LKKFM

LKKFM Radio Online Pertama yang memutarkan lagu2 Dikir Dan Loghat 24jam Tanpa Henti

🚨 JAWATAN KOSONG SEGERA – LIVE HOST 🚨Nak income RM3,000 – RM8,000 sebulan?Ini peluang CEPAT & REAL untuk anda yang beran...
07/01/2026

🚨 JAWATAN KOSONG SEGERA – LIVE HOST 🚨

Nak income RM3,000 – RM8,000 sebulan?

Ini peluang CEPAT & REAL untuk anda yang berani ke depan kamera 💥

Kami cari LELAKI / PEREMPUAN (20–45 tahun)
📌 Tak malu
📌 Cepat belajar
📌 S**a bercakap & yakin
📌 Betul-betul nak UBAH HIDUP

💰 GAJI + ELAUN + KOMISEN
🏖️ CUTI CAPAI KPI

🔥 Produk Minuman Kesihatan Jus Organik Buah-Buahan (senang jual!)

⏳ KEKOSONGAN 10 ORANG – SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

📞 Terus hubungi sekarang:
012-821 1494

👉 Jangan tunggu esok. BERTINDAK SEKARANG!

Allahu Robbi 😭 harap berita ni benar. Alangkah molek bila ulama memimpin
07/01/2026

Allahu Robbi 😭 harap berita ni benar. Alangkah molek bila ulama memimpin

SJKC dapat RM80 juta.SJKT dapat RM50 juta.Yang ni semua orang bising, share laju, siap buat muka terkejut konon “terping...
07/01/2026

SJKC dapat RM80 juta.
SJKT dapat RM50 juta.

Yang ni semua orang bising, share laju, siap buat muka terkejut konon “terpinggir” la, “berat sebelah” la.

Tapi hangpa jangan cerita setakat tu ja.
Cerita biar habis. Jangan main potong bab.

Yang sebenarnya 👇
✅ Sekolah Agama Rakyat & Tahfiz pun dapat RM200 juta.
Yang ni sunyi. Tak viral. Tak masuk poster.

Pastu ada p**ak tanya,
“Eh SK & SMK tak dapat apa ka?”

Oh… yang tu PMX dah umum awal dalam Belanjawan 2026 tahun lepas.
Bukan sikit-sikit wei…
👉 RM2 BILION untuk SK & SMK seluruh negara.

Jadi naratif “kerajaan lupa sekolah arus perdana” tu…
cerita lama yang dah expired.

Bab pendidikan ni memang lain sikit.
Sebab apa?
Sebab jiwa pendidik tu tak pernah tanggal dari diri Cikgu Anwar.
Dulu cikgu, sekarang PM — DNA tu masih melekat.

Kalau nak kritik, kritik dengan fakta.
Bukan ambil satu slide, lepas tu buat drama air mata.

Mantoba cakap terus terang:
📌 Yang dapat, semua dapat.
📌 Yang penting, cerita jangan separuh masak.

💪🏻📚

RM80 juta untuk SJKC dipersoal, tapi sekolah kerajaan p**a dapat berbilion untuk operasi, bina sekolah baharu, tambah bi...
07/01/2026

RM80 juta untuk SJKC dipersoal, tapi sekolah kerajaan p**a dapat berbilion untuk operasi, bina sekolah baharu, tambah bilik darjah dan baik pulih sekolah daif. Fakta mudah: SJKC dapat peruntukan khas, sekolah kerajaan tetap tulang belakang sistem pendidikan negara. Jangan potong satu, tutup mata pada keseluruhan.

Sebuah kereta bernombor pendaftaran Malaysia terbabas dan melanggar seorang lelaki berusia 75 tahun di Phatthalung pada ...
07/01/2026

Sebuah kereta bernombor pendaftaran Malaysia terbabas dan melanggar seorang lelaki berusia 75 tahun di Phatthalung pada petang Jumaat, mengakibatkan kematian di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5:40 petang di Kampung Ban Ton Teen Ped, Ban Na, Srinakarin. Kereta Honda itu dipandu oleh lelaki berusia 36 tahun yang sedang dalam perjalanan bersama keluarganya sebelum hilang kawalan dan melanggar mangsa, Prapol Dam-am, 75. Mangsa terjatuh ke dalam parit tepi jalan dan meninggal dunia.

Menurut polis Thailand, rakaman dashcam menunjukkan kereta terbabit terbabas keluar lorong, kemungkinan kerana pemandu tertidur. Pemandu dilaporkan tergamam dan terkejut selepas kemalangan. Polis masih menyiasat dan akan bertindak mengikut prosedur undang-undang.

Fikir sejenak.. pelik tapi benar..nilaikan sendiri Dr pucuk pimpinan UMNO..rasa nya rakyat Malaysia x bodoh kot.. Agak2 ...
05/01/2026

Fikir sejenak.. pelik tapi benar..nilaikan sendiri Dr pucuk pimpinan UMNO..rasa nya rakyat Malaysia x bodoh kot.. Agak2 yg bersuara ari tu nak bersama tu dr akar umbi UMNO atau dr akar umbi PAS??🤣🤣 Mana tumpah nya kuah kalau x ke nasi🤣🤣 cikgu sama ank murid,dia punya spin tu kedai DOBI pun kalah..spin dia org,blm pusing lagi mesin basuh baju dah kering..🤣🤣🤣🤣 fikir2 kan lah 🤔🤔 tanya je pun 🤣🤣


Akmal usah sembang pasal penyatuan Melayu, sebab hari ni Akmal sedang pecahbelahkan UMNO.UMNO kini berpecah kepada dua i...
05/01/2026

Akmal usah sembang pasal penyatuan Melayu, sebab hari ni Akmal sedang pecahbelahkan UMNO.

UMNO kini berpecah kepada dua iaitu pro-PAS dan pro-UMNO, dan jelas Akmal ialah pro-PAS.

Akmal sedang menghina UMNO. Akmal anggap UMNO hari ini lemah, dan PAS p**a menjadi penyelamat UMNO.

Salah tu Akmal.

PAS sebenarnya yang sedang lemah dan PAS yang lebih memerlukan UMNO selepas retak hubungan dengan BERSATU.

PRK Nenggeri dan Ayer Kuning menjadi saksi kekuatan UMNO. Majoritu peti undi Melayu semua UMNO menang.

Bahkan dalam PRN Sabah, UMNO jauh lebih kuat berbanding PAS dalam kalangan parti Malaya.

Inilah masanya untuk UMNO rampas kembali kerusi UMNO yang dimenangi oleh PAS dan BERSATu dalam pilihanraya akan datang.

Percayalah PAS tidak akan serahkan kerusi yang mereka menang.

Kalau Akmal masih berdegil mahukan PAS, pergilah Akmal, tiada siapa halang.

Tinggalkan UMNO, sertailah PAS.

Jangan heret UMNO kepada perpecahan.

Insya Allah, UMNO kini semakin kuat dan akan rampas banyak kerusi dari PAS dalam pilihanraya akan datang.

Padu Kak Ava…Mutawifah Ikhlasdotcom rupanya…Patut la bersungguh tekan jemaah sampai tikam belakang….Beriya suh pakai ikh...
05/01/2026

Padu Kak Ava…

Mutawifah Ikhlasdotcom rupanya…

Patut la bersungguh tekan jemaah sampai tikam belakang….

Beriya suh pakai ikhlasdotcom. Dapat komision ke? Harga awak RM1700x36=61,200.00 MYR

Harga saya malaysia airlines lagi tau jauh lebih baik RM 1453x36=52,308.00 MYR

Hampir 10k beza tu.

Takpe kita lihat sejauh mana. Bile ckp phone dengan saya tak perlu mentioned dato itu ini. You pun tak kenal saya siapa…

By the way you tak malu ke pakai duit yang kami kumpul memelalui group umrah ni? Kenapa tak pakai je duit sendiri?

Nak nama ambil. Tapi belajar adab.

J*p saya akan remove semua iklan ikhlasdotcome. Tolong jangan promote di group page saya. Jijik rasa.

Btw ada salah satu keluar kata korang datang awal awal ikhlas apa tah dari hari pertama takde pun kasi sebotol air mineral ke apa.

Kami ni siap masak seharian untuk jemaah. Satu nama pun kami tak mahu.

Pakai media pun sendu dapat collect RM4k je.

Saya tak pakai media tak abis 2 jam cukup sifat dah.

Kalau nak nama pakai la dana sendiri. Duit orang ramai saya kene refund balik.

RM59,000-RM5000=54,000.00 MYR

Tak banyak. Lebih baik hantar orang tunai ibadah diam diam dari sibuk nak nama. 🧐

Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Januari 2026, selari ...
05/01/2026

Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Januari 2026, selari dengan keputusan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, langkah itu diambil susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, selain mengambil kira realiti dan keperluan politik semasa demi kesinambungan kepimpinan serta kestabilan gabungan berkenaan.

Hamzah bagaimanapun menegaskan beliau kekal komited untuk terus menyumbang kepada PN dalam apa jua kapasiti, sambil memberi ruang kepada kepimpinan baharu memperkukuh peranan pembangkang dan strategi menghadapi cabaran politik akan datang.

Sumber: Harian Metro

Tiada nas secara jelas yang melarang atau mengharamkan seseorang itu  untuk membeli kain kafan yang mahal. 🙏
04/01/2026

Tiada nas secara jelas yang melarang atau mengharamkan seseorang itu untuk membeli kain kafan yang mahal. 🙏

Nilai Ringgit terus mengukuh berbanding mata wang asing, termasuk riyal Arab Saudi, sekali gus membawa perkembangan posi...
04/01/2026

Nilai Ringgit terus mengukuh berbanding mata wang asing, termasuk riyal Arab Saudi, sekali gus membawa perkembangan positif kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah.

Berdasarkan semakan di laman penukaran mata wang XE Currency, kadar semasa menunjukkan 1 riyal Saudi bersamaan kira-kira RM1.08, hampir menyamai nilai 1 ringgit dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Sumber: OhMedia & XE Currency

Pendapatan pertama selepas kena banned hampir 2tahun...amin. akhirnya dpt..syukur pada Allah....
04/01/2026

Pendapatan pertama selepas kena banned hampir 2tahun...amin. akhirnya dpt..syukur pada Allah....

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKKFM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LKKFM:

Share