyuarakan rungutan dan kebimbangan mereka terhadap perpecahan di dalam perpaduan dan keharmonian kaum yang selama ini dikecapi oleh rakyat di negara ini. Mereka menggesa agar tindakan segera diambil untuk menangani isu yang telah membuahkan bibit-bibit perpecahan yang semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah ada yang berani menyatakan segolongan pemimpin-pemimpin politik adalah menjadi punca kepada perpecahan ini. Berikutan dengan itu terdapat golongan yang telah memohon agar Raja-Raja Melayu bertindak untuk campur tangan menerusi apa jua ruang yang sah di sisi undang-undang untuk memayungi keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat.

Lantaran itu Beta selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam mengambil inisiatif untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi menasihati semua pihak terutama orang-orang politik termasuk pemimpin-pemimpin politik untuk sama-sama memikirkan langkah bagi mengharmonikan dan menyatupadukan rakyat kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai yang mana jika diberi message yang salah dan tidak tepat akan mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam usaha kita untuk memperolehi kuasa dan kedudukan, kita tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan adalah teras kepada kejayaan sesebuah negara. Negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama. Rakyat yang terpengaruh dengan hasutan sesetengah pemimpin yang mempromosikan politik perkauman dan keagamaan akan berpotensi mencetuskan perasaan curiga, perbalahan, perselisihan dan perpecahan. Polarisasi yang melampau akan membawa kepada implikasi melahirkan unsur radikalisme dan ekstremisme di dalam masyarakat sehingga boleh mengancam keselamatan negara. Pemimpin dan orang-orang politik seharusnya memupuk semangat perpaduan yang tinggi di dalam kehidupan pelbagai kaum oleh kerana semua kaum di negara ini memainkan peranan penting di dalam pembangunan budaya dan ekonomi negara. Sebarang batas pemisah dan perbezaan antara kaum dan agama seharusnya diatasi dengan usaha-usaha mengadakan pelbagai program bagi merapatkan jurang pemisah demi mengelakkan sebarang parasangka buruk yang telah sedia ada. Generasi muda pewaris bangsa seharusnya ditanam dengan semangat untuk bertolak-ansur dan memahami budaya dan agama pelbagai kaum yang diamalkan di negara kita.

S**a Beta mengingatkan kita semua kepada sejarah, kerana dengan melihat sejarah kita akan sedar bahawa sejarah telah membuktikan seandainya berlaku pertikaian dan perpecahan kaum serta perbalahan agama di dalam sesebuah negara, kesannya akan membuahkan kebencian yang mendalam sehingga mencetuskan perang saudara (civil war) yang berlarutan yang mengakibatkan negara akan lumpuh dan hancur. Adakah ini yang kita mahu lihat setelah negara mencapai kemerdekaan selama tempoh 66 tahun ini. Mahukah kita melihat pembangunan ekonomi yang pesat dan perpaduan yang yang erat di kalangan pelbagai kaum dan agama yang telah kita bina selama ini hancur begitu sahaja oleh kerana sikap sesetengah pemimpin politik yang hanya memikirkan kepentingan diri atau kepentingan sekelompok masyarakat semata-mata.

Jika kita melihat kepada sejarah pembentukan Negara sebelum dan di ambang kemerdekaan dahulu, kerajaan British dan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah melakarkan satu sistem pemerintahan yang berpaksikan kepada Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Konsep pemerintahan yang dilahirkan ini meletakkan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu diperturunkan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar di peringkat Negeri. Lantaran itu Kerajaan dan pemimpin politik seharusnya menyedari bahawa kuasa yang mereka sandang dan perolehi itu asal-usulnya terletak hak kepada Raja-Raja Melayu dan kemudian diamanahkan kepada pihak Kerajaan yang dianggotai oleh Kabinet di peringkat Persekutuan dan Exco di peringkat Negeri untuk memerintah dengan penuh adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Semua ini telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri-negeri di Malaysia.

Di dalam pada itu satu perjanjian kontrak sosial telah termeteri di antara pemimpin pelbagai kaum di negara ini ketika negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial ini dilahirkan bagi menjamin kedudukan, hak warganegara dan hak semua kaum di negara ini terpelihara dengan mengambil pelbagai pertimbangan dari pelbagai sudut. Malah bagi memastikan kontrak sosial ini dilaksanakan seperti yang dipersetujui ianya telah diterjemahkan dalam bentuk peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu rakyat tidak perlu lagi dihasut oleh mana-mana pihak untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan berprasangka buruk antara satu sama lain kerana undang-undang telah menjamin hak masing-masing.

Namun apa yang berlaku di Negara kita ini amat membimbangkan terutama menjelang sesuatu pilihanraya. Isu-isu yang melibatkan kaum dan agama sentiasa dimainkan sebagai isu untuk meraih sokongan dan undi. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik ini adalah dengan mengusulkan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Permasalahan yang dihadapi rakyat sepatutnya diutamakan pada setiap sesi bertemu rakyat demi meyakinkan rakyat bahawa pemimpin politik sentiasa memikirkan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Di kesempatan ini juga Beta ingin membangkitkan isu berkaitan dengan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini yang merupakan satu trend yang amat membahayakan.

Beta ingin menegaskan di sini bahawa di negara ini, Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau M***i setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu Fatwa itu. Di samping itu Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) juga bertanggungjawab di dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah perbincangan dengan M***i-mufti dari setiap negeri diadakan dan setelah mendapat perkenaan dari Majlis Raja-raja. Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah Negeri untuk difatwakan. Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang M***i sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli samada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI dan/atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama’ dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat. Sebaliknya sekiranya Fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik ianya akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa.

Oleh itu s**a Beta mengingatkan dan menggesa kepada rakyat sekelian terutama pemimpin-pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan Fatwa secara tidak bertanggung-jawab ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab ini. Ingatan Beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik. Malah Beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan Beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kump**an politik. Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri.

Beta juga menyeru kepada pihak polis agar mengambil tindakan yang pro aktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia. Rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini. Ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia. Manakala Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.

Sebagai mengakhiri kenyataan Beta ini, Beta merayu kepada semua pemimpin politik khususnya pemimpin politik yang senior dan veteran supaya mengelak dari memecahbelahkan rakyat di negara ini sebaliknya mengambil pendekatan bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan yang erat di kalangan semua kaum yang berlainan agama demi menjamin kesejahteraan negara. Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya.

PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM
BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

Sekian.

D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor

Tarikh: 12 September 2023

Dulu                                         Sekarang
21/08/2023

Dulu Sekarang

Fasa Satu Gurney Bay yang kita nantikan semakin menampakkan wajahnya dengan  pembinaan jalan, lampu dan Infrastruktur la...
17/08/2023

Fasa Satu Gurney Bay yang kita nantikan semakin menampakkan wajahnya dengan pembinaan jalan, lampu dan Infrastruktur lain. Fasa Satu Gurney Bay meliputi kawasan seluas 27.8 ekar dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang menarik.

Pembangunan termasuk taman skate, taman permainan, sudut pandang, kiosk dan persiaran yang menawan. Setelah siap, Gurney Bay akan muncul sebagai tarikan pelancong, menawarkan pengalaman di tepi laut yang menawan.

Kredit : Sam Kam - Penang Realtor

Pimpinan Pulau Pinang. Syabas dan tahniah. Gandingan mantap, cerminan perpaduan rakyat Malaysia.Berikut adalah senarai b...
16/08/2023

Pimpinan Pulau Pinang. Syabas dan tahniah. Gandingan mantap, cerminan perpaduan rakyat Malaysia.

Berikut adalah senarai barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang:

Ketua Menteri

Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota)
-Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi

Timbalan Ketua Menteri 1
Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ( ADUN Batu Maung)
-Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat

Timbalan Ketua Menteri 2
Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
-Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi

Rashidi Zinol ( ADUN Sg Acheh)
-Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar

Zairil Khir Johari(ADUN Tanjong Bunga)
-Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital

Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
-Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

Lim Siew Khim(ADUN Sungai Pinang)
-Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam

H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
-Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa

Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
-Belia, S**an dan Kesihatan

Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
-Perumahan dan Alam Sekitar

Fahmi Zainol (ADUN Pantai Jerejak)
-Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi

14/08/2023

PASCA PRN 2023, PMX PERLU LETAK JAWATAN?

Ada beberapa rakan media minta maklum balas saya sama ada PRN ini referendum kepada Kerajaan Perpaduan dan PMX perlu meletak jawatan apabila prestasi PH-BN merosot.

Ini rentetan desakan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media malam pengumuman supaya Anwar meletak jawatan ekoran prestasi tidak memberangsangkan PH-BN.

Saya tegaskan bahawa PRN adalah untuk rakyat negeri2 yang terlibat memilih kerajaan negeri mereka, untuk rakyat memilih wakil mereka sebagai anggota legislatif di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli DUN yang diyakini oleh Tuanku Sultan dan Yang Dipertua Negeri memiliki majoriti sokongan ahli dewan akan dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Inilah tujuan utama PRN, iaitu untuk memilih kerajaan negeri bagi memerintah negeri dalam tempoh lima tahun mendatang, kerajaan yang akan mengurus, mentadbir dan membangunkan negeri tersebut.

Urusan memilih kerajaan persekutuan dan memilih wakil legislatif ke Dewan Rakyat telah selesai pada PRU15 November lepas, yang menyaksikan tiada parti tunggal cukup majoriti untuk bentuk kerajaan.

Akibat kebuntuan tiada parti tunggal cukup majoriti untuk membentuk kerajaan, SPB YDPA bertitah menasihati supaya diwujudkan kerajaan perpaduan untuk memerintah Malaysia.

Titah Tuanku tersebut sebagai jalan keluar bagi mengelak Parlimen tergantung, serta untuk memastikan kestabilan politik dalam negara terus kekal demi kepentingan rakyat keseluruhan.

Semua parti2 politik dan wakil rakyat bebas bersetuju dengan saranan Tuanku untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, kecuali parti PN yang mengambil jalan berbeza.

Penolakan terhadap titah nasihat oleh YDP dinyatakan dalam sidang media terbuka oleh pengerusi PN, yang turut dihadiri oleh presiden Pas dan pemimpin2 lain kedua-dua parti tersebut.

Akhirnya terbentuklah Kerajaan Perpaduan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PMX dengan dokongan 148 Ahli Parlimen, sokongan kukuh dua pertiga ahli dewan.

Selain memperolehi sokongan selesa di Dewan Rakyat, gabungan parti2 dalam Kerajaan Perpaduan sedang memerintah enam negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak sebelum PRN 2023 dijalankan.

Selepas PRN 2023, gabungan tersebut menambah tiga lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor menjadikan sembilan daripada 13 buah negeri keseluruhan.

Manakala PN hanya memiliki empat negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dimenangi dalam PRN ini, manakala satu lagi yang dimenangi dalam PRU15 lepas iaitu Perlis.

Jika diukur pop**ariti semasa berdasarkan undi konstitusi parlimen dalam PRU15 lepas, gabungan parti2 Kerajaan Perpaduan kukuh di hadapan dengan 65 peratus undi pop**ar daripada 15.5 juta undi, berbanding PN sekitar 30 peratus.

Dalam keputusan seri 3-3 PRN kelmarin, parti Kerajaan Perpaduan iaitu PH-BN masih menang undi pop**ar sebanyak 49.7 peratus berbanding PN yang memperolehi 49.1 peratus daripada 6.9 juta yang keluar mengundi, beza sekitar 26 ribu undi.

Atas pertimbangan2 tersebut, saya berpandangan tidak timbul sebarang isu keperluan untuk PMX meletak jawatan ekoran keputusan PRN kelmarin, langsung tidak berbangkit.

Negara memerlukan kestabilan politik dan pentadbiran untuk terus memacu kemajuan dan pembangunan negara, buat masa ini gabungan politik paling stabil adalah parti2 dalam Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh majoriti rakyat Malaysia.

Selesai PRN (atau istilah lebih tepatnya PRU DUN) semalam, maka lengkap dan sempurnalah PRU15 yang dilaksanakan dalam dua fasa iaitu November 2022 dan Ogos 2023.

Rakyat telah membuat keputusan, sekarang waktu untuk bekerja bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara, hormati keputusan rakyat dan fokus terhadap tugas masing2.

Cukup-cukuplah politiking yang merugikan rakyat, jangan bazirkan fokus dengan pelbagai drama projek tebuk atap dan sebagainya, serahkan kepada rakyat membuat keputusan dalam PRU16 akan datang p**a.

Dengan kemenangan selesa di Kelantan, Kedah dan Terengganu kelmarin, inilah peluang terbaik untuk PN atau lebih khususnya Pas untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat.

Ini kerana kajian kami menjelang pengundian tempoh hari, pengundi negeri masing2 menarafkan prestasi ketiga-tiga negeri PN/Pas ini paling rendah berbanding tiga negeri PH.

Kepuasan hati pengundi ini diukur berdasarkan perkhidmatan kerajaan dalam aspek ekonomi negeri, bekalan air bersih, pengurusan sampah dan sisa pepejal, urus tadbir tanah, isu kebajikan dan sebagainya.

Dengan mandat maksimum yang diperolehi oleh PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Perlis sebelumnya, inilah peluang terbaik PN untuk buktikan mereka memiliki kompetensi tinggi sebagai kerajaan.

Kepada semua pihak, sekarang masa untuk bekerja, bukan lagi untuk berdrama.

Prof. Madya Dr. Mohd Yusri Ibrahim
Kuala Nerus, Terengganu.

Ikut logik PAS- “Ini satu pengusiran secara sistematik orang Melayu di Pulau Pinang apabila GERAKAN diberikan kerusi maj...
31/07/2023

Ikut logik PAS- “Ini satu pengusiran secara sistematik orang Melayu di Pulau Pinang apabila GERAKAN diberikan kerusi majoriti Melayu di Bayan Lepas.

Kesian Nik Abduh noh

25/07/2023

Penduduk asal Kampung Baru, Simpang Ampat Pulau Pinang tarik nafas lega, dapat rumah.

21/05/2023

Hidup dan pendapatan seorang nelayan

09/12/2022

Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang terus dimartabatkan

Ini luahan hati rakyat Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apa yang jadi sebenarnya?Ini ceritanyaAdik se...
19/09/2022

Ini luahan hati rakyat Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apa yang jadi sebenarnya?

Ini ceritanya

Adik sepupu saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Dengan latar belakang pendidikan yang kurang, pada usia 38 tahun, dia hanya berjaya bekerja sebagai pekerja am dan tukang cuci di Pulau Mutiara yang kita cintai.

Pada 2018, dia jatuh di jalanan dan dirinya cedera. Sebagai pesakit diabetes, kecederaan itu kemudiannya semakin parah (gangren). Mengikut nasihat doktornya, setahun kemudian, jari kaki dan sebahagian kaki kirinya dipotong.

Malangnya, semasa dia pulih, doktor mendapati kaki kanannya juga mengalami gangren dan mengesyorkan agar sepupu saya membuangnya juga.

Orang yang malang, tidak dapat membayangkan masa depan tanpa kedua-dua kaki, menjadi takut dan menolak nasihat doktor. Untuk menyelamatkan kaki kanannya daripada dipotong, sepupu saya menentang nasihat keluarga kami dan memilih ubat tradisional yang menjamin untuk menyembuhkannya tanpa sebarang prosedur pembedahan.

Lebih daripada setahun berlalu, dia kehilangan semua simpanannya kepada perubatan alternatif.

Lebih memburukkan keadaan, perkahwinannya gagal dan satu-satunya ibu bapa sepupu saya yang tinggal, ibunya yang merupakan penyokong kuatnya, turut meninggal dunia.

Tidak lagi mampu bertahan dengan ubat penahan sakit sahaja, dia akhirnya memutuskan untuk menamatkan kesengsaraannya. Dia bersetuju supaya kakinya yang sebelah lagi dipotong di hospital.

Malangnya, gangren di kaki kanannya ketika itu telah berkembang sehingga ke lutut.

Berputus asa, dia bersetuju untuk dipotong kaki kanannya pada penghujung tahun lalu.

Pemulihan adalah proses yang s**ar baginya. Sebagai saudara mara, kami membantu mana yang boleh. Kami membiayai proses pemulihannya di rumah hospis yang indah di mana bantuan dan sokongan tersedia manakala rumah sewa abangnya telah diubah suai untuk memudahkan pergerakannya dan membantunya berfungsi dengan lebih baik.

Menjelang pertengahan tahun ini, sepupu saya mula bergerak perlahan dengan kaki palsu dan sepasang kasut yang dibuat khas untuknya, ihsan majikannya yang baik hati. Tetapi untuk mengembalikannya kepada rutinnya sebagai orang dewasa yang bebas dan bekerja, adalah s**ar.

Sepupu saya memerlukan motosikal yang sesuai yang membolehkan dia bergerak seperti ahli masyarakat dan tidak lagi menjadi beban yang dia fikirkan.

Tetapi untuk membeli motosikal bukanlah sesuatu yang mudah kerana semua orang dalam keluarga telah bertungkus-lumus membantunya dari segi kewangan dalam pelbagai cara.

Sebagai langkah terakhir, sepucuk surat ringkas telah dihantar melalui e-mel kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta bantuan.

Saya tidak sangka, dalam masa seminggu selepas e-mel, sepupu saya menerima panggilan telefon bertanyakan keadaannya dan dalam beberapa hari berikutnya, dia telah dikunjungi oleh wakil dari Pejabat Ketua Menteri.

Sepupu saya menerima motosikalnya hanya beberapa minggu kemudian dan telah kembali bekerja.

Mengetahui dia dijaga oleh kerajaan negerinya dan perkara kesejahteraannya telah menjadi rangsangan yang hebat untuk sepupu saya. Dia fikir dia telah kehilangan segala-galanya tetapi kini dia telah bangkit semula untuk membuat sesuatu daripada dirinya sendiri.

Sebagai sebuah keluarga, kita tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menjadi kerajaan yang disayangi rakyat. Ini adalah salah satu daripada banyak sebab saya s**a Pulau Pinang. Ia adalah rumah seperti yang lain.

Di Pulau Pinang, semua orang adalah keluarga. Dari pemimpin hingga lelaki biasa yang berjalan di jalanan, kami semua adalah sebuah keluarga. Inilah Keluarga Malaysia yang sebenar.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aspirasi BN untuk memenangi semula hati rakyat Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Saya doakan dia berjaya, kerana saya tahu dia memerlukan roket yang penuh dengannya.

Hakikatnya, lautan kita mungkin biru di Pulau Pinang, tetapi warna semangat kita merah putih.

BN sebenarnya boleh belajar banyak tentang konsep Keluarga Malaysia dan semangat kebersamaan daripada DAP Pulau Pinang.

Cerita penuh: https://m.malaysiakini.com/news/636207

Address

George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Fans posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Other Media/News Companies in George Town

Show All