Sambal Goreng TV

Sambal Goreng TV Coming Soon

AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!Penyimpanan barang dalam kereta memainkan p...
17/05/2023

AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!

Penyimpanan barang dalam kereta memainkan peranan penting kerana kalau tersilap simpan, barang tersebut boleh mendatangkan bahaya dan juga kerugian kerana tidak boleh digunakan lagi.

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, terdapat beberapa jenis barang yang tidak boleh disimpan dalam kereta. Jom kami kongsikan.

Baca juga: Kalau Akaun Bank Tiba-Tiba Kena Hack Dengan Scammer, Boleh Aktifkan Fungsi Ini

10 BARANG DALAM KERETA INI TAK BOLEH DISIMPAN, KENAPA?

1. MINUMAN BERGAS

Cuaca terlalu panas boleh menyebabkan air tin meletup.

2. PEMETIK API

Seperti semua sedia maklum, pemetik api mengandugi cecair mudah terbakar. Jadi, jangan sesekali tinggalkan di dalam kereta. Memang bahaya!

3. BARANGAN ELEKTRONIK

Segala jenis barangan elektronik tidak digalakkan untuk disimpan di dalam kereta. Apabila suhu terlampau panas, ia akan membuatkan peranti anda cepat rosak.

4. ALAT SOLEK

Tidak digalakkan membiarkan alat solek di dalam kereta kerana akan rosak dan cair. Kan rugi beli mahal-mahal tapi tidak dapat digunakan.

5. MINYAK WANGI & CAIRAN KIMIA

Minyak wangi, penyembur rambut dan sebagainya tidak boleh diletakkan di dalam kereta kerana risiko meletup.

6. POWERBANK

Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ini akan mengurangkan lifespan powe bank anda.

Bateri akan bertindak balas secara kimia dengan haba dari persekitarannya.

7. CERMIN MATA

Jangan simpan cermin mata dalam kereta sama ada berkotak atau tidak kerana coating cermin mata akan rosak dan menyebabkan ada garis-garis halus yang tak boleh dibersihkan.

8. UBAT-UBATAN

Apa jenis ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana akan menyebabkan keberkesanan ubat berkurang dan tidak dapat digunakan.

9. BOTOL AIR PLASTIK

Botol air plastik yang panas akibat cuaca akan ada bahan kimia yang terhasil iaitu bisphenol dan antimony. Bahan kimia daripada botol, boleh buatkan hormon dalam badan terganggu.

10. UBAT GEGAT

Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Aktifkan Amaran Gempa Bumi Di Telefon Anda, Berguna Sangat!

Sumber:
https://siraplimau.com/barang-dalam-kereta/

11/04/2023

Pau Viral, yang jarang ditemui. Boleh singgah ke bazaar ramadhan Jubli Intan Muar. Lebih daripada 10 pilihan dan rasa yang unik!

28/03/2023

Cekodok Joget Rangup Mami, nampak simple...kalau terjoget masa berbuka nanti jangan salah kan admin ya! 😂
Bazaar Ramadhan Jubli Intan Muar memang padu!
Jangan lupa klik SHARE!

26/03/2023

Dia datang lagi tahun ini, Ayam Percik Bako-Bako Kuah Terpaling Sedap! Jom singgah ke Bazaar Ramadhan Jubli Intan Muar!
Cergas semacam makcik nya ha! sahur semalam makan apa tu? 😂
Jangan lupa klik SHARE!

25/03/2023

Teruja terjumpa Murtabak Singapore Geylang Serai dekat Bazaar Ramadhan Jubli Intan Muar!
Terpaling Gebu! Tak percaya korang gerak sekarang Bazaar Ramadhan Jubli Intan Muar!

Jangan lupa klik SHARE!

Lagi beberapa hari nak menyambut bulan puasa. Ini antara 30 Bazar Ramadan di Lembah Klang yang korang boleh kunjungi unt...
21/03/2023

Lagi beberapa hari nak menyambut bulan puasa. Ini antara 30 Bazar Ramadan di Lembah Klang yang korang boleh kunjungi untuk membeli juadah berbuka puasa.

➡️ Bazar Ramadan Desa Pandan
➡️ Bazar Ramadan TTDI
➡️ Bazar Ramadan Kampung Baru
➡️ Bazar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
➡️ Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
➡️ Bazar Ramadan Taman Setiawangsa
➡️ Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri
➡️ Bazar Ramadan Masjid India, Jalan TAR.
➡️ Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5.
➡️ Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya
➡️ Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar.
➡️ Bazar Ramadan Bukit Bintang.
➡️ Bazar Ramadan SS13 Subang Jaya
➡️ Bazar Ramadan Seksyen 14 Petaling Jaya
➡️ Bazar Ramadan Bandar Tun Razak
➡️ Bazar Ramadan Dataran Prima Saujana, Kajang.
➡️ Bazar Ramadan Kelana Jaya.
➡️ Bazar Ramadan Taman Sri Serdang.
➡️ Bazar Ramadan USJ 4.
➡️ Bazar Ramadan Taman Melawati.
➡️ Bazar Ramadan Puchong Perdana.
➡️ Bazar Ramadan Setapak Jaya.
➡️ Bazar Ramadan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
➡️ Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang.
➡️ Bazar Ramadan Jalan Reko Kajang.
➡️ Bazar Ramadan Taman Pelangi Semenyih.
➡️ Bazar Ramadan Taman Equine.
➡️ Bazar Ramadan Puncak Jalil.
➡️ Bazar Ramadan Pandan Indah.
➡️ Bazar Ramadan Taman Melor Ampang.

Kredit: Surgaroute

03/03/2023

🔔Maru maru cakoi chezze
📌Jalan tasik permaisuri 1 Cheras, Kuala Lumpur

22/02/2023

Tiada beza datang hari apa pun, crew kami sekali lagi turun ke Nasi Kandar Bendi Gani Maju Surr bertempat di Bukit jalil. Kali ini kita dengarkan apa yang customer nak bagi tahu. Ramai juga yang 1st time. Ada juga yang travel dari jauh.


Nasi Kandar Bendi
📌Bumi, 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Semalam punya cerita... sekali lagi crew kami turun, macam luar biasa mamu dan crew! siap berbaju 'tu diaa ssuurrr'     ...
20/02/2023

Semalam punya cerita... sekali lagi crew kami turun, macam luar biasa mamu dan crew! siap berbaju 'tu diaa ssuurrr'

Nasi Kandar Bendi Gani Maju Surr

13/02/2023

🔔Restoran D'Limau Nipis
📌No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

✅Ikan bakar GRED A
✅Aneka ulam segar
✅Aneka lauk campur
✅Ayam kampung
✅Air DL03 Special d'limau nipis

10/02/2023

Ini baru sikit je, kami kongsikan. Memang best-bestlah booth makanan dekat Kamya Fest ni.

🔥 Biggest Festival 🔥
🗓️ 10th - 12th Feb 2023
📍 Stadium Bukit Jalil
🕙 10 AM- 10 PM
HH FOOD HUSSAIN PASEMBUR KING

Ikan Sembilang Masak Cuka, Cukup Rasa Masam Pedasnya!Pernah cuba Ikan Sembilang Masak Cuka? Selalunya hidangan ini mengg...
10/02/2023

Ikan Sembilang Masak Cuka, Cukup Rasa Masam Pedasnya!

Pernah cuba Ikan Sembilang Masak Cuka? Selalunya hidangan ini menggunakan ikan air masin iaitu tenggiri dan kembong. Kita cuba kelainan sikit. Sedap juga tau!

Selain penyediaannya yang ringkas, lauk ini juga sesuai untuk dijadikan menu bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja. Memang jimat sangat macam Menu Rahmah. Nak lagi senang, masak siap-siap waktu malam kemudian esoknya tinggal panaskan saja.

Lauk ini boleh dimasak pedas, lebih asam dan berkuah ikut selera masing-masing. Kalau tak mahu pedas pun tak apa, boleh masukkan cili besar supaya ada warna sikit dalam hidangan.

Resipi ikan sembilang masak cuka ini telah dikongsikan sendiri oleh Azizah Salleh menerusi laman Facebook. Postingnya itu mendapat perhatian netizen sebanyak 907 tanda s**a dan 406 perkongsiaan.

RESIPI IKAN SEMBILANG MASAK CUKA

Korang yang duduk bujang jangan malas sangat nak masak. Lagi-lagi orang perempuan, kalau tak reti masak susahlah laki nak makan nanti. Apa tunggu lagi, meh tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan:

2-3 ekor ikan sembilang – dipotong kecil
20 batang serai – dihiris nipis
2-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
4 cm halia – dimayang
2 paket halba campur
7 batang cili api – boleh adjust ikut selera masing-masing
1 1/2 cawan cuka makan
1 cawan air
2 batang cili merah/hijau – optional

Cara memasak:

1. Panaskan minyak secukupnya, goreng dahulu ikan sembilang yang sudah dilumurkan dengan kunyit. Dah habis goreng semua, ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis ke semua bawang dan cili api.

3. Bila bahan menumis dah wangi, masukkan p**a halba campur.

4. Seterusnya masukkan cuka makan. Jika kurang masam, baru masukkan cuka makan lagi.

5. Masukkan p**a air dan cili besar. Boleh adjust jika s**a kuah banyak.

6. Masukkan ikan sembilang yang sudah siap digoreng nanti.

7. Siap untuk dihidang!

Memang lengkap lauk ini dengan rasa manis, masam,masin dan pedasnya. Nak p**a cuaca sejuk-sejuk nyaman ini, memang lagi padu makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber:https://myresipi.com

Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal BilisLamanya tak makan lempeng kosong macam ni kan. Kalau d...
09/02/2023

Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Lamanya tak makan lempeng kosong macam ni kan. Kalau duduk kampung, memang opah min akan buat lempeng ni setiap pagi sebagai sarapan. Nak sedap lagi, makan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam. Fuhh!

Senang je nak buat lempeng kosong sebenarnya. Kalau sekali belajar pun dah boleh pandai. Tapi kita kan kadang-kadang s**a air tangan ibu atau opah. Ada berkat gitu.

Untuk perkongsian kali ni, min kongsikan resipi dari Qaseh Aisyah Linda yang sudi berkongsi di laman Facebook. Memang tengok gambar je dah teringat nostalgia lama masa kanak-kanak tau!

Nak betul- betul rasa macam kampung, kena digadingkan dengan sambal bilis. Memang makan bertambah lah dibuatnya!

RESIPI LEMPENG KOSONG

Bahan-bahan lempeng:

1 cawan tepung gandum
1/2 santan
Garam secubit rasa
1 biji telur
Air secukupnya
Cara membuat lempeng:

Kisar atau gaulkan kesemua bahan-bahan diatas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat adunan seperti membuat kulit kuih ketayap.
Panaskan kuali, sapu minyak atau butter. Sendukkan adunan dan leperkan nipis.
Masak guna api yang perlahan sahaja. Biar ada hangi-hangit garing sikit baru terbalikkan dan masak sebelah lagi.
Buat sampai habis adunan. Siap dan ketepikan.
Bahan sambal bilis:

Ikan bilis
Cili kering kisar
Air asam jawa
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Cara membuat sambal bilis:

Tumis bahan2 bertanda* sehingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar, masak sehingga naik minyak.
Selepas naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam. Dah cukup rasa, sudah boleh masukkan ikan bilis. Siap untuk dihidang bersama lempeng tadi.
Wow! Terasa macam makan lempeng ibu dan opah kita buat kan. Kalau perasan kan, dulu-dulu punya versi, hidang atas pinggan bunga tau. Nampak klasik sangat!

Paling sedap makan panas-panas di masa sarapan atau minum petang. Memang boleh buat kita berebut tau! Kalau yang mana nak cuba tu boleh follow je resipi yang min kongsikan ni.

Selamat mencuba!

Sumber:https://myresipi.com

03/02/2023

Port baik ini, Tasik Permasuri Cheras (Stadium). Berderet kedai makanan. Dapat p**a Maru maru cakoi chezze
📌Jalan Tasik Permasuri 1, Cheras Kuala Lumpur


Stay tuned!

02/02/2023

Masakan dengan penuh kasih sayang, sebab tu la ramai repeat 😋
🔔Nasi Kandar Ayam Bawang Rashid
📌26, Jalan Todak 2, Bandar Sunway, 13700 Perai, Pulau Pinang
**aupinang

31/01/2023

Roti Sarang Burung Inti Daging.
Telur dijamin basuh ✅
📌masjid kariah batu 10, 43200 Cheras, Selangor

10 Khasiat Bendi Yang Layak Digelar Superfood. Bagus Amalkan!Sebagai rakyat Malaysia, bendi sudah menjadi sebahagian dar...
30/01/2023

10 Khasiat Bendi Yang Layak Digelar Superfood. Bagus Amalkan!

Sebagai rakyat Malaysia, bendi sudah menjadi sebahagian daripada sayur yang sering diamalkan dalam hidangan seharian.

Sayur yang sering dimasukkan dalam lauk atau direbus untuk dijadikan ulam ini secara teknikalnya diklasifikasikan sebagai sayur buah dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan dan layak digelar superfood.

Jom kita kenali khasiat bendi dengan lebih dekat!

1. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG
Menurut perkongsian dari KKM, bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin K yang terdapat dalam bendi juga berperanan dalam mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis menjelang usia semakin tua.

2. MEMBANTU PROSES PEMBEKUAN DARAH
Individu yang sering mengalami masalah gusi atau hidung berdarah mungkin mempunyai komposisi darah yang cair sehingga menyebabkan proses pembekuan darah terganggu.

Selain mengekalkan kekuatan tulang, vitamin K dalam bendi juga berperanan dalam menggalakkan pembekuan darah dengan berkesan.

3. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Di samping vitamin K, bendi juga diperkaya dengan vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem imuniti badan.

Ia bertindak dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih bagi melawan patogen dan jangkitan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

4. MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan bendi setiap hari menunjukkan pengurangan tanda-tanda kerosakan buah pinggang secara berkesan.

5. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA
Sayur bendi juga dapat meningkatkan kesihatan penglihatan dengan khasiat vitamin A yang cukup tinggi. Ia juga diperkaya dengan khasiat antioksida penting dalam mengurangkan risiko penyakit mata seperti beta karotene, lutein dan zeaxanthin.

6. BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 15% khasiat folat harian. Ini menjadikan bendi sayur yang sangat baik diamalkan untuk ibu mengandung.

Seperti yang kita tahu, folat berperanan dalam mengekalkan kesihatan otak dan tulang belakang janin yang sedang berkembang di dalam rahim.

Pengambilan folat yang mencukupi juga penting bagi mengelakkan risiko spina bifida pada janin.

7. SUMBER ANTIOKSIDA YANG BAIK
Bendi mengandungi komponen antioksida yang dipanggil polyphenol.

Polyphenol juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan mencegah salur darah tersumbat dan mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.

Antioksida dalam bendi juga dikatakan baik dalam kesihatan otak dan berpotensi dalam mencegah pertumbuhan sel kanser payudara.

8. TINGGI KANDUNGAN SERAT
Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 4 g serat.

Ini menjadikan bendi sayur yang baik bagi mengurangkan risiko sembelit.

Pengambilan bendi secara konsisten juga membantu dalam melancarkan lagi sistem penghadaman, mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan serta membantu untuk membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

9. MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH
Bercerita tentang serat, kandungan serat yang tinggi dalam bendi juga didapati sangat baik untuk dimakan oleh pesakit diabetis.

Makanan tinggi serat didapati dapat membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin dan berpotensi dalam mengawal glisemik.

Beberapa kajian yang telah dilakukan pada tikus makmal membuktikan potensi bendi dalam mengawal paras gula dalam darah.

Hasil kajian mendapati bacaan gula lebih rendah pada kump**an tikus yang diberikan ekstrak bendi.

10. BERPOTENSI DALAM MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH
American Heart Association turut menekankan bahawa pesakit diabetes lebih cenderung untuk menghidap masalah kolesterol jika pemakanan tidak dijaga.

Sumber makanan yang tinggi serat dan antioksida seperti bendi sangat baik diamalkan bagi mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan pada tikus, bendi didapati dapat mengurangkan kadar kolesterol secara berkesan.

Sumber: https://siraplimau.com/khasiat-bendi/

Siapa pernah cuba, ada ssuurrr ke tidak?Nasi Kandar TAPAU Midnight
29/01/2023

Siapa pernah cuba, ada ssuurrr ke tidak?
Nasi Kandar TAPAU Midnight

27/01/2023

Pakde Kuali Goyang Downtown Reko Kajang
📌Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Stay tuned!

⛱Pakde Kuali Goyang Downtown Reko KajangPada tahun 2023 masih ada lagi Nasi goreng kampung, mee goreng dan kuey teow gor...
27/01/2023

⛱Pakde Kuali Goyang Downtown Reko Kajang

Pada tahun 2023 masih ada lagi Nasi goreng kampung, mee goreng dan kuey teow goreng dengan harga RM3!
Beratung panjang setiap malam!
Beroperasi hampir 20 tahun! rasa tak lari!

📌Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Ada yang sempat makan dekat sini ke? Dengar cerita penebar roti canai dia legend. Kredit : Lagi-lagi Senario
27/01/2023

Ada yang sempat makan dekat sini ke? Dengar cerita penebar roti canai dia legend.
Kredit : Lagi-lagi Senario

Ikan Jaket Terangkat Cawangan PuchongMana yang berdekatan boleh datang ya. 📌 LAMAN HIJRAH, JALAN MASJID, Bandar Bukit, 4...
27/01/2023

Ikan Jaket Terangkat Cawangan Puchong
Mana yang berdekatan boleh datang ya.
📌 LAMAN HIJRAH, JALAN MASJID, Bandar Bukit, 47120 Puchong, Selangor

19/01/2023

🔔Nasi Kandar Bendi Gani Maju Ayam Bawang Suurr..... Joki Power!!!
📌Bumi, 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
📸Full Hd Video

17/01/2023

Mee Tarik Kung-Fu Ramen kini di Uptown Puchong Night Bazaar
📌PT 69303, Jln Puchong, Taman Meranti Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Stay tuned!

“Gerai Sup Haji Abu ini sudah 65 tahun. Di sinilah tapak gerai ini. Dulu belakang itu rumah setinggan,” kata Ali dengan ...
16/01/2023

“Gerai Sup Haji Abu ini sudah 65 tahun. Di sinilah tapak gerai ini. Dulu belakang itu rumah setinggan,” kata Ali dengan loghat Penang.
Sumber : https://bebasnews.my

📌57, Jalan Dang Wangi, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

16/01/2023

Restoran D'Limau Nipis
📌No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Stay tuned!

14/01/2023

Roti Sarang Burung Bt 10 Cheras, korang jangan cari sarang burung lain p**ak 😂
📌Masjid kariah batu 10, 43200 Cheras, Selangor

Stay tuned!

Roti Sarang Burung Bt-10 Cheras📌Masjid kariah batu 10, 43200 Cheras, Selangor
13/01/2023

Roti Sarang Burung Bt-10 Cheras
📌Masjid kariah batu 10, 43200 Cheras, Selangor

Agak-agaknya menu apa yang paling seram dekat sini?📌Bunian The Haunted Cafe 26, Jalan Kampung Hulu, 75200 MelakaPhoto cr...
13/01/2023

Agak-agaknya menu apa yang paling seram dekat sini?
📌Bunian The Haunted Cafe
26, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Photo credit : Dayang Senandung & Pakej Percutian Nurlynn

12/01/2023

Official Street Burger (Burger Roti Hijau)
📌(Berhadapan 7-Eleven) Lestari Putra,
47100 Seri Kembangan, Selangor

11/01/2023

Huri Teh Tarik Dangdut
📌Jalan PJS 2c/2, PJ Seksyen 2C - 2D, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Stay tuned!

Bahan-bahan:Bahan-bahan untuk bihun goreng:1 pek/400g bihun3-5 ulas bawang putih1 pek bebola ikan2 ketul isi ayam2-3 sb ...
11/01/2023

Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk bihun goreng:
1 pek/400g bihun
3-5 ulas bawang putih
1 pek bebola ikan
2 ketul isi ayam
2-3 sb cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb kicap cair
1 kiub pati ayam
1-2 sb minyak bijan, pilihan
Kicap manis, secukup rasa
Kicap pekat karamel
1 sb serbuk lada sulah
Sayur sawi
Kubis
Garam secukup rasa
Daun bawang
Cili merah
Cili padi

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk penyediaan bahan:
Tekan pecah dan hiris halus bawang putih.
Fish ball belah dua, nak guna fish cake pon boleh.
Daun sawi rendam dan basuh bersih. Asingkan bahagian batang dan daun. Daun sawi potong kasar dan untuk batang sawi Che Nom tekan pecah sebelum potong sebelum potong macam biasa.
Sayur kobis potong kasar.
Isi ayam potong kecil. Kalau s**a seafood boleh tambah udang atau sotong.
Daun bawang dan cili merah potong halus untuk taburan.
Cili padi potong kecil.
Rendam bihun sampai lebut anggaran 15 minit. Bila bihun dah lembut boleh angkat dan tapis.

Sumber: https://resepichenom.com/resepi/bihun-goreng-kicap/show

Cara-cara untuk masak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Bila bawang putih dan kekuningan, masukkan cili kisar atau cili boh dan kacau sampai cili garing.
Masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam separuh masak.
Masukkan sos tiram, fishball, kicap cair dan kicap manis. Kacau sebati.
Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah, batang sawi dan minyak bijan. Kacau sebati
Masukkan bihun dan kacau sebati.
Tambah sedikit air dan adjust lagi air sampai bihun lembut.
Boleh tambah kicap caramel dan kicap manis kalau kurang gelap.
Boleh masukkan garam kalau kurang masin.
Masukkan sayur kobis dan kacau sampai kobis layu.
Akhir sekali masukkan daun sawi dan masak sekadar daun sawi layu kemudian tutup api.
Tabur dengan cili merah dan daun bawang.
Boleh hidangkan bersama cili kicap (cili padi dan kicap cair).

11/01/2023

Nasi Kandar Ayam Bawang Rashid
📌26, Jalan Todak 2, Bandar Sunway, 13700 Perai, Pulau Pinang

Stay tuned!

Perayaan Kuih bulan dan sejarahnyaMid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 pada ...
10/01/2023

Perayaan Kuih bulan dan sejarahnya

Mid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Pada tahun 2021, Perayaan Kuih Bulan jatuh pada 21 September. Dalam bahasa Mandarin, 中 秋 节 (zhōngqiūjié) bermaksud “Perayaan Pertengahan Musim Luruh”, selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting bagi masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina. Kedua-dua perayaan ini membawa makna “perjumpaan semula” atau “reunion” kepada masyarakat Cina. Hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, bulan penuh akan muncul di langit, melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu. Pada malam perayaan, ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama di bawah bulan mengambang, sambil menikmati kuih bulan dengan diterangi tanglung-tanglung dan lilin-lilin, tidak kurang juga perarakan tanglung sambil menceritakan mitos perayaan ini bersama anak-anak.

Perayaan Kuih Bulan mempunyai pelbagai lagenda dan cerita, di antara yang paling terkenal adalah kisah Houyi dan Chang’e, Wugang dan juga Arnab Jed. Terdapat juga sebuah cerita yang mengatakan bahawa sejenis kuih yang berupa kuih bulan telah digunakan sebagai medium penyampaian mesej dalam usaha penggulingan pemerintahan Mongol pada zaman dinasti Yuan.

Pada asalnya, perayaan ini berkait rapat dengan pertengahan musim luruh, upacara penyembahan bulan dijalankan oleh maharaja China sejak Dinasti Zhou. Upacara ini p**a berkait rapat dengan Pesta Menuai. Dalam pertengahan musim luruh, maharaja pada Dinasti Zhou akan menjalankan upacara penyembahan bulan, berdoa terhadap bulan agar rakyat diberkati dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan sehingga Dinasti Qing. Kuil bulan yang terletak di bahagian barat Beijing, China, yang digunakan oleh maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing kini masih boleh dikunjungi oleh para pelancong.

Pertengahan musim luruh ini mula dijadikan hari perayaan sejak awal pemerintahan Dinasti Tang. Perayaan ini disambut oleh istana dan golongan atasan. Rakyat mula menyambut perayaan ini pada pertengahan Dinasti Tang. Sempena bulan penuh bulan ke-8, maharaja dan pegawai-pegawai, atau semua anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama untuk menikmati pemandangan bulan penuh yang indah.

Perayaan ini terus diwarisi sehingga Dinasti Song. Pemerintah Dinasti Song menetapkan hari ke-15 bulan ke-8 sebagai cuti Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan disambut secara besar-besaran dari siang hingga malam oleh seluruh rakyat negara. Pelbagai aktiviti perayaan dijalankan bagi memeriahkan perayaan ini. Setiap kedai dan restoran akan dihias dengan hiasan yang berwarna-warni semasa meraikan perayaan ini. Sejak zaman Dinasti Song juga, perayaan ini telah dikenali sebagai “reunion” yang diwarisi sehingga sekarang.

Perayaan ini juga berkait rapat dengan Peperiksaan Awam Diraja. Ianya dijalankan pada bulan Ogos semasa Dinasti Song. Oleh itu, pegawai yang lulus peperiksaan awam juga turut diraikan sempena hari perayaan ini.

Kuih bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan ini sejak Dinasti Ming. Pada zaman ini juga, kuih bulan mula dihantar sebagai buah tangan kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat karib untuk mengeratkan hubungan dan juga menunjukkan penghargaan. Kuih bulan yang berbentuk bulat seperti bulan membawa maksud “reunion” telah dijadikan makanan tradisional perayaan.

Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai, adakala ia juga turut ditambahkan dengan kuning telur masin. Selain kuih bulan tradisional, terdapat juga kuih bulan Shanghai, kuih bulan Snowskin, kuih bulan Teochew dan sebagainya.

Sumber: https://news.uthm.edu.my/ms/2021/10/perayaan-kuih-bulan-dan-sejarahnya/

Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan seperti durian, pandan, keladi, tiramisu, green tea dan macam-macam lagi. Yang lebih menarik kini ada juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan.

Di Kluang, Johor, terdapat sejenis kuih bulan Shanghai yang terkenal, dibuat dalam bentuk tikus, yang asalnya berbentuk bulat.

Kini, kuih bulan telah menjadi kegemaran ramai di seluruh Malaysia, tidak terhad kepada masyarakat Cina yang meraikan Perayaan Kuih Bulan ini. Sempena perayaan ini, sambil kita menikmati kuih bulan, penulis ingin berkongsi ayat daripada puisi terkenal Dinasti Song oleh Sudongpo : “We wish each other a long life so as to share the beauty of this graceful moonlight, even though miles apart.” bermaksud walaupun terpisah jarak, semoga kita semua diberkati umur panjang dan dapat berkongsi keindahan bulan bersama-sama.

Oleh : Yeoh Li Cheng

Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

10/01/2023

Sis Panipuri
📌38G, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Stay tuned!

10/01/2023

Nasi Kandar Bendi Gani Maju Ayam Bawang Suurr..... Joki Power!!!
📌Bumi, 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Stay tuned for the video!

Nasi Kandar Bendi Gani Maju Ayam Bawang Suurr..... Joki Power!!!📌Bumi, 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur,...
10/01/2023

Nasi Kandar Bendi Gani Maju Ayam Bawang Suurr..... Joki Power!!!
📌Bumi, 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Stay tuned for the video!

Bahan-bahan:Bahan-bahan kisar halus:Anggaran 20 biji cili kering1/2 sudu besar lada hitam4 biji bawang merah kecil5 ulas...
09/01/2023

Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar halus:
Anggaran 20 biji cili kering
1/2 sudu besar lada hitam
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 ketul kunyit
1 ketul kecil belacan
sedikit air

Sumber:https://resepichenom.com/resepi/asam-pedas-ayam-style-melaka/show

Bahan-bahan lain:
1 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil halba
1/2 ekor ayam
1 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 cawan air pati asam jawa
1 kuntum bunga kantan
6 tangkai daun kesum
1 biji terung bulat
sedikit air, untuk lebih berkuah
1 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato
6 batang sayur bendi

Tip:
Untuk asam pedas style melaka, akan letakkan kelapa bakar atau kerisik.

Address

Temiang Jaya, Muar Johor Bahru
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sambal Goreng TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Muar media companies

Show All