GAPENA adalah gabungan federasi 22 buah persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu di seluruh Malaysia. BADAN KERABAT GAPENA terdiri daripada :-
• Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
• Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
• Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
• Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
• Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
• Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
• Perkumpulan Penul
is dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
• Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor (KEMUDI)
• Persatuan Penulis Johor (PPJ)
• Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
• Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
• Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
• Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
• Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
• Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
• Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS)
• Persatuan Penulis Perlis (3P)
• Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
• Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
• Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
• Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
• Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA)
Tujuan/Matlamat Penubuhan:
1. Mempertahan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2. Menyatupadukan semua rakyat Negara Ini menerusi Bahasa Kebangsaan yang tunggal Iaitu Bahasa Melayu.
3. Berusaha untuk memajukan Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Kebangsaan di Peringkat Negeri, Negara dan Antarabangsa
4. Menyatukan Persatuan-Persatuan Penulis Malaysia yang bergiat dalam Bahasa Kebangsaan
5. Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis
6. Memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan; dan
7. Mengusahakan peluang-peluang untuk Penulis-Penulis memajukan bakat mereka. Kegiatan Gabungan
- Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
- Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya
kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
- Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan
kepentingan penulis di dalam
a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar
negeri;
b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama
sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
- Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan
penulis;
- Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke
semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.