Love in Bangladesh

Love in Bangladesh Page ini berkongsi kisah budaya, lifestyle, masakan dan produk dari Bangladesh. Semoga bermanfaat. Koleksi pelbagai resepi masakan dari negara Bangladesh.

06/09/2023

RESEPI NIRAMISH RANNA / SOSAR TORKARI

Jom hari ni try masak Sosar Torkari. Ada yang panggil Niramish Ranna sebab dah campur ubi kentang. Bahan utama masakan i...
06/09/2023

Jom hari ni try masak Sosar Torkari. Ada yang panggil Niramish Ranna sebab dah campur ubi kentang. Bahan utama masakan ini ialah timun.

Timun dalam bahasa Bengali ialah sosar.

Bahan-bahan
2 biji timun saiz besar
4 biji ubi kentang
5 tangkai cili padi
1 sudu jintan putih
1 sudu garam
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
1 gelas air

Bahan tumbuk
6 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
1 inci halia

Cara masak

Masukkan minyak. Minyak dah panas, tumis jintan putih dan cili padi. Kemudian masukkan timun dan ubi kentang. Kacau rata. Then masukkan serbuk kunyit. Kacau rata.

Kemudian masukkan bahan tumbuk. Kacau dan tambah air. Perasakan garam. Tutup periuk sekejap. Bagi timun dan ubi empuk. Agak-agak rempah semua dah sebati, kuah pekat, bahan dan empuk boleh la angkat hidang dengan nasi panas-panas.

03/09/2023

MURGI TORKARI

27/08/2023

Makanan tradisi masyarakat Bangladesh

KALIJIRA VORTA

MURGI TORKARIBahan-bahan1 ekor ayam6 ulas bawang merah sederhana besar1 labu bawang putih10 tangkai cili padi2 inci hali...
27/08/2023

MURGI TORKARI

Bahan-bahan
1 ekor ayam
6 ulas bawang merah sederhana besar
1 labu bawang putih
10 tangkai cili padi
2 inci halia
5 biji ubi kentang
1 biji tomato
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu kunyit
1 sudu serbuk cili
2 sudu serbuk rempah kari daging/ayam
2 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 sudu garam
5-6 sudu minyak masak

Cara masak
Kisar bahan bawang, halia, dan cili. Ambil periuk atau kuali. Masukkan ayam dan semua bahan di atas. Gaul rata dan baru nyalakan api.

Masak sampai pecah minyak. Agak ubi dah empuk, ayam dah masak boleh lah tutup api.

Cara orang Bangladeshi masak kari ayam mereka tak tumis. Masak cara begini pun senang dan sedap.

Orang Bangladeshi makan vorta ni dengan nasi panas-panas. Jom try buat. KALI JIRA VORTABahan-bahan1 cawan jintan hitam/h...
27/08/2023

Orang Bangladeshi makan vorta ni dengan nasi panas-panas. Jom try buat.

KALI JIRA VORTA

Bahan-bahan
1 cawan jintan hitam/habatussauda
5 tangkai cili kering
4 tangkai cili padi
1 biji sederhana bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu mustard oil
Secukup garam

Cara masak

Sangai/goreng jintan hitam dengan api sederhana. Asingkan. Kemudian sangai atau goreng bawang putih, bawang merah yang dah dihiris, cili kering dan cili padi berasingan dengan mustard oil.

Kisar bahan-bahan di atas. Kisar jintan hitam dulu dan kemudian bahan-bahan lain, bawang merah, bawang putih, cili padi, cili kering yang dah disangai dan masukkan garam.

Gaulkan sebati semua bahan dah dikisar. Gelente jadi bulat-bulat.

Siap.

BEEF KOSHA/GORU GOSTU BHUNA Bahan-bahan1 kilo daging segar4 biji bawang merah yang sederhana besar - hiris1 biji labu ba...
26/08/2023

BEEF KOSHA/GORU GOSTU BHUNA

Bahan-bahan
1 kilo daging segar
4 biji bawang merah yang sederhana besar - hiris
1 biji labu bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk cili
Garam secukup rasa

Bahan kisar
1 sudu lada hitam
4 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
7 bunga cengkih
1 biji buah keras

Cara masak

Tumis bawang merah sampai layu. Campak bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan jintan putih, kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk cili. Garam secukup rasa.

Bila dah pecah minyak, masukkan setengah saja bahan blend. Setengah lagi simpan then masukkan daging. Tambah air panas. Tutup kuali masak sampai daging hempuk. Anggaran 30-40minit.

Kemudian masukkan lagi baki separuh bahan blend.

Agak-agak kuah dah kering sikit. Boleh la tutup api. Tabur dengan daun ketumbar.

GORU TORKARIBahan-bahan1 kg daging, tulang daging (campur)5 biji bawang merah (yang sederhana besar) hiris2 kulit kayu m...
26/08/2023

GORU TORKARI

Bahan-bahan

1 kg daging, tulang daging (campur)
5 biji bawang merah (yang sederhana besar) hiris
2 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1 gelas air panas
Minyak masak secukup
Garam secukup rasa

Bahan kisar
1 labu setengah bawang putih
30 tangkai cili padi
2 inci halia

Kalau nak tambah ubi kentang pun boleh

Cara masak

Masukkan daging dan semua bahan di atas kecuali air panas. Jangan nyalakan api lagi. Dah masuk semua bahan, gaulkan rata kemudian baru nyalakan api.

Selepas 20 minit, masukkan air panas. Then tutup periuk, masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Nampak kuah agak pekat dan kemerahan tu dah masak lah. Masak anggaran dalam 40-50 minit. Kalau masak lagi lama lagi sedap.

Hiasa dengan daun ketumbar. Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Nota: daun ketumbar takda, ubi kentang takda. Cari kat kedai takda. 😅

Rawatan Penyakit Menggunakan Buah-Buahan Dan Sayur-SayuranInshaAllah rawatan ini adalah sebagai alternatif bagi menggant...
15/08/2021

Rawatan Penyakit Menggunakan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

InshaAllah rawatan ini adalah sebagai alternatif bagi menggantikan ubat.

Caranya, blenderkan je semua campuran. Kalau nak manis, boleh tambahkan madu.

1. Kencing Manis = Carrot + Bayam + Saleri
2. Batuk = Carrot + Nenas + Halia + Bawang Putih
3. Pening = Epal + Timun + Kale + Saleri
4. Ulser = Kobis + Carrot + Saleri
5. Sembelit = Carrot + Epal + Kubis
6. BP Tinggi = Ubi Bit + Epal + Saleri + Timun + Halia
7. Detox Buah Pinggang = Carrot + Tembikai + Timun + Cilantro
8. Mata = Carrot + Saleri
9. Mabuk = Epal + Karot + Ubi Bit + Lemon
10. Gementar = Carrot + Saleri + delima
11. Depresi = Carrot + Epal + Bayam + Uni Bit
12. Asma = Carrot + Bayam + Epal + Bawang Putih + Lemon
13. Arthritis = Carrot + Saleri + Nenas + Lemon
14. Batu Karang = Oren + Epal + Tembikai + Lemon
15. Stress = Pisang + Strawberi + Pear
16. Keletihan = Carrot + Ubi bit + Epal Hijau + Lemon + Bayam
17. Hilang Ingatan = Delima + Ubi Bit + Anggur
18. Ketidakhadaman = Nenas + Carrot + Lemon + Mint

Semoga bermanfaat..

Silalah tekan button untuk menyebar luas ilmu 😊😊

APA ITU KALORI?Kalori merupakan bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk beraksi. Jika jumlah kalori anda jauh lebih...
29/07/2021

APA ITU KALORI?

Kalori merupakan bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk beraksi. Jika jumlah kalori anda jauh lebih tinggi dari jumlah kalori yang diperlukan tubuh, maka tubuh akan menyimpannya sebagai cadangan makanan dalam bentuk lemak. Cadangan makanan tersebut tersimpan di bawah kulit sehingga akan membuat tubuh anda nampak gemuk.

Oleh kerana itu, jika anda ingin menurunkan berat badan, digalakkan mengambil makanan rendah kalori. Makanan yang rendah kalori merupakan makanan yang memiliki kandungan kalori yang sedikit dan biasanya kaya akan nutrisi lain yang penting bagi tubuh.

Tekan FOLLOW dan TAG kawan2 anda. Jom sihat bersama Juszcut!

29/07/2021
Jom kenal pasti badan anda kategori lemak yang mana?
29/07/2021

Jom kenal pasti badan anda kategori lemak yang mana?

Address

17 Tingkat Bawah Jalan Perindustrian Raja Pusat Perdagangan Pergam
Muar
84300

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Love in Bangladesh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Love in Bangladesh:

Videos

Share