Malay News Page

Malay News Page Memberi berita diluar jangkaan dan perspektif anda

23/02/2024

PECAH: WAKIL MALAYSIA BUAT HUJAH BERIKUT KEPADA ICJ TENTANG JENAYAH ISRAEL

Malaysia memberitahu ICJ bahawa Israel “mesti berundur serta-merta dari Wilayah Palestin yang Diduduki”.

“Kedua, Israel mesti menawarkan jaminan dan jaminan tidak berulang dan ketiga, Israel bertanggungjawab untuk menawarkan pampasan penuh – pembatalan atau pemansuhan semua langkah perundangan dan peraturan yang menyinggung yang telah diterima pakai untuk [Wilayah Palestin yang diduduki],” katanya.

“Israel juga mesti menawarkan pampasan untuk semua kerosakan material dan moral yang disebabkan oleh pelanggaran hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,” tambahnya.

Wakil Malaysia juga berkata:

Semasa saya bercakap, Gaza sedang menghadapi kemusnahan ... Tebing Barat juga berisiko.

Melindungi Palestin daripada kemusnahan adalah penting, terutamanya memandangkan ketidakpatuhan Israel terhadap langkah-langkah sementara mahkamah ini.

Rakyat Palestin telah lama menderita dehumanisasi, demonisasi, hukuman kolektif yang kejam. Mereka telah bertahan dan masih menahan penafian hak mereka untuk menentukan nasib sendiri kerana dasar dan amalan Israel dalam OPT. Adalah menjadi kewajipan setiap daripada kita untuk melakukan bahagian kita dalam menamatkan penderitaan mereka yang berpuluh tahun lamanya.

Dengan kepercayaan yang kukuh terhadap peraturan mahkamah ini, sebagai penjaga undang-undang antarabangsa, kami tetap yakin bahawa keadilan dan keamanan akan berlaku untuk rakyat Palestin.

Pemindahan peneroka Israel ke OPT merupakan jenayah perang. Dasar dan amalan Israel yang bertujuan untuk mengubah komposisi demografi OPT, bersama-sama dengan penciptaan enklaf dan perobohan rumah Palestin, pengehadan kebebasan pergerakan mereka, termasuk sekatan dan pengepungan Semenanjung Gaza, merupakan pelanggaran terhadap kemanusiaan antarabangsa. undang-undang dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Insya-Allah,  kemenangan kepada orang yg sabar
01/10/2022

Insya-Allah, kemenangan kepada orang yg sabar

BUKAN nak kata apa, tapi langkah UMNO membuat keputusan nekad untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini juga adalah satu tindakan yang berani dan luar biasa. Berani kerana...

Semakin teruk Sarawak hina  Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, inilah hasilnya langsung tidak tahu berbahasa Melay...
19/09/2022

Semakin teruk Sarawak hina Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, inilah hasilnya langsung tidak tahu berbahasa Melayu, bangla pun tahu cakap Melayu, apa yang silap dlm negara ini, adalah pemimpin persekutuan terlalu lemah?

Kuala Lumpur: Banyak yang bermain di fikiran atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni ketika terpilih untuk menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) pada usianya 19 tahun.

15/09/2022
15/09/2022
Moga anak cucu Melayu lepas nie tak jadi dah mcm nie
15/09/2022

Moga anak cucu Melayu lepas nie tak jadi dah mcm nie

15/09/2022

15/09/2022

14/09/2022
14/09/2022

MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MENERIMA STATUT ROM SEDANGKAN BANYAK NEGARA MENOLAKNYA?

Oleh: ISHAM JALIL

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah menandatangani dan menerima Statut Rom.

Sebelum ini Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ada mengulas berkenaan perkara ini.

Dan semalam Perdana Menteri Tun Mahathir berkata Tunku Ismail bukan wakil rakyat, oleh itu tidak ada sebab untuk beliau mengulas perkara ini.

Sebenarnya tidak perlu wakil rakyat untuk ulas perkara ini, isu Statut Rom ini adalah suatu isu yang penting yang memberi kesan kepada semua rakyat, oleh itu sesiapa sahaja boleh ulas berkenaannya.

Terdapat banyak permintaan untuk saya ulas perkara ini daripada netizen.

Pertama sekali, saya bukan wakil rakyat dan saya juga bukan seorang peguam hubungan antarabangsa.

Namun demikian, saya pernah belajar dan mengkaji undang-undang dan hubungan antarabangsa di Harvard University di peringkat sarjana dan pernah menulis beberapa kertas berkenaan konflik dan keadilan antarabangsa termasuk yang melibatkan Mahkamah Keadilan dan Jenayah Antarabangsa, oleh itu saya faham sedikit sebanyak berkenaan hal ini.

Saya cuba huraikan berkenaan Statut Rom ini dan kesannya kepada Malaysia dengan bahasa yang mudah difahami ramai.

Saya telah membaca Statut Rom ini dari awal sehingga ke akhir dan mendapati ada beberapa masalah berkenaan perlaksanaannya di Malaysia.

Statut Rom adalah satu undang-undang antarabangsa yang membenarkan dan memberi kuasa kepada pihak luar atau pertubuhan antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk campurtangan di dalam urusan undang-undang dalam negara.

Biasanya undang-undang antarabangsa digunapakai dalam kes-kes yang melibatkan pertikaian dua atau lebih negara dalam isu-isu seperti peperangan antara negara, konflik perdagangan antarabangsa, pertelingkahan maritim dan sebagainya.

Namun dalam kes Statut Rom ini, ia memberi ruang kepada badan antarabangsa untuk mencampurtangan dalam kes-kes domestik dalam negeri yang melibatkan kes pertuduhan-pertuduhan jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah perang, jenayah hak asasi manusia, dan jenayah kekerasan.

Jika kita menerima Statut Rom ini, tidak bermakna kita menolak jenayah-jenayah di atas dan sebaliknya jika kita menolak Statut Rom tidak bermakna kita menerima jenayah-jenayah di atas.

Sekiranya berlaku pembunuhan beramai-ramai (genocide), sesuatu negara tidak perlu menyertai Statut Rom untuk pihak antarabangsa mengambil tindakan seperti di Bosnia dan Rwanda sebelum ini.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) boleh mengambil tindakan tidak kira sama ada negara yang terlibat menandatangani Statut Rom atau tidak.

Oleh itu isu berkenaan Statut Rom ini bukanlah berkenaan jenis jenayah yang disiasat dan dijatuh hukuman, tetapi ianya berkenaan bidangkuasa dan kedaulatan: siapa yang berkuasa menyiasat dan menjatuhkan hukuman ke atas jenayah-jenayah ini.

Dalam Artikel 17 Statut Rom ini dinyatakan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhak dan mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menjatuhkan hukuman ke atas kes-kes berkaitan di mana mahkamah tempatan dalam negeri tidak mahu (unwilling) atau tidak berupaya (unable) untuk menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman ke atas sesuatu kesalahan jenayah.

Menteri Luar Negeri Malaysia melalui kenyataan Wisma Putra menggunakan alasan ini dan mengatakan bahawa rakyat tidak perlu risau kerana Statut Rom tidak akan mengganggu-gugat kuasa dan imuniti Yang Dipertuan Agong kerana campurtangan asing dalam penyiasatan dan hukuman hanya akan dibuat sekiranya mahkamah tempatan dalam negeri tidak mahu (unwilling) atau tidak berupaya (unable) untuk menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman ke atas suatu kesalahan jenayah berkaitan, dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini adalah mahkamah pilihan terakhir.

Menteri Luar melalui Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam juga berkata bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda untuk menandatangani atau meratifikasi Statut Rom ini.

Terdapat dua perkara yang amat janggal dalam pemahaman dan keterangan Menteri Luar melalui kenyataan Wisma Putra ini.

PERTAMA, Mahkamah tertinggi dan terakhir di Malaysia adalah Mahkamah Persekutuan dan bukannya mahkamah asing atau mahkamah antarabangsa.

Ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud bahawa kuasa tertinggi dan terakhir hukuman undang-undang di Malaysia adalah di tangan Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 121 sehingga 131 Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa ini tidak boleh diserah kepada kuasa asing tanpa meminda Perlembagaan.

Oleh itu kenyataan Menteri Luar atau Kerajaan bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda untuk menandatangani atau meratifikasi Statut Rom adalah kenyataan yang dangkal, tidak tepat atau salah sama sekali.

Negara-negara seperti Peranchis, Belgium, Luxembourg, Chile, Ukraine dan lain-lain telah mengkaji secara mendalam dan mendapati bahawa mereka perlu meminda perlembagaan mereka sebelum meratifikasi Statut Rom ini.

Malah kebanyakan negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Statut Rom ini telah meminda perlembagaan mereka.

Terdapat perbezaan antara perlembagaan-perlembagaan negara-negara ini, namun asasnya tetap sama iaitu negara yang berdaulat dan merdeka tidak boleh menyerahkan kuasa perundangan mereka kepada kuasa asing. Perlembagaan Malaysia tidak terkecuali daripada asas ini.

Oleh kerana perkara di atas, sekiranya apa-apa kuasa perundangan yang melibatkan hukuman ke atas tuduhan jenayah ke atas rakyat Malaysia yang dilakukan di negara ini ingin diserahkan kepada kuasa luar atau badan asing maka Kerajaan perlu meminda Perlembagaan terlebih dahulu sebelum menandatangani statut atau meratifikasinya, bukan sesuka hati mendatangani Statut Rom ini seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan baru-baru ini sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Untuk meminda Perlembagaan dan meratifikasi Statut Rom ini, perlu mendapat majoriti 2/3 di Parlimen dan sebab yang kukuh.

Namun demikian sebab-sebab yang ada oleh kerajaan untuk menandatangani Statut Rom ini adalah lemah dan merugikan negara malah mengancam kedaulatan negara dan keluhuran Perlembagaan.

Kerajaan berkata bahawa dengan menandatangani Statut Rom ini ia akan memudahkan kita untuk membuat kerja-kerja kemanusiaan di negara-negara lain.

Namun demikian, hujah ini amat lemah kerana gagal menilai keutamaan dan kepentingan negara.

Kita tidak boleh menggadaikan walau seinci kedaulatan negara hanya kerana kita ingin membuat kerja di negara lain.

Apabila kuasa perundangan di bawah Perlembagaan diserahkan kepada pihak asing, maka ia juga melemahkan kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sebelum Merdeka dan semasa zaman penjajahan, kuasa tertinggi hukuman undang-undang di Malaysia (Malaya) adalah di tangan penjajah iaitu mahkamah dan hakim-hakim di England, yang mana kebanyakan atau hampir semua daripada mereka tidak pernah tinggal di Malaya lantas jauh sekali memahami kehidupan dan nilai-nilai budaya dan cara hidup masyarakat tempatan.

Namun mereka menjatuhkan hukuman terakhir ke atas tertuduh-tertuduh tempatan berdasarkan maklumat dan laporan-laporan atas kertas daripada pelapor-pelapor yang beribu batu jauhnya ke atas tertuduh yang mereka tidak pernah jumpa yang tinggal dalam masyarakat dan budaya yang mereka tidak kenal.

Ini mendatangkan masalah apabila hukuman yang dijatuhkan adalah tidak adil kerana maklumat dan laporan yang tidak betul atau kesalahfahaman hakim asing ke atas konteks kes tempatan.

Selepas Merdeka, kuasa menjatuhkan hukuman kepada warganegara Malaysia terhadap tuduhan jenayah yang berlaku di negara ini adalah diserahkan kepada institusi keadilan tempatan atau mahkamah dan hakim tempatan yang lebih memahami undang-undang dan budaya tempatan dengan menggunakan undang-undang tempatan berdasarkan Perlembagaan supaya keadilan lebih dapat dicapai.

Kuasa ini juga adalah di atas landasan moral dan falsafah “self-determination” untuk negara merdeka bermaksud setiap negara yang berdaulat mempunyai hak menentukan untung nasib, halatuju atau hukuman undang-undang ke atas rakyat sendiri dan tidak bergantung kepada campurtangan kuasa asing.

Selepas Merdeka, Malaysia tidak perlu lagi merujuk atau berserah kepada kuasa luar untuk menjatuhkan hukuman ke atas rakyatnya sendiri terhadap tuduhan jenayah yang berlaku di dalam negeri.

Namun apabila kerajaan menerima dan menandatangani Statut Rom ini, ia menggugat dasar “self-determination” dan kedaulatan undang-undang negara, dan umpama menyerah kuasa kepada kuasa asing yang sebenarnya tidak perlu.

Dalam sejarah, sesuatu negara yang merdeka hanya akan menyerahkan kedaulatan setelah kalah perang dan setelah ia tidak mempunyai pilihan lain.

Namun Kerajaan Malaysia kini umpama belum apa-apa telah serah kedaulatan tanpa melawan atau memikir panjang.

Banyak negara di dunia tidak menerima dan tidak menandatangani atau meratifikasi Statut Rom ini seperti negara India, China, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Beberapa tahun lalu beberapa negara yang sebelum ini menandatangani Statut Rom seperti Afrika Selatan, Russia, Burundi dan Gambia telah mengambil keputusan untuk keluar dari kerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membatalkan penerimaan Statut Rom tersebut.

Negara-negara yang tidak menandatangani atau menarik diri ini tentunya mempunyai sebab-sebab yang kukuh.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Statut Rom mempunyai masalah kredibiliti, legitimasi dan motif.

Sebelum ini reputasi mereka telah tercemar dengan tuduhan memilih kes yang dijadikan alat geopolitik kuasa besar untuk menekan dan membuli negara-negara kecil dunia ketiga terutama di Afrika dengan tuduhan jenayah hak asasi manusia.

Kini terdapat 11 kes di bawah siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menggunakan Statut Rom dan hampir kesemua kes-kes ini adalah ke atas negara-negara kecil dan membangun terutama di Afrika seperti Burundi, Georgia, Central African Republic, Mali, Cote D’Ivoire, Libya, Kenya, Sudan, Uganda dan Congo.

Terdapat juga kes di mana Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dijadikan alat oleh pemimpin Kerajaan untuk menjatuhkan dan menghukum pemimpin pembangkang.

Di Côte d’Ivoire sebagai contoh, Presiden Alassane Ouattara telah meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menggunakan Statut Rom untuk menghukum seteru politiknya iaitu ketua pembangkang dan bekas Presiden Laurent Gbagbo.

KEDUA, keputusan sama ada mahu atau tidak mahu untuk membicarakan sesuatu kes sepatutnya diserahkan kepada pertimbangan sistem Kehakiman Negara dan bukan kepada keputusan pihak lain terutama kuasa luar.

Jika Kerajaan menerima campurtangan asing melalui Statut Rom atas sebab mahkamah tempatan tidak mahu atau tidak mampu untuk membicarakannya seperti di atas, maka ianya seolah-olah kerajaan tidak percaya dengan sistem perundangan dan kehakimannya sendiri; ianya adalah suatu tamparan dan penghinaan kepada cabang Kehakiman negara.

Dalam Artikel 17 Statut Rom (ne bis in idem) menyatakan konsep ‘ne bis in idem’ atau maksudnya ‘tidak boleh dibicara dua kali atas perkara yang sama’ digunakan untuk menghalang mahkamah tempatan membuka, membicara dan menjatuhkan hukuman ke atas kes yang sedang disiasat atau telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Namun sebaliknya, berdasarkan Artikel yang sama, kes yang telah dibicarakan di mahkamah tempatan negara, boleh dibuka semula dan dibicarakan lagi di mahkamah antarabangsa p**a.

Oleh yang demikian, konsep undang-undang ‘ne bis in idem’ membawa takrifan yang pilih kasih (double standard) atau songsang dalam Statut ini.

Jika mahkamah tempatan mahu dan mampu membicarakan sesuatu kes yang sedang atau telah dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa sekali pun, mahkamah tempatan tidak boleh berbuat demikian.

Ini tidak adil dan tidak masuk akal malah bertentangan dengan kenyataan dalam Artikel yang sama iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya akan mengambil tindakan sekiranya mahkamah tempatan tidak mampu (unable) atau tidak mahu (unwilling) membicara kes tersebut.

Menteri Luar melalui kenyataan Wisma Putra juga mengatakan bahawa takrifan jenayah yang boleh diambil tindakan juga adalah jelas dinyatakan dalam Statut Rom ini.

Ini tidak betul. Takrifan jenayah mengikut Artikel 5 ke 9 Statut ini adalah terlalu umum dan subjektif dan bergantung kepada budibicara dan takrifan pendakwaraya antarabangsa.

Contohnya, dalam Artikel 7 menyebut ‘pemenjaraan atas sebab jenayah hak asasi manusia’; kenyataan ini adalah amat umum dan boleh ditakrif secara meluas.

Contohnya, sekiranya seseorang dipenjara oleh sebab jenayah sodomi mengikut undang-undang tempatan, namun undang-undang antarabangsa menakrifkan pemenjaraan sebab jenayah sodomi ini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia, maka Statut Rom boleh digunapakai untuk mahkamah asing mencampuri dan mengubah keputusan mahkamah tempatan ini.

Dan mahkamah tempatan perlu akur dan tidak boleh buat apa-apa sebab Statut Rom yang telah ditandatangani perlu dihormati dan dilaksana (berdasarkan asas ‘pacta sunt servanda’).

Artikel 54 dan 98 Statut ini membawa maksud bahawa pihak pendakwaan dan penyiasat antarabangsa boleh menjalankan siasatan di Malaysia tanpa pihak berkuasa undang-undang tempatan.

Artikel 89 membawa maksud bahawa warganegara Malaysia yang dituduh atas sesuatu jenayah oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa perlu diserahkan kepada pihak berkuasa antarabangsa untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.

Artikel-artikel dalam Statut Rom seperti di atas dengan jelas melemahkan kedaulatan negara dan keluhuran Perlembagaan.

Saya ingin persoal, Menteri dan Timbalan Menteri di Wisma Putra ini faham atau tidak apa yang telah mereka lakukan ini?

Malaysia bukan negara Afrika. Sistem Kehakiman negara kita adalah baik dan mampu untuk menegakkan keadilan.

Dan kita sudah Merdeka. Kita tidak perlu menyerahkan kedaulatan negara kita kepada kuasa asing lagi.

Biarlah kita menentukan untung nasib kita sendiri di sini.

ISHAM JALIL
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA
12 Mac 2019

13/09/2022

Undian telah ditutup, BN menjadi gabungan pilihan yang utama, menang 11,083 undian.
08/09/2022

Undian telah ditutup, BN menjadi gabungan pilihan yang utama, menang 11,083 undian.

08/09/2022
Tun muka tak malu..
08/09/2022

Tun muka tak malu..

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tiada satu pun parti yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini berjaya kerana orang Melayu masih memilih UMNO. Katanya, tindakan bekas Perdana Menteri itu melabelkan UMNO dengan pelbagai gelaran dan penghinaan....

08/09/2022
07/09/2022

Untunglah Lim Guan Eng, beli rumah dapat discount >50%...

Anyone who believes excuses like "no swimming pool" justifying such a discount should probably be disallowed entry to swimming pools, considering they are so dense.



Jho Low guna akaun bank sepupu dan isteri untuk terus menikmati hasil rompakan 1MDB
07/09/2022

Jho Low guna akaun bank sepupu dan isteri untuk terus menikmati hasil rompakan 1MDB

Isterinya didakwa mengendalikan akaun dengan dua bank antarabangsa.

Ya betul akar yg dah tua mcm Mahathir Mohamad, dia mati baru selesai kes rasuah di negara kita
07/09/2022

Ya betul akar yg dah tua mcm Mahathir Mohamad, dia mati baru selesai kes rasuah di negara kita

AWANG yang tak reti sangat hal undang-undang ini nak bertanya, apakah hukuman ke atas pemberi rasuah? Memanglah selama ini dikatakan bahawa kesalahan memberi rasuah sama beratnya...

Pengampunan Diraja hanya diketahui selepas 4 tahun lagi, nampaknya kita tak boleh menunggu pengampunan diraja untuk memb...
06/09/2022

Pengampunan Diraja hanya diketahui selepas 4 tahun lagi, nampaknya kita tak boleh menunggu pengampunan diraja untuk membebaskan Najib, PRU15 UMNO BN mesti menjaga 2/3!

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan Pengampunan Diraja difailkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu, hanya boleh dik

04/09/2022

Kepimpinan PAS tak malu ke sampai membuat rundingan dlm gelap dgn membelakangkan president UMNO, kalu begini sikap pemimpin PAS, boleh pergi mati dengan integriti yg dilaungkan dlm muktmar PAS baru² ini!

Kini anda nilaikan sendiri, baru dipanggil dan dirampas telefon, Aljuburi nie dah meracau.
04/09/2022

Kini anda nilaikan sendiri, baru dipanggil dan dirampas telefon, Aljuburi nie dah meracau.

Susulan tindakan polis menyiasat dan merampas telefon bimbit timbalan presiden PKR itu ketika memberi keterangan semalam.

03/09/2022

Aku bkn lah penyokong tegar DSNR mahupun datin seri Rosmah, bkn juga ahli Amno..
Aku ikut perkembangan kes dari awal hingga ke akhir, sudah la dakwaan terpilih2, terlalu b*k kepincangan dan ketidak adilan berlaku yg bolih dipertikaikan oleh kami rakyat marhaen yg tidak taksup pada mana2 parti,
sebagai contoh..
Mana ada dlm dunia ini mengamalkan tangkap tuduh dahulu kemudian baru siasat dan cari bokti..
Saksi2 utama amat penting tidak dipanggil memberi keterangan dimahkamah
Hakim p**a bolih dipertikaikan, kerana terlibat dgn penubuhan SRC.
Menjatohkan hukuman dgn tergesa2
Tidak memberi peluang secukupnya unt tertuduh membela diri.
Sebarang penangguhan tidak dibenarkan.
Bokti2 yg selama ini disembunyikan tidak dibenarkan untok pendengaran dimahkamah..
Yg lebih memalukan rayuan sedang berjalan tp hukuman telah tersedia sebelum rayuan selesai
Dimanakah yg dikatakan ingin menegakkan keadilan yg dilaung2, sekiranya satu pehak sahaja yg diheret kemahkamah..sedangkan umum mengetahui b*k lagi pehak2 yg terlibat korapsi dan rasuah tidak didakwa kemahkamah, ada juga yg sedang dibicarakan bolih dibebaskan dari tuduhan
Rakyat tidak sebodoh yg disangkakan, sekarang zaman maklumat dihujung jari, rakyat sentiasa memerhati..
Rakyat tidak menyalahkan pehak mahkamah, tp pendakwa yg melakukan pendakwaan terpilih2..dimanakah rakyat seperti kami ingin mendapat keadilan, tidak menampakkan keadilan sepertimana yg dilaung2kan olih sesetengah pehak

03/09/2022

Kita minta PRU-15 disegerakan bukan kerana kita takut. Sama sekali tidak berkaitan kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin BN.

Saksikan tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemimpin BN selepas mereka berkuasa kami harungi dengan tabah. Beranilah kerana benar.

Kita minta PRU-15 diadakan segera kerana kita tahu apa yang sedang diusahakan oleh lawan untuk memanip**asi fikiran rakyat.

Mereka sedang mencipta pelbagai naratif untuk memburuk-burukkan pemimpin BN sama seperti mereka lakukan pada PRU-14.

Mereka dalam terdesak sedang menggerakkan segala saki baki 'kuasa' yang masih dalam genggaman untuk melancarkan propaganda baharu.

Rakyat perlu diselamatkan daripada dikelirukan lagi oleh mereka kerana natijahnya amatlah buruk untuk masa depan negara.

Kita menyaksikan sudah banyak tahun berlalu sejak 9 Mei 2018 negara berdepan dengan kegagalan demi kegagalan dalam segenap aspek.

Kita perlu menghentikannya demi kemaslahatan Malaysia. PRU-15 bukan semata-mata tentang BN, tetapi ia adalah demi rakyat dan negara.

Kenyataan ini bukan retorik, sebaliknya ia adalah kaedah paling berkesan dan berperlembagaan untuk memulihkan negara dan kehidupan masyarakat.

Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua daripada hasutan mereka sekali lagi.



03/09/2022

Kes Solar DS Rosmah - Kenapa bukan Rizal?

Siapa Rizal ni?

Rizal ini adalah orang yang asalnya didakwa sebanyak 4 pertuduhan pada 2018 untuk kes solar DS Rosmah.

Kemudian pada 8 Januari 2020, mahkamah telah melepas dan membebaskan Rizal selepas pendakwaan tiba2 menarik balik semua 4 pertuduhan.

Dan kemudian bermulalah episod, pendakwaan beralih arah kepada DS Rosmah.

Hari ini DS Rosmah didakwa dan disabit di Mahkamah untuk kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pegawainya setelah kes pegawainya digugurkan dan dijadikan saksi utama oleh pendakwaraya.

DS Rosmah didakwa dan disabit untuk tindakan pegawainya yang membuat perjumpaan sulit di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall dan meminta rasuah RM187 Juta.

DS Rosmah didakwa dan disabit oleh Mahkamah Malaysia sedangkan tiada transaksi wang masuk pun dibuktikan untuk tuduhan RM1.5 Juta dan RM5 Juta.

DS Rosmah didakwa dan disabit oleh Mahkamah Malaysia sedangkan tiada bukti pun yang menunjukkan beliau mengarah pegawainya.

Saksi pendakwaan ke 16, rakan perniagaan Saidi sendiri menyatakan bahawa Saidi memaklumkan yang dia menghantar duit ke rumah Rizal, membiayai umrah dan menghantar RM5 Juta tunai kepada Rizal.

Malahan dia turut ada semasa Saidi menghantar RM500,000 kepada Rizal.

Tiada DS Rosmah. Tiada transaksi akaun bank DS Rosmah. Hanyalah Rizal.

Bagaimana sistem kehakiman Malaysia boleh membenarkan dakwaan dan sabitan berdasarkan saksi utama yang sangat diragui akan kredibilitinya?

Bagaimana seorang saksi yang mengakui di Mahkamah menerima duit RM500,000 serta meminta RM25 Juta rasuah dan didedahkan telah mendapat tajaan sekeluarga pergi ke umrah boleh diterima sebagai saksi utama kes?

Bagaimana pegawai yang didedahkan di dalam mahkamah berurusan dan dikatakan menerima RM5 Juta tunai boleh dijadikan saksi utama mahkamah?

Bagaimana seorang pegawai kerajaan yang diragui punca pendapatannya sebagai pegawai Gred 48 tetapi mampu mempunyai rumah bernilai RM3.5 Juta, kereta Audi dan Honda Odyssey boleh dijadikan saksi utama?

Di mana letaknya penilaian kredibiliti saksi dalam pemilihan saksi sehingga mahkamah Malaysia membenarkan pendakwaan berdasarkan keterangan saksi yang didedahkan meminta rasuah, malahan menerima rasuah?

Ini adalah pertanyaan-pertanyaan besar yang harus anda tanya sebelum anda jadi jaguh persendakan sabitan isteri bekas Perdana Menteri.

Jangan nanti kita terjatuh ke dalam golongan yang dilaknat Allah SWT - golongan yang menfitnah dan memakan daging saudara sendiri.

Belajar tengok fakta sahabat-sahabat.

Belajar..

Nur Zaini

03/09/2022

Tadi Haji Hadi kata kenyataan DS Zahid Hamidi tidak mewakili UMNO.

Tuan Guru Haji Hadi, saya cuma nak kata kamu tidak perlu hina dia sebegitu rupa. DS Zahid itu Presiden UMNO, dia telah menang pemilihan jawatan tertinggi UMNO dengan dipilih oleh majoriti perwakilan UMNO, maknanya dia adalah orang yang mendapat mandat tertinggi untuk mewakili UMNO untuk bersuara dan untuk membuat keputusan parti. Ini basic dalam sistem demokrasi. Bila kamu hina dia, bermakna kamu juga hina majoriti ahli UMNO yang undi dan pilih dia sebagai Presiden.

Kamu p**a menang tanpa bertanding, entah dapat mandat ataupun tidak, wallahualam. Orang yang lawan kamu, kamu cantas dan buang. Islam tidak ajar buat perkara begini. Islam lebih terbuka untuk menerima kritikan, seperti dalam sirah dan sunnah Rasulullah SAW. Bukan hina orang dan gelar orang dengan nama binatang, itik dan sebagainya atau label itu dan ini. Sebagai seorang yang digelar ulama’, saya pasti tuan guru tahu akan hal ini.

Dulu memang kami ingin MN, tetapi selepas itu tidak sampai setahun kamu pergi bekerjasama dengan pengkhianat UMNO dan paksa kami terima pengkhianat dan beri mereka kerusi sebagai syarat untuk kerjasama MN. Bagaimana akar umbi UMNO mahu percaya kamu lagi? Kamulah yang mengkhianati MN.

Kini UMNO telah buat keputusan akan pergi solo dalam pilihanraya tanpa MN. Rata-rata akar umbi UMNO telah bersetuju. Lihat sahaja dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini. Presiden telah mendapat mandat akar umbi supaya pilihanraya tidak ditangguh dan BN pergi solo, dan menolak kerjasama dengan pengkhianat. Kamu p**a ingin pikul pengkhianat dan masih mahu paksa UMNO terima pengkhianat. Kami tidak akan ikut kemahuan serakah kamu.

Kalau ikut logik tuan guru ini, kamu pun tidak boleh cakap mewakili PAS. Kalau Zahid tidak boleh cakap mewakili UMNO, kamu mahu siapa yang boleh cakap mewakili UMNO?

Usah berdamping dengan pengkhianat, dan kembalilah ke jalan yang lurus.

Ikhlas dan salam.
ISHAM JALIL
3 September 2022

Nampaknya amat berbahaya pemimpin PAS nie sanggup main jalan belakang asal hasrat tercapai, kenapa Hadi ingat UMNO pertu...
03/09/2022

Nampaknya amat berbahaya pemimpin PAS nie sanggup main jalan belakang asal hasrat tercapai, kenapa Hadi ingat UMNO pertubuhan cap ayam ke sampai tak ada perlembagaan dan peraturan

MUKTAMAR PAS | Sementara itu PAS akui jemput Umno hadiri muktamar tapi tak ada sesiapa pun yang hadir.

Address

Plot 107, Hilir Sungai Kluang 5
George Town
11900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malay News Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies