23/07/2023
KENYATAAN MEDIA PEJABAT DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB
“SESUNGGUHNYA DARIPADA ALLAH KITA DATANG,
KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI”
ALOR SETAR, 23 JULAI 2023 –Dengan penuh dukacita dan pilu, adalah dimaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Julai 2023 jam 9.23 malam.
2. Jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.
3. Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.
4. Sehubungan dengan itu, pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini. Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
6. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
SYAKIRIN HUSNAL
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA MENTERI KPDN,
ALOR SETAR, KEDAH,
AHAD, 23 JULAI 2023,
10.00 MALAM. # # #