Penerbit Karyaseni

Penerbit Karyaseni Selamat Datang Ke Laman Sesawang Penerbit KARYASENI - Sebuah Karya Bermula Disini. Segala impian dan harapan terlakar dalam sebuah cerita.

PENERBITAN KARYASENI SDN BHD. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Pemilik Penerbitan KARYASENI juga adalah pemilik laman sesawang penulisan2u. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan KARYASENI. Sebelum kewujudan KARYASENI kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit

novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan juga menjalankan promosi. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006, kami gunakan untuk membangunkan sebuah penerbitan yang bergelar KARYASENI. KARYASENI sebenarnya digabungkan melalui dua perkataan iaitu KARYA dan SENI. Nama yang sesuai untuk sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel. Seni dalam alunan corak penulisan memberi satu gambaran kepada sebuah gambaran cerita. KARYASENI ditubuhkan bagi memeriahkan industri penulisan novel tanahair. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. SALAM PERKENALAN dari warga KARYASENI, selamat membaca dan semoga terhibur.

Derana – Bunga Zuhri  ( Teaser 1 )“BYE! Jumpa lagi!” Usai mengucapkan kata-kata perpisahan, Marsha berjalan perlahan ke ...
14/02/2025

Derana – Bunga Zuhri ( Teaser 1 )

“BYE! Jumpa lagi!” Usai mengucapkan kata-kata perpisahan, Marsha berjalan perlahan ke arah rumahnya dengan wajah hairan. Ada banyak orang dan kereta berselerakan di hadapan rumahnya. Cahaya kamera juga tidak terlepas dari pandangan mata Marsha. Bagaimana tidak? Cahaya itu sungguh terang dan jika ditatap lama-lama, mungkin saja boleh merosakkan mata.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Tidak mungkin mereka menerima tetamu pada waktu selewat itu. Lagi p**a, agak aneh jika mereka menerima polis sebagai tetamu. Bukan hanya satu kereta polis, tapi tiga! Penggambaran drama? Tidak mungkin. Jika itu berlaku, pasti Marsha sudah dimaklumkan lebih awal. Marsha memandang seorang wanita yang sedang merapikan solekannya. Wanita itu mula memegang mikrofon dengan matanya fokus memandang kamera di hadapan.

“Salam sejahtera dan selamat malam bersama saya, Laura, penyampai berita anda. Sekarang saya berada di hadapan rumah Dato’ Azlan, pemilik Hotel Etoile atau lebih dikenali dengan nama Star Hotel. Dato’ Azlan telah didakwa atas tuduhan merasuah pihak media dengan tujuan menutup aib syarikat. Star Hotel juga didapati telah menjadi markas kepada kump**an gangster yang paling diburu, yakni Black Blood. Sejauh manakah kesahihan berita ini? Eloklah kita bertanya kepada pegawai yang bertugas menyiasat kes ini.”

‘Hah? Tuduhan rasuah?’ Mata Marsha seperti mahu terjojol mendengar berita itu. Matanya melilau mencari keberadaan ayahnya. Dari jauh, dia melontarkan pertanyaan melalui signal mata. Harapannya, semoga semuanya hanya khabar angin tidak berasas. Namun, signalnya dibalas dengan tatapan mata sesalan dari sang ayah. Ya, dia mengerti maksudnya. Seketika jantungnya seakan-akan berhenti mengepam darah.

Gadis itu menunduk. Nafasnya naik turun. Segalanya berlaku terlalu pantas. Ketakutan yang tiba-tiba menimpa menyebabkan dia kehilangan keseimbangan tubuh. Rasanya seperti bumi yang besar sedang menghempap bahu kecilnya.

Beberapa saat berlalu Marsha akhirnya membuka matanya. Tidak, bahkan jika hatinya hancur tanpa sisa, raganya harus terlihat baik-baik saja.

Orang tidak sebaik dalam drama. Mereka tidak peduli tentang perasaannya. Tetapi, jika raga Marsha terlihat buruk, mereka akan mentertawakannya. Dia tidak mahu hal itu terjadi.

Tiba-tiba, Marsha merasakan bahunya ditepuk dari belakang. Seorang wanita terlihat memandangnya dengan wajah meremehkan. Entah dia memaksudkannya atau tidak, Marsha kurang pasti. Dia tidak boleh menilai seseorang berdasarkan wajahnya saja.

“Ya, cik. Ada apa?” Penuh sopan santun, Marsha mengutarakan rasa ingin tahunya.

“Kamu Marsha Adlina?” tanya wanita itu bagi memastikan dia menemui orang yang tepat.

“Betul,” jawab Marsha.

“Saya mewakili pihak bank ingin memaklumkan bahawa rumah ini akan segera disita. Kamu perlu segera mengosongkan rumah ini. Bawa barang yang perlu sahaja.”

RM20 SAHAJA, DARI HARGA ASAL RM25. NOVEL TERBARU SUDAH ADA DI SHOPEE KARYASENI.NOVEL TERBARU DERANA - Bunga ZuhriLaunch ...
14/02/2025

RM20 SAHAJA, DARI HARGA ASAL RM25. NOVEL TERBARU SUDAH ADA DI SHOPEE KARYASENI.

NOVEL TERBARU DERANA - Bunga Zuhri

Launch Date : 14 February 2025 8.00pm di Shopee Karyaseni. Harga istimewa untuk anda.

Dunia ini memang kejam, dan untuk menjadi penghuninya, dia harus lebih tegar.

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh.

Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan.

“Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah.”

“Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu p**a tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?”

Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa.

Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kump**an Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan?

“Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut.”

Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam.

Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh s**a duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya.

“Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?”- Marsha Adlina

Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?

NOVEL TERBARU KAU BICARA TENTANG CINTA (Rehan Makhtar)Sedangkan kita telah hilang arahnyaKata orang, bahagia itu tidak m...
13/02/2025

NOVEL TERBARU KAU BICARA TENTANG CINTA (Rehan Makhtar)

Sedangkan kita telah hilang arahnya

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

“Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?” - Bunyamin

“Kami hanya bersembang kosong.” - Sera Nur

“Tak ada tentang saya? Tentang kita?” – Bunyamin

Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan.

“You’re my wife, Sera Nur. I’m going to keep you by my side forever…” – Bunyamin

“Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?” – Sera Nur

Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.

DAPATKAN NOVEL TERBARU DARI REHAN MAKHTAR YANG TERAWAL DI SHOPEE KARYASENI BERMULA 5 DISEMBER 2024

JOM BACA BAB AWAL NOVEL DERANA...Scan QR Code, Selamat membaca dan semoga terhibur.Novel ini akan berada di Shopee bermu...
13/02/2025

JOM BACA BAB AWAL NOVEL DERANA...

Scan QR Code, Selamat membaca dan semoga terhibur.

Novel ini akan berada di Shopee bermula 14 Feb 2025, jam 8 malam

NOVEL TERBARU DERANA - Bunga ZuhriLaunch Date : 14 February 2025  8.00pm di Shopee Karyaseni. Harga istimewa untuk anda....
13/02/2025

NOVEL TERBARU DERANA - Bunga Zuhri

Launch Date : 14 February 2025 8.00pm di Shopee Karyaseni. Harga istimewa untuk anda.

Dunia ini memang kejam, dan untuk menjadi penghuninya, dia harus lebih tegar.

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh.

Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan.

“Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah.”

“Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu p**a tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?”

Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa.

Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kump**an Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan?

“Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut.”

Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam.

Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh s**a duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya.

“Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?”- Marsha Adlina

Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?

Apa kata pembaca Novel Lelaki Astatine?
12/02/2025

Apa kata pembaca Novel Lelaki Astatine?

TEASER PAK SU AMMARA - MARISSAAku menoleh ke arah kereta pak su Ammara. Rajin p**a dia hantar Ammara. Setiap hari p**a t...
12/02/2025

TEASER PAK SU AMMARA - MARISSA

Aku menoleh ke arah kereta pak su Ammara. Rajin p**a dia hantar Ammara. Setiap hari p**a tu. Dari jauh dia hanya perhatikan Ammara.

Ammara keluar dari kereta dan pak su angkat tangannya. Bibir mengukir senyuman manis.

“Assalamualaikum, cikgu.” Lembut suara Ammara memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Aku jawab dengan mesra.

“Ini pak su suruh bagi cikgu.” Ammara menyerahkan plastik berwarna biru dengan tulisan salah satu jenama produk kesihatan yang terkenal.

“Terima kasih. Susah-susah saja pak su ni.”

Aku lihat isi beg plastik tersebut. Botol berisi vitamin untuk ibu hamil. Dah jadi ejen jual pil vitamin p**a ke?

“Pak su suruh cikgu makan setiap hari dua biji.”

Hurm, siap beri arahan lagi.

“Berapa ringgit ni? Nanti balik tanya pak su tau.”

“Pak su cakap percuma. Hadiah untuk cikgu.”

“Mahal ni…”

“Tak apa…”

Ammara melangkah masuk ke dalam kelas. Kereta pak su pun mula bergerak. Tapi aku nampak pak su Ammara angkat tangan kanannya sambil tersenyum. Aku hanya pandang dengan pandangan kosong.

Aku melangkah masuk. Kelas sudah bermula. Ada sesi bercerita. Hari ini aku pilih cerita Bawang Putih Bawang Merah. Cerita yang banyak tauladan dan penuh pengisian. Cerita yang sesuai untuk anak-anak yang masih berjiwa suci.

Bersama anak-anak ini, perasaanku jadi tenang dan terhibur. Benar-benar terlupa semua masalah. Gelak tawa mereka benar-benar memberi hiburan buatku.

Sedar tak sedar kelas telah berakhir. Seorang demi seorang anak-anak muridku diambil oleh ibu atau ayah masing-masing. Tinggal Ammara saja lagi.

“Hari ni siapa jemput Ammara?” Aku menemani Ammara bermain buaian.

“Auntie…”

Tahulah aku Ammara bakal dijemput oleh ibu tiri.

“Pak su tak jemput Ammara?”

“Pak su cakap dia kena pergi Sabah. Minggu depan baru balik.”

Jauhnya. Pergi Sabah lagi. Tak cakap pun.

Wajah Ammara masam. Seperti tiada semangat untuk berbual. Setiap kali dijemput ibu tiri begitulah wajah Ammara. Hilang terus wajah cerianya.

“Auntie kerja ke?”

“Kerja.”

“Kerja kat mana?”

Ammara jongket bahu sambil tersenyum. Jawapan jujur untuk perkataan tak tahu. Betul juga. Manalah dia tahu hal-hal yang berkaitan orang tua.

BEST GILER!! NOVEL TERBARU JIKA ITU TAKDIRKU - F.H.Y. Kupasrahkan segala kepada TuhanSeandainya ini memang sudah ditakdi...
03/02/2025

BEST GILER!! NOVEL TERBARU JIKA ITU TAKDIRKU - F.H.Y.

Kupasrahkan segala kepada Tuhan
Seandainya ini memang sudah ditakdirkan…

Kelmarin, dia masih ada di sisiku. Merangkulku mesra penuh romantis. Ketika itu, aku sangka akulah perempuan paling bahagia di dunia. Sebaliknya hari ini, di hadapanku tanpa rasa bersalah dia merangkul wanita lain. Di khayalak ramai! Kini akulah wanita termalang di dunia.

“You sayang I, kan?”

Aku tundukkan wajah bila mendengar soalan Melinda itu. Kalau mampu, aku mahu pekup telinga. Aku tak mahu mendengar jawapan yang Ray akan beri.

“Of course.” Itu suara Ray.

“Kita pergi dari sini. Jauh. Just you and me. You kata nak pergi overseas dengan I, kan? I bawa you. Kita pergi. You nak pergi Greece, kan?”

Sekali lagi suara Ray kedengaran. Dan aku hanya mampu ketap bibir. Tahan rasa. Aku angkat wajah dan nampak Melinda mula mahu menapak kepada Ray. Ya-ya. Nak pergi jauh dengan suami aku. Sweet sungguh pasangan merpati dua sejoli ini.

Saat aku kenang bagaimana Ray begitu mengejarku sebelum ini, hati terasa musykil. Betapa konsistennya dia mencuba walau aku tidak pernah fikir sebelum ini untuk jatuh cinta. Ya, aku wanita yang punya segalanya.

“Marry me!” – desak Ray.

“Eh orang gila! Tolong jadi gila sorang-sorang. Jangan nak ajak orang lain gila sama.” Itu jawabku dulu.

Kini, semua bagai tak bererti. Dia tak lagi p**ang. Tak lagi memanjakan aku seperti dulu, malah memilih Melinda, mungkin cinta pertamanya.

Aku yakin dia memang cintakan kau. Aku nampak pandangan mata dia setiap kali dia tengok kau.

Itu pujukan Ameena padaku. Kalaulah semua itu benar, namun tak mungkin kerana kini dia bahagia dengan Melinda.

REVIEW PEMBACA NOVEL BLACK GHOST...dah baca belum? Kena baca tau..
02/02/2025

REVIEW PEMBACA NOVEL BLACK GHOST...

dah baca belum? Kena baca tau..

KAN DAH CAKAP BEST NOVEL AKSARA?Boleh dapatkan di Shopee Karyaseni
31/01/2025

KAN DAH CAKAP BEST NOVEL AKSARA?

Boleh dapatkan di Shopee Karyaseni

Lelaki Ke-19 – Norzailina NordinTatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.Adwan terpaku mendengar jeritannya. ...
30/01/2025

Lelaki Ke-19 – Norzailina Nordin

Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.

Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!

“Hoi!” – Hanani Nuha

“Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus

Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam perkenalan. Nuha p**a malas nak layan sebab... ‘Insiden’ atas katil itu yang buat dia lebih tak keruan!

“Apa mimpi awak call saya ni?”

“Mimpi nenek kebayan awak tulah!”

Nuha mahu pengsan!

Macam mana mahu berkawan dengan Adwan? Asal berjumpa aje, mesti ada benda berlaku. Nuha jadi buntu. Adwan p**a kaku.

Ah! Bagi Adwan p**a, tak kiralah kalau muncul bayangan lelaki zaman lampau siap bertanjak dan berkeris atau budak perempuan misteri dalam mimpinya itu, Adwan akan lawan!

“Aku akan kacau keturunan engkau! Aku akan jahanamkan hidup mereka. Engkau puaka! Engkau pembunuh!”

“Kita jangan biarkan benda ni berlarutan. Kita kuat untuk selesaikan semuanya sekarang.”
Itu janji Adwan kerana cinta luhurnya pada Nuha.

“Saya cakap, saya ni bakal suami awak. Jadi, baik awak kahwin dengan saya!”

“Betul ke ni awak atau... Hantu?!”

Peristiwa aneh dan pelik semakin menjadi-jadi apabila mereka berdua bertemu. Seperti ada pesanan dari alam ghaib yang cuba menyampaikan kisah lama. Siapakah Adwan sebenarnya? Apakah kaitan lelaki itu dengan adik kembar wannya yang pernah hilang berpuluh tahun lampau?

"ABANG AKHIL DAH GILA KE?"
28/01/2025

"ABANG AKHIL DAH GILA KE?"

Jangan bencikan abah atas apa yang abah sudah tetapkan...NOVEL LAMARAN JELITA - UMI KALSOM
28/01/2025

Jangan bencikan abah atas apa yang abah sudah tetapkan...

NOVEL LAMARAN JELITA - UMI KALSOM

SUAMIKU PALING SWEET - ANJELL. NOVEL TERBAIK KARYA ANJELLDAPATKAN NOVEL SUAMIKU PALING SWEET DI SHOPEE KARYASENI“Mama......
28/01/2025

SUAMIKU PALING SWEET - ANJELL. NOVEL TERBAIK KARYA ANJELL
DAPATKAN NOVEL SUAMIKU PALING SWEET DI SHOPEE KARYASENI
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza p**a dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

APA KATA PEMBACA NOVEL DAN CINTA PUN TERSENYUM?
27/01/2025

APA KATA PEMBACA NOVEL DAN CINTA PUN TERSENYUM?

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 - SERIGALA METROPOLIS - Rose Harissa DALAM dunia metropolitan yang penuh dengan bahaya dan pengkhianatan, ...
27/01/2025

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 - SERIGALA METROPOLIS - Rose Harissa

DALAM dunia metropolitan yang penuh dengan bahaya dan pengkhianatan, Inspektor Hazen Althaf, call sign: White Fang, adalah ‘serigala’ yang tidak kenal takut. Nama yang diberikan oleh Komander kerana sifat dan paras rupanya.

Dengan latar belakang trauma yang melanda masa kecilnya, Hazen telah membesar menjadi seorang lelaki yang tangguh, siap menghadapi setiap cabaran dengan keberanian yang luar biasa.

Begitu masuk ke pas**an Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hazen tidak pernah menoleh ke belakang. Dia menyahut cabaran ayahnya untuk menjadi seorang operatif Unit Tindakhas, pas**an elit milik PDRM. Berjaya menyarung beret maroon dan memakai lencana UTK, Hazen menjadi salah seorang pemimpin yang dihormati di unit Rapid Assault Team salah satu elemen dalam UTK.

Matlamat Hazen hanya satu, menggempur musuh negara tanpa membenarkan benteng hatinya dirempuh oleh wanita. Kerana itulah cinta dihulur oleh sniper cantik UTK, Lans Koperal Adelia, dibiar tak bersambut.

“Apakah kau takut pada cinta?” – ADELIA

“Aku tak takut pada cinta, Adelia. Aku hanya takut cinta akan menghalang tugasku.” - HAZEN ALTHAF

Hatinya juga tidak lut dengan godaan Dr. Bella.

“Aku menerima segala kekurangan kau, termasuk kegelapan yang kau cuba sembunyikan.” - DR. BELLA

Namun dunia Hazen jungkir balik ketika dia dipertemukan dengan seorang gadis. Izz Zayani.

“Saya bawa bahaya dalam hidup awak.” - IZZ ZAYANI

“Ya, awak bawa bahaya, tapi awak juga membawa erti dalam hidup saya. Saya tak akan pernah menyesal mencintai awak, kerana bahaya yang awak bawa membuat saya sedar akan kekuatan cinta sejati.” - HAZEN ALTHAF

Dengan kejutan dan pengkhianatan yang mengancam nyawanya, Hazen tetap lingas seperti seekor serigala.

“Aku akan melakukan apa pun sebagai bukti setia, bahkan jika itu bererti mengorbankan diri aku sendiri. Aku adalah serigala yang menggempur, bukan yang diserang!” - WHITE FANG

SERIGALA METROPOLIS adalah kisah yang penuh dengan aksi, keberanian, pengorbanan serta kesetiaan sang ‘serigala’ UTK menjaga wilayahnya dan insan-insan yang dikasihinya.

NOVEL SUAMIKU SI MATA BIRU DARI DOKTOR EVELYN ROSE DITERBITKAN OLEH KARYASENIDR. Evelyn Rose telah dinobatkan Anugerah N...
27/01/2025

NOVEL SUAMIKU SI MATA BIRU DARI DOKTOR EVELYN ROSE DITERBITKAN OLEH KARYASENI

DR. Evelyn Rose telah dinobatkan Anugerah Novelis Terbaik di Anugerah Buku Negara 2014. Beliau juga merupakan penulis novel THE WEDDING BREAKER yang diadaptasi ke drama yang berjudul ARIANA ROSE di TV3. Antara novel karya novelis seperti A380

Harga: RM23 / RM26

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya p**a debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya p**a Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 -  Pynat MouriDia datang… Dia takluk!ANGKUH! Sentiasa mendongak ke langit tanpa pedulikan perasaan o...
26/01/2025

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 - Pynat Mouri

Dia datang… Dia takluk!

ANGKUH! Sentiasa mendongak ke langit tanpa pedulikan perasaan orang lain. Dengan penampilan serba hitam seperti burung gagak, bibir turut dioles dengan lipstik rona gelap, sekali pandang memang tak berkenan dek hati. Miss Gothik gelaran yang diberi oleh orang sekeliling. Namun siapa sangka di luar nampak keras tetapi hati di dalam sangat fragile. Kerana kurang kasih sayang sejak kecil, ditambah dengan peristiwa ditinggalkan sehari sebelum majlis pernikahan, IFTINAN berubah untuk nampak kuat di mata semua orang.

Lantaran sikapnya yang tiada perasaan, setiausahanya sering bertukar ganti. Kali ini dia perlukan seseorang yang menepati cita rasanya.

“Kalau boleh I nak lelaki yang solo rider. Boleh ikut I ke mana saja tanpa alasan dan kerenah. Seseorang yang boleh terima arahan dan buat kerja dengan cekap. Mesti cepat belajar juga. I tak s**a yang ada rupa tapi otak kosong. Faham?” - IFTINAN

‘Aduh… Kenapa aku rasa lain macam ni? Psiko ke dia ni? Dia cari secretary atau jantan simpanan?’ - IYYAD

Hidayad Mifhdal, lelaki yang cukup simple. Yang simple itulah mampu menggoyah hati wanita yang dibencinya. Pertemuan pertama dengan Iftinan mengheretnya ke dalam selautan rasa benci dan meluat. Ugutan demi ugutan memaksanya terus kekal dan setia bersama wanita yang digelar lanun itu!

“Puan ke lanun… Errr, maksud saya puan ke yang langgar motor Honda saya?” - IYYAD

“Oh, finally you ingat I, pretty boy from Mars. I la lanun yang langgar motor buruk you tu. Muka you masih sama… macam skink!” - IFTINAN

Hati yang keras itu semakin lembut apabila Iftinan menempuh pelbagai peristiwa bersama Iyyad. Rasa benci yang lama bersarang luruh menyembah bumi. Perlahan-lahan hubungan yang dingin itu mula bertukar rentak tarinya.

“Andai kata lima tahun lagi kalau aku belum berkahwin dan kau pun belum bertemu jodoh... jom kita langgar garisan tu. Kita cuba saja. Agak-agak apa akan jadi kalau kita langgar? Bahagia hingga ke penghujung usia atau separuh jalan?”

Tanpa sedar dia sudah menyerahkan hati kepada lanun yang sebenarnya. Mampukah...

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit Karyaseni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbit Karyaseni:

Videos

Share

Category