Cerita Kini

Cerita Kini semoga terhibur :)
(2)

KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIAPengumuman status Covid-19
08/05/2023

KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Pengumuman status Covid-19


Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha di Malaysia
04/05/2023

Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha di Malaysia


SITI BAINUN DIDAPATI BERSALAHMahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali d...
03/05/2023

SITI BAINUN DIDAPATI BERSALAH

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen iaitu Izralizam Sanusi berpendapat bahawa pihak pembelaan gagal mengemukakan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Susulan itu, hakim memberi peluang kepada peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Siti Bainun yang memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita, tiba di Kompleks Mahkamah sekitar 8.20 pagi tadi bagi mengetahui nasibnya sama ada dilepaskan atau disabitkan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.

Terdahulu, kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.

Susulan daripada itu iaitu pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.

Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu, di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa.

Sumber: Free Malaysia Today



BUDAK 12 TAHUN MAUT BUKAN SEBAB STROK HABA - Jabatan Kesihatan Negeri Johor
02/05/2023

BUDAK 12 TAHUN MAUT BUKAN SEBAB STROK HABA - Jabatan Kesihatan Negeri Johor

02/05/2023

TAHNIAH TEAM MALAYSIA !!! πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‘

Send a message to learn more

3  LELAKI CEDERA KEMALANGAN 3 KENDERAANSUNGAI PETANI – Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan...
02/05/2023

3 LELAKI CEDERA KEMALANGAN 3 KENDERAAN

SUNGAI PETANI – Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang dalam keadaan hujan lebat dan jalan licin.

Kata beliau, kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Hino dengan muatan batu dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah Kuala Ketil ke Jalan Bandar Puteri Jaya hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

β€œLori tersebut kemudian bertembung dengan sebuah lori jenis Scannia dipandu lelaki berusia 23 tahun dan sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 27 tahun.

β€œImpak perlanggaran yang kuat menyebabkan ketiga-tiga pemandu kenderaan terlibat mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR
2 Mei 2023, 7:00 pm
KOSMO! ONLINE

02/05/2023

Sampai patah dibuatnya πŸ€£πŸ€£πŸ˜…


BUDAK 12 TAHUN DISYAKI MANGSA TERBARU STROK HABAKLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira...
02/05/2023

BUDAK 12 TAHUN DISYAKI MANGSA TERBARU STROK HABA

KLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki disebabkan strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat.

"Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk.

"Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.

"Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.

"Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.

Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.

Beliau berkata, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.

"Anak saya dikebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong," katanya.

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Mei 2, 2023 @ 11:20am
[email protected]

Akhirnya... pelakon utama ditemui 😹😹😹
02/05/2023

Akhirnya... pelakon utama ditemui 😹😹😹

Address

Shah Alam

Telephone

+60126697755

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies


Other Media/News Companies in Shah Alam

Show All