mercikkk.com official

mercikkk.com official Welcome To mercikkk.com official Page....
(4)

Nabila Mohon Maaf Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com officialPenyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf...
20/08/2024

Nabila Mohon Maaf
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans Januari lalu.

Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Menurut penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang
ramai tidak mensensasikan perkara itu lagi.

"Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya dan apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

"Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu dan perkara itu sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu tapi juga seluruh rakyat Malaysia dan sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf," katanya.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu
dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

HANNAH DELISHA  WAJAH PELARIS DILANTIK DUTA  PRODUK     CONBOOOleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Ha...
19/08/2024

HANNAH DELISHA WAJAH PELARIS DILANTIK DUTA PRODUK CONBOO
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Hannah Delisha, artis serba boleh yang berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasa dalam dunia hiburan, terus mengukir nama sebagai antara artis paling bersinar di Malaysia.

Bukan hanya dikenali sebagai penyanyi dan pelakon, rezeki Hannah Delisha tetap murah sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial sekaligus berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh cemerlang.

Jika sebelum ini, bakat dalam bidang nyanyian cukup terserlah apabila berjaya mencuri perhatian ramai dengan lagu- lagu hitnya yang memaparkan vokal yang mantap dan melodi yang cukup menarik dan asas kejayaan itulah dunia muziknya telah membuka jalan untuk terus berjaya bukan sahaja dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Selain daripada itu, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.

Pengaruh beliau dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis yang serba boleh.

Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo.

“Antara sebab dan perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

"Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan," katanya.

Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.

“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak," katanya.

CONBOO adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.

CONBOO melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar.

Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.

Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by CONBOO sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat secara keseluruhannya sambil mengekalkan unsur-unsur mencantikkan, menyerlah dan menyerikan tekstur kulitnya yang sedia mengagumkan.

Hannah Delisha

NUR FATIMA KEMBALI DENGAN ‘KU CUBA’Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Penyanyi bersuara lunak yang ...
18/08/2024

NUR FATIMA KEMBALI DENGAN ‘KU CUBA’
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Penyanyi bersuara lunak yang kini menetap di Australia muncul dengan single terbaharu ciptaan komposer terkenal Sharon Paul, Ku Cuba.

Biarpun jauh berkelana di bumi Australia, penyanyi wanita bersuara lunak, Nur Fatima kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘KU CUBA’ hasil ciptaan komposer terkenal Sharon Paul dan penulis lirik, Shah Shamshiri, manakala edaran oleh SoundOn.

Nur Fatima berkata, dia bersama suami telah berpindah ke Sydney dari Canberra pada awal tahun ini atas urusan kerja dan dia juga kembali aktif membuat persembahan bersama band di sekitar Australia.

Nur Fatima atau nama sebenarnya, Nur Fatimah Abdul Wahab berkata, kali terakhir muncul dengan single baharu kira-kira 3 tahun lalu menerusi lagu Galeri dan tempoh masa yang lama untuk kembali menghasilkan material yang baharu.

“Sejak pandemik COVID-19, saya akui mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan single baharu kerana merasakan genre balada lebih sesuai dengan suara dan pembawakan saya.

“Lagu ini pada awalnya telah dicadangkan untuk dua orang penyanyi dan sempat dinyanyikan oleh seorang penyanyi ‘power’ sebelum saya, namun pihak pengurusan dan produser muzik sendiri berpendapat ianya lebih sesuai dinyanyikan oleh saya kerana kelembutan tona suara yang saya miliki, dan bait-bait liriknya lebih saya hayati kerana nukilan teman rapat saya iaitu Shah.

“Lagu KU CUBA mengisahkan tentang seseorang yang sabar dan tidak berputus asa dengan kekasihnya walaupun menghadapi dugaan yang mencabar dalam hubungan percintaan mereka.

“Lagu ini menceritakan tentang pengorbanan dan kerelaan serta keredhaan dengan apa jua keputusan asalkan kekasihnya bahagia.

“Selain maksudnya, genre lagu ini lebih kearah ‘power ballad’ yang sangat mencabar dengan nada tinggi dan rendahnya, serta mainan emosi yang mendalam agar nyanyian saya sampai ke hati pendengar.

"Lama juga saya ‘bertapa’ di studio untuk menghayati liriknya sehingga produser, Sharon betul-betul berpuasa hati, terima kasih buat beliau sekali lagi di atas bimbingannya yang sangat berharga,” katanya.

Buat peminat Nur yang sudah lama merindui kelibatnya turut disajikan dengan video muzik (MV) istimewa dengan konsep lebih segar dan selari dengan ‘trend’ fesyen masakini.

“MV kali ini menunjukkan diri saya yang lebih berekspresi dari raut wajah dengan gaya yang mendayu dibuai perasaan sedih dan sebak di bawah arahan pengarah muda berbakat, Khyrill.

“Saya juga berpeluang menggayakan busana indah hasil rekaan pereka fesyen Hasfitri Yusof bersama sentuhan penata gaya Zhee. A. Hussein, menghidupkan lagi visual MV lagu ini.

“Walaupun sudah bertahun lamanya menjadi anak seni, cabarannya tetap ada dan untuk terus kekal dalam industri ianya sangat mencabar memandangkan persaingan kuat namun saya tidak pernah berputus asa dan memberanikan diri untuk melakukan kerja-kerja di belakang tabir, dan saya juga mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik demi menambah ilmu.

“Saya nasihatkan buat ‘newcomer’ agar utamakan pelajaran dahulu sebelum memilih bidang apa, pelajaran bukan sahaja memberi ilmu tetapi memupuk disiplin, dan yang paling penting sayangi diri dengan menjaga kesihatan fizikal dan emosi, harus berani serta jangan cepat berputus asa.

“Saya berharap semoga lagu KU CUBA mendapat sambutan yang baik dari pendengar, menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya serta mengubat kerinduan peminat-peminat saya semua,” katanya.

Jangan lupa untuk memuat turun lagu KU CUBA di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.

Manakala MV single ini p**a boleh ditonton di laman YouTube Nur Fatima Music, youtube.com/

Nur Fatima

FESTIVAL MUZIK VIT’S - KONSERT TELAN KASET 90’AN GEGAR 2 HARI DI PADANG TIMUROleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk....
17/08/2024

FESTIVAL MUZIK VIT’S - KONSERT TELAN KASET 90’AN GEGAR 2 HARI DI PADANG TIMUR
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Buat pertama kalinya, jenama mi segera pop**ar tanah air, Vit’s dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia membawakan Festival Muzik Vits - ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’ bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024.

Konsert yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya akan bermula dari jam 10 pagi sehingga 11:30 malam dengan membawakan artis-artis tersohor negara era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.

Penganjur Vit’s, Baizura Tazri berkata, konsert kali pertama jenama mi segera Vit’s adakan sempena festival muzik dengan menggabungkan elemen muzik dan makanan bersempena Vit’s Music Festival buat pengunjung agar dapat menikmati makanan berasaskan mi dengan sajian muzik 90’an.

Katanya, tujuan konsert ini diadakan adalah bagi mengubati kerinduan peminat-peminat muzik 90’an dengan membawakan lagu-lagu ‘hits’ era tersebut dan menggabungkan pesta makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan bermacam lagi.

“Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket konsert, dan dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan para karyawan yang sedang sakit ataupun uzur yang memerlukan bantuan, selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini.

“Seramai 17 orang penyanyi 90’a yang turut serta sepanjang 2 hari berlangsungnya Festival Muzik Vits ini bermula dari jam 8 sehingga 11:30 malam dengan membawakan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop dan irama Malaysia.

“Pengunjung Festival Muzik Vits berpeluang mengunjungi lebih 80 ‘booth’ peniaga dan penjual dengan pelbagai jenis makanan yang kesemuanya berasaskan mi disamping dapat beriadah melalui permainan berkonsepkan karnival yang disediakan sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.

“Setiap pengunjung yang hadir pada Vit’s Music Festival dengan berpakaian konsep 90’an seperti rock, hip hop mahupun dangdut bakal menerima hadiah daripada pihak penganjur, dan atas permintaan ramai di media sosial yang mahukan pertandingan karaoke diadakan, pihak Vit’s mengalu-alukan pengunjung untuk mengambil bahagian pada kedua-dua harinya dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti untuk dimenangi,” katanya.

Selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia, festival ini turut ditaja bersama oleh MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan juga Irama Maju Productions.

Baizura menambah pihaknya berharap agar festival makanan dan muzik yang berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang dalam memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90’an yang mengimbau kenangan masa lalu dengan lagu-lagu hits mereka yang malar segar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez berkata, dia berharap agar penonton yang hadir dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini dengan dana yang dikumpulkan untuk badan persatuan.

“Datanglah ke Vit’s Music Festival beramai-ramai dan jumpa anda di sana!,” katanya.

Tiket-tiket ke KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh didapati secara atas talian bermula 16 Ogos 2024 ini pada jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang.

Manakala, pengunjung yang ingin ke Festival Mi Malaysia masuk adalah PERCUMA.

Persatuan Karyawan Malaysia

TERLALU CINTA by Yovie Widianto, Lyodra - Terlalu Cinta (Official Music Video)
16/08/2024

TERLALU CINTA by Yovie Widianto, Lyodra - Terlalu Cinta (Official Music Video)

Yovie Widianto & Lyodra’s official music video for single ‘Terlalu Cinta’ Download and Stream: https://lnk.to/YovieWidiantoLyodraTerlaluCinta ...

TERLALU CINTA KARYA TERBARU YOVIE WIDIANTO BERSAMA LYODRA Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Maestr...
16/08/2024

TERLALU CINTA KARYA TERBARU YOVIE WIDIANTO BERSAMA LYODRA
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Maestro lagu-lagu romantis tanah air, Yovie Widianto, kembali membuat inovasi baru dengan merilis semula lagu “Terlalu Cinta” dengan menggandingkan salah satu bakat terbaik masa kini, Lyodra.

“Terlalu Cinta” adalah ciptaan Yovie Widianto yang pernah dirilis pada tahun 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Dato Sri Rossa dan kali ini, Yovie Widianto memilih Lyodra untuk menyanyikan semula lagu ini dibawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini dan sejak projek ini dimulakan nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran dan hasilnya sangat memuaskan,” kata Yovie mengenai projek tersebut.

“Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh kak Rossa dan ia adalah lagu hit jadi awalnya memang ada tekanan namun setelah menyanyikannya semuanya terasa menyenangkan dan memuaskan.

“Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya,” katanya ujar Lyodra.

Seperti yang kita tahu, single “Terlalu Cinta” adalah sebuah lagu cinta dengan irama pop balada yang sangat indah. Lagu ini menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tak berbalas. Melalui liriknya, lagu ini menyampaikan perasaan putus asa dan kesedihan kerana tidak dapat memiliki orang yang dicintai.

Untuk susunan muziknya, Yovie Widianto tidak terlalu banyak menggubah lagu tersebut agar tidak menjauh dari corak asalnya. Namun, sentuhannya dibuat lebih megah dengan penguatan di bahagian strings untuk mengiringi instrumen piano yang menjadi senjata utamanya.

Lyodra sendiri membuat lagu ini menjadi lebih segar dengan ciri khas vokalnya. Kekuatan vokal Lyodra menjadi menu utama dari seluruh susunan lagu yang disajikan dalam single “Terlalu Cinta” versi terbaru ini.

Bercerita mengenai video muziknya, Prialangga sebagai pengarah membuat konsep yang sederhana namun penuh makna, dengan video muzik yang bercerita seperti sebuah mini movie. Di mana ia menyertakan konflik dalam ceritanya yang membuatnya jadi lebih menarik.

Tone visual yang ditunjukan juga sangat indah untuk dilihat dan dinikmati. Selain Lyodra, video muzik ini juga dibintangi oleh Davina Karamoy yang dikenal sebagai pelakon dalam filem Ipar Adalah Maut, dan Arbani Yasiz pelakon Ancika: Dia yang Bersamaku 1995.

Yang membuat video muzik ini jadi menarik adalah kehadiran Dato Sri Rossa di bahagian-bahagian terakhir. Hal ini seolah-olah menjadi penguatan diatas sokongan Dato Sri Rossa terhadap Lyodra untuk menyanyikan semula lagu “Terlalu Cinta” tersebut.

“Saya berharap lagu ini bukan hanya menjadi sebuah nostalgia saja, tetapi juga dapat dinikmati oleh mereka para penggemar muzik di era sekarang,” harap Yovie Widianto mengenai single ini.

“Harapannya agar dapat didengar oleh ramai orang, dan menjadi sesuatu yang segar untuk didengarkan di masa kini. Dan, dapat menjadi soundtrack bagi mereka yang berkaitan dengan liriknya,” harap Lyodra.

Jadi, tunggu apa lagi, dengarkan lagu ini di semua platform perkhidmatan muzik digital kegemaran anda, dan tonton video muziknya di akaun rasmi YouTube milik Lyodra. Selamat menikmati!

Dengarkan “Terlalu Cinta” Sekarang: https://lnk.to/YovieWidiantoLyodraTerlaluCinta
Tonton Video Klip Sekarang:

Lyodra Ginting Yovie Widianto

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT LANCARKAN LAGU PATRIOTIK ‘INILAH KITA’ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIAOleh Rudy Syarem...
16/08/2024

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT LANCARKAN LAGU PATRIOTIK ‘INILAH KITA’ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for Mercikkk.Com Official

Rocketfuel Entertainment melancarkan single terbaru bertemakan patriotisme yang berjudul ‘Inilah Kita’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang dengan mengandingkan Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Roshini Balachandran, Daniel Fong & Joey Leong

Lagu merupakan hasil usaha sama artis dari pelbagai bangsa dan melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita dan kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Lagu berdurasi hampir 3 minit ini merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Bagi Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen berkata, lagu ‘Inilah Kita’ adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

"Kami berharap melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka."

"Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa.

“Inilah Kita’ akan menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia, terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia,” katanya.

Anda boleh terus strim lagu Inilah Kita di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

Video muzik eksklusif bagi lagu ‘Inilah Kita’ akan dilancarkan pada hari Ahad ini, 18 Ogos 2024 selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro.

Jom bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan tanda cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. ‘Inilah Kita’ – Satu bangsa, satu negara, satu hati.

6,000 peminat RockQueen Tawan Plenary Hall, KLCC Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Gempak dan Memp...
13/08/2024

6,000 peminat RockQueen Tawan Plenary Hall, KLCC
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Gempak dan Mempersonakan! Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia terus cipta sejarah tersendiri.

6,000 peminat jadi saksi betapa hebatnya
menyaksikan Ratu Rock kesayangan mereka membuat persembahan lebih 30 buah lagu.

Berbeza konsert kali ini, Ella bawakan lagu-lagu klasik untuk peminat bersama artis undangan Haziq Rosebi pada hari pertama dan Dayang Nurfaizah pada hari kedua.

Masih mengekalkan khidmat pengarah muzik yang sama, Dato’ Acis dengan barisan pemuzik profesionalnya, Ella juga turut mengekalkan tema solidariti di setiap konsertnya.

“Malam konsert nanti bertemakan rona hitam, putih, merah dan hijau tanda sokongan kita yang tidak henti-henti buat rakyat Palestin.

“Saya bersyukur di atas izin-Nya dengan nikmat kesihatan dan masih berpeluang menghiburkan ramai orang, gabungan band rock dan orkestra memerlukan banyak usaha dan kerja yang teliti,” katanya.

Ella menambah demi menyahut permintaan daripada peminat-peminat kesayangan Ella di Singapura yang ingin merasai sendiri siri konsert terbaharu ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ akan tiba di Singapura pada 12 Oktober depan di The Star Theatre.

“Saya ingin ke Singapura lagi bagi melepas rindu bersama semua peminat di sana sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi setelah sekian lama.

“Siri konsert yang lalu ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota (Singapura)’ mendapat sambutan luar biasa dengan jualan tiket yang ‘sold-out’ pada kedua-dua malam konsert tersebut.

“Oleg demikian pihak penganjur yang terlibat berhasrat untuk memberikan yang terbaik buat semua bakal penonton yang hadir nanti,” kata Ella.

Konsert ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA (SINGAPURA)’ pada tarikh 12 Oktober 2024 di The Star Theatre, anjuran bersama oleh syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dengan RockQueen.

Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif, Hitman Group berkata, “Ella bukan sahaja Ratu Rock tetapi dia juga Ratu ‘Sold-Out’, dan kami sangat terharu serta bersyukur melihat peminat-peminat Ella yang tidak pernah jemu-jemu menyaksikan persembahan beliau secara langsung.

“Konsert ini sendiri tercipta di atas permintaan beliau untuk lebih intim bersama peminat-peminatnya, dan lebih ekslusif dengan konsep gabungan rock dan orkestra.

“Kami menjanjikan pengalaman yang istimewa dari segi rekaan pentas, penataan cahaya dan sistem bunyi yang canggih bagi kepuasan semua yang menontonnya.

“Sekali lagi kami berterima kasih di atas peluang kerjasama ini bersama Ella dan pasukannya (RockQueen) untuk penganjuran Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura).

“Kami begitu komited dalam memberikan pengalaman baru dan unik kepada semua peminat muzik yang menjadi matlamat utama kami, sama ada di dalam mahupun luar negara,” katanya.

Ella Aminuddin HITMAN SOLUTIONS

Insomniacks lancar album baru bersama Nabila Taqiyyaholeh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Perjalanan ...
12/08/2024

Insomniacks lancar album baru bersama Nabila Taqiyyah
oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Perjalanan Insomniacks menuju pelancaran album baru bersama bintang Indonesia, Nabila Taqiyyah kini menjadi kenyataan apabila mendapat sambutan luar jangkaan peminat dalam konsert akustik di Jakarta, Indonesia Sabtu lalu.

Kemunculan lagu ‘ Belum Mulai’ bersama Nabila mendapat perhatian dan tempat di hati peminat di Indonesia membuatkan mereka mengalami kejutan istimewa yang cukup menggembirakan.

Kehadiran penonton membuatkan mereka lebih bersemangat dan gembira mendengar penonton menyanyi bersama bermula dari awal hingga tamat persembahan membangkitkan semangat keterujaan buat Insomniacks.

"Sokongan yang kami terima sangat menggalakkan dan kami sangat berpuas hati dengan sambutannya," jelas kump**an itu mengenai penampilan mereka di Jakarta.

Sesi persembahan langsung bersama Nabila Taqiyyah semasa promosi radio terbukti menjadi detik penting bagi kump**an tersebut.

"Bersembang bersama Nabila sangat menyeronokkan dan dia memainkan peranan penting dalam menjadikan temubual radio kami menarik dan lebih hidup," kata mereka.

"Kami gembira mendapat tahu tentang kedatangan beliau ke Malaysia nanti dan tidak sabar untuk lebih banyak kerjasama."
Antara pertubuhan media yang menyambut kehadiran Insomniacks semasa lawatan media mereka di Jakarta termasuklah stesen radio seperti Okezone, Celebrity, Synchronize, OPPAL Jam Station, dan I-Radio.

Mereka juga merupakan tetamu di pejabat YouTube Indonesia, serta kump**an IDN Times dan saluran Indomusikgram.

Seterusnya, Insomniacks dan Nabila Taqiyyah juga teruja untuk berkongsi perjalanan mereka sepanjang promosi di Malaysia dari 7 hingga 10 Ogos untuk mempromosikan single terbaharu mereka, "Belum Mulai."

Semasa lawatan tersebut, mereka tampil di beberapa stesen media utama. Mereka dipaparkan di Wanita Hari Ini (WHI) dan Gempak, di mana mereka bukan sahaja menyertai temubual, tetapi juga membuat persembahan akustik yang menakjubkan.

Kump**an tersebut juga melawat ERA Sarawak, ERA, Hot FM, Suria FM, untuk temubual semasa lawatan media mereka.

Melihat kehadapan, Insomniacks mempunyai beberapa projek yang menarik untuk baki tahun ini.

Para peminat boleh menantikan album baharu dan sebuah lagu Indonesia yang ditulis oleh Clara, dengan sumbangan daripada Toh Pati dari sudut penggubahan dan penerbitan.

“Kami mempunyai banyak kejutan untuk peminat kami,” kongsi kump**an tersebut.

“Kami teruja dengan album yang akan datang dan lagu Indonesia yang baharu. Nantikan pelancaran dan projek-projek baharu ini!”
Menyelami album ini, Insomniacks teruja untuk memperkenalkan album ketiga mereka, "TEMAN EP," yang dikeluarkan pada 9 Ogos 2024.

Koleksi menarik ini menampilkan lapan trek, termasuk tiga lagu baharu: "Sayang/Cinta," "Temani Hati," dan "Dimana." Pendengar juga akan menikmati lagu kegemaran seperti "Teman," "Cerita Kita," "Igauan Malam," dan "Belum Mulai."

Lagu tumpuan, "Belum Mulai," menandakan percubaan pertama Insomniacks dalam muzik Indonesia, meneroka tema melepaskan cinta walaupun cinta itu belum lagi bermula.
Untuk memulakan perjalanan Insomniacks yang akan datang, pelancaran dan sidang media album ‘TEMAN EP’ diadakan di Wow Plaza, Aras G, LaLaport BBCC.

Acara ini menampilkan persembahan langsung oleh Insomniacks, mempamerkan lagu-lagu dari EP terbaru mereka.

Sorotan dalam pertunjukan tersebut ialah kerjasama dengan Nabila Taqiyyah, yang mempersembahkan lagu tumpuan mereka ‘Belum Mulai’ dan juga salah satu lagu beliau sendiri.

‘TEMAN EP’ kini boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music pada 9 Ogos 2024.

‘MAJNUN’ BUAH TANGAN TERBARU AZMI SAATOleh Rudy Syareme Sheriffudin for Mercikkk.Com OfficialHasrat dan impian penyanyi ...
12/08/2024

‘MAJNUN’ BUAH TANGAN TERBARU AZMI SAAT
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for Mercikkk.Com Official

Hasrat dan impian penyanyi kump**an Caliph Buskers, Azmi Saat, untuk membuat kejutan dan hadiah ‘istimewa’ buat peminat ternyata berbuah hasil apabila single terbaru ‘Majnun’ dilancarkan di Santai@Seni TAR di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden Karyawan Malaysia, Dato’ Freedie Fernandez dengan dihadiri wakil media dan juga barisan selebriti yang terdiri dari artis Karyawan Football Club (KFC) biarpun cuaca tidak mengizinkan namun ia berjalan dengan lancar.

Pada majlis yang sama turut diadakan majlis perasmian KFC bersama lagenda bola sepak negara, Dato’ Dollah Salleh dan Dato’ Subadron Aziz serta Mohd Faiz Subri, pemenang anugerah Puskas Fifa 2016.

Bagi Azmi, kelahiran single terbaru Majnun adalah projek khas bersama MAP Music dan sebelum ini sudah hampir dua tahun tidak ada sebarang lagu baru dan inilah hadiah istimewa buat peminat selepas ambil keputusan buat single secara solo.

Mengenai Caliph Buskers p**a akan terus bergerak seperti biasa dan tidak lama bakal merakamkan album baru.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan dan doakan agar lagu Majnun dapat menarik minta pendengar dan peminat seni tanahair.

Hadir sama, Pengarah Urusan Panca Abadi Automobil Sdn Bhd, Isma Azad Hazari.

Panca Abadi AutomobilRudy Syareme Sheriffudin

’40’ masih muda, Sharifah ZarinaOleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Sebut sahaja nama Sharifah Zarin...
12/08/2024

’40’ masih muda, Sharifah Zarina
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Sebut sahaja nama Sharifah Zarina pastinya kita akan mengingati pada lagu pop**ar ‘Langit Ke-7 dan pastinya ramai yang tertanya-tanya kemanakah perginya figura lagu yang telah berjaya menaikkan namanya di persada seni tanahair.

Nama penyanyi Sharifah Zarina sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Mana mungkin boleh lupa dengan lagu Langit Ketujuh yang berjaya menaikkan namanya sehingga hari ini.

Malah, sepanjang 20 tahun menjadi anak seni, selain menyanyi, Sharifah Zarina juga mencuba nasib sebagai pelakon selain pernah menyertai beberapa pertandingan program realiti.

Kali terakhir Sharifah Zarina, 43, atau nama sebenar Sharifah Zarina Wan Hassan muncul dengan lagu menerusi single Pernah Bahagia pada 2019.

Terbaharu, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini kembali memeriahkan persada seni suara dengan melancarkan lagu berjudul 40 hasil ciptaan Fahimi, Glowrush dan Eugene Lai serta lirik oleh Fahimi dan Mal Hamka.

Sharifah Zarina berkata, lagu ini adalah sebuah karya yang penuh emosi dan refleksi, menggambarkan perjalanan hidup dan pengalaman yang cukup mendalam dan karya itu adalah sebuah lagu segar dan ceria yang meraikan babak baharu dalam kehidupan.

“40 adalah sebuah lagu yang mewakili mereka yang berada dalam lingkungan umur 40-an dengan mesej '40 masih muda' dan menjadi seruan untuk menyambut kehidupan dengan semangat dan keyakinan.

“Sambutan terhadap usia ini disampaikan dengan penuh keyakinan dalam vokal yang penuh semangat selain mengajak pendengar untuk menyambut setiap detik kehidupan dengan keceriaan tanpa mengenal kembali.

“Pesanan yang terkandung di dalam lagu ini bukanlah sekadar rekaan, tetapi representasi yang jujur dan menyentuh bagi individu yang telah memasuki dekad keempat kehidupan mereka, menegaskan bahawa usia hanyalah angka dan semangatlah yang sebenarnya menentukan bagaimana kita menghayati kehidupan.

“Berbekalkan ritma yang menggembirakan, melodi lagu ini menemani setiap langkah dalam perjalanan menuju kematangan diri, memberikan dorongan positif dan semangat kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“Melodi yang membahagiakan dan lirik yang penuh inspirasi, lagu 40 membawa makna yang mendalam dan berbeza bagi setiap individu, mendorong kita untuk memandang usia 40-an sebagai permulaan sebuah petualangan yang baru dan mengembirakan,” katanya.

Menurutnya, lagu ini diilhamkan oleh kesedarannya bahawa tidak banyak lagu TikTok untuk kump**an usianya, dan dia memutuskan untuk mengisi kekosongan itu.

Kep**angan Sharifah Zarina ke dunia muzik membuktikan kemampuannya untuk berhubung dengan peminat lama dan baharu, seperti yang dibuktikan oleh video TikTok tular yang memaparkan kehidupan seharian.

“Lagu ini sebuah karya yang tidak hanya mencerminkan keaslian dan identiti sebagai seorang artis, tetapi juga mencuba menghadirkan sesuatu yang boleh menjadi semacam pelengkap yang kurang pada platform TikTok.

“Saya percaya, dalam menggarap lagu ini, ia tidak hanya berfokus pada penciptaan lagu yang menarik dan enak didengar, tetapi juga berusaha menyampaikan pesan positif serta semangat kreativiti kepada pendengar.

“Dari situlah muncul sebuah lagu yang tidak hanya menjadi ciptaan muzik semata, melainkan juga menjadi sebuah pernyataan penuh makna mengenai keinginan untuk memberikan sesuatu yang berharga dan bermakna kepada komuniti TikTok,” katanya.

Sharifah Zarina berharap, peluncuran lagu 40 ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar dari semua lapisan umur.

“Lagu ini bukan hanya sebuah persembahan muzik, tetapi juga sebuah karya seni yang mendalam dan penuh makna. Saya sangat berharap lagu ini tidak hanya mampu memberikan inspirasi, tetapi juga mampu menggetarkan hati setiap pendengar, tanpa terkecuali dari segala kalangan usia yang ada di masyarakat.

“Dengan lirik yang penuh makna dan melodi yang menyentuh, saya berharap lagu ini dapat menembus emosi dan membawa kesan mendalam bagi siapa pun yang mendengarkannya, memberikan suatu pengalaman yang tak terlupakan serta menjadi sumber semangat dan motivasi untuk meraih mimpi dan tujuan dalam kehidupan,” katanya.

Jangan lepaskan peluang bersama Sharifah Zarina menerusi ‘LIVE Star Segment’ pada 8 Ogos, jam 10-11 malam di akaun rasmi TikTok beliau.

Lagu ini boleh didapati di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Sharifah Zarina

Address

George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when mercikkk.com official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to mercikkk.com official:

Videos

Share

Warmest Greeting From Mercikkk.Com

Warmest Greeting From Mercikkk.com Peace be upon you and please to meet you & introducing to you the news portal online named mercikkk.com First and foremost, I would like to express my gratitude to God in fulfilling my desire to have own news portal started from Febuary 2018. For your information, mercikkk.com display a concept of relaxed and exclusive reviews and information and now already have more 7,000 folowers in Instagram within 3 months. It features four concepts are: - a) Food & Beverage - featuring a promotion of food and drink in hotels, restaurants, cafes and other outlets. b) Travel & Tours - Reviews on vacation packages and attractive tourist locations including hotels, homestays and an attractive tourist destination in local and abroad. c) Beauty - Big opportunities for entrepreneurs to introduce their products to be promoted to customers and visitors. d) Bikers - Calling all Motorcycle lovers of the high-powered motorcycle and introduces leisure activities including roadshows at local and abroad as well as introducing the latest motorcycle brand and test drive. In conjunction to this, as a sign of recognition and promotion, www.mercikkk.com offers an announcement, write-up exclusively as a direct cross-FB Live. As a promotion charge was imposed in accordance with the terms and conditions set by the www.mercikkk.com managements and if any inquiries please do not hesitate to call me at 6019-2992509 or whatsapps at 6017-4780201 email at [email protected]

Thanks

Regards

Rudy Syareme Sheriffudin


Other News & Media Websites in George Town

Show All