20/11/2024
Belanjawan Johor 2025 bertemakan “Maju Johor, Rakyat Sejahtera” bakal dibentangkan dengan bertunjangkan 6 Teras Agenda Maju Johor.
Belanjawan ini akan menyentuh pelbagai aspek penting seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan mampu milik, infrastruktur, dan usaha memperkukuh keagamaan serta masa depan belia yang berdaya saing.
Pembentangan ini juga bukanlah sekadar belanjawan, tetapi perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang bertujuan mencipta masa depan yang lebih baik. Setiap inisiatif yang dirancang adalah untuk memastikan tiada Bangsa Johor yang ketinggalan.
Ayuh saksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan Johor 2025 dengan tema "Maju Johor Rakyat Sejahtera" pada esok, 21 November 2024, jam 9.30 pagi.
Mari bersama-sama kita teruskan langkah untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor