10/06/2021
Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat
1 - Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh je pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2 - Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, โabg sampah dah penuh!โ Setakat tu je dia pandai.
3 - Dia boleh je jaga anak sorang sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk โabg tolong tegur sikit budak budak niโ
4 - Dia boleh je terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. โOh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!โ
5 - Dia pandai je merancang. โOk syg plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi laโ tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6 - Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa xfaktor dia jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, ni mesti dah bosan sangat, ni mesti nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, โentah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari niโ
7 - Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania s**a makan ni, aisy s**a makan ni, abg s**a makan ni, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, โabg tolong carikan ...... syg teringin la nak makanโ
Ini tuan puan, bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja. Okey!
Sumber: FB Mohd Fhais Salim