Penulisan2u

Penulisan2u PENULISAN2U adalah sebuah blog cerpen & Novel Online dari Malaysia, Singapore, Indonesia & Brunei. Lebih 200,000 Koleksi Cerpen & Novel Online.

Lebih 100,000 Koleksi Cerpen & Novel Online. Untuk baca novel online layari di www.penulisan2u.my . untuk pembelian online novel penerbitan karyaseni www.karyaseni.my . untuk pembelian online novel penerbitan penulisan2u www.p2u.my

TEASER TAKWIL CINTA ZULAIKHA*   *   *   *   *"Awak nak share dengan saya apa yang awak rasa atau fikirkan sekarang?" Zul...
30/12/2024

TEASER TAKWIL CINTA ZULAIKHA

* * * * *

"Awak nak share dengan saya apa yang awak rasa atau fikirkan sekarang?" Zulaikha memaniskan wajahnya.

"Aku rasa nak mati."

Zulaikha kaku di kerusinya. Tidak menyangka sama sekali itu yang akan dia dengar.

"Kenapa Dia tak adil?"

Segera Zulaikha beristighfar di dalam hati mendengar keluhan Kamil. Namun, dia harus bersabar dengan insan seperti Kamil. Jiwanya sedang rapuh, dan dia perlukan bantuan.
"Kenapa awak fikir macam tu?"

"Pojie, dia sebaik-baik manusia yang aku kenal. Tanpa dia, tak mungkin aku boleh tamatkan degree dan dapat pekerjaan sekarang. Tapi, kenapa Dia kejam? Kenapa dia hukum Pojie dengan AIDS? Siapa akan ada dengan aku lepas Pojie mati?"

Merah muka Kamil. Tidak pasti sama ada sebab sedih ataupun marah. Zulaikha menelan liur melihat jari Kamil yang dikepal kejap menahan rasa.

"Awak pernah dengar tak, yang orang baik akan pergi dulu?"

Kamil mengangkat wajah, memusatkan penglihatannya ke arah Zulaikha.

"Awak kata Pojie baik, mungkin sebab tu Allah nak dia balik awal."

Bergerak-gerak halkum Kamil ingin membalas kata-kata Zulaikha, tapi dia tidak mampu.

"Awak, Allah itu Maha Adil. Dia tahu kemampuan hamba-Nya. Mungkin kalau dia uji awak dan Pojie dengan kesenangan dan kebahagiaan, awak lupa diri, lupa Dia. Jadi, Dia uji awak dan Pojie dengan kesusahan dan kesedihan. Itu petanda Dia sayangkan awak. Dia rindu nak dengar rintihan awak, hamba-Nya."

Kamil tersentak mendengar kata-kata Zulaikha. Ya, dia hamba-Nya, tapi sudah lama dia tidak menyembah-Nya.

"Masih adakah peluang untuk pendosa seperti aku dan Pojie?"

"Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Siapapun kita di masa lalu, tiada apa yang boleh kita ubah. Siapa kita di masa akan datang juga kita tak tahu. Apa yang penting, siapa kita di masa sekarang. Semua kita pendosa. Kita bukan nabi, yang ada sifat maksum, bukan juga malaikat yang tidak ada dosa. Kita manusia yang sentiasa melakukan dosa. Jika inginkan cinta-Nya, belajarlah mencintai-Nya bermula detik ini."

Wajah redup Zulaikha dan kata-kata gadis itu seakan memberi satu semangat baru

๐‹๐€๐˜๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐Œ๐€๐‘ - ๐‹๐ข๐ฅ๐ฒ ๐‡๐š๐ฌ๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggempark...
23/12/2024

๐‹๐€๐˜๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐Œ๐€๐‘ - ๐‹๐ข๐ฅ๐ฒ ๐‡๐š๐ฌ๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ

Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggemparkan seluruh negara. Serangan berdarah mengubah lautan biru sekelilingnya menjadi gelombang hanyir penuh darah.

Situasi ini membuatkan Muadz Jabar dan rakan pasukannya, anggota 69 Komando, terpaksa terjun ke pusaran kekacauan dengan penuh keberanian.

Di antara deru peluru dan gema ledakan, Muadzโ€”pemuda yang gagah beraniโ€”bersama sahabat-sahabatnya, termasuk Khalish, satu-satunya gadis yang baru setahun diserapkan dalam pasukan, mengangkat senjata.

Mereka berjuang dengan semangat yang membara, mereka bertekad.

"Segala-galanya untuk negara."

Khalish, di sisi Muadz, menemukan kekuatan dalam kelembutan.

"Kau, wanita, kau juga pasak kekuatan negara. Ingat, jiwa wanita lebih kuat daripada lelaki. Aku tak mahu kau beralah.โ€ ๐Œ๐”๐€๐ƒ๐™.

Pertemuan tak terduga dengan Rimbun, anak gadis Tok Sisik, ketua pemberontak kaum Layaran, menguji hati Muadz. Rimbun membenci perjuangan bapanya, lalu merayu Muadz dengan kata-kata yang penuh mengharap.

"Aku impikan kehidupan seperti gadis biasa. Punya cita-cita dan impian." ๐‘๐ˆ๐Œ๐๐”๐

Khalish jadi keliru dan curiga.

Muadz tetap bersahaja, sukar diduga.

Rimbun terus menggantung harapan di jiwa.

Bapa Rimbun terus membuat onar, mahu meranap dan meleburkan Layar Datu dengan darah.

Namun, dengan ikrar pahlawan negara, biar runtuh langit Layar Damar, Pasukan 69 Komando, terus memacu langkah, memicu senjata. Kedaulatan negara melebihi segala-galanya.

๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐๐ข ๐๐๐€๐Š๐‹ ๐๐š๐ง ๐’๐‡๐Ž๐๐„๐„ ๐Š๐€๐‘๐˜๐€๐’๐„๐๐ˆ.

TEASER 1 :Taman Rahsia Khadijah โ€“ Hon Tozoku  โ€œKamu bertanggungjawab untuk menulis biografi Dhul Fiqar.โ€ Hampir bergegar...
07/12/2024

TEASER 1 :Taman Rahsia Khadijah โ€“ Hon Tozoku

โ€œKamu bertanggungjawab untuk menulis biografi Dhul Fiqar.โ€

Hampir bergegar kerusi yang diduduki Aki saat itu. Berkocak pendengarannya. Apa yang dilakukan Harun itu tidak lebih sekadar memancing kekerdilan Aki. Orang suruhan yang dikerah membawa cawan kopi setiap pagi.

โ€œTapi Encik, saya penulis kolum saja. Penulisan biografi adalah di luar bidang saya.โ€

Sebetulnya, di luar kemampuan. Tiadalah dia merendahkan diri sendiri. Namun biar berpijak di tanah daripada ditempelak di langit tinggi. Tidak keruan dia menerima tugasan sebesar itu. Sementelah dia menyimpan rasa terhadap perlakuan Harun selama ini.

โ€œPenulisan mencakupi banyak aspek dan subjek. Hari ini kamu mungkin penulis kolum, esok lusa siapa tahu menjadi wartawan lokasi p**a. Inilah masanya kamu berkembang sebagai seorang penulis. Nah, peluang itu saya berikan kepada kamu!โ€

Kata-kata Harun itu andai diangguk bak seorang pak turut, begitu indah sekali disambut. Namun mengingati pesanan Khalid, Aki bagaikan tersentak. Entah-entah, ini salah satu perancangan Harun demi menjahanamkan karier penulisan seorang penulis tidak terbilang seperti dirinya.

โ€œMaksud saya, bidang penulisan kolum Encik Harun. Biografi memerlukan ketelitian dan pengisian yang tidak boleh dipandang enteng.โ€

Melihatkan Harun yang terdiam seketika dia menyambung, โ€œDan tentang manuskrip saya yang tidak pernah Encik Harun periksa itu? Nyata saya kurang layak.โ€

Terkenang p**a akan sebuah manuskrip yang disiapkan sejak berbulan lalu. Manuskrip novel berkisar kekeluargaan yang dihantar kepada Harun untuk pemerhatian. Namun beberapa bulan berlalu, tiada berita tentang manuskrip itu. Didiamkan seperti nisan di tanah yang tidak akan digali kembali.

Harun tersenyum sinis.

โ€œYa Aki. Saya menilai kamu berdasarkan manuskrip itu. Memang saya tidak pernah memberitahu kamu sendiri, tapi manuskrip itu sangat bagus. Melambangkan idealis seorang penulis. Tapi sebagai seorang ketua editor, saya mahu mengekalkan kamu di ruangan majalah. Jujur Aki Maylea, kamu antara penulis terhebat yang saya miliki,โ€ terbit kata-kata itu dari bibir Harun.

Keresahan, seperti ada suara halus yang membisik kata waspada ke telinganya. Ini mungkin satu jerangkap samar yang tidak terlihat dek mata kasar. Aki berkira-kira sendiri. Tidak mungkin Harun begitu mengagumi setiap tulisannya selama ini. Entah mengapa begitu sukar sekali untuk Aki serap setiap butir pujian yang sekadar mahu mengambil hatinya tatkala itu. Walhal setiap idea dan buah fikiran yang dia utarakan melalui penulisan juga kerap kali dibantah oleh Harun. Manuskrip itu p**a merupakan buah fikirannya sendiri. Tega Harun sekadar mendiamkan perkara itu.

โ€œTapi Encik Harun, selama ini...โ€

โ€œSaya banyak mengkritik kerja kamu? Banyak membangkang daripada menyokong setiap idea yang kamu usulkan? Itu caranya saya mendidik kamu Aki. Secara halusnya walaupun kelihatan kasar, namun berhasil.โ€

Aki terdiam. Ada betulnya apa yang diperkatakan Harun. Mungkin caranya agak keterlaluan dan kadangkala merundumkan motivasi, namun kesan sampingannya membuatkan Aki lebih berkerja keras demi menghasilkan penulisan yang matang.

โ€œTapi, penulisan kolum saya baru setahun jagungโ€ฆโ€

โ€œIni masanya saya mencabar kamu. Seorang penulis bersenjatakan kata, buah fikiran. Harus tajam dan kukuh untuk dipaparkan ke dada kertas. Itulah keberanian seorang penulis. Jika tidak seberani itu, usah bergelar penulis.โ€

Aki menyumpah diri sendiri dalam hati. Kata-kata Harun tampak menghiris. Menyakiti pendengarannya namun membuat hati dan kemahuannya berkobar pada masa yang sama.

โ€œIni tugasan yang berat sekali Encik Harun. Saya sendiri tidak pernah menghasilkan novel sekalipun,โ€ ujar Aki lagi.

Betapa tugasan itu meragukan. Tidak sahaja dia meragui kebolehan diri, malah dia sangsi. Niat apa yang dipendam si Harun di sebalik pelawaan sebesar ini. Sesuatu yang tidak dapat diketahui dan ditelah hanya melalui pandangan mata dan tekaan naluri.

โ€œBukan tidak pernah, tapi belum diterbitkan. Tumpukan pada biografi ini. Jika ia berjaya, saya janjikan penerbitan manuskrip novel itu.โ€

Saat itu mata Aki mengecil. Segala salah dia rasakan. Terpaksa, kepalanya mengangguk berat.

โ€œDan Aki, ini bukan tugasan. Ia permintaan,โ€ sambung Harun lagi.

Pandangan matanya mendalam menyoroti keresahan yang ibarat membarah di wajah Aki.

โ€œPermintaan?โ€

โ€œTuan empunya badan sendiri yang memilih kamu.โ€

Tatkala itu hati Aki kian kecut. Fikirannya kembali kabur. Jerangkap sudah mengena.

06/12/2024

SAYA TEST POSITIF... APA PULAK...

Kena tonton drama dan baca novel ANDAI TIADA DIA, baru best. 2 gambaran terbaik untuk peminat novel.

Setiap isnin - khamis, jam 10 malam di Astro Ria

Drama adaptasi dari novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya. Drama dari . Novel terbitan

Dapatkan novel ini di SHOPEE KARYASENI

NOVEL TERBARU KAU BICARA TENTANG CINTA (Rehan Makhtar)Sedangkan kita telah hilang arahnyaKata orang, bahagia itu tidak m...
05/12/2024

NOVEL TERBARU KAU BICARA TENTANG CINTA (Rehan Makhtar)

Sedangkan kita telah hilang arahnya

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

โ€œDaddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?โ€ - Bunyamin

โ€œKami hanya bersembang kosong.โ€ - Sera Nur

โ€œTak ada tentang saya? Tentang kita?โ€ โ€“ Bunyamin

Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan.

โ€œYouโ€™re my wife, Sera Nur. Iโ€™m going to keep you by my side foreverโ€ฆโ€ โ€“ Bunyamin

โ€œWalau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?โ€ โ€“ Sera Nur

Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.

DAPATKAN NOVEL TERBARU DARI REHAN MAKHTAR YANG TERAWAL DI SHOPEE KARYASENI BERMULA 5 DISEMBER 2024

04/12/2024

AWAK COVER LINE OK

Kena tonton drama dan baca novel ANDAI TIADA DIA

Setiap isnin - khamis, jam 10 malam di Astro Ria

Drama adaptasi dari novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya. Drama dari . Novel terbitan

Dapatkan novel ini di SHOPEE KARYASENI

DISKAUN + VOUCHER PASTI LEBIH JIMAT UNTUK PEMBELIAN NOVEL TERBARU KARYASENI.Dapatkan novel terbaru di SHOPEE KARYASENI
27/11/2024

DISKAUN + VOUCHER PASTI LEBIH JIMAT UNTUK PEMBELIAN NOVEL TERBARU KARYASENI.

Dapatkan novel terbaru di SHOPEE KARYASENI

Life Savior โ€“ Bianglala_Niskala Mudahkan jalannya ke syurgaโ€ฆ โ€œI donโ€™t need your favour even if you are the last person i...
26/11/2024

Life Savior โ€“ Bianglala_Niskala

Mudahkan jalannya ke syurgaโ€ฆ

โ€œI donโ€™t need your favour even if you are the last person in this world!โ€ โ€“ Zulaikha.

Ironinya, kata-kata itu akhirnya menghantui dirinya. Setiap kali hidupnya dilanda musibah dan dia - Diva Zula, sering mencetus masalah. Luqmanโ€”lelaki yang dia sangka membencinyaโ€”tetap hadir, walau tanpa diminta.

โ€œKalau kau lelaki, dah lama aku bagi penumbuk supaya kau tahu nak dengar arahan!โ€ โ€“ Luqman.

Di sebalik semua itu, Amal, lelaki yang menyimpan perasaan mendalam terhadap Zulaikha, tidak pernah berputus asa meski cintanya tidak berbalas.

โ€œAnd my second song I dedicate it to Zulaikha Zulkifli. I hope you will like itโ€ฆโ€

Kehidupan Zulaikha yang ceria bertukar kelam apabila keluarganya terkorban dalam satu kemalangan tragis. Dunia seakan-akan terhenti, dan dia menyepi dalam kedukaan. Namun, takdir masih punya rencanaโ€”Zulaikha dipertemukan semula dengan Luqman, kali ini kerana seekor kambing!

โ€œMaaflah Encik Luqman, saya tak dengar tadi. Ehem, Encik Luqman cari kambing ya?โ€ โ€“ Zulaikha.

โ€œEh, taklah. Saya cari laptop. Model apa ya ada kat sini? Saya datang sini, mestilah nak cari kambing. Soalan awak tu, budak tiga tahun pun boleh annoying, tahu tak? Ni, bos awak mana ya?!โ€ โ€“ Luqman.

Dua tahun berlalu, namun masih ada seseorang yang setia menanti.

โ€œZula, abang tetap akan tunggu Zula. Ambillah berapa banyak masa yang Zula nak, abang tetap di sini tunggu Zulaโ€ฆโ€

Namun, takdir sekali lagi menguji. Zulaikha dipersalahkan, dianggap sebagai perempuan pembawa malang. Hatinya yang terluka hampir hancur dan saat dia jatuh paling dalam, lelaki itu muncul lagi.

โ€œAmal pasti paling sedih bila mak cik cakap macam tu pada orang yang dia cintai, pasti dia kecewa dengan mak cik.โ€

Suara itu tanpa nada, seolah-olah sarat dengan beban perasaan.

Dia melangkah pergi, meninggalkan Zulaikha terkaku. Pandangannya yang penuh sayu menyentuh jiwa Zulaikha, dan akhirnya, air mata yang sekian lama ditahan, jatuh jua. Saat hidupnya bergelora, adakah si dia sentiasa ada? Setia menjadi penyelamat pada saat paling memerlukan.

HARI INI HARGA ISTIMEWA DI SHOPEE KARYASENI. PELBAGAI VOUCHE DAN HARGA DISKAUN MENARIK

DAH BACA BELUM NOVEL TAKWIL CINTA ZULAIKHA?โ€˜Assalamualaikum. Maaf gangguโ€ฆ awak sihat?โ€™~ZuSebaik sahaja menghantar pesana...
18/11/2024

DAH BACA BELUM NOVEL TAKWIL CINTA ZULAIKHA?

โ€˜Assalamualaikum. Maaf gangguโ€ฆ awak sihat?โ€™~Zu

Sebaik sahaja menghantar pesanan tersebut, Zulaikha kembali menyemak assignment di hadapannya. Masih banyak yang perlu dia semak. Hampir setengah jam dia fokus menyemak hasil kerja pelajar sebelum dia dikejutkan dengan bunyi notifikasi WhatsApp di handphonenya.

โ€˜Waalaikumsalam. Saya demam.โ€™~Kamil

Bulat mata Zulaikha membaca pesanan tersebut. Dia segera mendail nombor Kamil namun tidak diangkat oleh lelaki itu. Ishโ€ฆ kenapa tak nak angkat? Hatinya sudah berdebar kuat. Jangan Kamil sakit teruk sudahlah. Kesian encik tunangnya itu.

โ€˜Sorry, suara hilang, tak boleh cakap.โ€™ ~Kamil

โ€˜Macam teruk je bunyinya. Dah jumpa doktor?โ€™~Zu

Zulaikha membatalkan hasrat untuk mendail nombor Kamil sekali lagi. Kalau dah suara hilang, sudah pasti tekak Kamil sakit. Tak kan nak dipaksa untuk bercakap dengannya sedangkan melalui WhatsApp pun mereka boleh saling bicara.

โ€˜Belum. Baru dua hari demam. Kalau masih melarat, esok saya pergi klinik.โ€™~Kamil

โ€˜Nak saya teman pergi klinik? Saya boleh drive bawak awak pergi klinik.โ€™~Zu

Susah hati p**a Zulaikha kalau Kamil memandu sendirian ke klinik. Kalau demam sampai hilang suara maksudnya teruklah, kan? Kalau dah teruk macam mana nak memandu?

โ€˜No need. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun awak kerja kan, esok?โ€™~Kamil

โ€˜Saya boleh ambil cuti.โ€™~Zu

Zulaikha teringat p**a yang esok kelasnya kurang padat, cuma ada dua jam sahaja sesi tutorial. Dia masih sempat nak mencari pensyarah lain untuk bertukar jadual dengannya jika dia perlu mengambil cuti esok.

โ€˜So sweet of you. I simply just cannot say yes. Saya boleh uruskan sendiri. Awak selesaikan kerja awak ya. Nanti kita nak cuti panjang.โ€™~Kamil

Zulaikha tergelak melihat icon smiley yang digunakan oleh Kamil di hujung ayatnya. Sikap Kamil yang sentiasa memikirkan kebajikannya membuatkan dia semakin hari semakin menyayangi lelaki itu.

โ€˜Tapi, awak boleh drive ke? Kalau demam teruk macam mana nak drive?โ€™~Zu

โ€˜Ada ramai kat rumah ni boleh tolong bawakan. Jangan risau, okey. Nanti kalau awak dah duduk rumah ni, tiap kali saya demam awak tolong bawak saya ke klinik, eh.โ€™~Kamil

Ketawa besar Zulaikha membaca mesej encik tunang. Pandai sungguh lelaki itu bergurau dengannya sekarang.

โ€˜Pandai yeโ€ฆโ€™~Zu

โ€˜Betullah. Kenapa? Awak tak nak duduk sini? Nak duduk rumah lain? Rumah kita?โ€™~Kamil

Berbunga-bunga hati Zulaikha membaca frasa rumah kita. Tapi, tinggal di mana pun dia tak kisah, asalkan bersama suami tersayang. Bukankah tempat isteri di sisi suami? Amboi, dah fikir fasal suami!

Zulaikha menampar lembut pipinya berkali-kali. Menyedarkan diri daripada berangan terlampau jauh. Walaupun kini Kamil sudah bergelar tunangnya, itu bukan bermaksud dia bebas membayangkan apa sahaja dengan lelaki itu.

โ€˜Saya tak kisah duduk mana-mana pun. Kalau nak duduk rumah keluarga awak, saya okey je. Kalau awak nak duduk rumah umi dan abi pun, saya okey.โ€™~Zu

โ€˜Thank you. Lima tahun saya lari daripada ahli keluarga. Bila kahwin kena duduk asing p**ak, rasa macam tak kena.โ€™~Kamil

โ€˜Tak apa. Saya faham. Insya-Allah saya ikut saja mana yang terbaik.โ€™~Zu

โ€˜Thanks, again.โ€™~Kamil

โ€˜No mention. Dahโ€ฆ gi rehat. Esok jangan lupa pergi klinik. Tak elok biar demam lama-lama. Nanti melarat. Semoga awak cepat sembuh.โ€™~Zu

โ€˜Aminโ€ฆ esok saya pergi. Terima kasih. Dah banyak kali saya mintak awak terima kasih saya ni.โ€™~Kamil

Terburai lagi gelak Zulaikha membaca pesanan Kamil. Alahai encik tunangโ€ฆ

โ€˜Okay. Apa-apa please let me know.โ€™~Zu

Zulaikha enggan membalas gurauan Kamil. Risau jauh p**ak mereka hanyut kelak. Apa-apa pun biarlah dia simpan sehingga mereka bergelar suami dan isteri yang sah nanti. Akan dia taburkan semua ayat-ayat manisnya buat sang suami.

โ€˜Sure! Take care, my dear. Jangan kerja sampai larut malam. Kesihatan kena jaga.โ€™~Kamil

โ€˜Orang sakit kena rehat. Pergi tidur!โ€™~Zu

โ€˜Hahaha. Baik miss lecturer a.k.a Mrs-Kamil-to-be! Jangan tidur lambat. Assalamualaikum.โ€™~Kamil

Zulaikha menekan dada sambil bibir mengukir senyuman lebar. Semakin hari semakin nakal encik tunangnya. Hati berbunga membaca ayat Mrs-Kamil-to-be itu. Oh, begini rupanya rasa menyayangi dan disayangi. Ya Tuhan, biarlah rasa bahagia ini kekal menjadi milik kami, doanya di dalam diam.

โ€˜Waalaikumsalam Mr Fiance!โ€™~Zu

DAPATKAN NOVEL INI DI SHOPEE KARYASENI..

SAPA DAH BACA? NOVEL ALPHA MALE - ANJELL ( KARYASENI ) JOM DAPATKAN DI POPULAR, SMO, MPH, KINOKUNIYA. DAPATKAN CEPAT-CEP...
14/11/2024

SAPA DAH BACA? NOVEL ALPHA MALE - ANJELL ( KARYASENI )

JOM DAPATKAN DI POPULAR, SMO, MPH, KINOKUNIYA. DAPATKAN CEPAT-CEPAT SEBELUM KEHABISAN.

Aura diaโ€ฆ Lain macam!

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

โ€œDah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.โ€ โ€“ HILMAN UKASYAH
Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

โ€œLain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.โ€ โ€“ HILMAN UKASYAH

Kena p**a si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

โ€œCakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?โ€ โ€“ TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Yaโ€ฆ Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.
Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Danโ€ฆ Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman p**a tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanyaโ€ฆ

โ€œIโ€™ll do my best to protect you. Anything. Iโ€™ll even be taking a bullet for you.โ€ โ€“ HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

NOVEL SEKUAT BUNGA DITIUP ANGIN - HON TOZOKUREADY STOCK.JOM DAPATKAN DI SHOPEE KARYASENI SEKARANG...HANYA PERLU KLIK LIN...
25/10/2024

NOVEL SEKUAT BUNGA DITIUP ANGIN - HON TOZOKU
READY STOCK.JOM DAPATKAN DI SHOPEE KARYASENI SEKARANG...HANYA PERLU KLIK LINKK YANG TERSEDIA DI BAWAH๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://shopee.com.my/Karyaseni-Novel-Terbaru-SEKUAT-BUNGA-DITIUP-ANGIN-Hon-Tozoku-i.257079836.23343500036?sp_atk=49ac8132-992c-4e02-901d-a247fb0914f3&xptdk=49ac8132-992c-4e02-901d-a247fb0914f3
โ€˜Bunga yang paling cantik tidak semestinya yang berkembang mekar. Bintang yang paling jauh, tidak seharusnya paling sukar digapai.โ€™

โ€œKauโ€ฆ Kau anak terbiar. Kau tiada ibu dan ayah. Mereka ke luar negara, tapi kau ditinggalkan. Dijaga oleh orang gaji saja. Sebab itu kau budak terbiar. Anak yang tidak diingini mak bapak!โ€

PERIT buat Aki Maylea apabila dirinya dikenali sebagai anak terbiar. Tapi memang benar. Ayahnya, Ghaffar hanya akan memberinya buku setiap kali balik dari luar negara. Kemudian dia akan ditinggalkan sekali lagi berbulan-bulan lamanya. Hidupnya hanya ditemani dengan si abang, Anmar dan juga buku pemberian Tuan Ghaffar. Kehadiran Penin p**a umpama satu mantera. Mantera yang mengejutkan Aki dari sebuah dunia sepi di kediaman Tuan Ghaffar. Namun disebabkan satu peristiwa, akhirnya hidup Aki Maylea berubah.

โ€œKau harus pisahkan kedua-duanya, Ghaffar.โ€ - Datuk Zaharic

โ€œTak mungkin. Itu mustahil.โ€ - Tuan Ghaffar

โ€œApa halangannya?โ€ - Datuk Zaharic

โ€œAki.โ€ - Tuan Ghaffar

Anmar tiba-tiba menghilang. Sekali lagi Aki rasa kosong dan sunyi. 10 tahun dia mengerekot kesedihan. 10 tahun yang terlalu lama. Hatinya sudah sebal dalam penantian. Kemunculan Anmar semula membuatkan seluruh keluarga Tuan Ghaffar gempar. Namun ada sesuatu yang tidak kena pada Anmar.

โ€œKalau aku terus tinggal di sini, aku akan mati. Akiโ€ฆโ€ - Anmar

โ€œApa yang kau cakap ini tak masuk akal, Anmar.โ€ - Aki Maylea

โ€œKau akan dihalang. Setiap perlakuanmu akan diawasi, Aki. Hidupmu seperti dipenjara, fikiranmu akan dibasuh. Kau akan lupa tentang diri sendiri, tentang siapa kau yang sebenarnya.โ€ - Anmar

Itulah kata-kata terakhir Anmar sebelum ditemui mati keesokan harinya. Dan apa yang menghairankan, keluarganya hanya mengatakan Anmar bunuh diri. Aki berazam akan membongkar misteri kematian Anmar. Ada sesuatu yang tidak kena dan sengaja

SAPA DAH BACA NOVEL NI - review dan komen lah sikit.BERSYURGA DI RUSUKMU   kembali lagi SPIN OFF? BLACK GHOST?Di ruang t...
06/10/2024

SAPA DAH BACA NOVEL NI - review dan komen lah sikit.

BERSYURGA DI RUSUKMU kembali lagi SPIN OFF? BLACK GHOST?

Di ruang tamu kini ada sesi cerita penuh tawa dan kenangan tentang pengalaman dunia tentera antara papa dan abah Megat. Kedua lelaki itu kini tampak begitu santai menikmati hidangan pengat pisang bersama kopi panas yang harum baunya. Mak Amnah bersama mama duduk sambil berkongsi kisah silam.

Aku kemudiannya membawa piring berisi kuih buah Melaka kepada mereka. Satu balang kaca jernih berisi keropok belinjau, dibawa juga ke ruang tamu oleh Mak Amnah. Aku menjengah ke luar. Megat sedang duduk di pangkin luar rumah. Berteduh di bawah pohon jambu mawar.

Pengat pisang dan kopi, buah Melaka bersama keropok belinjau, cerita dan tawa, serta kehangatan keluarga pada siang hari itu memberi aku rasa kehangatan yang luar biasa di jiwa. Aku menyedari, meskipun masa depan mungkin terasa menakutkan, aku tidak sendirian. Seluruh keluarga bagai merestui. Cuma hati aku ini yang masih berbolak-balik.

Kemudian, usai mencicipi hidangan, abah Megat tiba-tiba memandang serius ke arah aku dan Megat, membuat debar aku kembali bergolak.

"Nah, sekarang setelah kita semua rasa makin mesra, makin dekat, mungkin ini waktu yang tepat untuk kita bincang tentang langkah selanjutnya," ucap abah Megat, suaranya penuh harapan.

Aku tersedak sedikit kopi yang baru saja kucicip masuk ke rengkung.

"Langkah selanjutnya?" ulang papa sambil melemparkan senyuman kepada aku. Sedang aku cuba menyembunyikan kegugupan di wajah.

"Ya, Puan Melati dan Panglima," Mak Amnah mencelah dengan senyum lembut yang selama ini selalu membuat aku berasa diterima.

"Kami, bersama dengan Megat, sudah berbincang dan kami ingin tahu bagaimana Mawar sendiri? Bila agaknya tarikh sesuai untuk kami datang melamar Mawar.โ€

Aku terasa luruh seluruh tulang-temulang. Berdetak kencang jantung aku. Ikutkan hati aku mahu lari dan menyorok!

Mama dan Papa, yang sejak awal tampak menikmati hidangan dan perbincangan, kini memandang aku dengan senyum yang sangat gembira. Mereka tampak tenang, seolah-olah berita ini adalah khabar yang mereka nantikan.

โ€œKami sebetulnya rasa segan p**a. Kami ni pihak ....

APA KATA NOVEL BLACK GHOST  # UMARALHAIDAR.yang belum baca, boleh dapatkan di SHOPEE KARYASENI.
04/10/2024

APA KATA NOVEL BLACK GHOST # UMARALHAIDAR.

yang belum baca, boleh dapatkan di SHOPEE KARYASENI.

3 BERADIK TAKLUK DUNIA DENGAN PUSHBIKEBaru berusia 5 Tahun, 7 Tahun &  9 tahunYang ada adik, anak umur 2 - 11 tahun, bol...
24/09/2024

3 BERADIK TAKLUK DUNIA DENGAN PUSHBIKE

Baru berusia 5 Tahun, 7 Tahun & 9 tahun

Yang ada adik, anak umur 2 - 11 tahun, boleh join sukan pushbike.

Kejayaan 3 Beradik menjadi inspirasi anak-anak pushbike yang lain...

22/09/2024

DRAMA HAI CINTA DENGARKANLAH - ADAPTASI DARI NOVEL KARYASENI

Jom tonton drama ini di TV3, dapatkan novel ini di Shopee Karyaseni

SAPA DAH BACA ๐๐Ž๐•๐„๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐’๐€๐˜๐€๐๐† - ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ ?Selamat datang cinta, pergilah duka. Berakhir sudah ikatan suci y...
09/09/2024

SAPA DAH BACA ๐๐Ž๐•๐„๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐’๐€๐˜๐€๐๐† - ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ ?

Selamat datang cinta, pergilah duka.

Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis.

โ€œMaafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang.โ€

Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain.

Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa.

โ€œIngat, kalau nak gatal, jangan di tempat kerja. Jadilah janda gatal kat luar. Maklumlah, kalau dah janda tu tak sah kalau tak gatal.โ€
Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah.

โ€œTerima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang.โ€ โ€“ Fatihah

โ€œSimpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya.โ€ โ€“ Mustaza

โ€œMasalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai.โ€ โ€“ Fatihah

โ€œSaya nak nombor telefon awak sebenarnya.โ€ โ€“ Mustaza

โ€œKan senang bagi tau awal-awal.โ€ โ€“ Fatihah

Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia.

โ€œSayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan dalam hati abang hanya ada Tihah seorang.โ€

Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?

09/06/2024

LIVE STREAMING LINK - ๐Œ๐Ÿ– ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐”๐’๐‡๐๐ˆ๐Š๐„ ๐†๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐Ÿ

๐•๐„๐๐”๐„ : The Welcome Center at ๐๐„๐“๐‘๐Ž๐๐€๐’ ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐ข๐ซ๐œ๐ฎ๐ข๐ญ

โ— ๐Ÿ– & ๐Ÿ— ๐‰๐”๐๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ( SERIES 1 )
8 JUNE ( TEST TRACK )
9 JUNE ( TRACK RACE ) - ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐’๐“๐‘๐„๐€๐Œ๐ˆ๐๐†
SEPANG SIC, SELANGOR

LIVE STREAMING at ๐“๐‡๐„ ๐Œ๐Ÿ– ๐‚๐˜๐‚๐‹๐ˆ๐๐† ๐‚๐‹๐”๐ ๐˜๐Ž๐”๐“๐”๐๐„ https://www.youtube.com/live/GvHxcko0uQs?si=BGfPd8d0YMFmnEZ-

Novel Dari RM 6.31๐Ÿ“š Novel Anjell Terbaruโญ Novel Terbaru Dari KLIBFโญ Extra RM 50 Off Voucher๐Ÿ“š Putar & Menang 99999 Coins*...
03/06/2024

Novel Dari RM 6.31

๐Ÿ“š Novel Anjell Terbaru
โญ Novel Terbaru Dari KLIBF
โญ Extra RM 50 Off Voucher
๐Ÿ“š Putar & Menang 99999 Coins*

Memang Terbaik hari ini 3 JUN 2024 di KARYASENI

Penerbit Novel terbaik sentiasa beri terbaik kepada Peminat NOVEL.

Kerjasama KARYASENI Bersama SHOPEE pasti anda akan dapat yang terbaik dan paling jimat.

Layari Karyaseni Shopee. MASA UNTUK SHOPPING NOVEL

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Part 1, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penulisan2u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penulisan2u:

Share

Category