Selangor Insight

Selangor Insight BERITA TERKINI
SELANGOR INSIGHT

BAJU MERAH TURUN SELAMATKAN NEGARA DARI PUAK PN - JAMAL"Pemuda Perikatan Nasional (PN) nak buat demo (demonstrasi) depan...
12/09/2023

BAJU MERAH TURUN SELAMATKAN NEGARA DARI PUAK PN - JAMAL

"Pemuda Perikatan Nasional (PN) nak buat demo (demonstrasi) depan Sogo (Kompleks Sogo) pada 16 September ini.

Jom Baju Merah turun juga selamatkan negara daripada puak PN" tegas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam hantaran di laman facebook miliknya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, dilaporkan akan mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan Kompleks Sogo pada Sabtu ini bagi memulakan kempen 'Gerakan Selamatkan Malaysia'.

Perhimpunan itu bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, minggu lalu.

Terdahulu, polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berhubung penganjuran 'Himpunan Selamatkan Malaysia' yang dijadual berlangsung di sekitar pusat beli belah Sogo, Sabtu ini.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran perhimpunan yang dirancang pada Hari Malaysia, 16 September itu.

*KENYATAAN MEDIA*Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang dilihat menggunakan kekerasan ketika me...
10/09/2023

*KENYATAAN MEDIA*

Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang dilihat menggunakan kekerasan ketika mengadakan operasi terhadap 'Mat Motor' khususnya peserta Himpunan Yamaha RXZ Members 5.0 di Terengganu baru-baru ini.

Pendekatan serta kaedah lapuk dan kuno ini perlu dihentikan segera dan pihak polis tidak sepatutnya melayan Mat Motor ini umpama penjenayah tegar mahupun pengganas.

Pendekatan kekerasan terhadap Mat Motor khususnya dari kalangan anak muda boleh mendatangkan bahaya termasuk risiko kemalangan dan sudah tidak relevan lagi. Kita memerlukan pendekatan baharu yang lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam mendidik mereka.

Ingin saya tegaskan, saya tidak berniat untuk mempertikai usaha penguatkuasa khususnya pihak Polis dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya, namun yang ingin diberi perhatian adalah tindakan pihak Polis yang dilihat menggunakan pendekatan kekerasan yang boleh mengundang bahaya.

Pada hemat saya dalam kes Mat Motor seperti ini, tidak perlu lah menggunakan kekerasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, memadai dengan menyaman mereka seperti mana peruntukan undang-undang.

Kita khuatir pendekatan kekerasan seperti yang dilihat tersebut boleh mengundang kepada insiden yang tidak diingini termasuk kemalangan dan risiko kepada pihak Polis sendiri.

Saya dimaklumkan beberapa orang peserta Himpunan Yamaha RXZ Members 5.0 dari Selangor ada yang mengalami trauma ekoran kekerasan yang digunakan terhadap mereka ketika operasi pihak polis.

Saya memahami perkara ini, kerana saya juga pernah menjadi mangsa kekerasan pihak penguatkuasa ini semasa remaja ketika menunggang motosikal di ibu negara.

Oleh itu, saya akan menghantar surat kepada Ketua Polis Negara bagi memohon untuk mengadakan pertemuan serta membantah tindakan kekerasan terhadap Mat Motor.

Sekian.

*DATO' SRI JAMAL MD. YUNOS*
Ketua Komunikasi BN Selangor
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar

Ahad | 10 September 2023

Nikmati keceriaan anda di Msekin Wonderland pada hujung minggu ini 😁🀩 Anda boleh dapatkan tiket secara online di ticket2...
24/08/2023

Nikmati keceriaan anda di Msekin Wonderland pada hujung minggu ini 😁🀩

Anda boleh dapatkan tiket secara online di ticket2u atau pun boleh dtg secara walk-in.

Segalanya keceriaan pasti bermula di Msekin Wonderland 🫰

Harga tiket :
Kanak-kanak : RM25
Dewasa : RM 30
Warga Emas (60t ke atas) : RM 25

Waktu operasi : 9 pagi sehingga 6 petang ✨

🌊Lebih dari 10 jenis kolam yg berbeza paras air
🌊Kolam Angin / Soopa Doopa
🌊Kolam Dewasa yg luas
🌊Indoor Playground πŸŽͺ
🌊Outdoor Playground πŸ›
🌊Cafe Msekin Makan Tengahari πŸ›
🌊Kiosk Makanan πŸ”πŸŸπŸπŸ—
🌊Kiosk Pakaian dan Tudung Renang
🌊Kiosk IKS
🌊Surau Msekin πŸ•Œ
🌊 Tempat berehat tertutup (Gondola)

Waze πŸ“ : Msekin Wonderland

γ‚šviralγ‚· γ‚šviral γ‚š

γ‚šviralγ‚· γ‚šviral γ‚š

Nak suasana perkahwinan tepi pantai?? Jom dapatkan PROMOSI pakej Perkahwinan di Dewan MQ10, Msekin Wonderland, Resort & ...
20/08/2023

Nak suasana perkahwinan tepi pantai?? Jom dapatkan PROMOSI pakej Perkahwinan di Dewan MQ10, Msekin Wonderland, Resort & Mkopi Laut 😍😍😍

Tempahan awal digalakkan πŸ”ŠπŸ”Š
Jom share pada semua 🀩

γ‚šviralγ‚· γ‚šviral

Allahuakbar...
17/08/2023

Allahuakbar...

Semua dah pakat balik kampung nak mengundi ke tu..😁 jom santai, sembang² malam ini 😁
11/08/2023

Semua dah pakat balik kampung nak mengundi ke tu..😁 jom santai, sembang² malam ini 😁

10/08/2023

JANGAN PERSIAKAN USAHA, TEGAS TANGANI PERSEPSI - ISRAK

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Tuan Haji Israk meminta jentera perpaduan parlimen sungai besar untuk mengekalkan usaha dalam menangani persepsi negetif dari pihak pembangkang pada saat-saat akhir menghadapi PRN.

Israk juga mengharapkan anak-anak pengundi yang tinggal di luar daerah atau kawasan bertindak membuat pilihan wakil rakyat yang tepat demi mengekalkan kesejahteraan serta pembanggunan yang baik di tempat asal mereka.

Beliau berkata demikian ketika berceramah dalam program kempen persediaan hari mengundi PRN Selangor DUN Sungai Panjang yang diadakan di PDM Sungai Haji Doranj, Sungai Besar.

10/08/2023

TAK UNDI BN-PH, JANGAN KELUAR MENGUNDI - GURAU AHMAD MASLAN

Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa bawak umpan,
Kami sekarang sudah kamcing,
Demi generasi masa depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Bin Maslan berpantun dan dengan gurauan meminta pengundi yang tidak mahu mengundi Barisan Nasional serta Pakatan Harapan untuk tidak keluar mengundi malah hanya duduk sahaja di rumah.

Ahmad Maslan menghadiri kempen ceramah Perpaduan bagi Persediaan Hari Mengundi PRN Selangor DUN Sungai Panjang di PDM Sungai Hj Dorani, Sungai Besar.

Wakil rakyat dari Kerajaan Perpaduan pasti menjamin kesinambungan kemajuan dilaksanakan dengan baik. InsyaAllah πŸ˜‰ *pasti...
10/08/2023

Wakil rakyat dari Kerajaan Perpaduan pasti menjamin kesinambungan kemajuan dilaksanakan dengan baik. InsyaAllah πŸ˜‰

*pastikan anda bijak membuat pilihan 🫣

Kekalkan kestabilan adalah matlamat kita. Rakyat bijak memilih πŸ˜‰
09/08/2023

Kekalkan kestabilan adalah matlamat kita. Rakyat bijak memilih πŸ˜‰

Kluster Mahkamah paling kontroversi 🫣
09/08/2023

Kluster Mahkamah paling kontroversi 🫣

Mudahnya kerja... 🫣
09/08/2023

Mudahnya kerja... 🫣

Kekalkan kestabilan Malaysia Madani πŸ’™β€οΈ
08/08/2023

Kekalkan kestabilan Malaysia Madani πŸ’™β€οΈ

Pengundi luar DUN Sungai Panjang yang berada di sekitar SHAH ALAM dan LEMBAH KLANG dijemput menyertai program santai ini...
07/08/2023

Pengundi luar DUN Sungai Panjang yang berada di sekitar SHAH ALAM dan LEMBAH KLANG dijemput menyertai program santai ini πŸ”ŠπŸ”Š

γ‚šviralγ‚·

Sanusi lagi.. Ini bukan propaganda, ini kerana taksub berkempen.. jangan tuduh parti lain nk melemahkan kalau perkara yg...
07/08/2023

Sanusi lagi.. Ini bukan propaganda, ini kerana taksub berkempen.. jangan tuduh parti lain nk melemahkan kalau perkara yg terang dan nyata keluar dari ayat si panglima perang PNbeshhsgt 🫣

* Terserempak surat kat wall pesbuk jiran rumah sebelah..

𝗔𝗕𝗔𝗛 π—¦π—”π—žπ—”π—¨ π——π—¨π—œπ—§ π—žπ—ͺ𝗔𝗑Adakah RM3 bilion masih tidak mencukupi sehingga duit akaun amanah negara di dalam KWAN hendak diamb...
07/08/2023

𝗔𝗕𝗔𝗛 π—¦π—”π—žπ—”π—¨ π——π—¨π—œπ—§ π—žπ—ͺ𝗔𝗑

Adakah RM3 bilion masih tidak mencukupi sehingga duit akaun amanah negara di dalam KWAN hendak diambil?

π—§π—’π—Ÿπ—”π—ž π—£π—˜π—₯π—œπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π—‘π—”π—¦π—œπ—’π—‘π—”π—Ÿ

* Sepupu min anta td kat wsap.. 🫣

Selamat mengundi awal buat semua anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bu...
07/08/2023

Selamat mengundi awal buat semua anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Buatlah pilihan yang terbaik untuk membela nasib anda dan keluarga. πŸ’™β€οΈ

06/08/2023

Ade lagi lah korang 🫣

Kekalkan Kerajaan Perpaduan
06/08/2023

Kekalkan Kerajaan Perpaduan

Pembaris itu lurus.. 🫣
06/08/2023

Pembaris itu lurus.. 🫣

06/08/2023

Ingatkan ape tadi.. 🫣

‼️LIVE ‼️LIVE ‼️LIVE ‼️*CALON BARISAN NASIONAL N.03, DATO MOHD IMRAN TAMRIN* akan berada dalam live pada pukul 11.30 mal...
05/08/2023

‼️LIVE ‼️LIVE ‼️LIVE ‼️

*CALON BARISAN NASIONAL N.03, DATO MOHD IMRAN TAMRIN* akan berada dalam live pada pukul 11.30 malam.

Link live :

kemana Hala Tuju Pemuda UMNO SEL. Check out Dzulhilmi Zainol(dzulhilmi.zainol) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Dzulhilmi Zainol(dzulhilmi.zainol).

TERDESAK, CALON PN RAIH UNDI GUNA FOTO SANUSI?Calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Razali Shaari melakukan tindakan terd...
05/08/2023

TERDESAK, CALON PN RAIH UNDI GUNA FOTO SANUSI?

Calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Razali Shaari melakukan tindakan terdesak untuk meraih undi dengan mempromosikan ikon biadap, khianat dan derhaka kepada Sultan Selangor ketika berkempen yang berbaki kurang 7 hari lagi sebelum hari mengundi, Sabtu ini.

Perbuatan jentera PN Sg Panjang yang memasang billboard itu jelas cuba menjadi menjejaskan ketenteraman dan keharmonian masyarakat luar bandar khususnya Sg Panjang.

Rakyat Selangor tidak boleh menerima seorang penderhaka kepada Istana Selangor, apatah lagi Baginda amat prihatin dan sentiasa menjaga kepentingan umat Islam dan tanah jajahannya.

Suprise katanya 🀭🀭 min tergelak tersipu-sipu
04/08/2023

Suprise katanya 🀭🀭 min tergelak tersipu-sipu

04/08/2023

Ada kwn anta kat min.. 🫣

GAIK MENG BUAT PENGUNDI MELAYU RAGUCalon Perikatan Nasional (PN), Goh Gaik Meng menzahirkan cita-cita untuk menjadi suar...
04/08/2023

GAIK MENG BUAT PENGUNDI MELAYU RAGU

Calon Perikatan Nasional (PN), Goh Gaik Meng menzahirkan cita-cita untuk menjadi suara bagi mempertahankan peranan serta kepentingan masyarakat cina di Sekinchan.

Namun, persoalan lain muncul terhadap nasib 46% pengundi melayu serta kaum lain di Sekinchan.

Walaupun majoriti pengundi datang daripada kaum cina, namun kenyataan calon PN itu mampu menjejaskan kepercayaan pengundi Melayu dan kaum lain di Sekinchan.

"Suara orang Cina tidak boleh hilang dalam pembangkang. Mesti ada suara, seseorang untuk bersuara untuk masyarakat Cina," jelasnya seperti dilaporkan Malaysiakini pada penamaan calon minggu lepas.

Malah, Gaik Meng juga membuat dakwaan berkaitan tsunami masyarakat Melayu dan tidak boleh dihalang oleh masyarakat Cina yang berkemungkinan menimbulkan persepsi perkauman diantara dua kaum itu di Sekinchan.

"Saya sebenarnya ingin memberitahu rakyat Selangor... orang Cina tidak boleh menghalang tsunami Melayu. Tsunami yang dikatakan dalam masyarakat Melayu itu telah pun tercetus." tambahnya lagi.

Terdahulu, pada pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Febuari lalu, menetapkan peruntukan kepada semua kaum mendapat hak sama rata antaranya penyediaan dana pinjaman sehingga RM2 bilion bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat PKS.

Sebelum itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong juga telah mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri berkaitan ekonomi, industri kecil dan sederhana (PKS) dan pendidikan masyarakat Cina untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023.

Selain itu juga, peruntukan RM50 juta turut disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam seluruh negara dan ini membuktikan kerajaan perpaduan prihatin dengan permintaan dari semua kaum.

Sumber

03/08/2023

KESTABILAN POLITIK KUNCI KEJAYAAN SELANGOR - SUEE LIM

Calon DUN Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat mengekalkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan khususnya di Selangor untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran yang berjaya diterjemahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

γ‚šviralγ‚·

Ada juga yang kempen cara macam ni ya.. 🫣
03/08/2023

Ada juga yang kempen cara macam ni ya.. 🫣

Dengar kata brader ni salah hantar resume.. 🫣
02/08/2023

Dengar kata brader ni salah hantar resume.. 🫣

02/08/2023

Kerjasama antara jentera merupakan satu konteks untuk menzahirkan perpaduan demi kemakmuran dan kestabilan. Kita teruskan lagi supaya selangor lebih maju untuk masa akan datang.

02/08/2023
KEKAL KESINAMBUNGAN KEMAJUAN SEKINCHAN - SUEE LIMNg Suee Lim mahu kesinambungan kemajuan di Sekichan terus kekal untuk m...
31/07/2023

KEKAL KESINAMBUNGAN KEMAJUAN SEKINCHAN - SUEE LIM

Ng Suee Lim mahu kesinambungan kemajuan di Sekichan terus kekal untuk memastikan Sekinchan terus maju dan berkembang pesat.

Menurutnya, berdasarkan trend rekod yang lalu, Suee Lim yakin mampu memikat rakyat Sekinchan untuk memilihnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada 12 Ogos ini.

β€œBerdasarkan trend rekod kita yang selama ini saya dah empat penggal kita telah majukan Sekinchan dengan slogan Sekinchan Maju, Suee Lim Teraju dan saya akan menyambung legasi dan kesinambungan ini untuk lima tahun yang akan datang,”katanya ketika mengadakan walkabout di sekitar Bagan Sekinchan.

Dalam program rumah ke rumah itu, Suee Lim berkata ini merupakan satu usaha bagi mendekati penduduk Sekinchan sekaligus menyampaikan mesej kerajaan secara terangan untuk meyakinkan mereka terhadap kerajaan Perpaduan.

β€œSaya yakin sambutan (penerimaan) begitu baik hari ini. Rata-rata mereka memberi respon yang positif.

β€œPastikan mesej daripada kerajaan negeri, pihak saya dan menteri besar selangor dapat sampaikan ke setiap rumah serta isi keuarga. Memujuk mereka pastikan mereka keluar mengundi pada 12 Ogos dan undi pakatan harapan demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran Malaysia khususnya Kita Selangor,”katanya.

Suee Lim berentap dengan calon dari Gerakan, Goh Geik Meng dalam persaingan dua penjuru.

31/07/2023

Demi kestabilan negara, pengundi di Sekinchan harus memilih calon dari kerajaan Perpaduan dari Pakatan Harapan (PH), Ng Suee Lim, untuk memastikan kemewahan di Sekinchan terus dikekalkan - K. Nadarajan, Ketua MIC Bahagian Sungai Besar.

γ‚šviralγ‚·

31/07/2023

Salam Perpaduan.
Sembang Santai bersama Encik Zainol Azmi Abd Rahman yang merupakan Ketua Kawasan AMANAH Parlimen Sungai Besar membicarakan soal calon Barisan Nasional N.03, Datuk Mohd Imran Tamrin serta gerak kerja jentera perpaduan.

*JEMPUTAN KE MEGA BIKE WEEK TERBESAR BELIA NEGERI SELANGOR*SEMUA RIDER-RIDER DI SELURUH MALAYSIA UNTUK TURUT HADIR KE, M...
30/07/2023

*JEMPUTAN KE MEGA BIKE WEEK TERBESAR BELIA NEGERI SELANGOR*

SEMUA RIDER-RIDER DI SELURUH MALAYSIA UNTUK TURUT HADIR KE, MEGA BIKE WEEK TERBESAR BELIA NEGERI SELANGOR PADA 5 DAN 6 OGOS 2023 YANG AKAN DIADAKAN BERTEMPAT DI LITAR DRIFT MAEP SERDANG PINTU DUA.

PELBAGAI HADIAH CABUTAN BERTUAH DAN HADIAH UTAMA 3 BUAH MOTORSIKAL RX-Z UNTUK DI MENANGI SERTA PELBAGAI BOOTH JUALAN DAN PAMERAN DI SEDIAKAN.

TERDAPAT JUGA PERSEMBAHAN DARIPADA ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAH AIR.

*SEMUA DI JEMPUT HADIR*

TIKET CABUTAN BERTUAH RM20 SEKEPING UNTUK YANG INGIN MENYERTAI CABUTAN BERTUAH PADA 5 DAN 6 OGOS 2023 YANG DI JUAL PADA HARI TERSEBUT.

γ‚šviralγ‚·

AZHAR BERJAYA TERJEMAH PERPADUAN JENTERA BN-PH - MOHD IMRANCalon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sunga...
30/07/2023

AZHAR BERJAYA TERJEMAH PERPADUAN JENTERA BN-PH - MOHD IMRAN

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menzahirkan rasa syukur atas sokongan daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya kepada Penyelaras Parlimen Sungai Besar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azhar Achil yang sentiasa komited dalam menterjemahkan jalinan perpaduan BN-PH dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

β€œ Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Azhar Achil selaku penyokong dan juga memastikan kerjasama dan juga hubungan diantara BN dan PH di sini dapat diterjemahkan, dapat dibuktikan dan dapat dibentuk untuk kita mempertahankan DUN Sungai Panjang,”katanya ketika berucap di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar pada hari penamaan calon.

Mohd Imran juga menganggap jalinan ini bakal menjadikan jentera perpaduan lebih kuat dalam menghadapi tempoh kempen yang bermula selepas penamaan calon untuk mengekalkan kemenangan BN di DUN Sungai Panjang.

β€œKerajaan Perpaduan diantara BN dan PH kita dapat satukan, gandingkan dan juga berikan satu kekuatan untuk kita sama mempertahankan DUN Sungai Panjang

Ini adalah satu permulaan untuk kita berhadapan dengan 14 hari tempoh berkempen dan saya harap kita dapat gandingkan usaha dan tekad kita agar kita dapat terus mengekalkan DUN Sungai Panjang ini,”katanya.

Tambahnya, sekiranya kemenangan berpihak kepada BN akan membuktikan kerjasama antara BN-PH merupakan gandingan yang tepat dalam memantapkan lagi kestabilan kerajaan perpaduan.

β€œSaya dengan rendah diri memohon sokongan dan dokongan semua agar kita dapat sama-sama. Kemenangan BN disini adalah bersama PH,”katanya ketika mengakhiri ucapan.

Pada PRN ini, Mohd Imran berentap dengan calon dari Perikatan Nasional (PN), Razali Saari dalam persaingan dua penjuru.

PERPADUAN MAMPU MENANGKAN SUNGAI PANJANG - JAMALKetua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos percaya deng...
29/07/2023

PERPADUAN MAMPU MENANGKAN SUNGAI PANJANG - JAMAL

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos percaya dengan kerjasama erat jentera kerajaan Perpaduan untuk mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang yang ditandingi oleh bekas penyandangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Jamal berkata demikian setelah melihat gelombang jentera perpaduan ketika perarakan penamaan calon ke Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pagi tadi.

"Saya yakin dan percaya semangat yang ditunjukkan oleh jentera untuk memastikan calon menang, tidak akan goyang.

"Gabungan dua buah parti yang besar di bawah kerajaan perpaduan selama lapan bulan ini akan memperolehi kemenangan majoriti 2/3,"jelasnya.

Jamal juga berharap supaya pengundi membuat pilihan tepat untuk memastikan kestabilan kerajaan perpaduan pada PRN kali ini khususnya di parlimen Sungai Besar.

Mohd Imran berentap dengan calon dari Perikatan Nasional (PN), Razali Saari dalam persaingan dua penjuru.

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selangor Insight posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share



You may also like