Penang Is My Hometown

Penang Is My Hometown Posting Viral ✅ Repost ✅ Info Semasa ✅

KEMPEN UNDI JIMI DI PENTAS FINALE !!Seperti yang sedia maklum  Yang Dikenali Sebagai Jimi Berasal Dari 3 Buah Negeri Pen...
09/02/2025

KEMPEN UNDI JIMI DI PENTAS FINALE !!

Seperti yang sedia maklum Yang Dikenali Sebagai Jimi Berasal Dari 3 Buah Negeri Penang,Kedah,Parit Buntar . Beliau Adalah Seorang Buskers Yang Mempunyai Bakat Besar Dan Suara Yang Padu, Sekian Lama Beliau Bermain Gitar Sambil Menyanyi Bersama Buskers Dan Sudah Banyak Tempat Yang Beliau Buat Persembahan Buskers Sebelum Ini. Kini Beliau Membawa Hasrat Besar Untuk Membanggakan 3 Buah Negeri Yang Menjadi Tempat Beliau Membesar. Jimi Telahpun Berjuang Hingga Ke Pentas Finale Untuk Membuktikan Yang Bakat Beliau Bukan Sekadar Penyanyi Buskers Tapi Bakat Beliau Juga Kini Telah Menyinar Di Pentas CalpisSoda One In A Million.

Sebagai Salah Seorang Penduduk 3 Buah Negeri Ini Penang,Kedah,Perak Saya Nak Ajak Semua Penduduk Untuk Mengundi Jimi Di Malam Ini 09/02 Ahad 09:00MLM , Boleh Saksikan Persembahan Final Ini Di Rumah Dan Juga Di Tonton.com.my * Apa Yang Kita Mahukan Ialah Bakat Anak Muda Seperti Ini Harus Diberi Sokongan Dan Semoga Beliau Meraih Kemenangan Juara Pada Malam Ini, Semoga Hasrat Beliau Untuk Menjdi Seorang Anak Seni Akan Terkabul Malam Ini Insyaallah.

Jangan Lupa Malam Ini 09 FEBRUARI ( AHAD ) 09:00 MALAM | Boleh Tonton Di TV3 DAN TONTON.COM.MY

Jom Undi Jimi Malam Ini Demi Hasrat Beliau Untuk Membanggakan Penduduk Pulau Pinang , Kedah , Perak " Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat Insyaallah

( Untuk Mengundi Boleh Terus Tekan Link Dibawah Yang Disediakan )
https://vote.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3

( Untuk Menambah 50 Undi Lagi Boleh Terus Tekan Link Dibawah Ini Dan Buat Pembelian Voucher Calpis Soda Di Shoppe Dan Copy Code Yang Diberikan Oleh Shoppe Dan Anda Akan Diberikan 50 Undian )
https://linktr.ee/calpissodamalaysia

teratas pengikut

Hazimi Kamal (Jimi) yang berasal dari 3 negeri sempadan iaitu penang,Kedah,Perak yang berjaya mara ke pentas akhir perta...
08/02/2025

Hazimi Kamal (Jimi) yang berasal dari 3 negeri sempadan iaitu penang,Kedah,Perak yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)

jimi, yang telah membuktikan bakatnya yang boleh membawa pelbagai jundrel lagu,dan menjadi peserta terpaling fizz sebanyak 2 kali dan berduet bersama artis yang telah mendapat nama yang terhebat dalam industri ini,iaitu minggu ke 3 bersama Aina Abdul minggu ke 5 bersama Misha Omar dan minggu ke 6 bersama Amir Masdi menunjukkan persembahan yang memukau dan luar biasa sepanjang pertandingan,

kini Jimi bersedia untuk berentap dengan peserta-peserta hebat lainnya bagi merebut gelaran juara.

Dengan sokongan penuh daripada peminat, jimi berharap dapat mengharumkan nama negeri³ yang pernah Jimi membesar . Jangan lupa untuk menyokong dan mengundi jimi dalam perlawanan akhir CSOIAM minggu ini !!!!

NANTIKAN SINGLE PERTAMA JIMI TETAP BERHARAP"

Cara Undian Sila Klik Link Yang Disediakan Dibawah
https://vote.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3 ( Pilih Jimi )

Jangan Lupa Malam Ini Jam 9:00PM Di Tv3 ( Final OIAM )



Apa sebenarnya yang berlaku apabila minyak masak digunakan berulang kali?Setiap kali minyak dipanaskan, ia melalui prose...
06/02/2025

Apa sebenarnya yang berlaku apabila minyak masak digunakan berulang kali?

Setiap kali minyak dipanaskan, ia melalui proses kimia yang berbahaya:

🔴 Penguraian Lemak
Lemak dalam minyak mula terurai apabila dipanaskan terlalu lama atau berulang kali, menghasilkan lemak-trans.

Lemak-trans ini sangat berbahaya kerana ia menyumbang kepada kolesterol tinggi dan penyumbatan salur darah (atherosclerosis).

⚠️ Pembentukan Radikal Bebas
Suhu tinggi menyebabkan minyak menghasilkan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel badan kita.

Radikal bebas ini berkait rapat dengan radang kronik, kanser, dan juga penuaan pramatang.

💥 Aldehid dan Bahan Toksik
Minyak yang digunakan berulang kali juga menghasilkan aldehid, bahan toksik yang merosakkan organ dalaman seperti hati, jantung, dan otak.

Pengambilan bahan ini secara berterusan meningkatkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan kanser.

🛑 Warna dan Bau Minyak Berubah
Semakin lama minyak digunakan, warnanya menjadi gelap dan bau tengik muncul.

Ini petanda bahan kimia berbahaya telah terkumpul di dalam minyak tersebut.

⛔ Penggunaan Maksimum: 3 Kali Sahaja!
Untuk keselamatan keluarga, elakkan makanan yang dimasak dengan minyak terpakai. Pilihan anda hari ini menentukan kesihatan mereka di masa hadapan.

Kredit: PHM

*SMA MATSA DAN ILP NIBONG TEBAL - MENAWARKAN PROGRAM INTENSIF KEMAHIRAN DALAM TEMPOH MENUNGGU KEPUTUSAN SPM  2024*Assala...
22/01/2025

*SMA MATSA DAN ILP NIBONG TEBAL - MENAWARKAN PROGRAM INTENSIF KEMAHIRAN DALAM TEMPOH MENUNGGU KEPUTUSAN SPM 2024*

Assalammualikum
Sukacitanya SMA MATSA telah berkolaborasi bersama ILP Nibong Tebal dengan menawarkan satu program yang sangat komprehansif sebagai salah satu nilai tambah/multi Tasking kepada pelajar pelajar lepasan SPM.

Program intensif Latihan kemahiran ini diberi secara istimewa kepada calon calon SPM berdurasi 3 bulan iaitu dalam tempoh menunggu keputusan SPM bagi tahun 2024.

Program adalah secara percuma dan kemudahan asrama dan makan minum disediakan kepada pelajar yang menyertai program ini

Waris kepada pelajar di seluruh khariah Padang Lalang dan yang sekitar denganya yang berminat boleh berhubung dengan PIC SMA MATSA.

Ustazah RN. Zalikha
019 4313469

Ustaz Usman
019 5753900

Terima kasih
Ust Usman Al Marbawi
Pengasas MATSA

Kes pecah masuk 2 buah kedai pakaian Lam Yong dan Mummy takoyaki sungai jawi p**au pinangDisyakki kes berlaku semalam. p...
01/01/2025

Kes pecah masuk 2 buah kedai pakaian Lam Yong dan Mummy takoyaki sungai jawi p**au pinang

Disyakki kes berlaku semalam. pencuri cabut terus feus elektrik di meter TNB

Hilang duit sales seminggu dalam peti cashier kedai

Dukacita dimaklumkan Man Kulim peningg telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di rumah beliau. Innalillahiwainna ila...
24/12/2024

Dukacita dimaklumkan Man Kulim peningg telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di rumah beliau.

Innalillahiwainna ilaihirojiun

FERI IKONIK PULAU PINANG TENGELAMSEBUAH feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butte...
24/07/2024

FERI IKONIK PULAU PINANG TENGELAM

SEBUAH feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth tenggelam awal pagi Rabu.

Feri Pulau Kapas itu disedari senget dan tenggelam hampir keseluruhan pada jam 3 pagi dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.

Bagaimanapun bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP bercadang menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina yang akan diubah suai sebagai restoran serta muzium terapung, dan ia tidak bergerak.

Info BERNAMA

Ini lah Durian Barang Rare di panggil Tupai King!😋Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang reject. Cakap isi d...
20/07/2024

Ini lah Durian Barang Rare di panggil Tupai King!😋

Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang reject. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman. Tapi kami tak marah kalau pelangan reject durian ni. Kami lagi suke😍

Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai. Kalau dapat kat pelangan bangsa cina melompat girang mereka dapat durian ni.

Tupai King diberi nama. Hanya yang tahu akan rasa dan tekstur isinya. Durian selera Bangsawan.

Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya

📸Jalan-jalan cuti Santai

Motormania Penang , Di Jangka 50.000K Kehadiran Setiap Hari Di Batu Kawan “ Event Motor Yang Nak Bagi 21 Buah Motosikal ...
20/07/2024

Motormania Penang , Di Jangka 50.000K Kehadiran Setiap Hari Di Batu Kawan “ Event Motor Yang Nak Bagi 21 Buah Motosikal Dekat Yang Beli Baju Dengan Harga RM80 Saja .

Open Kepada Vendor Yang Nak Meniaga.
Host Rasmi Ajo Mamu ”

Jumpa Mayat di Kampung Nelayan Kampung Cik Isa Nibong Tebal.Mayat telah dibawak ke hospital
20/07/2024

Jumpa Mayat di Kampung Nelayan Kampung Cik Isa Nibong Tebal.

Mayat telah dibawak ke hospital

Cafe dalam kebun durian, hanya di Penang 😍😍Dah nak musim durian ni, so boleh la mai lepak dan santai2 dekat sini mengopi...
14/07/2024

Cafe dalam kebun durian, hanya di Penang 😍😍

Dah nak musim durian ni, so boleh la mai lepak dan santai2 dekat sini mengopi and after that, boleh la try makan durian (but not at the same time please 😅😅)

2 Acres Cafe
📍 Lot 313, Jalan Teluk Bahang, Kampung Sungai Pinang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
⏰ 10:00am - 7:00pm

TULAR- Peniaga Buah Durian Tak Pakai Baju ( Abang Sado Jual Durian Viral Terkini )"Tak sangka p**a boleh tular kerana vi...
12/07/2024

TULAR- Peniaga Buah Durian Tak Pakai Baju ( Abang Sado Jual Durian Viral Terkini )

"Tak sangka p**a boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk.” – Peniaga Durian.

Setelah viral video ini ramai yang kongsi PENDAPAT mereka dan tak kurang juga ada kecam trend berniaga macam ni.

Apa p**a PENDAPAT anda?

Lokasi : Kajang

Detik-detik bersejarah pada 22/6/1985 Jambatan Pulau Pinang
03/06/2024

Detik-detik bersejarah pada 22/6/1985
Jambatan Pulau Pinang

boipren sape kelakar ni 😌📸 hazratakil
25/05/2024

boipren sape kelakar ni 😌

📸 hazratakil

BALIK PULAU : Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jala...
25/05/2024

BALIK PULAU : Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan dua daripada mangsa ditemui maut di tingkat bawah premis, manakala seorang lagi di tingkat atas.

Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor dengan kebakaran mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

"Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.

"Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, wanita itu dengan ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis, namun ketiga-tiga mereka gagal keluar," katanya.

Mohd Faris berkata sehingga kini punca kebakaran serta dan nilai kerugian masih disiasat.

Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.

Sementara itu seorang mangsa yang terselamat iaitu anak kedua daripada tiga beradik, dilihat pitam beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian.

Kredit : UstazMuhammadFauziYussof

Jenazah ADUN Sungai Bakap Allahyarham Nor Zamri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh ...
24/05/2024

Jenazah ADUN Sungai Bakap Allahyarham Nor Zamri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh hari ini.

Allahyarham Nor Zamri meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Bukit Mertajam pada 1.38 tengah hari tadi.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta mengadu sakit perut tiga hari lepas sebelum dihantar ke hospital pada 1 Mei.

📸Ariff Sarbri | BERNAMA

Kredit : BERNAMA

23/05/2024
16/05/2024

Penduduk yang dihormati, ini untuk makluman anda :

*Makluman Keselamatan Tinggi:*

Awas, ada satu kump**an pergi dari rumah ke rumah berpura-pura menjadi Pegawai Dalam Negeri. Mereka mempunyai dokumen dan kepala surat jabatan kementerian dalam negeri dan mendakwa mereka perlu mengesahkan bahawa semua orang mempunyai kad pengenalan yang sah untuk banci yang akan datang. Mereka merompak rumah. Mereka ada di mana-mana, dan mereka kelihatan rapi.

Seseorang akan datang ke rumah anda dan berkata *Saya mahu mengambil foto / cap ibu jari anda* di bawah beberapa skim. Mereka mempunyai komputer riba, mesin biometrik dan senarai semua nama. Mereka menunjukkan senarai dan meminta semua maklumat ini.

Ambil perhatian bahawa tiada inisiatif sedemikian daripada kerajaan.

Sila ambil perhatian bahawa semua ini adalah palsu. Jangan beri mereka sebarang maklumat. Semua orang harus waspada dan *SEDAR* !!

Hantar ini ke semua kump**an kejiranan anda. Sila maklumkan kepada keluarga dan rakan anda.

Address

George Town

Telephone

+601135330360

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Is My Hometown posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penang Is My Hometown:

Videos

Share