Tripkesekinchan

Tripkesekinchan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tripkesekinchan, Digital creator, Putrajaya.

Rezeki Fajar Community sebuah akademi yang terdiri daripada jurulatih berpengalaman menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan. RFC Akademi memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

XFox menawarkan peluang Share Partner kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan pasif.Perniagaan ini yang ber...
27/03/2024

XFox menawarkan peluang Share Partner kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan pasif.

Perniagaan ini yang berkonsepkan "MUDHARABAH", perkongsian keuntungan.

Ahli hanya perlu menyimpan sahaja di XFOX. Pihak syarikat yang akan meniagakan modal tersebut. Kemudian, Hibah akan dibahagikan pada nisbah 80:20 antara Sharepartner dan Syarikat ”

16/01/2024
Pasar Sungai Haji Dorani di Sabak Bernam merupakan pasar yang rata - ratanya menjual hasil dari tangkapan nelayan persis...
15/01/2024

Pasar Sungai Haji Dorani di Sabak Bernam merupakan pasar yang rata - ratanya menjual hasil dari tangkapan nelayan persisiran pantai, di sini pengunjung boleh mendapatkan ikan - ikan segar, mentarang dan juga pelbagai jenis ikan masin yang telah diproses.

Trip Ke Sekinchan membawa pengalaman makan seafood segar dan manis yg s**ar dijumpai di tempat lain.

Jangan Risau Di Sekinchan anda takkan lapar. Sepanjang jalan restoran dan kedai makan best2 tersedia dihidang dari hasil...
10/01/2024

Jangan Risau Di Sekinchan anda takkan lapar. Sepanjang jalan restoran dan kedai makan best2 tersedia dihidang dari hasil laut yang segar. Antaranya ni haa...

Singgah ke restoran Mee Udang Banjir Udang Galah. Sudah tentunya makanan istimewa restoran ini adalah Mee Udang Banjir Udang Galah bersaiz sederhana berharga RM15, terdapat 5 hingga 6 ekor udang galah besar di dalam satu mangkuk untuk tuan puan sorang.
Puas hati lah katanya!

Pantai Sasaran di Kuala Selangor diberi nama Sky Mirror kerana pantulan langitnya yang kelihatan sama seperti cermin. 'P...
10/01/2024

Pantai Sasaran di Kuala Selangor diberi nama Sky Mirror kerana pantulan langitnya yang kelihatan sama seperti cermin. 'Pulau' misteri yang pernah menjadi salah satu destinasi rahsia di Kuala Selangor ini boleh diakses dengan menaiki bot. Sky Mirror sebenarnya merupakan beting pasir yang muncul secara luas di atas permukaan laut semasa air laut surut. Ini membolehkan anda menikmati pemandangan langit dan laut yang bersambung. Selain mengagumi pemandangan langit, jangan lupa juga untuk melihat ke bawah kaki kerana anda akan menemui haiwan laut yang bertaburan di pasir seperti ketam kecil, anak kerang, anggur laut dan pelbagai siput yang cantik.

Nikmati hari yang indah di Sky Mirror, Pantai Sasaran sambil tangkap banyak gambar pantulan yang menarik di perairan cetek. Sky Mirror terletak di laut terbuka yang berjarak 30 minit dari Kuala Selangor, anda hanya boleh sampai ke sini dengan menyertai lawatan bot yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat pelancongan. Tempah lawatan anda di Klook untuk menikmati kadar terbaik! Lawatan Sky Mirror di Kuala Selangor ini termasuk tiket bot Sky Mirror di Pantai Sasaran, makanan & minuman serta insurans.

Tuan Puan, Sekinchan ni ada taman tema air ya!  Hebat, kan Taman Tema Air dalam suasana kampung ? Pastikan anda tidak le...
10/01/2024

Tuan Puan, Sekinchan ni ada taman tema air ya! Hebat, kan Taman Tema Air dalam suasana kampung ? Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk membawa anak-anak dan kaum keluarga ke MSekin Wonderland apabila datang ke Sekinchan nanti.

MSekin Wonderland ini terletak berdekatan dengan Pantai Redang Sekinchan dan bersambung dengan Sekin Hotel & Resort. Jadi, jika anda akan ke sini, bolehlah menginap sekali di hotel.

Galeri Padi Sekinchan merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai, 4 dalam 1. Jomlah ajak anak-anak dan keluarga p...
09/01/2024

Galeri Padi Sekinchan merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai, 4 dalam 1. Jomlah ajak anak-anak dan keluarga pelajari dan ketahui tentang padi dan beras. Lagipun, setiap hari makan nasi, kan?

Di Sekinchan inilah anda boleh pelajari tentang makanan asasi orang kita.

Di sini, anda akan dibawa ke galeri padi di mana anda boleh menonton sebuah dokumentari tentang sejarah padi di Selangor ini, cara is ditanam pada zaman dahulu dan sejarah perkembangan teknologi penanaman dan penyemaian padi.

Bayaran Masuk: RM5 seorang (kanak-kanak bawah ketinggian 95cm boleh masuk secara percuma)
Waktu Operasi: 9 pagi – 5.30 petang setiap hari (kecuali waktu rehat iaitu pada pukul 12.30 – 1.45)

Sebaik sahaja membayar tiket masuk, kami diberikan sepaket beras setiap seorang sebagai cenderahati. Wah, belum apa-apa sudah dapat hadiah!

Jika anda merancang untuk tidur semalam atau overnight di Sekinchan, bolehlah Cuba Triangle Farm Cottage House. Maklumla...
09/01/2024

Jika anda merancang untuk tidur semalam atau overnight di Sekinchan, bolehlah Cuba Triangle Farm Cottage House. Maklumlah, dah seharian berjalan dan meneroka Sekinchan, mesti letih, kan?

Jadi penginapan unik seperti Triangle Farm Cottage House ini memang sesuai la dengan trip anda. Terletak di Farmville Homestay, Sekinchan, Triangle Farm Cottage House mengetengahkan konsep rumah tiga segi dan glamping sebagai penginapan. Memang comel, unik dan selesa.

Sekinchan memang banyak menempatkan ladang dan kebun buah-buahan. Jadi, jika anda ke Sekinchan, banyak sangat tempat yan...
09/01/2024

Sekinchan memang banyak menempatkan ladang dan kebun buah-buahan. Jadi, jika anda ke Sekinchan, banyak sangat tempat yang boleh anda kunjungi untuk dapatkan sayuran dan buah-buahan yang segar.

Sebuah lagi ladang yang perlu anda kunjungi ialah Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Sebenarnya, ia merupakan ladang kelapa, tetapi banyak gerai makanan dan minuman dibuka di sini.

Jadi anda dan keluarga dapat menikmati makanan dalam suasana yang cukup istimewa.

Banyak yang mungkin tidak menyedari tentang Pantai Redang Sekinchan. Kejutan terbesar adalah bahawa di Sekinchan, terdap...
09/01/2024

Banyak yang mungkin tidak menyedari tentang Pantai Redang Sekinchan. Kejutan terbesar adalah bahawa di Sekinchan, terdapat destinasi rekreasi yang tersembunyi, mengundang untuk dinikmati bersama keluarga, pasangan, atau rakan-rakan.

1. Bergambar
Aktiviti utama di pantai tentu sekali melibatkan bergambar atau OOTD! Siapa yang tidak s**a berfoto, terutamanya di tempat yang penuh dengan sudut menarik. Mengabadikan gambar di bawah sinaran matahari tidak hanya menambah kesan pencahayaan yang indah, tetapi juga memastikan hasil gambar yang lebih hebat!

2. Berkelah
Aktiviti utama yang sering dinikmati di tepi pantai tanpa ragu ialah berkelah. Sebar tikar di pasir pantai dan aturkan hidangan yang telah dibawa. Dengan banyaknya pokok yang menambahkan kesejukan di tepi pantai, anda boleh berkelah dengan penuh keselesaan.

3. Memancing
Bagi mereka yang gemar memancing, lokasi ini benar-benar sesuai untuk anda. Terdapat banyak sudut yang boleh dijadikan tempat terbaik untuk menangkap pelbagai jenis ikan.

Pantai ini sering menjadi destinasi pilihan bagi peminat memancing. Seringkali, pertandingan memancing diadakan di sini. Ini kerana hasil laut di kawasan ini sangat memuaskan. Anda pasti tidak akan pulang dengan tangan hampa.

4. Menikmati Makanan Laut
Ada yang mengatakan Pantai Redang Sekinchan merupakan syurga makanan laut yang halal di destinasi pelancongan ini. Terdapat banyak gerai dan restoran di sini yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Pilihlah yang paling memikat selera anda.

Pernah tak anda melihat burung helang dalam elemen semulajadinya? Selalunya kita dapat melihat burung helang di zoo atau...
09/01/2024

Pernah tak anda melihat burung helang dalam elemen semulajadinya? Selalunya kita dapat melihat burung helang di zoo atau taman burung, kan?

Di Sekinchan anda boleh melihat burung helang dalam keadaan dan suasana alaminya. Eagle Feeding di Pasir Penambang adalah antara pengalaman yang perlu anda alami walau sekali seumur hidup.

Disekinchan anda juga boleh menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan yang cukup tenang. Sangat berbeza dengan suasana kota yang sentiasa sibuk dan penuh dengan tekanan.

Di sini, anda boleh bergaul mesra dengan para nelayan dan memahami cara hidup yang berbeza. Jangan lupa juga untuk singgah di kedai-kedai makan di sini untuk nikmati hasil tangkapan yang cukup segar.

Jom nikmati suasana desa yg kaya dengan budaya Malaysia dalam Selangor.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tripkesekinchan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tripkesekinchan:

Share