Pro Trader Bursa Malaysia

Pro Trader Bursa Malaysia Memberi info dan pendedahan awal dalam pelaburan Saham Bursa Malaysia

TRADING PLANSebelum tekan butang buy, anda wajib ada trading plan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan anda tahu nisbah ...
02/12/2020

TRADING PLAN
Sebelum tekan butang buy, anda wajib ada trading plan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan anda tahu nisbah risk:reward, berapa keuntungan yang anda ingin capai, berapa kerugian yang anda sanggup rugi dan banyak lagi.

Dah buat analisa tadi, barulah anda tahu
(1) Pada harga apa nak beli (Entry Price)
(2) Sasaran keuntungan yang hendak dicapai (Target Price)
(3) Pada harga apa anda perlu jual sebelum anda mengalami kerugian yang lebih besar jika harga saham terus menjunam jatuh (Stop Loss).
Ramai orang gagal di dalam pelaburan saham, hanya kerana tidak mengamalkan ilmu asas iaitu Trading Plan. Ia boleh diibaratkan seolah-olah anda tidak tahu hala tuju selepas membeli saham sesuatu syarikat.


MELABUR PADA USIA MUDABerikut merupakan tips pelaburan penting untuk pasangan muda yang bakal menimang cahaya mata. Kita...
28/11/2020

MELABUR PADA USIA MUDA
Berikut merupakan tips pelaburan penting untuk pasangan muda yang bakal menimang cahaya mata. Kita semua tentu sedia maklum yang kos untuk membesarkan anak-anak bukanlah murah. Kos untuk membesarkan seorang anak sejak dari bayi sehingga ke peringkat IPT sahaja boleh mencecah ratusan ribu.

Itu baru seorang anak. Kalau ramai? Tentulah lagi banyak belanja yang perlu dikeluarkan bukan?

Sebab itulah pentingnya setiap pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil atau pun yang baru merancang untuk berkeluarga untuk mula menyediakan perancangan kewangan yang rapi.

Ini bagi menjamin keselesaan anda sekeluarga dari segi kewangan.

Kita mungkin merasakan yang anak kita masih lagi kecil, lambat lagi nak masuk universiti. Tapi sebenarnya, ia tidaklah selama itu.

Pejam celik, pejam celik, esok sudah nak kena hantar mereka di depan kolej atau universiti. Sebab itulah penting untuk kita melabur awal.

Walaupun baru saja berkahwin dan belum mempunyai anak, tak salah sekiranya untuk kita mula berfikir tentang menyediakan tabungan pendidikan dimasa sekarang.

Lagi awal kita melabur, lagi banyak untung yang bakal kita peroleh.

24/11/2020

SAHAM ADALAH PERNIAGAAN

Sebelum itu, kita mulakan dulu dengan kesilapan yang sering dibuat. Ramai yang sering tersalah sangka bahawa saham adalah nombor-nombor semata-mata. Sebaliknya asas dalam pelaburan saham adalah perniagaan.

Di sebalik Technical Analysis dan kajian berkenaan chart, adanya perniagaan dengan produk yang dijual dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Di sebalik naik turun harga saham, di situ adanya perniagaan.


18/11/2020

8 Cara Scammer Menipu Duit Orang Awam Yang Anda Patut Tahu!
By Jamil Baharom
Kami harap maklumat ni dapat bantu korang untuk sediakan payung sebelum hujan. Jangan lupa share dengan sanak sedara pak penakan agar dorang dapat elakkan diri daripada kena tipu!


5 Kelebihan Melabur Saham1. Kita boleh membuat urusan jual dan beli saham pada bila bila masa. Kos transaksi juga agak r...
15/11/2020

5 Kelebihan Melabur Saham

1. Kita boleh membuat urusan jual dan beli saham pada bila bila masa. Kos transaksi juga agak rendah.
2. Kita juga bebas melabur di mana sahaja kita berada dan pada bila bila masa.
3. Untuk awasi pelaburan kita pun senang sekarang, tak kisah pergi melancong ke luar negara pun boleh tengok dengan menggunakan handphone sahaja.
4. Kita mampu mengawal pelaburan kita sepenuhnya untuk memaksimumkan p**angan dan juga mengawal risiko pelaburan.
5. Pelaburan saham boleh dijangka jika kita tahu apa yang kita buat.

Tapi Kena Ingat :

1. Pasaran saham boleh mengalami keadaan yang volatile, di mana kadar naik turun saham boleh jadi terlalu tinggi dalam masa yang singkat.
2. Kita WAJIB mempunyai ilmu, sama ada ilmu teknikal atau fundamental dan elakkan tips atau rumors dari sumber yang tidak dapat disahkan.
3. Kena awasi pelaburan kita. Dengan adanya aplikasi saham Maybank Trade di handphone, kita juga boleh letakkan alert jika harga itu naik atau pun turun pada harga yang kita tetapkan.
4. Melabur saham ni juga kena disiplin. Kita kena tahu bila kita patut beli dan bila kita patut jual berdasarkan harga signal beli dan jual yang telah kita tetapkan.


Boleh Ke Orang Biasa Dapat Untung Dari Pasaran Saham?Saya selalu dengar ramai orang cakap ‘kalau saya ada banyak duit, m...
13/11/2020

Boleh Ke Orang Biasa Dapat Untung Dari Pasaran Saham?

Saya selalu dengar ramai orang cakap ‘kalau saya ada banyak duit, memang saya nak sangat melabur dalam saham’ atau ‘saham ni untuk orang have-have je’. Ramai yang berpendapat nak dapat keuntungan dari pasaran saham kena jadi kaya dulu atau kena jadi trader sepenuh masa atau pun kena jadi pandai ‘gila’ dalam bab kewangan.

Sebenarnya tak pun.

Dari pengalaman saya, client yang buat keuntungan banyak bukannya yang jenis beli dan jual hari-hari. Ada juga yang masih belajar di universiti, melabur dalam saham dengan modal yang agak rendah dan keuntungannya setara dengan modalnya. Kena realistik.

Saya bagi 1 senario:
Ali bekerja di sebuah kilang elektronik dengan pendapatan RM43,000 setahun. Selepas bayar sewa rumah, motor dan perbelanjaan harian, Ali berjaya menyimpan RM2,000 dalam tempoh 6 bulan dan dia ingin melabur dalam pasaran saham. Ali membeli 2,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.80/saham (RM1,600). Ali juga perlu membayar RM30.48 kos transaksi pembelian saham tersebut. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,630.48.

3 bulan kemudian, Ali ingin menjual sahamnya setelah melihat prestasi syarikat getah XYZ dan harga sahamnya telah meningkat menjadi RM1.00/saham. Jumlah jualan sahamnya adalah RM2,000. Dia juga perlu membayar RM30.60 kos transaksi penjualan tersebut, di mana hasil akhir penjualannya menjadi RM1,969.40. Jadi keuntungan yang Ali dapat adalah RM338.92.

RM338.92 mungkin tak banyak tapi kena ingat Ali cuma melabur RM1,630.48 je dalam tempoh 3 bulan. Itu bersamaan keuntungan sebanyak 20.79%, lagi elok dari dia biarkan duit dalam akaun simpanan.

Kesimp**annya, tak perlu pun modal yang besar untuk melabur. Ianya perlu bersesuaian dengan risiko dan jangka masa pelaburan anda. Jika pelabur mempunyai modal yang lebih besar, pelabur akan dapat lebih banyak pilihan saham yang lebih berkualiti untuk dibeli.


Terbaik semua. Alhamdulillah semua dpt catch up teknik yg diajarkan Dan spot kaunter2 yg menarik. Jom Kita share kn kepa...
12/11/2020

Terbaik semua. Alhamdulillah semua dpt catch up teknik yg diajarkan Dan spot kaunter2 yg menarik.
Jom Kita share kn kepada kwn2 trader yg NAK BELAJAR Dan berjaya PROFIT bersama2.
https://rebrand.ly/V-Book4U



ADAKAH EMOSI BAHAYA DALAM TRADING? Ada yang menyatakan salah satu jalan nak buat duit secara online adalah pelaburan sah...
08/11/2020

ADAKAH EMOSI BAHAYA DALAM TRADING?

Ada yang menyatakan salah satu jalan nak buat duit secara online adalah pelaburan saham. Saya pun rasakan begitu, jalan nak buat duit dengan urusniaga saham memang ada dan amat terbuka luas. Memang kita nampak jalannya, walaupun kita nampak jalannya, adakah ia senang ?

Sebelum nak sampai ke tahap buat duit dan sukses dengan bersaham ni, pertama sekali kita kena suluh diri kita dahulu. Scan diri kita dahulu sama ada kita mampu atau tidak mengharungi medan di bursa dengan urusan tradingnya.

Ada beberapa proses yang perlu kita lalui seperti belajar mengenali dan memahami saham, belajar selok-belok trading dan belajar memahami emosi sendiri ataupun psikologi tentang trading saham.

Saya tidak mahu sentuh tentang modal, keberanian dan pengurusan kewangan. Apa yang ingin saya tumpukan adalah tentang perasaan dan emosi seseorang trader. Kita beremosi, begitu juga trader-trader yang lain yang membuat trading.

Dalam sistem kawalan emosi bagi seorang trader itu yang menjadi puncanya adalah DISIPLIN. Trader yang berjaya atau sukses adalah trader yang ada disiplin dan mampu mengawalnya. Seorang trader profesional yang berjaya adalah trader yang pandai menggunakan disiplin untuk membuat trading.

Dalam psikologi trading bagi saya, disiplinlah yang mengawal segala-galanya termasuk ‘Money Management ‘ atau Pengurusan Kewangan ketika bertrading. Kita membuat jangkaan dan perancanaan trade, keluar masuk pasaran, andaian untung dan rugi mestilah dengan mengikut disiplin dan berdisiplin.

Kita boleh buat analisis yang baik tentang hala tuju harga saham tetapi kita tidak masuk pasaran. Kita tidak masuk pasaran disebabkan beberapa faktor, takut, tidak percaya diri sendiri, mengambil sambil lewa dan keadaan ini kesemuanya ada sangkutan dengan psikologi.

Kita takut rugi adalah emosi kita semata-mata, kita tak percaya diri sendiri juga adalah emosi kita dan dari segi praktikalnya kita mungkin kurang melatih tubi diri kita tentang trading saham. Sambil lewa adalah sikap dan juga ada kaitan dengan pemikiran dalaman kita yang negatif.

Cara membendung psikologi dan pemikiran kita yang negatif ketika membuat urusan trading ialah dengan disiplin, bermakna ikut sahaja apa yang telah kita rencanakan untuk membuat trade. Tolak fikiran negatif dan takut, sampai masa dan ketika buat dan ikut saja apa yang direncanakan.

Cakap memang senang, siapa sahaja pun boleh cakap tetapi nak buatnya memang susah, itu adalah pandangan orang yang bersikap negatif. Orang yang bersikap positif tidak mahu berfikir tentang negatif kerana dari awal lagi mereka tolak pemikiran negatif dengan penuh disiplin.

5 TIPS SWING TRADINGSemua orang boleh menjadi swing trader. Tak kisah apa latar belakang anda. Asalkan anda ada kemahuan...
06/11/2020

5 TIPS SWING TRADING

Semua orang boleh menjadi swing trader. Tak kisah apa latar belakang anda. Asalkan anda ada kemahuan dan berani ambil risiko. Tetapi itu semua perlu diterjemahkan dengan ilmu pengetahuan bukan zero tak tahu apa-apa nak terjah masuk pasaran.

Berikut 5 Tips Swing Trading :

1. Sedar Diri Dengan Modal Yang Ada

Ini perkara utama yang kena kita kena clear. Sedar diri. Modal kena realistik. Mindset cepat kaya kena buang jauh-jauh.
2. Mencari Saham Yang Mempunyai Momentum

Menjadi swing trader, kita tidak akan fokus kepada buy and hold position. Mindset kita adalah winning position.

Oleh itu penguasaan ilmu Teknikal Ananlisis adalah amat penting. Perlu diketahui, pasaran global dan pasaran Bursa Malaysia adalah dua entiti yang berbeza perangainya. Jadi, apa yang digunakan di pasaran global tidak semestinya sesuai digunakan di Bursa Malaysia.
3. Entry Hanya Bila Market Betul Steady Dan Ada Entry Atau Reversal Signal

Manusia ni ada satu perangai s**a adakan entry. Bagi mereka news-news ni benda biasa. Di global anda perlu ambil tahu news-news semasa. Terutama tarikh earning report sesuatu saham.
4. Jangan Kejar Harga

Ini pantang larang untuk menjadi swing trader. Jika anda kejar harga, memang kena lipat dengan pasaran. Kebanyakkan mereka yang terkena sebab kejar harga, tiba-tiba berubah menjadi seorang “Pelabur Jangkamasa Panjang”. Gara-gara hope, sedapkan hati bisnes saham syarikat yang dibeli bagus.

Akhirnya modal tersangkut, sedangkan ada banyak kaunter saham lain mencanak naik. Dan anda hanya mampu melihat dari tepi. Dan tak tahu kenapa waktu ni tahap kesabaran jadi tinggi. Tiberrrr…
5. Disiplin Take Profit Dan Cut Loss

Untuk swing trading, kita mesti ada target take profit dan cut loss. Range take profit adalah sekitar 10% – 30% setiap trade. Dan range cut loss tidak lebih daripada 10%.

Kesilapan biasa yang sering berlaku kepada swing trader adalah tidak cut loss secepat mungkin tetapi take profit sepantas mungkin. Hal ini menyebabkan portfolio mereka semakin teruk dan modal semakin ciput.
Nasihat kami. Kenali diri dahulu sebelum lakukan swing trading. Praktis dahulu, mantapkan teknik, disiplin dan emosi. Baru trade guna real akaun, real money.
Dan semogo tip ini bermanfaat untuk kita nanti.


Berpuluh tahun hidup tak pernah kenal pun Bursa Malaysia, alih-alih dapat tahu boleh kembangkan duit dekat situ.Dalam ap...
05/11/2020

Berpuluh tahun hidup tak pernah kenal pun Bursa Malaysia, alih-alih dapat tahu boleh kembangkan duit dekat situ.

Dalam apa jua perkara yang anda lakukan, pastinya anda berhadapan dengan cabaran. Begitu juga dengan anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham ni. Tak kiralah pasaran saham di Bursa Malaysia atau pun NASDAQ.

Masih ramai di kalangan pelabur yang mengalami jalan buntu untuk menangani masalah dalam pelaburan saham ni. Jom kita tengok masalah yang sering dihadapi pelabur baru dan bagaimana untuk mengatasinya:

1. MODAL
Setiap daripada kita mempunyai baki dalam bank yang berbeza-beza, dan seterusnya modal pelaburan yang berbeza-beza. Nak mulakan pelaburan saham ni, minima pembelian adalah 1 lot (100 unit), dan banyak saham yang tersenarai di Bursa Malaysia berharga RM1 dan ke bawah. Ini bermakna, modal RM100 pun dah boleh mula melabur.

Yang lagi penting, pastikan modal tersebut adalah duit lebihan yang anda sanggup rugi 100%. Kalau baki duit simpanan pun suam-suam, baik jauhkan diri, sebab ini bukan tempat orang tak ada duit nak cari duit.

2. MATLAMAT KURANG JELAS
Sebelum nak melabur dalam pasaran saham, ramai susah nak tetapkan matlamat. Pertama sekali nak jadi pelabur (long term), pedagang (short term) atau dua-dua? Tepuk dada tanya selera, kalau niat nak jadi pelabur (letak duit pejam mata) jangan geram tengok kawan-kawan pedagang yang dapat buat duit hari-hari atau setiap minggu tu.

Kalau newbie tetapkan rugi sebagai matlamat pun lagi bagus. Lebih sedikit rugi, anggaplah dah berjaya. Baru nak berjinak-jinak tetapi nak terus matlamat p**angan 100% dalam masa setahun tu tak salah tetapi rasa macam over.

3. ILMU
Ada yang dapat tangkap cepat dengan membaca buku, ada yang yang kena belajar face-to-face dengan sifu, ada juga yang s**a belajar daripada YouTube. Tapi dekat mana nak dapat ilmu yang betul ni?

Sebab itulah kita kena pastikan ianya datang daripada sumber yang trusted. Carilah satu sifu yang kita rasa apa yang dia ajar boleh datangkan ilmu kepada kita untuk membuat pelaburan saham.

4. TAK YAKIN DAN TAKUT RUGI
Semua benda yang kita nak buat untuk pertama kalinya, pasti kita rasa takut kan? Sama juga dengan pelaburan saham ni, modal dah ada, matlamat dan ada, ilmu pun rasanya dah ada untuk mula. Tapi datang p**a semangat tak yakin untuk tekan butang Buy dan Sell.

Untuk itu, apa kata anda mula dengan jual beli secara olok-olok je dulu. Bila dah mahirkan ilmu untuk trade, tahu trade mana yang anda rugi, trade mana yang untung, barulah rasa yakin untuk mula jual beli guna duit sebenar.

Akhir sekali, harapan kami agar pelabur2 baru diluar sana atau yang tengah baca sekarang, semoga korang berjaya didalam dunia pelaburan saham. Good Luck.
Ps: "Please Share & Like, TQ"



Assalammualaikum semua. Saya nak kongsikan video berkenaan “RAHSIA PELABUR CINA?”dan juga teknik support dan resistant. ...
04/11/2020

Assalammualaikum semua. Saya nak kongsikan video berkenaan “RAHSIA PELABUR CINA?”
dan juga teknik support dan resistant.
Saksikan di video ini dan semoga ia bermanfaat untuk anda :
https://youtu.be/0KLmHn3iSIY
By Jamil Baharom


01/11/2020

Antara Istilah atau Bahasa dalam pelaburan saham:

1. Intraday : belian & jualan dlm masa hari yg sama
2. Swing : Belian & jualan dlm masa lebih 1 hari
3. Position : mid to long term
4. Invest : long term. Bertahun2
5. FIFO : Fast in fast out
6. BTST : Buy today sell tomorrow
7. Buy limit : Lock nilai harga yg ingin dibeli sebelum harga itu sampai ke posisi tersebut
8. Sell limit : Lock harga yg ingin dijual sebelum harga itu
smpai ke posisi tersebut
9. Divergence : Pergerakan chart yg bersetentangan dgn
corak volume/petanda indicator
10. T0,T1,T2,T3 : T0 ialah hari transaksi belian pertama dibuat,
11. Votality : Keadaan harga saham yg tidak menentu,secara rawak dan terlalu aktif samada naik atau turun
12. Bullish : Prestasi pasaran dalam keadaan menaik/indeks hijau
13. Bearish : Prestasi pasaran dalam keadaan meurun/indeks merah
14. Uptrend : Harga saham dlm keadaan menaik sama ada utk jangka masa short/mid/long term
15. Downtrend : Harga saham dalam keadaan menurun sama ada utk jangka masa short/mid/long term
16. Sideway : Harga saham dlm keadaan mendatar sama ada utk jangka masa short/mid/long term
17. Reversal : Kaunter yg berubah dari uptrend ke downtrend dan sebaliknya
18. Support : Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan penurunan. Harga dipercayai akan terus menurun sekiranya paras ini ditembusi.
19. Resistance : Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan kenaikan. Harga dipercayai akan terus menaik sekiranya paras ini ditembusi.
20. RBS : Resistance become support. Paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support yg baru.
21. Limit up : Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menaik dalam sehari
22. Limit down : Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menurun dalam sehari
23. Gap up : Harga buka lebih tinggi dari penutup semalam
24. Gap down : Harga buka lebih rendah dari penutup semalam
25. Que buy : Beratur/masukkan pesanan utk membeli
26. Que sell : Beratur/masukkan pesanan utk menjual
27. Sell/Exit : Jual saham
28. Buy/Entry : Beli saham
29. Hold : Simpan saham
30. Pullback : Harga jatuh yg sementara setelah beberapa siri kenaikan
31. Retrace: Sama seperti pullback
32. Rebound : Harga naik yg sementara setelah beberapa siri penurunan
33. Market crash : Kejatuhan besar dan lama pada keseluruhan pasaran saham Ketika ekonomi tak sihat
34. Correction : Penurunan harga saham utk jangka masa agak lama setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend
35. EP/Entry Price : Paras harga yg disarankan utk beli
36. CL/Cut Loss : Paras harga yg disarankan jual berdasarkan EP
37. TP/Target Price: Paras harga yg dijangka akan dicapai dan pelabur akan mengambil untung kenaikan
38. Stop loss : Sama spt CL
39. BO/Break Out : Harga melebihi paras yg dijangka akan tercapai
40. Capital Gain : Keuntungan modal drpd harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian
41. Capital Loss : Kerugian modal drpd harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian
42. Diversify : Mempelbagaikan pegangan saham utk mengurangkan risiko pelaburan
43. Portfolio : Koleksi jenis saham yg dilaburkan/dibeli
44. Shareholder : Pemegang saham
45. Dividen : Perkongsian keuntungan sykt saham yg diberikan kpd pemegang saham
46. Bonus issue : Terbitan saham sykt utk diapungkan dan ditawarkan kpd pemegang saham
47. Share split : Juga dikenali sbg subdivision of shares, setiap unit saham dalam pasaran dipecahkan kepada bahagian yg lebih kecil, menambahkan bilangan saham terapung
48. Share consolidation : Juga dikenali sebagai reverse share split, beberapa unit saham dalam pasaran digabungkan menjadi satu,mengurangkan bilangan saham terapung
49. Right Issue : Dana tambahan yg dibangunkan oleh syarikat utk aktiviti bisnes. Dana dibangunkan dalam bentuk jualan waran atau saham tambahan
50. Waran Terbitan : Instrumen dagangan yg boleh diubah menjadi saham induk
51. Blue chip : Saham yg berkualiti dan bernilai tinggi
52. Small cap : Saham yg mempunyai bahagian pasaran yg kecil dalam prospek perniagaan
53. Mid cap : Saham yg mempunyai bahagian pasaran yg sederhana dlm prospek perniagaan
54. Short term : Jangka masa pendek (30hr ke bawah)
55. Mid Term : Jangka masa sederhana (30 -100 hari)
56. Long term : Jangka masa Panjang (100 hari ke atas)
57. Indeks : Penanda aras dalam setiap sector,diwakili oleh 30 kaunter terpilih
58. IPO (Initial Public Offering) : Saham sykt yg ditawarkan kpd org ramai sblm diapungkan
59. Lot : 100 unit saham
60. Ordinary share : 1 unit saham
61. Tangkap pisau : Membuat belian pada saham yg sedang membuat kejatuhan mendadak

Semoga bermanfaat utk semua trader

INFO TERBARU!!!!!Kami telah menyediakan group support exclusive oleh Tuan jamil dan Tasma (admin). Group ni khas untuk p...
29/10/2020

INFO TERBARU!!!!!
Kami telah menyediakan group support exclusive oleh Tuan jamil dan Tasma (admin). Group ni khas untuk pembeli V-Book sahaja.

Dapatkan segera di V-Book 'From Zero to Advance': https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/60

Ini antara testimoni dalam group ini :

APA ITU MARKET CAPITALISATION?Market capitalisation atau market cap merujuk kepada market value bagi outstanding shares ...
27/10/2020

APA ITU MARKET CAPITALISATION?
Market capitalisation atau market cap merujuk kepada market value bagi outstanding shares sesebuah company yang didagangkan secara public, dalam bentuk dollar atau ringgit.
Ianya ditentukan dengan menggunakan formula:
Market cap = Total company's outstanding shares x Current market price of one share
Contohnya syarikat ABC mempunyai
Number of share: 200 juta
Current price: RM100
Maksudnya market cap bagi syarikat ABC adalah bernilai 20 billion.
So apa yg anda perlu tahu tentang market cap?
Market cap biasanya jadi penentu kepada saiz sesebuah syarikat. Besar market cap, besar jugalah saiz syarikat tu.
Kemudian, saham-saham tersebut dikategorikan p**a dalam kelas masing-masing seperti mega-cap, large-cap, mid-cap, small-cap, micro-cap & nano-cap.
Apa kepentingan market cap?
Sebagai seorang trader/investor, kita selalu ingat lagi tinggi harga saham, lagi stabil la syarikat tu. Sebenarnya ini adalah kurang tepat. Hanya harga semata-mata tak melambangkan nilai sebenar company tu. Market cap lagi sesuai untuk tentukan saiz sebenar sesebuah company.
Selain drpd yg disebutkan tadi, nilai market cap juga menjadi faktor dlm pembentukan index. Contohnya index S&P 500 diwakili oleh 500 syarikat dengan market cap terbesar di US. Index FTSE 100 p**a diwakili oleh 100 saham syarikat terbesar di London Stock Exchange manakala FBM KLCI diwakili oleh 30 saham syarikat terbesar di Malaysia.

Dalam bidang pelaburan, pelabur akan mendapat 5 hasil dari pelaburan saham :1. Pulangan Modal2. Untung Kecil3. Untung Be...
22/10/2020

Dalam bidang pelaburan, pelabur akan mendapat 5 hasil dari pelaburan saham :

1. Pulangan Modal
2. Untung Kecil
3. Untung Besar
4. Rugi Kecil
5. Rugi Besar

*Jika seseorang pelabur belajar dari guru yg bagus dan teknik yang betul. Maka, No. 5 boleh dihapuskan

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pro Trader Bursa Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pro Trader Bursa Malaysia:

Videos

Share