We Respect Najib & Zahid

We Respect Najib & Zahid Kami Respect PM Najib Razak & TPM Zahid Hamidi

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐚𝐡.Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah....
17/08/2024

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐚𝐡.

Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.

Setinggi penghargaan saya sampaikan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat Barisan Nasional untuk kembali berkhidmat kepada rakyat disini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya DUN Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera Barisan Nasional serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie.

Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.

Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawadhu' dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional akan tetap diteruskan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.

Terima kasih Nenggiri.

Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional

17 Ogos 2024

16/06/2024

Semoga para jemaah di tanah suci dikurniakan haji mabrur.

Doakan perjalanan diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua jemaah di tanah suci dan umat Islam di seluruh negara.

PMX dan TPM beraya.
05/05/2024

PMX dan TPM beraya.

Terjawab sudah akhirnya  .. saksi kritikal yang di rahsiakan itu .. adalah DSZH 🙂 Siapakah yang 'Terlalu Berani" .. lawa...
17/04/2024

Terjawab sudah akhirnya .. saksi kritikal yang di rahsiakan itu .. adalah DSZH 🙂 Siapakah yang 'Terlalu Berani" .. lawan & tak ikut perintah YDPA itu .. 🙁

Addendum tu sahih wujud ... soalnya ,siapa yang berani sanggah titah YDPA itu ... ?



DS Zahid akui wujud Titah Adendum Tahanan rumah untuk DS Najib Razak .

Dalam afidavit beliau, Zahid menyatakan titah adendum yang bertarikh 29 Januari 2024 itu menyatakan hukuman DS Najib dikurangkan dan diberi "tahanan rumah".

Zahid juga mengesahkan titah adendum tersebut dimeterai oleh mantan YDPA itu adalah tulen.

Siapa yang tunjuk titah ini kepada Zahid? DS Tengku Zafrul.

Siapa lagi tahu pasal titah adendum ni? Semua menteri kabinet dan juga YAB DS Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Zahid akui, beliau tiada salinan titah ini kerana terpaksa menjaga kerahsiaan.

Jadi, sahlah adanya titah adendum untuk DS Najib diberi tahanan rumah. Soalnya sekarang, siapa sorok titah adendum ini?

Biasa orang PN saja berani langgar titah YDPA.

Semoga ada berita baik.Kita tunggu pengesahannya.
30/01/2024

Semoga ada berita baik.
Kita tunggu pengesahannya.

Dirgahayu Tuanku!Menjunjung kasih KDYMM Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah S...
30/01/2024

Dirgahayu Tuanku!

Menjunjung kasih KDYMM Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah & KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Patik dan sekalian rakyat menzahirkan ucapan jutaan terima kasih atas segala jasa & bakti yang telah dicurahkan di sepanjang pemerintahan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Doa dipanjat semoga KDYMM Tuanku & Raja Permaisuri Agong terus dianugerahkan kesihatan, kebijaksanaan, keberkatan & penuh kedaulatan.

Semoga KDYMM Tuanku & Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan & rahmat-Nya.

Daulat Tuanku!

Belum bicara asyik tangguh dan tangguh.. Apa sudahnya ni ?
19/01/2024

Belum bicara asyik tangguh dan tangguh.. Apa sudahnya ni ?

Kes SRC RM27 juta ini tidak pernah dibicara sejak Najib didakwa pada lewat tahun 2018 sehingga kini sebab pendakwaan telah minta 30 kali penangguhan

Sebab itu, pada bulan Julai 2023 tahun lepas, peguam Najib telah menghantar surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk minta kes digugurkan.

Maka pihak pendakwaan minta kes ditangguh lagi ke 1 Disember 2023 dengan alasan perlukan masa untuk pertimbangkan surat representasi Najib.

Pada sebutan kes 1 Disember 2023 itu, pihak pendakwaan sekali lagi beritahu mahkamah bahawa mereka belum sedia untuk bicarakan kes dan minta untuk diberi masa sehingga bulan April 2024 untuk pertimbangkan surat representasi Najib.

Namun hakim tidak bersetuju dan hanya memberikan penangguhan ke pagi ini 19 Januari 2024. Hakim juga memberitahu pendakwaan bahawa ini adalah kali terakhir penangguhan akan diberi dan pihak pendakwaan perlu membuat keputusan berkenaan surat representasi Najib.

Pagi ini p**a, pihak pendakwaan sekali lagi memberitahu mahkamah bahawa mereka masih belum bersedia membicarakan kes dan minta mahkamah untuk sekali lagi menangguhkan kes ke bulan April supaya mereka boleh pertimbangkan surat representasi Najib yang telah dihantar 9 bulan dahulu.

Biarpun hakim pernah memberi amaran pada Disember 2023 bahawa tidak akan berikan penangguhan lagi, hakim telah sekali lagi memberi penangguhan kepada 12 Mac 2024 supaya pendakwaan diberi lebih masa untuk pertimbangkan surat representasi Najib.

Hakim juga telah menetapkan secara tentatif untuk perbicaraan kes ini dipertengahan bulan September 2024 dengan memberitahu peguam Najib boleh meminta mahkamah membebaskan dan melepaskan Najib sekiranya pendakwaan masa belum sedia membicarakan kes yang sudah tertangguh berpuluh kali sejak 6 tahun dahulu.

Kes ini sebenarnya adalah kes yang sama dengan kes SRC RM42 juta di mana Najib sudah didapati bersalah dan dipenjarakan 12 tahun namun akibat kesilapan Tommy Thomas dan keengganan Hakim Nazlan untuk memperlambatkan kes RM42 juta, kes SRC RM27 juta telah menjadi satu lagi kes berasingan.

Ianya melibatkan saksi yang sama dan bukti yang sama tetapi sekiranya kes SRC RM27 juta ini dibicarakan, peguam Najib berpeluang untuk memasukkan segala bukti-bukti yang tidak pernah dibenarkan hakim ketika itu untuk dimasukkan dalam kes SRC RM42 juta yang asal.

Ada juga pemerhati undang-undang yang berpendapat bahawa perbicaraan berasingan kes SRC RM27 juta melanggar prinsip undang-undang dan perlembagaan persekutuan bahawa seseorang tidak boleh dibicarakan dua kali secara berasingan untuk kes yang sama.

Semoga cepat sembuh DS Zahid dapat kembali bertugas semula.
25/11/2023

Semoga cepat sembuh DS Zahid dapat kembali bertugas semula.

Ya Allah, Semoga DS Najib tabah dan diberi kesembuhan, pulih dengan segera. DS Najib sedang diuji dengan wabak Covid -19...
04/11/2023

Ya Allah, Semoga DS Najib tabah dan diberi kesembuhan, pulih dengan segera.
DS Najib sedang diuji dengan wabak Covid -19
Amiinn.

01/11/2023

Bossku Najib Razak telah di masukan ke HKL pada hari ini.
Doakan semoga Bossku diberikan kesembuhan.

Demi Najib.We Stand By You
29/10/2023

Demi Najib.
We Stand By You

Sokong Najib. Ayuh datang beramai-ramai Hari : Sabtu Tarikh : 28 Oktober 2023Lokasi : Dewan Besar Kelab Sultan Sulaiman ...
25/10/2023

Sokong Najib. Ayuh datang beramai-ramai
Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Oktober 2023
Lokasi : Dewan Besar Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Kuala Lumpur
Masa : 8.00 malam

19/09/2023

Apa rakyat Malaysia telah dapat dengan membenci saya selepas PRU 14 ?

13/09/2023

Terima kasih.. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sebentar tadi, Makhamah Rayuan telah kekalkan keputusan untuk bebas dan lepaskan Najib dan Arul Kanda bagi kes laporan A...
12/09/2023

Sebentar tadi, Makhamah Rayuan telah kekalkan keputusan untuk bebas dan lepaskan Najib dan Arul Kanda bagi kes laporan Audit 1MDB.
---
KENYATAAN MEDIA PEGUAM

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK

Pihak kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Malaysia secara rasminya telah membatalkan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers) (“AGC”) terhadap anakguam kami, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (“Dato’ Sri Najib”), berkaitan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang dimulakan sejak tahun 2018.

Bagi menyegarkan semula ingatan masyarakat Malaysia, rayuan yang dirujuk di atas merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2023 yang lalu yang mana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepas dan membebaskan anakguam kami tanpa perlu memanggil saksi pembelaan – dalam erti kata lain, tiada kes prima facie yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan.

LATAR BELAKANG KES

Pada 12 Disember 2018, Dato’ Sri Najib telah dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana telah kononnya menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan pindaan dibuat ke atas laporan Audit Kerajaan bagi syarikat 1MDB pada bulan Februari 2016 untuk kepentingan dirinya sendiri. Didakwa bersama-sama anakguam kami ialah Encik Arul Kanda, yang mana beliau telah diwakili oleh pasukan pembelaan yang berasingan.

Dalam perbicaraan tersebut, pasukan Pendakwaan telah diketuai oleh mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala pasukan Pembelaan Dato’ Sri Najib p**a telah diketuai oleh Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai enam-belas (16) orang saksi pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Namun, sepanjang perbicaraan berlangsung, sedikit demi sedikit berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil sememangnya menunjukkan bahawa bukan sahaja pindaan yang dibuat ke atas laporan audit tersebut adalah pindaan yang tidak penting, remeh dan kecil, malah bekas Ketua Audit Negara pada ketika itu, Tan Sri Ambrin Buang telah menegaskan bahawa beliau telah bertindak serta menjalankan tugasnya tanpa menerima sebarang tekanan mahupun arahan daripada mana-mana pihak.

Secara ringkasnya, tiada sebarang salahlaku/penyalahgunaan kuasa dari pihak anakguam kami langsung dalam perkara ini.

Tambahan p**a, pendedahan sewaktu perbicaraan menyatakan bahawa bekas Ketua Peguam Negara/Pendakwa Raya iaitu Tan Sri Tommy Thomas, telah secara pramatang mendakwa anakguam kami sebelum siasatan dimuktamadkan dan perkara ini telah secara dasarnya menjejaskan integriti pertuduhan yang dikenakan ke atas anakguam kami.

Jelas sekali Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya harus merenung kembali ke atas segala keputusan yang dibuat olehnya pada ketika beliau menyandang jawatan sebagai Peguam Negara kerana kini, beliau seharusnya bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan tersebut.

Mengambilkira bukti-bukti yang telah dikemukakan sewaktu perbicaraan dalam Mahkamah, khususnya berkenan dengan kenyataan berwibawa yang telah diberikan oleh Tan Sri Ambrin Buang, yang mana pentingnya untuk kami nyatakan di sini bahawa Hakim Perbicaraan sendiri juga telah menyifatkannya sebagai “principled and no-nonsense person” (seorang yang berprinsip dan boleh dipercayai), Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang dapat meyakinkan Mahkamah bahawa pertuduhan-pertuduhan ke atas kedua-dua Tertuduh adalah wajar dan berasas.

Oleh yang demikian, kedua-dua anakguam kami dan Encik Arul Kanda telah selayaknya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ke atas kedua-dua mereka.

PROSES MAHKAMAH RAYUAN:

Walaupun sememangnya ia merupakan sesuatu yang biasa bagi pihak AGC memfailkan rayuan ke atas sebarang keputusan pembebasan, namun pihak AGC juga mempunyai kebiasaan yang mana AGC akan menyemak semula merit bagi sesuatu rayuan sewaktu Rekod Rayuan disediakan oleh Mahkamah Tinggi. Menurut Seksyen 53 di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah 65 di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994, sekiranya terdapat alasan yang kukuh untuk merayu, pihak Perayu mempunyai masa sepuluh (10) hari dari tarikh Rekod Rayuan diterima dari pihak Mahkamah untuk memfailkan Petisyen Rayuan. Ketiadaan Petisyen Rayuan tersebut akan secara serta-merta menyebabkan rayuan tersebut dibatalkan serta ditolak oleh pihak Mahkamah.

Dalam kes ini, ia adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk meneruskan dengan rayuan tersebut, maka oleh sebab itu, Petisyen Rayuan tidak difailkan. Ini telah kemudiannya menyebabkan pihak Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua rayuan Pendakwaan terhadap keputusan kes Dato’ Sri Najib dan Encik Arul Kanda.

Perkara ini sememangnya menunjukkan, khususnya apabila pihak Pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rayuan, bahawa keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut sememangnya suatu keputusan yang teguh dan tidak boleh disangsi oleh mana-mana pihak. Ia mengukuhkan lagi bahawa kedua-dua anakguam kami dan Encik Arul Kanda sememangnya tidak bersalah dalam kes ini.

Memandangkan terdapat bukti-bukti kukuh yang telah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah, sememangnya sebarang pertuduhan tidak sepatutnya dikenakan ke atas anakguam kami sejak dari mula lagi. Keputusan untuk mendakwa anakguam kami tersebut telah menimbulkan pelbagai kesulitan dan kesukaran kepada anakguam kami selama tempoh 5 tahun ini – apatah lagi sekiranya rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya tersebut diteruskan.

Kami sesungguhnya berterima kasih kepada semua pihak yang sejak dari awal sehingga kini masih tidak berputus-asa untuk memperjuangkan kebenaran serta menegakkan keadilan. Kami seikhlas hati berharap agar keputusan ini akan membenarkan Dato’ Sri Najib dan Encik Arul Kanda meneruskan kehidupan mereka bebas daripada sebarang pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas.

[TAMAT]

04/09/2023

KENYATAAN MEDIA

1. Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menzahirkan kesyukuran atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini yang melepaskan Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

2. Keputusan mahkamah itu sekaligus menggambarkan natijah yang besar atas segala ujian getir dihadapi Dato' Seri Zahid selama lebih lima tahun dalam berjuang membersihkan dirinya daripada percaturan pendakwaan politik yang sengaja dikenakan ke atas beliau.

3. Mengambil kira 11 alasan menghentikan pendakwaan ke atas semua pertuduhan tersebut, sudah tiba masanya kredibiliti institusi perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan SPRM kembali dijernihkan setelah terdedahnya satu persatu elemen campur tangan bermotif politik dalam kes berkenaan.

4. Justeru, keputusan mahkamah itu sewajarnya memberi pengajaran kepada semua pihak betapa institusi kehakiman yang selama ini menjadi tunjang sistem keadilan dan keamanan mesti sentiasa dipertahankan daripada menjadi perkakas politik.

5. Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia perlu menjadi teladan dengan memberi kebebasan sepenuhnya kepada institusi perundangan dalam menegakkan keadilan agar episod hitam pendakwaan politik tidak lagi berulang.

DATO’ SERI SAARANI MOHAMAD
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak
4 September 2023

365 hari telah berlalu pergiDi sebalik tirai besiBeralaskan dinginnya lantai simenTikar sejadah menjadi temanSujudMenger...
23/08/2023

365 hari telah berlalu pergi
Di sebalik tirai besi
Beralaskan dinginnya lantai simen

Tikar sejadah menjadi teman
Sujud
Mengerjakan solat lima waktu
Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban
Mendoakan ketenangan, kebebasan derita

Di subuh
Menanti sinar mentari pagi
Menembusi jendela tirai besi
Di waktu senja bertukar malam
Hening dan sunyi
Mengalunkan Al-Quran
Berzikir dengan hati

Keseorangan.
Walaupun tahu Allah sentiasa ada
Tidak akan pernah meninggalkan hambaNya

Dari FB Najib Razak

Kawan² yg nak mengundi pd 12/8/2023DSN berpesan terus setia dan beri sokongan kpd parti.
10/08/2023

Kawan² yg nak mengundi pd 12/8/2023
DSN berpesan terus setia dan beri sokongan kpd parti.

Selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan dan pengundi - pengundi awal di PRN tiap negeri.
08/08/2023

Selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan dan pengundi - pengundi awal di PRN tiap negeri.

Dua sahabat dan pemimpin kita  yg kuat dan tabah.
07/08/2023

Dua sahabat dan pemimpin kita yg kuat dan tabah.

DS Najib hadir ke mahkamah untuk meneruskan perbicaraan ke 1MDB.Harap Zetty dapat hadir hari ini Dr Akmal Saleh ikut had...
27/07/2023

DS Najib hadir ke mahkamah untuk meneruskan perbicaraan ke 1MDB.
Harap Zetty dapat hadir hari ini
Dr Akmal Saleh ikut hadir.

Alhamdulillah dah habis MC. Bekas gabenor Bank Negara dapat hadir di mahkamah Agak-agak nak sambung MC tak lagi ? - admi...
26/07/2023

Alhamdulillah dah habis MC.
Bekas gabenor Bank Negara dapat hadir di mahkamah
Agak-agak nak sambung MC tak lagi ?

- admin

Sayu bila diingatkan.Semoga Allah permudahkan tiap urusan DS Najib. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 70.Kami...
23/07/2023

Sayu bila diingatkan.
Semoga Allah permudahkan tiap urusan DS Najib.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 70.
Kami semua rindu Najib Razak.

21/07/2023

Jom tonton bersama

Jangan terlampau ikut emosi lupa adab hilang hormat. Jadi biadap. - admin
15/07/2023

Jangan terlampau ikut emosi lupa adab hilang hormat. Jadi biadap.
- admin

Pesanan dari DSN kepada kita semua yg disampaikan oleh Dato' Nizar Najib.
25/06/2023

Pesanan dari DSN kepada kita semua yg disampaikan oleh Dato' Nizar Najib.

Ni ja yg admin nak habaq. Sekian
25/06/2023

Ni ja yg admin nak habaq. Sekian

Tenang semua...pastikan undi KAMU UNTUK BN Dan umno..saya amanahkan supaya ahli2 kekal setia..saya doakan dari dalam aga...
04/06/2023

Tenang semua...pastikan undi KAMU UNTUK BN Dan umno..saya amanahkan supaya ahli2 kekal setia..saya doakan dari dalam agar di luar rumah yang kita Bina bersama kuat Dan releven..

Address

Jalan Conlay
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when We Respect Najib & Zahid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to We Respect Najib & Zahid:

Videos

Share

Nearby media companies


Other Kuala Lumpur media companies

Show All