23/03/2022
Perbicaraan melibatkan DS Najib Razak disambung hari ini.
Saksi, Tan Sri Ismee mengakui bahawa bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral seorang yang tidak boleh dipercayai kerana terbukti beberapa kali "mislead" BOD 1MDB bagi transaksi besar.
Contohnya ketika penerbitan bon IMTN sebanyak RM5 bilion yang saya ulas semalam dan juga ketika pemindahan wang 1MDB sebanyak USD700 juta kepada Goodstar Limited yang dimiliki oleh Jho Low.
Sebagai CEO, Shahrol tidak menyatakan tentang pemindahan wang sebanyak USD700 juta ini dalam minit mesyuarat dengan alasan bukan dia yang menyediakan minit tetapi Jho Low.
Shahrol berkata dia ada menyampaikan perkara ini kepada Najib secara lisan sahaja, yang lain dia serahkan bulat bulat kepada Jho Low.
Atas sikap Shahrol ini, Tan Sri Ismee bersetuju dengan hujah Tan Sri Shafee bahawa Shahrol tidak sepatutnya berjumpa DS Najib secara bersendirian. Kata TS Shafee,
"Kalau BOD 1MDB pun Shahrol boleh mislead, sudah tentu dia boleh mislead PM (DS Najib) kan? Setuju tak Shahrol tidak boleh dibiarkan bersendirian dengan PM untuk briefing?"
Ismee menjawab, "Ya."
TS Shafee juga menimbulkan persoalan tentang directors' circular resolution (DCR) yang ditandatangani oleh DS Najib terlebih dahulu sebelum BOD dan Pengerusi 1MDB.
Kata TS Shafee, "mana mungkin PM sign resolution sebelum diterangkan terlebih dahulu oleh BOD mengenai situasi syarikat. Tak ke pelik? Itu bukan praktis yang betul oleh seorang CEO yang terpelajar (Standford) macam Shahrol."
Ismee setuju dengan TS Shafee kerana dia juga berasa pelik ketika melihat DCR tersebut tetapi "terpaksa" sign bila lihat tandatangan DS Najib.
Persoalannya, betul ke DS Najib yang tandatangan?
Tidak mustahil bukan Najib sebab Shahrol sendiri pernah mengaku bahawa Jho Low menandatangani dokumen perjanjian USD700 juta ke Goodstar secara palsu. Setakat resolusi pengarah, apalah sangat.
Perbicaraan bersambung esok.
Rf Lias
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
22.3.2022