Kata-Pilar Books

Kata-Pilar Books Penerbit kecil yang bercita-cita tinggi, menyediakan bahan bacaan untuk segenap lapisan pembaca. KataPilar Books, penerbit kecil yang bercita-cita besar

Merupakan antara penerbit buku bertemakan perubatan, kerjaya dan sastera yang diiktiraf.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Kata-Pilar Books mengadakan prom...
31/08/2024

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Kata-Pilar Books mengadakan promosi Merdeka Sales yang menampilkan empat kombo menarik:-

βœ’οΈ Kombo Sasterawan
β™₯️ Kombo Kejiwaan
πŸ’ͺ🏼 Kombo Perjuangan
🀰🏼 Kombo Srikandi

Diskaun menarik menanti anda bermula 28 Ogos sehingga 16 September. Jangan lupa dapatkan buku-buku pilihan anda!

Kata-Pilar Books ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-67 πŸ‡²πŸ‡Ύ

ARTIKEL DIPERLUKAN!Maaflah, sudah agak perlahan projek zine Tukang Puisi ini. Terlalu occupied dengan projek2 lain. Proj...
31/08/2024

ARTIKEL DIPERLUKAN!
Maaflah, sudah agak perlahan projek zine Tukang Puisi ini. Terlalu occupied dengan projek2 lain. Projek zine ini bukanlah sasaran untuk komersial, tetapi nak membuka ruang kepada penulis selain mengangkat karya-karya. Banyak puisi dari zine ini yang menang Hadiah Sastera peringkat negeri dan negara!

Sayang juga kalau tak ada kan. Jadi pelan-pelan kita buat juga.

Kalau ada sesiapa yang mempunyai tulisan, esei, artikel, atau apa saja tulisan menarik untuk dimasukkan dalam edisi berikutnya zine Tukang Puisi - boleh lah hubungi saya (Fahd Razy) atau emel ke [email protected]. Kalau menarik, kami siarkan.

Cuma seperti biasa, kami tak janjikan p**angan besar ya.

27/08/2024

Berita baik kepada pembaca setia Kata-Pilar! Anda semua boleh dapatkan buku-buku Kata-Pilar di Book Capital tau! Dan kepada pelajar sekolah dan IPT yang menerima Baucar Buku MADANI, anda boleh tebus baucar anda sehingga 31 Disember 2024. Jadi, tunggu apa lagi? Daftar di Book Capital dan tebus baucar buku anda hari ini!

23/08/2024

"Sunyi" daripada kump**an cerpen Mana Dadu Darjeeling? karya Wan Nor Azriq

21/08/2024

Petikan puisi β€œpada suatu hari” dalam buku puisi Tercipta Dari Kala oleh Anwar Ridhwan.

Masih di Singapura
17/08/2024

Masih di Singapura

Pembaca kami di Singapura, jom ke Wisma Geylang Serai untuk Pesta Buku Melayu Singapura! Kita berhujung minggu dengan pe...
17/08/2024

Pembaca kami di Singapura, jom ke Wisma Geylang Serai untuk Pesta Buku Melayu Singapura! Kita berhujung minggu dengan pelbagai judul puisi, fiksyen, anekdot, sejarah, falsafah, buku kanak-kanak, karya terjemahan dan banyak lagi.

πŸ“ŒWisma Geylang Serai
πŸ“… 16-18 Ogos 2024
⏰ 10 pagi - 8 malam

Kami juga anjurkan bengkel mini Bertukang Puisi pada 18 Ogos! Rujuk hantaran kami yang sebelumnya untuk butiran lanjut. Jika anda minat menulis puisi, jom tajamkan kemahiran anda 😊

Di Pesta Buku Melayu Singapura selama tiga hari.
16/08/2024

Di Pesta Buku Melayu Singapura selama tiga hari.

Kami sedang berada di Wisma Geylang Serai untuk Pesta Buku Melayu Singapura!Pembaca kami di Singapura boleh dapatkan pel...
16/08/2024

Kami sedang berada di Wisma Geylang Serai untuk Pesta Buku Melayu Singapura!

Pembaca kami di Singapura boleh dapatkan pelbagai judul puisi, fiksyen, anekdot dan bukan fiksyen di reruai kami (S1).

Ahad ini sesi Bertukang Puisi bersama sdr Fahd Razy juga sempena PBMS.

Jemput datang!

Sememangnya Hadiah Puisi T Alias Taib dianjurkan dengan cara yang agak melanggar konvensional. Sering saya perhatikan pe...
11/08/2024

Sememangnya Hadiah Puisi T Alias Taib dianjurkan dengan cara yang agak melanggar konvensional. Sering saya perhatikan penganjuran sayembara yang sebelum ini, kenalpasti hal-hal yang saya tidak setuju, dan laksanakan dalam sayembara ini. Dan tentu sekali dengan rasional yang tersendiri.

Misalnya yang paling ketara, sengaja kami membenarkan penyertaan karya yang pernah tersiar. Matlamat kami adalah mendapatkan manuskrip terbaik, dan sering juga karya-karya terbaik itu pernah terbit secara eceran di media. Agak sayang lah jika puisi yang baik itu akhirnya tidak diterbitkan dalam satu buku puisi.

Ini antara soalan / hal yang paling banyak ditanyakan. Juga beberapa soalan lain, kami compilekan pada laman web Katapilar.com.

Sekiranya anda ada persoalan, boleh rujuk di sini atau whatsapp saja Cik Kathy pada no tertera pada hebahan.

https://www.katapilar.com/blogs/kita-ulat-buku/faq-tentang-hadiah-puisi-t-alias-taib-ii-2025?fbclid=IwY2xjawElBjVleHRuA2FlbQIxMQABHaFllN-CLnMg1cpouJOVJyHhoh4d-CSZp6hZvOFtU48gp5ZgXnNDktzZmg_aem_eA6lIwSfMGhaI6hV1lKj7Q

SOALAN YANG DITERIMA SEPANJANG SAYEMBARA HPT BIL. SOALAN 1. Saya ingin bertanya berkenaan royalti, adakah royalti dibayar hanya sekali sahaja secara lump sum atau dibayar juga selanjutnya mengikut jualan buku? Jawapan: Pemenang akan diberi β€˜advanced

07/08/2024
Geng Singapura dah daftar ke belum? Jom jumpa 18 Ogos ini!Inilah masanya untuk pelajari tip penulisan puisi berkesan dar...
07/08/2024

Geng Singapura dah daftar ke belum? Jom jumpa 18 Ogos ini!

Inilah masanya untuk pelajari tip penulisan puisi berkesan daripada sdr Fahd Razy, penulis yang telah banyak memenangi anugerah dan hadiah sastera untuk puisi-puisinya.

Di samping dapat berbengkel, di Pesta Buku Melayu Singapura sepanjang 16-18 Ogos nanti anda juga boleh dapatkan pilihan buku-buku puisi dan pelbagai naskhah terbaik daripada kami!

Daftar segera di
bit.ly/bertukangpuisisg
bit.ly/bertukangpuisisg
bit.ly/bertukangpuisisg

Apabila dengar ura-ura DBP akan anjur sayembara dengan hadiah RM30k, saya terfikir untuk menangguhkan Hadiah Puisi T. Al...
03/08/2024

Apabila dengar ura-ura DBP akan anjur sayembara dengan hadiah RM30k, saya terfikir untuk menangguhkan Hadiah Puisi T. Alias Taib. Ya lah, saya sejenis yang praktikal. Kalau nak buat sesuatu kena fikir keberkesanannya. Bukan main hentam saja kan.

Banyak hal perlu dipertimbangkan. Sebelum ini tidak ada sayembara yang besar sejak sayembara ITBM, jadi KataPilar sekurang-kurangnya boleh lah mengisi kekosongan itu. Apabila DBP dah mula balik musim sayembaranya, adakah perlu ditangguhkan? Tambahan p**a Hadiah Puisi K Bali pun tengah berlangsung.

Kemudian saya lihat kembali tiga edisi sayembara anjuran katapilar yang lepas. Senarai peserta. Senarai pemenang.

Pertama, kami sebenarnya, sebagai entiti kecil, mandiri, 'tak ada bajet pun', tak pernah menyasarkan sesuatu yang besar - bermula dari sayembara pertama lagi. Dapat 50 orang peserta pun dah kira bersyukurlah... fikir kami. Tapi setiap kali buat sayembara, jumlah penyertaan sentiasa di luar jangkaan. Ya, kenapa kali ini perlu jadi lain? Dengan kerancakan sayembara dan sebagainya, PENA pun tawar royalti percuma untuk yang terbit buku, sudah semestinya jumlah penyertaan akan berkurangan. Jadi tak perlu mabuk dengan kejayaan yang lalu, kita kekal dengan sasaran kita.

Kedua, majoriti pemenang sayembara/buku yang kami terbitkan bukanlah pemenang yang akan menang dalam sayembara arus perdana. Tak semua, tapi sebahagian besar lah. Bermakna kami dan penganjur sayembara arus perdana (tak kira lah DBP, ITBM, dan seumpamanya) mencakupi kump**an berbeza. Jenis karya berbeza. Apresiasi karya yang berbeza. Pemenang sayembara arus perdana, mungkin tak menang dalam sayembara kami - begitu juga sebaliknya. Pendek kata, kami mengambil segmen berbeza, saling melengkapi.

Atas pertimbangan itu, saya fikir, kita teruskan saja perancangan yang dah dimulakan sejak 3 tahun dulu lagi. Paling kurang, kita cuba mengekalkan konsistensi - bukan sekadar one-shot.

Matlamat asal kami, mencari manuskrip. Maka syarat kami juga sangat, sangat berbeza. Bahkan melanggar apa yang sudah biasa dibuat. Jadi kita kekalkan pada objektif kita. Mungkin jumlah penyertaan akan terbahagi, berkurang, seumpamanya. Cuma harapan kami --> akan ada beberapa yang betul-betul berkualiti, yang betul-betul dicari. InsyaAllah.

Jadi kalau anda ada manuskrip, boleh lah pilih. Akhirnya, sayembara ini juga perlukan strategi, yang mana sesuai untuk anda. Walaupun juri belum diumumkan, tapi kita boleh rujuk pemenang-pemenang yang lalu. Kita dah boleh manuskrip macam mana dicari juri DBP, dan manuskrip macam mana dicari HPT.

Boleh scan QR di bawah untuk syarat lanjut sayembara

Ogos nanti orang Singapura buat apa? Jom sertai bengkel Bertukang Puisi iniπŸ₯° tanda kalendar untuk ikut serta hujung ming...
30/07/2024

Ogos nanti orang Singapura buat apa? Jom sertai bengkel Bertukang Puisi iniπŸ₯° tanda kalendar untuk ikut serta hujung minggu di Wisma Geylang Serai 16-18 Ogos ini!

Tukang Puisi

Khas buat peminat puisi di Singapura!

Sempena Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) pada 16-18 Ogos 2024 ini, Kata-Pilar Books & Tukang Puisi membawakan bengkel mini Bertukang Puisi bersama sdr. Fahd Razy untuk berkongsi tentang tips penulisan puisi yang berkesan.

Butiran sesi:
πŸ“† Ahad, 18 Ogos 2024
⏰ 11.00 pagi - 1.00 petang
πŸ“ Activity Room 1 & 2, Wisma Geylang Serai

Mengapa perlu sertai dan dengar perkongsian beliau?
βœ… Sesi padat dengan tips dan contoh puisi daripada penyair mapan & kontemporari
βœ… Penyampai berpengalaman luas mengendalikan penerbitan buku
βœ…Pernah menjadi juri sayembara dalam & luar negara
βœ… Memenangi pelbagai hadiah & anugerah sastera
βœ… Berpengalaman mengendalikan siri bengkel Sains Menulis Puisi di serata Malaysia termasuk Singapura
βœ… Pengasas & pengelola laman Tukang Puisi

Jom, daftar sekarang! Imbas kod QR dalam poster atau klik sini: bit.ly/bertukangpuisisg
*Terhad kepada 40 peserta. Yuran SGD15 seorang.

**Psst… kami juga bawakan buku-buku sastera dan anekdot terbaik untuk dijual di PBMS tau! Jika tidak sertai bengkel, jangan lupa datang untuk memborong buku. Jumpa anda nanti

29/07/2024

Ada sesiapa berminat untuk mohon jawatan editor? Ada kekosongan di KataPilar

HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB ========SYARAT-SYARAT HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB1) Terbuka kepada semua peringkat umur, bangs...
24/07/2024

HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB
========
SYARAT-SYARAT HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB

1) Terbuka kepada semua peringkat umur, bangsa, dan kerakyatan (Malaysia atau di luar Malaysia)
2) SETIAP PENYERTAAN mestilah terdiri daripada manuskrip dengan MINIMA 50 buah puisi dengan syarat berikut::
2.1--> Panjang, bilangan baris, tema, dan bentuk puisi adalah BEBAS
2.2--> Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan atau campuran bahasa asing dibenarkan secara berpada-pada, rasional, dan terkawal, selagi masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai teras utamanya.
2.3--> Dibenarkan MAKSIMUM 25 buah puisi yang pernah tersiar di media cetak/majalah elektronik untuk dimuatkan di dalam manuskrip (tidak wajib / tiada had minima).
2.4--> Puisi-puisi yang tersiar di internet/media sosial dibenarkan untuk dimuatkan dalam manuskrip dengan syarat ia diprivasi atau digugurkan siaran selepas penghantaran penyertaan. Jika karya tersebut disiarkan di laman / platform yang tak dapat digugurkan (seperti majalah digital dsb), syarat 2.3 terpakai.
3) Setiap manuskrip / penyertaan WAJIB diberikan judul
4) Seorang peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap puisi HANYA layak dimuatkan dalam SATU MANUSKRIP sahaja
5) Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan file MICROSOFT WORD sahaja. Penggunaan file lain (PDF, JPEG, Notepad dan sebagainya) automatik akan ditolak
6) Kesemua puisi perlu dikumpulkan (kompilasikan) dalam SATU file Microsoft word sahaja. Penghantaran puisi dalam 'file-file' berasingan akan ditolak. Bermaksud dalam satu 'file' perlu ada minima 50 buah puisi.
7) Hanya SATU penyertaan atau manuskrip boleh dihantar dengan mengguna SATU kiriman emel. Jika peserta ingin menghantar lebih daripada satu manuskrip/penyertaan, jangan hantar sekaligus di bawah satu tajuk / kiriman emel, sebaliknya emelkan satu per satu. Ini untuk memudahkan pengasingan (sorting) oleh urusetia
8 ) Sertakan dalam emel anda butiran berikut:
**Nama
**Nama pena (jika ada)
**No kad pengenalan
**No telefon dan whatsapp
**Alamat surat-menyurat
(Pastikan maklumat ini sahih dan anda boleh dihubungi. Kegagalan untuk dihubungi boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan – walaupun terpilih sebagai pemenang)
9) Emelkan manuskrip puisi anda ke :
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
10) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 NOVEMBER 2024
11) Tiada tolak ansur terhadap karya plagiat
12) Sebarang keputusan adalah hak mutlak penganjur. Penganjur berhak mengubah, membatal, atau menarik balik sebarang penyertaan / kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan penganjur. Penganjur juga berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi T. Alias Taib mengikut kesesuaian dan keperluan.
13) Sebarang pertanyaan boleh hubungi emel, messenger, atau WhatsApp ke 018-2882019 (Cik Kathy).
HADIAH DAN PENILAIAN
=====
Terdapat 2 KATEGORI pemenang yang akan diberikan hadiah
1) HADIAH UTAMA
β€’ Karya yang berjaya melepasi saringan akhir serta terpilih sebagai terbaik di antara finalis.
β€’ Tiada had maksima jumlah pemenang.
β€’ Hadiah berupa awalan royalti sebanyak RM1000 (minima), trofi, serta tawaran penerbitan karya di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi
2) HADIAH FINALIS
β€’ Karya-karya yang berjaya melepasi saringan akhir.
β€’ Minima seorang pemenang. Tiada had maksima jumlah pemenang.
β€’ Hadiah berupa awalan royalti sebanyak RM500 (minima), trofi, serta tawaran penerbitan karya di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi
PENERBITAN
=========
1) Karya pemenang Finalis dan dan Hadiah Utama akan dipertimbang untuk diterbitkan di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi
2) Pihak penganjur dan editorial KataPilar / Tukang Puisi berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menyesuaikan konsep, konsistensi, serta menjaga kualiti karya. Hal ini bermaksud buku yang diterbitkan tidak semestinya tepat seperti manuskrip penyertaan yang asal.
Selamat membaca dan mengarang.
Mohon war-warkan kepada semua.
Terima kasih

PENULIS DICARI!!!==========Sehingga kini tiga buku telah diterbitkan dalam siri HIMPUNAN KES YANG TAK TERLUPAKAN. Sepatu...
23/07/2024

PENULIS DICARI!!!
==========
Sehingga kini tiga buku telah diterbitkan dalam siri HIMPUNAN KES YANG TAK TERLUPAKAN.

Sepatutnya buku ni dah siap, tapi ada penulis tak dapat commit, tarik diri, dan sebagainya. Kami nak siapkan juga tahun ni.

Ada dua spot kosong.

Jadi jika anda a) Petugas kesihatan (tak kira bidang/jawatan apa) dan b) ada cerita menarik (yang betul-betul tertarik menarik kau memang da bomb!) dan c) komited nak siapkan tulisan ini (jangan lah last minute tarik diri sebab alasan on-call) - boleh isikan cadangan kes anda dalam google form ini:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc8TYnfS4bvFovhFCR1smbXcxLrQ_JAF9qgTbgAi4zVwlWHcw/viewform?usp=pp_url

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
===========
Syarat:
1) Pastikan kes anda benar-benar-benar-benar kes yang tak dapat dilupakan - bukan saja oleh anda (sebagai penulis) tetapi pembaca yang membacanya.

Antara yang kami cari:
1) Kes yang aneh dan tak dijangka-jangka
2) Kes yang mendebarkan / plot twist
3) Kes yang seram/menakutkan
4) Kes yang lucu
5) Kes yang menyayat hati
6) Kes yang inspirational... atau apa saja yang akan membuatkan pembaca tak pejam mata membacanya.

2) Kerana suntuk, pastikan anda benar-benar berminat untuk KOMITED dalam projek ini. Kami jangkakan penulisan anda siap dalam tempoh SATU MINGGU setelah dipilih.

Pastikan juga tulisan anda benar-benar matang (tulisan / ejaan / bahasa terjaga) dan telah melakukan self editing.

3) HANYA terbuka kepada staf kesihatan - doktor, nurse, MA, PPK, apa jua therapist (speech, behaviour, etc), optometrist, farmasis, dietitian, radiografer, pemandu ambulans, lab technician, dan seumpamanya.

4) Kes ini adalah dari POV anda sendiri sebagai yang terlibat. Bermaksud bukan anda ceritakan kes orang lain. Jika ada, ubah POV supaya menjadi cerita anda sendiri. Cerita anda juga perlulah berdasarkan pengalaman sebenar (walaupun mungkin telah diubahsuai atau tokok tambah)

5) Panjang tulisan yang disasarkan adalah antara 500 hingga 2500 patah perkataan (anda tak perlu menulisnya selagi belum dipilih oleh editor)

InsyaAllah editor kami akan memilih kes yang dirasakan sesuai dan menghubungi anda dengan segera.

Dia datang lagi!
22/07/2024

Dia datang lagi!

20/07/2024

PUISI : MENGENYANGKAN PERUT YANG LAPAR?

Jom ikuti forum bersama Lutfi Ishak, Wani Ardy, A Muziru Idham yang dikendalikan Qurratul 'Ain

Khas buat peminat puisi di Singapura!Sempena Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) pada 16-18 Ogos 2024 ini, Kata-Pilar Boo...
17/07/2024

Khas buat peminat puisi di Singapura!

Sempena Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) pada 16-18 Ogos 2024 ini, Kata-Pilar Books & Tukang Puisi membawakan bengkel mini Bertukang Puisi bersama sdr. Fahd Razy untuk berkongsi tentang tips penulisan puisi yang berkesan.

Butiran sesi:
πŸ“† Ahad, 18 Ogos 2024
⏰ 11.00 pagi - 1.00 petang
πŸ“ Activity Room 1 & 2, Wisma Geylang Serai

Mengapa perlu sertai dan dengar perkongsian beliau?
βœ… Sesi padat dengan tips dan contoh puisi daripada penyair mapan & kontemporari
βœ… Penyampai berpengalaman luas mengendalikan penerbitan buku
βœ…Pernah menjadi juri sayembara dalam & luar negara
βœ… Memenangi pelbagai hadiah & anugerah sastera
βœ… Berpengalaman mengendalikan siri bengkel Sains Menulis Puisi di serata Malaysia termasuk Singapura
βœ… Pengasas & pengelola laman Tukang Puisi

Jom, daftar sekarang! Imbas kod QR dalam poster atau klik sini: bit.ly/bertukangpuisisg
*Terhad kepada 40 peserta. Yuran SGD15 seorang.

**Psst… kami juga bawakan buku-buku sastera dan anekdot terbaik untuk dijual di PBMS tau! Jika tidak sertai bengkel, jangan lupa datang untuk memborong buku. Jumpa anda nanti

Apa! Bertukang Puisi di Singapura?Jom rakan-rakan di seberang, kita kongsi sesuatu. Mungkin bukan benda baru pun, paling...
16/07/2024

Apa!
Bertukang Puisi di Singapura?
Jom rakan-rakan di seberang, kita kongsi sesuatu. Mungkin bukan benda baru pun, paling tidak kita kongsi kenangan indah.

Tak gitu?

PUISI YANG MENGENYANGKAN?======Ketika diminta untuk mencadang dan menjadi pengendali bersama satu sesi di Festival Puisi...
14/07/2024

PUISI YANG MENGENYANGKAN?
======
Ketika diminta untuk mencadang dan menjadi pengendali bersama satu sesi di Festival Puisi Selangor (20 & 21 Julai ini di Perpustakaan Shah Alam), saya segera teringat akan sindiran seorang rakan yang menyinggung tentang - Puisi ini boleh buat orang kenyang ke?

Ia bukan kali pertama nada sebegitu dilontarkan, terutama oleh khalayak yang pesimis tentang peranan puisi ini. Menulis puisi ini boleh kurangkan rasuah ke? Menulis puisi ini boleh naikkan ekonomi negara ke? Menulis puisi ini boleh tegakkan keadilan ke?

Saya faham kenapa nada-nada sebegitu timbul, tetapi sebenarnya yang lebih utama adalah 'bertanya soalan yang betul' untuk memahami apakah sebenarnya fungsi dan peranan puisi ini. Apa soalan yang betul? Ah, panjang p**a nak cerita di sini.

Atas dasar ini lah saya memanjangkan persoalan ini ke pentas diskusi dengan sengaja memilih tiga orang panel dengan kecenderungan puisi yang berbeza - agar kita dapat mendengar - betulkah puisi mengenyangkan perut yang lapar? Atau mungkin ada persoalan lain yang perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum tiba ke konklusi itu?

A. Muziru Idham memang dikenali dengan kritikannya yang tajam, keras, dan mencakupi banyak bidang termasuk sastera dan sosio-politik. Wani Ardy, penggiat puisi di pentas dan kertas yang cukup dikenali oleh generasi muda. Lutfi Ishak p**a, penerima anugerah Penulis Muda MASTERA yang terbaru, penyair yang tajam dan sentiasa mendalam gagasan dan pemikirannya.

Semestinya pengendali sesi ini adalah penyair kegemaran ramai, Qurratul 'Ain, yang telah menerima beberapa hadiah sastera untuk puisi-puisinya.

Kami tunggu anda di Perpustakaan Shah Alam pada hari Sabtu ini, jam dua petang ya! Selain sesi ini, sepanjang dua hari ada banyak lagi sesi-sesi yang menarik khusus untuk peminat dan penulis puisi tanah air.

Jumpa di sana.

Address

62A, Jalan Putera 7/1, Bandar Mahkota
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kata-Pilar Books posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kata-Pilar Books:

Videos

Share

Category


Other Publishers in Cheras

Show All