Kaki Sibuk

Kaki Sibuk Berita-berita untuk Kaki Penyibuk
(8)

Jangan lupa saksikan filem China yang terbaru iaitu Wolf Hiding di pawagam berdekatan anda! Sebuah filem yang menceritak...
27/12/2023

Jangan lupa saksikan filem China yang terbaru iaitu Wolf Hiding di pawagam berdekatan anda! Sebuah filem yang menceritakan tentang seorang lelaki yang berikrar untuk menjatuhkan kumpulan pemerdagangan manusia selepas adiknya menjadi salah seorang mangsa mereka. Filem ini dibintangi oleh Nick Cheung, Ethan Juan, Talu Wang, Paul Chun Pui, Marc Ma, Chen Xiaoyi dan He Xinlin.Danny Chan Kwok-Kwan.

Jom dapatkan tiket filem Wolf Hiding sekarang!

❗LOTUS FIVESTAR x KAKI SIBUK CONTEST GIVEAWAY❗Kaki Sibuk Contest Giveaway kembali lagi! Jangan lepaskan peluang untuk me...
22/12/2023

❗LOTUS FIVESTAR x KAKI SIBUK CONTEST GIVEAWAY❗

Kaki Sibuk Contest Giveaway kembali lagi! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi official merchandise filem ‘Wolf Hiding’. Sertai giveaway ini dengan langkah mudah seperti dibawah!

1. Follow Kaki Sibuk di Instagram, Facebook & Tik Tok
2. Like & Share post ni di media sosial anda
3. Kongsikan moment kegemaran anda di dalam filem Wolf Hiding dan nyatakan sebab anda memilih momen itu.
4. Hanya 3 pemenang akan dipilih. Giveaway ini akan tamat pada 29 December 2023 (Jumaat)

Jom gais! Jangan lepaskan peluang ni untuk memenangi hadiah eksklusif filem ‘Wolf Hiding’!

18/12/2023

Kang Ren Wu ambik masa 3 bulan untuk mendalami watak 'Abang' dan juga biasakan diri dengan gaya hidup di Malaysia.

18/12/2023

Siapa dah tengok filem Abang Adik di pawagam berdekatan anda? Kalau belum, korang pergi tengok. Jalan ceerita yang penuh dengan mesej.

Pelakon utama, Kang Ren Wu yang memegang watak sebagai Abang, sempat berkongsi yang dia s**a makan nasi lemak Malaysia

Filem Wolf Hiding di pawagam 21 Disember ni! Jom ramai-ramai saksikan filem Hong Kong yang terbaru ni. Filem ini mengisa...
18/12/2023

Filem Wolf Hiding di pawagam 21 Disember ni! Jom ramai-ramai saksikan filem Hong Kong yang terbaru ni.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang berikrar untuk menjatuhkan kumpulan pemerdagangan manusia selepas kakaknya menjadi salah seorang mangsa mereka. Pelakon termasuk Nick Cheung, Ethan Juan,Darren Wang, Paul Chun Pui, Marc Ma, Chen Xiaoyi dan He Xinlin.Danny Chan Kwok-Kwan.

Ifix Entertainment, bekerjasama dengan Panggung Asia, dengan bangga mempersembahkan konsert live yang sangat dinan>kan y...
13/12/2023

Ifix Entertainment, bekerjasama dengan Panggung Asia, dengan bangga mempersembahkan konsert live yang sangat dinan>kan yang menampilkan kumpulan pop rock sensasi Indonesia, D'Masiv. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2024, di Mega Star Arena bermula pada jam 8:30 malam.

D'Masiv, yang terkenal dengan lagu-lagu hit papan atas dan persembahan yang meruntun jiwa, berjanji untuk menyajikan malam yang penuh dengan muzik elektrik, balada emosional, dan pengalaman yang >dak terlupakan bagi peminat di Kuala Lumpur.

Tiket untuk konsert boleh akan mula dijual di www.tapauIx.asia, bermula dari RM159 sahaja pada KHAMIS ini, 14 Disember 2023.

06/12/2023

Roy oh roy, hati kau keras Roy.... Pelakon Roy Azman trauma dengan kejadian kereta yang dinaiki bersama isteri dan anak bongsu hangus terbakar pada Ahad lalu.

😂 ゚

04/12/2023

Woww hebat kau bang! Banjir2 ni pun jadi Pandelela Rinong🤣🤣

01/12/2023

Siapa pulak buat Mamu marah ni? Baik korang minta maaf cepat-cepat sebelum Mamu naik hantu! Kan data kata, jambang Mamu tak boleh buat main, jangan sesekali libatkan jambang Mamu.....

01/12/2023

Kejadian katanya berlaku di Rawang. Korang tahu tak apa yang jadi? Kereta hitam tu pun, langsugn tak berhati perut. Main rempuh je semua apa ada kat depan. Haih......

01/12/2023

Nick Cheung, Ethan Juan, Talu Wang bergabung di dalam satu filem aksi baharu 'Wolf Hiding' yang akan ditayangkan di pawagam 22 Disember ini!

Sebuah filem arahan Marc Ma yang dibawakan khas oleh Malaysia Distributor Lotus Five Star with bersama rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing.

Nine XTraw dan Skyline Entertainment, dengan bangga memperkenalkan senarai artis bintang yang akan menyertainya, dengan ...
24/10/2023

Nine XTraw dan Skyline Entertainment, dengan bangga memperkenalkan senarai artis bintang yang akan menyertainya, dengan kehadiran beberapa nama yang paling hangat dalam industri K-Pop. Menggemparkan acara ini akan menjadi kumpulan gadis sensasi (G)I-DLE, muzikus serba boleh Henry Lau, kehebatan EDM SHAUN, artis virtuoso tarian Hyoyeon dari SNSD, serta artis serba boleh vokal Xiumin dari EXO, dan Bobby dari iKON! Senarai artis yang perkasa ini akan membawakan pentas di Surf Beach di Sunway Lagoon pada 11 November 2023, bermula jam 6:00 petang.

Jualan tiket konsert sudah pun bermula! Makluman Jual Tiket, bloeh layari laman web www.9wavemusicfestival.com & premier.ticketcharge.com.my

20/10/2023

Diatur oleh Nine XTraw, dan dianjurkan bersama oleh Skyline Entertainment, pentas sudah bersedia dan keghairahan semakin memuncak dengan pengumuman yang amat dinantikan oleh “Festival Muzik 9 Wave”

Dengan bangga memperkenalkan senarai artis bintang yang akan menyertainya, dengan kehadiran beberapa nama yang paling hangat dalam industri K-Pop. Menggemparkan acara ini akan menjadi kumpulan gadis sensasi (G)I-DLE, muzikus serba boleh Henry Lau, kehebatan EDM SHAUN, artis virtuoso tarian Hyoyeon dari SNSD, serta artis serba boleh vokal Xiumin dari EXO, dan Bobby dari iKON! Senarai artis yang perkasa ini akan membawakan pentas di Surf Beach di Sunway Lagoon pada 11 November 2023, bermula jam 6:00 petang.

Jualan Tiket Konsert sungguh popular sekarang! Siapa yang cepat, dia yang dapat! Segera beli sekarang!

Makluman Jual Tiket, bloeh layari laman web www.9wavemusicfestival.com & premier.ticketcharge.com.my

17/10/2023

Malaysia di mata dunia! Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini mendunia apabila menggunakan khidmat supermodel antarabangsa, Naomi Campbell untuk memperagakan busana khas pada acara penutup Minggu Fesyen Dubai.

Tahniah Rizman Ruzaini!

17/10/2023

Selamat tinggal sayang, eh Tae-Yang 😂 Jumpa lagi kalau ada rezeki....

17/10/2023

Memang happening persembahan daripada Dolla yang menyanyikan lagu hits mereka iaitu Look At This 😍

17/10/2023

Peminat Exo meraihkan kedatangan Suho di Borneo Sonic Kuching Sarawak!😍😍

16/10/2023

Memang spicy betul mummy kita (CL) di Borneo Music Festival! 😍

16/10/2023

Kesian Tae Yang penat semasa membua persembahan, siap ada water breaklagi. Air yang diminum oleh Tae Yang adalah air tenaga, bukan alkohol ya.....

16/10/2023

Haritu min pergi ke Borneo Music Festival nak tengok persembahan Tae Yang. Tahu-tahu Taeyang cakap 'Aku cinta padamu' 😍 kepada peminatnya di Kuching, Sarawak. Ahhh balik tu tidur tenang je lepas Tae Yang cakap macam tu 😊😊

Satwo, sensasi duo genre folk-pop dan neo-romantika di Malaysia, meneruskan gelombang mereka dalam industri muzik dengan...
16/10/2023

Satwo, sensasi duo genre folk-pop dan neo-romantika di Malaysia, meneruskan gelombang mereka dalam industri muzik dengan pelancaran single terbarunya di bawah naungan Luncai Emas, Cahaya Malam. Bersaingan dengan artis-artis seperti Amir Jahari, Mafidz dan Teman Lelaki, trek yang sangat dinantikan ini dijangka akan membawa rasa ‘healing’ kepada para pendengar, usteru mempamerkan bakat dan keunikan kreatif Satwo.

Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita
(Hanya Kita) dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop
melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga
akhir.

Cahaya Malam sudah tersedia untuk didengari di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Tidal.

Pencipta lagu Malaysia terkemuka, Amir Jahari muncul sekali lagi dengan sebuah lagu tema (OST) untuk sebuah drama From S...
16/10/2023

Pencipta lagu Malaysia terkemuka, Amir Jahari muncul sekali lagi dengan sebuah lagu tema (OST) untuk sebuah drama From Saga With Love lakonan Fimie Don , Sophie Koshka , Ikmal Amry & Siti Khadijah, terbitan Red Com, siaran di Viu.

Sebenarnya, Amir Jahari telah mengemukakan dua demo lagu, khas untuk OST drama ini. Tetapi dia juga mempunyai sebuah lagu lama yang ingin disertakan dalam albumnya, dan dia merasai bahawa laguCin-ta sangat sesuai untuk drama ini.

Sebuah klip audio penuh ‘CIN-TA’ (Live Version) – OST FROM SAGA WITH LOVE telah berada di saluran youtube Luncai Emas dan juga di semua saluran digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music ,Deezer, dan muat turun di Itunes Store.

Ribuan seniman serta peminat dari komuniti indie berkumpul di Lenggong pada hujung minggu lalu untuk merayakan seni dan ...
16/10/2023

Ribuan seniman serta peminat dari komuniti indie berkumpul di Lenggong pada hujung minggu lalu untuk merayakan seni dan kreativiti berlatarbelakang tasik dan gunung di Resort Tasik Raban. Dianjurkan oleh TAPAUasia, edisi ke-6 TAPAUfest, kembali buat kali kedua di Lenggong ternyata memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang terlibat. Pintu mula dibuka pada 9 pagi bagi memberikan masa secukupnya untuk meneroka keajaiban semula jadi Lenggong yang memukau dan persembahan di pentas bermula pada jam 5petang.

TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok. TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).

Jangan lupa: TAPAUfest 2024 akan kembali ke Lenggong pada 5 dan 6 Oktober 2024.

13/10/2023

Siapa tak kenal pelakon terkenal tanah air, Nam ron......

Nam Ron bakal memegang watak wartwan yang antagonis di dalam filem Harimau Malaya: The Untold Journey. Memang sesuai sangat sebab wartawan memang selalu dianggap antagonis kan?

Address

Studio Kaki Sibuk
Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Sibuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Petaling Jaya media companies

Show All