Jak Muwah

Jak Muwah Terima kasih kerana 'follow page' ini.
(1)

Jak Muwah bermaksud Mari Melawat dalam bahasa bidayuh.
'page" ini adalah untuk berkongsi tempat-tempat menarik disamping berkongsi video perjalanan amnya di Sarawak.

13/11/2024

Kembara KalBar 2024 (31 Okt - 3 Nov) Ep.1
Boleh dikatakan semua rider / peserta ini pertama kali saya jumpa. Jadi kembara kali ini, kami dapat berkenalan dengan ramai kawan baru. Mereka datang dari seluruh Sarawak (Miri, Bintulu, Kabong, Sri Aman, Kuching dll)
Segala urusan kemasukkan diuruskan oleh Cikgu Aho sejak beberapa bulan yang lepas termasuk tempat penginapan. Jadi kami hanya menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Kami berkumpul seawal jam 7 pagi di stesen Petronas Tebedu dan bergerak ke pintu sempadan jam 8 pg dan di sambut oleh hujan ketika tiba dipintu sempadan.
Selesai urusan kemasukkan dan sarapan, kami semua mula bergerak pada jam 10 pagi dalam hujan lebat. ...sambung Ep.2.

12/11/2024

Mula-mula masuk di sempadan Kalimantan, terkejut juga dengan budaya memandu di sana. 😄. Hati kena kering, kalau tidak silap-silap tidak keluar simpang.
Hon dan brek harus berfungsi dengan baik. Maksud bunyi hon yang diberikan adalah untuk meminta laluan. Walaupun nampak agak kelam kabut, tetapi semua pemandu memainkan peranan terbaik. Kalau seminggu disana, pasti sudah jadi pakar menyelit.
Saya yang jarang tekan butang hon, pun hampir lupa kedudukan butang hon. Almaklum membunyikan hon di Sarawak ibarat mengejutkan naga yang sedang tidur. 😬

10/11/2024

Paradise Beach Trombol pemandangan dari udara.
Bayaran masuk seikhlas hati

10/11/2024

Santai petang di Pantai Trombol, Telaga Air.
Makin petang makin ramai orang. Cuaca pun cantik. Boleh layan matahari terbenam.

Pantai Trombol, Telaga Air, Matang
10/11/2024

Pantai Trombol, Telaga Air, Matang

10/11/2024

Kapuas River Cruise, Pontianak
Bayaran hanya IDR15.000 seorang untuk menaiki river cruise ini, kita akan dibawa menyusuri sungai Kapuas.

10/11/2024

Singkawang, Kalimantan Barat.
Lebih kurang 70% penduduk di Singkawang adalah keturunan cina dan selebihnya Melayu, Dayak dan lain-lain.

Singkawang juga terkenal dengan seramik Cina, masih dihasilkan dalam gaya lama dengan reka bentuk "antik". Selain melawati banyak kuil terutama kuil utama di Tri Dharma Bumi Raya, Singkawang terkenal dengan pusat makanan yang menjadi hidup pada waktu malam. Paling popular ialah Pasar Hongkong, di mana anda boleh menemui pelbagai jenis makanan, termasuk bubur, nasi lemak, Rujak Ju Hie (salad buah panas dengan sotong kering) hidangan istimewa Singawang, dan tauhu Singkawang. Bandar ini juga mempunyai banyak kedai kopi yang dikenali sebagai Kopi Tiam.

Oleh kerana masa agak terhad ketika berada di Singkawang, jadi banyak tempat tidak sempat dilawati. Pasti akan kembali lagi untuk kesini.

09/11/2024

Trip Kembara KalBar 2024. (31 Okt - 3 Nov). Day 1
Awal-awal sudah kena hujan sehingga ke Sosok dan khabarnya pekan Sosok tidak dapat dilalui petang itu kerana banjir. Mujur kami sampai awal sebelum banjir.
Cuaca cerah sebelum sampai di Pontianak yang kemudiannya kembali hujan.

08/11/2024

Borak-borak sama peniaga atas bot di Taman Kapuas Alun, Pontianak.
Taman Kapuas Alun merupakan tarikan pelancongan yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Pontianak dan menjadi tempat yang sering dikunjungi orang ramai untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga.
Bot pelancong beroperasi pada waktu petang dan malam. Bermula dari jam 16:00 tengahari hingga 10:00 malam.

Kembar KalBar 2024 X93 - Hari 3 Pontianak - SingkawangSebelum bertolak ke Bandar Singkawang yang sejauh 3 jam perjalanan...
07/11/2024

Kembar KalBar 2024 X93 - Hari 3
Pontianak - Singkawang
Sebelum bertolak ke Bandar Singkawang yang sejauh 3 jam perjalanan, kami mengambil kesempatan untuk melawat:
1. Pasar Sudirman untuk membeli kain dan sedikit cenderahati untuk dibawa balik
2. Kedai Helmet motosikal - ramai juga yang membeli
3. Berhenti makan tengah hari di Kedai 'Pondok Asam Pedas Pak Wahad di Kuala Mempawah

Hari 2: https://www.facebook.com/share/p/5DKVpRgbMvTAFJCy/

Kembara KalBar 2024 (31 Oct-3 Nov)- Road Trip - Day 2 - Pontianak, Kalimantan Barat.Saya berkesempatan mengikuti Kembara...
06/11/2024

Kembara KalBar 2024 (31 Oct-3 Nov)- Road Trip - Day 2 - Pontianak, Kalimantan Barat.

Saya berkesempatan mengikuti Kembara Kalbar 2024 setelah dijemput seorang follower Jak Muwah iaitu Cikgu George Bennet kali ini. Kebetulan melawat Kota Pontianak adalah salah satu dari 'Bucket list' saya, dan lebih menarik kerana kami menunggang motosikal.

Segala urusan pendaftaran dan kemasukkan diuruskan oleh pihak penganjur (Cikgu Aho). Urusan masuk ke negara jiran dengan motosikal perlu melalui banyak prosess dokumentasi berbanding dengan kereta.
Jadi jika ada yang ingin masuk secara solo dengan menunggang motosikal, memang tidak dibenarkan kecuali ada acara International Bike Week.

Hari ke-2 kami melawat:
1. Monumen Tugu Khatulistiwa dengan bayaran masuk IDR20000 seorang berserta dengan sijil.
2. Catedral Church of St. Joseph
3. Keraton Kadriah
4. Museum Negeri Pontianak
5. Rumah Radakng
6. Menaiki Pontianak River Cruise dengan bayaran IDR15000 seorang.
7. Jemputan makan malam bersama Presiden Big Max Indonesia Temmie Yefrian

Lubuk helm para riders. Ibarat masuk ke kedai rm2.60. Teracun juga
02/11/2024

Lubuk helm para riders. Ibarat masuk ke kedai rm2.60. Teracun juga

02/11/2024

Kuala Mempawah.. sejam lebih lagi sampai Singkawang..

02/11/2024

Rumah Radakng, Pontianak

01/11/2024

Kapuas River Cruise

Catedral Church of St. Joseph, Pontianak, Kalimantan Barat.
01/11/2024

Catedral Church of St. Joseph, Pontianak, Kalimantan Barat.

Kuching-Pontianak-Singkawang (2024 KalBar Ride Trip) - Day 1Singgah makan di Sosok.
01/11/2024

Kuching-Pontianak-Singkawang (2024 KalBar Ride Trip) - Day 1
Singgah makan di Sosok.

Address

Petaling Jaya
<<NOT-APPLICABLE>>

Telephone

+60147320177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jak Muwah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jak Muwah:

Videos

Share

Nearby media companies


Other Digital creator in Petaling Jaya

Show All