BeritaSeterusnya.com

BeritaSeterusnya.com Gerbang Informasi dalam dan luar negara

14/08/2024
DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE – INTERMEDIATE UNITTAMAN RIA, BERCHAM, IPOH, PERAK.SELLING PRICE : RM350,000 (NEGO) MARKET V...
14/08/2024

DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE – INTERMEDIATE UNIT
TAMAN RIA, BERCHAM, IPOH, PERAK.
SELLING PRICE : RM350,000 (NEGO)
MARKET VALUE : RM350,000
====================

PROPERTIES DETAILS:
- LAND SIZE 75’X20’ (1500 SQFT/139M2)
- BUILD UP 1000 SQFT (APPROX.)
- LEASEHOLD UNTIL 2080

- 3 BEDROOMS + 2 BATHROOMS (+1 BEDROOM PARTITION AT EXTENDED DINING AREA)
- EXTENDED RENOVATION INCLUDE WET KITCHEN, KITCHEN CABINET & DINING AREA
- AWNING, AUTO GATE AND GRILLS
- TILES FLOORING
- PARTIALLY FURNISHED-FANS & LIGHTINGS, WARDROBE, SOFA, TV RACK
- STRATEGIC LOCATION IN BERCHAM & IPOH TOWN

AMENITIES:
- LOTUS, AEON, SPEEDMART
- MAYBANK, CIMB, AMBANK, BSN
- SHELL, PETRON
- CLINICS
- RESTAURANTS & GROCERIES SHOPS
ACCESIBILITIES:
-HIGWAY PLUS exit TOL IPOH SELATAN /UTARA - BERCHAM

FUTHER DETAILS
Wassap.my/0164969445/tamanriabercham
Rubiah Nordin | 016-4969445

Garden Beach Seafood, Teluk Batik Lumut.  Dibuka bermula jam 6 petang.Lokasinya yang terletak di pinggir laut mencetuska...
30/07/2024

Garden Beach Seafood, Teluk Batik Lumut.


Dibuka bermula jam 6 petang.
Lokasinya yang terletak di pinggir laut mencetuskan suasana damai dan nyaman dengan deruan angin malam.
Makanan laut yang segar dan lazat.
Harga yang mampu milik...

(Nantikan review penuh. )

Majllis Perasmian Klinik Kesihatan Kuala Kangsar sempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridz...
25/06/2024

Majllis Perasmian Klinik Kesihatan Kuala Kangsar sempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar diiringi Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad Bersama Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Turut Berangkat Raja Pemaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah

Pada Majlis itu Sultan Nazrin Berkenan Melafazkan Perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Saya difahamkan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar ini dibina menerusi Rancangan Malaysia ke -11 dengan kos keseluruhan RM20.75 Juta dan beroperasi sejak 4 Januari 2021.

Wujudnya Klinik Kesihatan ini dapat memudahkan urusan penduduk di Kuala Kangsar.

20/06/2024
20/06/2024
20/06/2024
20/06/2024
Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kunpuoan Inteam baru sahaja k...
15/11/2023

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kunpuoan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga.

Al fatihah..

Tiga rentung, kereta dinaiki rempuh lori sampahIPOH: Tiga individu yang belum dikenal pasti identiti dan jantina rentung...
14/11/2023

Tiga rentung, kereta dinaiki rempuh lori sampah

IPOH: Tiga individu yang belum dikenal pasti identiti dan jantina rentung, setelah kenderaan yang dinaiki dipercayai merempuh bahagian hadapan lori sampah lalu terbakar di kawasan perindustrian Bercham, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 8.05 malam.

Seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela Bercham bergegas ke lokasi.

Jelasnya lagi, kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki ketiga-ketiga mangsa itu terbakar sebanyak 95 peratus.

"Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati tiga mangsa rentung, anggaran kemusnahan kereta adalah 95 peratus, manakala lori sampah turut terbakar di bahagian kepala lori sebanyak 50 peratus.

"Ketua operasi memaklumkan bantuan kren digunakan bagi mengalihkan lori sampah, setelah itu didapati tiga mangsa yang telah rentung berada di dalam kereta tersebut," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Justeru katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hose reel dari air tangki jentera.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin Mohd Najamuddin itu tamat pada jam 11.35 malam.

Foto: JBPM Perak

JOHOR 13/11/2023.Kemalangan melibatkan 2 buah kereta dekat depan Felda Ulu Belitong, Jalan Kota Tinggi - Kluang, hari in...
14/11/2023

JOHOR 13/11/2023.

Kemalangan melibatkan 2 buah kereta dekat depan Felda Ulu Belitong, Jalan Kota Tinggi - Kluang, hari ini.

Mangsa cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sumber: KHI


KELANTAN 13/11/2023.Kemalangan motosikal dekat depan Majlis Daerah Kuala Krai, pagi tadi.Mangsa cedera dalam kejadian te...
14/11/2023

KELANTAN 13/11/2023.

Kemalangan motosikal dekat depan Majlis Daerah Kuala Krai, pagi tadi.

Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber: Muhamad Faizal Ramli


Suami maut, telekung isteri terbelit tayar motosikalKUALA PILAH – Seorang suami maut selepas motosikal yang mereka tungg...
04/11/2023

Suami maut, telekung isteri terbelit tayar motosikal

KUALA PILAH – Seorang suami maut selepas motosikal yang mereka tunggang hilang kawalan setelah telekung isterinya terbelit pada tayar belakang di Jalan Juasseh Terusan Seberang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, ketika kejadian pada pukul 7 malam itu, pasangan tersebut dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal Yamaha 135 LC ditunggang lelaki berusia 64 tahun dan isterinya 60 tahun dalam perjalanan dari rumah menghala ke Masjid Kariah Juasseh Seberang.

“Setibanya di lokasi telekung pembonceng memasuki tayar belakang menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terjatuh atas jalan.

“Pasangan itu dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan. Pada pukul 3. 53 pagi tadi, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dimaklumkan penunggang motosikal meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pembonceng motosikal cedera di muka selain patah beberapa batang gigi.

Sumber– KOSMO! ONLINE

Oleh NOR AINNA HAMZAH
3 November 2023, 12:36 pm



04/11/2023
KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PENGARAH ( SIASATAN JENAYAH SIBER & MULTIMEDIA ) KEPADA TIMBALAN KETUA POLIS PAHANGIPK Pahang ...
02/11/2023

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PENGARAH ( SIASATAN JENAYAH SIBER & MULTIMEDIA ) KEPADA TIMBALAN KETUA POLIS PAHANG

IPK Pahang | 02 Nov 2023 - Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam bin Nordin hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Timbalan Pengarah ( Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino bin Zaludin bersama SUPT Nordin bin Ibrahim, di Pejabat Rasmi Timbalan Ketua Polis Pahang hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) siasatan kes-kes penipuan dalam talian National Scam Respone Center (NSRC) kepada pengawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini, Ketua Cawangan Khas Pahang, Dato' Mohammad Shaharul bin Md Osman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang , Supt Wan Rosli bin Wan Othman.

Angkara langgar lampu isyaratJasin: Akibat langgar lampu isyarat, pelajar tingkatan tiga parah apabila motosikalnya dila...
31/10/2023

Angkara langgar lampu isyarat

Jasin: Akibat langgar lampu isyarat, pelajar tingkatan tiga parah apabila motosikalnya dilanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Parit Putat, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian pada 2.50 petang itu, menyebabkan mangsa Muhammad Iqram Rosli, 15, patah tangan dan parah di badan.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Muar menghala ke Jasin, dan sebaik sampai di persimpangan lampu isyarat AMJ Parit Putat, pemandunya meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.

"Namun, secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Wave dari arah jalan Pekan Sungai Rambai keluar simpang menyebabkannya dilanggar lori yang tidak sempat membrek dan mengelak.

"Akibat perlanggaran, penunggang motosikal yang juga pelajar Sekolah Menengah Sungai Rambai patah tangan dan parah di badan manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Jamil berkata, mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Muar dan kini dirawat di zon merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 20 saat mengenai nahas itu yang dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan pengguna jalan raya.

Sumber : Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]

Disiarkan pada: October 30, 2023 @ 10:24pm



Mayat wanita terapung disahkan Norasma DianaPARIT BUNTAR – Wanita dilaporkan hilang kelmarin, Norasma Diana Mohd. Nazim,...
31/10/2023

Mayat wanita terapung disahkan Norasma Diana

PARIT BUNTAR – Wanita dilaporkan hilang kelmarin, Norasma Diana Mohd. Nazim, 23, disahkan meninggal dunia apabila mayat mangsa yang ditemui terapung di Jeti Maritim Zon Kuala Kurau di Sungai Kurau di sini semalam dikenal pasti oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkenaan kehilangan Norasma Diana kelmarin pada pukul 10.54 pagi.

Katanya, pengadu menyatakan mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu tyrod dan asma serta mengalami kemurungan.

“Susulan dari laporan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan orang hilang serta telah membuat hebahan bagi mengesan keberadaan mangsa.

“Semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau telah menemui satu mayat terapung di bawah salah satu bot Maritim Malaysia yang ditambat di pengkalan Jeti Maritim Zon Kuala Kurau pada pukul 4.45 petang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, bertindak atas maklumat itu, pihaknya telah ke tempat kejadian dan mengesahkan mayat yang dijumpai.

“Mayat telah dibawa ke Jeti Kampung Raja Bashah dan ahli keluarga yang telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya telah dipanggil untuk proses pengecaman,” katanya.

Tambahnya, pengadu telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang dan mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

“Proses bedah siasat telah dijalankan dan mendapati kematian tidak dapat dikenal pasti akibat pereputan mayat. Beberapa spesimen telah diterima dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Ipoh bagi membantu keseluruhan siasatan,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan siasatan bagi menjaga sensitiviti keluarga,” katanya.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Tok Hin, Kuala Kurau pada pukul 2 petang hari ini.

Sumber :KOSMO! ONLINE

Oleh WAT KAMAL ABAS
29 Oktober 2023, 9:09 pm



Kerana cuai, 3 kereta mewah remukKluang: Tiga pemandu warga Singapura terkedu selepas melihat kereta mewah masing-masing...
31/10/2023

Kerana cuai, 3 kereta mewah remuk

Kluang: Tiga pemandu warga Singapura terkedu selepas melihat kereta mewah masing-masing remuk gara-gara seorang daripada mereka dipercayai cuai ketika memandu.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi, hari ini ketika sebuah daripada kenderaan itu ingin membelok, memasuki simpang di Kilometer 63 Jalan Yong Peng, di sini.

Bagaimanapun, semua pemandu itu selamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, ketiga-tiga mereka memandu Mclaren M4 dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak.

"Apabila tiba di tempat kejadian kereta paling hadapan memperlahankan kenderaannya kerana mahu memasuki simpang kanan dan kereta di tengah-tengah turut membrek.

"Namun kereta paling belakang hilang kawalan dan melanggar kereta di tengah, sebelum kenderaan itu merempuh kereta di hadapannya," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Sumber : HMetro



Mayat wanita dalam kereta di Sungai BulohKUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, ditemui m...
31/10/2023

Mayat wanita dalam kereta di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Restoran Jejantas Sungai Buloh, arah utara, dekat sini, pagi tadi.

Polis menerima laporan berhubung penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta melalui panggilan MERS999 kira-kira jam 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pasukan dari Balai Polis Kota Damansara digerakkan untuk pemeriksaan dan anggota polis mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkunci.

"Mangsa warganegara tempatan berumur 30 tahun dilaporkan hilang dari kediaman di Taman Kepong, Kuala Lumpur. Laporan dibuat oleh keluarganya kelmarin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, polis menjumpai satu periuk berisi arang yang sudah dibakar di dalam kereta terbabit.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata, individu yang maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa, diminta tampil menbantu siasatan polis dengan menghubungi Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222.

Sumber: Bharian



Lelaki asing bawah pengaruh dadah langgar pagar istanaOleh ZULHISHAM ISAHAK27 Oktober 2023 09:01pmJOHOR BAHRU - Polis me...
31/10/2023

Lelaki asing bawah pengaruh dadah langgar pagar istana

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
27 Oktober 2023 09:01pm

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar dua kereta sebelum merempuh pagar istana di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 5.28 pagi melibatkan kereta jenis Audi warna emas dipandu seorang lelaki warga asing berusia 20-an.

"Lelaki berkenaan memandu dari pusat bandar menghala ke Skudai bersama-sama dua penumpang dan apabila tiba di tempat kejadian gagal mengawal kenderaan di kawasan selekoh sebelum terbabas masuk ke jalan bertentangan.

"Kereta warga asing itu kemudian melanggar teksi jenis Proton Persona warna putih merah dan Perodua Aruz warna biru sebelum merempuh pagar istana di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemandu warga asing tersebut mengalami cedera ringan manakala pemandu teksi dan pemandu Perodua Aruz tidak cedera.

Katanya, pagar istana mengalami kerosakan akibat perlanggaran tersebut sementara kereta warga asing tersebut terbalik.

"Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis methaphetamine dan kes disiasat bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," ujar beliau.

Raub meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Hafiz Jaafar Mad Ariff 017-5919208.
Sumber - SinarHarian



27/10/2023
MyStation akan edarkan 50 buku roti secara percuma pada JumaatPada hari esok (Jumaat) pihak Mystation akan edarkan roti ...
26/10/2023

MyStation akan edarkan 50 buku roti secara percuma pada Jumaat

Pada hari esok (Jumaat) pihak Mystation akan edarkan roti gardenia secara percuma di semua cawangan MyStation.

Keseluruhan 50 buku roti di sediakan untuk program ini.

Edaran bermula dari jam 8 pagi sehingga habis dan tiada apa-apa syarat, datang je MyStation senyum dapat roti 😂😂

Senarai Cawangan MyStation

My Station Meru Raya ( Bersebelahan BSN Meru Raya)
My Station Meru Permai (Halaman Meru Permai)
My Station Casuarina Hotem (Bersebelahan lobi hotel)

Jemput singgah semua 😊

26/10/2023
26/10/2023

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BeritaSeterusnya.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BeritaSeterusnya.com:

Videos

Share



You may also like