Bat Kulaan Banjar Bukit Merah Perak

Bat Kulaan Banjar Bukit Merah Perak order makan online & jana pasif income! tekan start order di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

04/09/2024

part time beauty product
passive & active income.
salary around RM300 to RM4k per/day
wsp 017-455 0017 kalau berminat.

31/07/2024

terima kasih sudi tunaikan permintaan saya kaklong ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’Ž saya trauma dgn lagu ni sebenarnya. sbb adik angkat pernah nyanyi lagu ni utk saya. dh lama lost contact. sampai saya tak boleh dgr langsung lagu ni, tp tiba2 saya rindu dia.

21/07/2024

6 view je? ๐Ÿ˜ฉ dkt tt dh 14k view ๐Ÿ˜ฑ

youtube views
04/07/2024

youtube views

youtube subscriber
04/07/2024

youtube subscriber

youtube upload
04/07/2024

youtube upload

do i look like tommy shelby or just bartender waiters? ๐Ÿฅฒ
20/04/2024

do i look like tommy shelby or just bartender waiters? ๐Ÿฅฒ

ada jugak yg sokong aku
15/04/2024

ada jugak yg sokong aku

13/04/2024
nk kawin kena kempiskan perut yg boroi ni
03/04/2024

nk kawin kena kempiskan perut yg boroi ni

penang 29/3/2024
30/03/2024

penang 29/3/2024

cina balik china lah
23/03/2024

cina balik china lah

Pembelaan sewajarnyaW ASMALIZA berbincang dengan rakan mengenai kes perceraian yang difailkan wanita.Menurut peguam syar...
23/03/2024

Pembelaan sewajarnya

W ASMALIZA berbincang dengan rakan mengenai kes perceraian yang difailkan wanita.

Menurut peguam syariah W Asmaliza & Co, W Asmaliza Abdullah digantung tidak bertali istilah yang diberikan kepada isteri yang ditinggalkan suami. Ini bermaksud isteri yang ditinggalkan atau dibiarkan suami tanpa nafkah, perhatian, perhubungan dan khabar berita.

Golongan isteri yang berhadapan masalah ini sukar ditentukan status mereka. Hendak dikatakan mereka masih berkahwin tetapi tanggungjawab suami langsung tiada. Dalam erti kata yang lain mereka diibaratkan sebagai ibu tunggal secara tidak rasmi.

Jelas Asmaliza, sepanjang mengendalikan kes membabitkan perceraian pasangan suami isteri, ramai wanita tidak tahu apa yang perlu dilakukan disebabkan tiada ilmu. Ada yang selesa berdiam diri dan memendam rasa walaupun secara zahirnya tidak memegang status isteri, ada yang ditinggalkan terkontang-kanting tanpa nafkah untuk anak. Lebih malang mereka yang tidak kukuh kewangannya.

โ€œUntuk membuka fail tuntutan memerlukan bayaran yang tinggi. Prosesnya panjang, tidak selesai dengan sekali pertemuan. Sebaliknya memakan masa bertahun-tahun lamanya. Ini menyebabkan wanita malas melayan dan memilih untuk melalui keperitan hidup,โ€ katanya.

FAKTOR PENYEBAB

Ada beberapa faktor menyebabkan lelaki sanggup membiarkan status isteri digantung tidak bertali. Antaranya rasa dendam dan marah kerana tercabar isteri memohon cerai. Lalu mereka membiarkan sahaja tanpa berusaha mempercepatkan proses perceraian.

Wanita bersuamikan warga asing juga turut menghadapi dilema yang sama. Misalnya wanita yang berkahwin dengan warga Indonesia dan kemudian ditinggalkan kerana suami kembali ke negara asal. Golongan ini sukar mendapatkan hak mereka disebabkan tidak mendapat kerjasama suami.

Selain itu faktor suami mempunyai orang ketiga, poligami dan menukar agama turut menjadi penyumbang kepada masalah ini.

โ€œMasalah membabitkan suami yang ego, dendam dan marah paling tinggi berlaku. Kebanyakan isteri tidak sanggup turun naik mahkamah untuk menyelesaikan masalah perceraian mereka. Oleh itu mereka sanggup digantung tidak bertali,โ€ katanya.

Sebenarnya ada cara yang boleh membantu wanita menyelesaikan masalah mereka. Ia bergantung sejauh mana wanita itu ingin bercerai atau tidak. Antaranya dengan membuat aduan terlebih dahulu ke pejabat agama berhampiran.

โ€œAduan dilakukan bagi membolehkan pasangan mendapatkan sesi kaunseling. Untuk itu kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri akan dipanggil bagi menghadiri sesi kaunseling untuk mencari penyelesaian dan mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai bertauliah.

โ€œPada masa inilah suami atau isteri menyuarakan masalah mereka dan pegawai agama akan memberikan solusi terbaik bagi membolehkan rumah tangga kembali normal,โ€ katanya.

Sekiranya tiada kata sepakat diambil pasangan boleh membuat permohonan cerai di mahkamah syariah. Namun penyelesaian secara baik adalah lebih baik agar menutup aib dan masalah daripada diketahui orang luar. Proses perceraian tidak menjadi masalah sekiranya suami dan isteri sama-sama ke mahkamah dan suami setuju melafazkan cerai di hadapan isteri.

โ€œWalaupun ia sesuatu yang berat dan sukar diterima namun perceraian secara sah ini sekurang-kurangnya mengelak keadaan ini isteri digantung tidak bertali dan hanya akan mengusutkan keadaan,โ€ katanya.

Wanita juga boleh memohon fasakh iaitu perceraian dengan perintah mahkamah. Ia berlaku sekiranya kaunseling gagal, perceraian secara baik juga gagal, maka permohonan cerai secara fasakh boleh menjadi langkah akhir untuk pasangan.

Namun ujar Asmaliza, proses fasakh biasanya memakan masa yang lama. Ini kerana mahkamah perlu mempertimbangkan tuntutan isteri, disertakan bukti yang kukuh dan saksi. Apabila ada kesemuanya tuntutan fasakh boleh dibenarkan dan mahkamah boleh membubarkan ikatan perkahwinan dengan pasangan.

PERCERAIAN SECARA HAKAM

Terdapat satu lagi kaedah perceraian yang jarang dikemukakan masyarakat disebabkan kurang pengetahuan mengenainya iaitu perceraian secara hakam. Melalui kaedah ini hasrat isteri bercerai dengan suami dapat ditunaikan walaupun suami enggan melepaskannya.

Perceraian secara hakam dimulakan dengan tuntutan perceraian oleh isteri mengikut Seksyen 47, Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri iaitu merujuk kepada Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor disebabkan wujudnya satu prosedur khusus iaitu Kaedah-kaedah Hakam 2014.

โ€œSelepas tuntutan ini difailkan, suami dan isteri akan hadir ke mahkamah bagi mendapatkan pendirian mereka sama ada ingin bercerai atau sebaliknya. Jika suami enggan menceraikan isterinya, mahkamah akan meletakkan pasangan ini bawah Jawatankuasa Pendamai. Sekali lagi mahkamah akan menasihati suami untuk menyatakan pendiriannya sama ada menceraikan isterinya secara baik atau sebaliknya,โ€ katanya.

Bagi kes suami tidak hadir di mahkamah atau enggan melafazkan talak, mahkamah akan merujuk kes itu kepada hakam untuk tindakan menurut Seksyen 48. Pada peringkat ini, hakam mengambil alih tugas seterusnya melalui dua peringkat iaitu hakam tidak mempunyai kuasa menceraikan pasangan, sekadar memberi kata putus berkenaan keadaan rumah tangga pasangan.

โ€œPeringkat kedua, hakam dilantik oleh mahkamah syariah dengan kuasa untuk menceraikan manakala suami langsung tidak mempunyai kuasa menghalang perceraian itu dan ia sah di sisi hukum syarak serta undang-undang,โ€ katanya.

Menerusi prosiding hakam ia dapat memendekkan proses perceraian yang biasanya memakan masa yang lama. Wanita yang digantung tidak bertali juga akan mendapat pembelaan sewajarnya.

โ€œSekurang-kurangnya ia memberikan sinar baru kepada wanita yang membuat tuntutan perceraian terutama mereka yang digantung tidak bertali. Jika sebelum ini talak adalah dalam tangan suami dan mereka masih boleh mempertahan kuasa di mahkamah walaupun isteri menuntut perceraian secara fasakh atau taklik namun dengan perceraian melalui hakam, suami tidak mempunyai apa-apa hak dan biasanya perceraian dapat dilakukan dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Hakam juga berkuasa untuk melafazkan talak di mahkamah, walaupun suami tidak membenarkannya dan enggan melafazkannya,โ€ katanya.

FASAKH TANPA PEGUAMSemalam saya ada tulis status tentang hal dapatkan duit untuk peguam untuk fasakh (proses membubarkan...
23/03/2024

FASAKH TANPA PEGUAM

Semalam saya ada tulis status tentang hal dapatkan duit untuk peguam untuk fasakh (proses membubarkan perkahwinan melalui perintah mahkamah dan bukan tunggu talak dari suami). Ramai orang memberi pendapat bahawa isteri tak perlu pakai peguam pun jika sedar undang-undang kerana rata-rata tidak bersetuju reaksi staf lelaki sebuah pejabat agama yang menasihatkan perempuan yang bertanya (nak fasakh kena cari peguam bayar 3 ke 4 ribu). Bagaimana kalau golongan berpendapatan rendah?

Namun bila bertanya lebih lanjut tak ramai yang pernah melaluinya untuk berkongsi hal sebenar bagaimana fasakh tanpa peguam ini. Lalu saya bertanya di status FB untuk sebarang perkongsian kes fasakh tanpa peguam yang sebenar. Syukur, ada wanita yang sudi berkongsi. (terima kasih banyak ya!)

Saya berkongsi harini kisah fasakh tanpa peguam yang dilalui oleh seorang rakan. Dia berjaya selesaikan semuanya seorang diri dalam masa 5 bulan (2021) dengan kos tak sampai RM200.

Ini adalah langkah-langkah yang beliau kongsikan :

1. Dapatkan nasihat dari orang terdekat yang berpengalaman atau daripada jabatan agama terdekat.

2. Jika perlu tuntut fasakh, segera ke mahkamah dapatkan nasihat pegawai pendaftar dan isi borang. (beliau pernah ke Biro Bantuan Guaman (peguam percuma) dan telah diberitahu untuk isi borang kena tunggu 4 bulan). Di mahkamah boleh isi borang terus.

3. Faham Kronologi untuk kes mahkamah:

A) *Bicara pertama* (penting untuk dapatkan *laporan* notis saman pertama dari pihak mahkamah tempat defendan (suami) tinggal; jika tak kena delay lagi bicara selama sebulan)
- Jika tak sempurna (tak dapat hantar pada defenden secara kendiri) dihantar saman pertama tapi dah ada laporan, akan dibuat notis saman kedua (notis penyampaian ganti/notis saman tampalan)

B) *Bicara kedua* (penting untuk dapatkan *laporan* notis saman tampal dari pihak mahkamah tempat defendan tinggal; jika tak kena delay lagi bicara selama sebulan)

C) *Bicara ketiga* (bila dah dapat laporan notis tampal/saman gantian Hakim Mahkamah akan terus minta Plaintif (isteri) berhujah atas tuntutan yang dibuat. (Di sini penting untuk Plaintif work hard sikit do some paperwork/ will be explain & help others later/) . Selepas Plaintif berhujah & memberi paperwork serta bukti/saksi, Hakim Mahkamah akan minta Plaintif bersumpah Al-Istizhar dan selepas itu terus Hakim Mahkamah menggugurkan talak secara bain sughra bagi tuntutan fasakh.
- Jika ada anak, buat yang sama juga bagi Kes Hadhanah.
A) Segera dapatkan nama & nombor telefon pegawai yang mengendalikan kes kita
B) Follow up (whatsapp/jumpa) pegawai tersebut supaya pegawai bersedia awal dengan laporan kes kita
C) Wajib follow up mahkamah Plaintif & Mahkamah Defenden *sebelum tarikh bicara* mengenai laporan saman----- _tanya, laporan saman pertama/saman gantian bagi kes bernombor **** dah terima ke?_
D) Jika mahkamah Defenden di tempat/negeri lain wajib cari nombor mahkamah tersebut dan minta laporan kes bagi memudahkan next perbicaraan

Kes selesai dalam 5 bulan kerana defendan (suami) enggan hadir pada 3 kali bicara. Kalau defendan hadir dan membangkang, penghakiman akan diteruskan sehingga hakim berpuas hati dan menjatuhkan perintah (bubar perkahwinan).

Sebenarnya ada banyak cara isteri boleh bercerai jika suami enggan jatuhkan talak tapi ia memerlukan perempuan itu belajar. Jangan hanya berharap nasihat orang yang entahkan betul atau tidak. Pergi sendiri ke sumber yang betul dan belajar. Baca. Ambil nota. Takpa biar susah sedikit kerana pengetahuan ialah harta tidak ternilai sepanjang kehidupan.

Saya sertakan sekali contoh perjalanan kasar proses fasakh dan dokumen yang perlu disediakan oleh plaintif/isteri dan saksi sebagai Penyata Keterangan. (jawab soalan yang diberikan). Kalau tiada saksi pun takpa. Rakan saya pergi seorang, hanya bawa Penyata Keterangan dan dokumen bukti (whatsapp, surat-surat, gambar)

Perkahwinan yang terbaik ialah di mana pasangan saling menghargai dan menghormati serta mempunyai kebersamaan dan tidak ada sebarang pengabaian atau penganiayaan. Namun perceraian adalah jalan terbaik jika rumah tangga sudah gagal dan hubungan yang ada sudah toksik.

Hadis yang kata Arasy bergegar jika isteri mohon cerai ialah hadis dhaif. Pada zaman Nabi cerai sangat mudah. Nabi tak menahan-nahan orang bercerai walaupun dalam kes isteri Thabit yang tak berselera dengan rupa dan perangai sahabat Nabi sendiri itu.

Selamat memberdayakan diri sendiri, perempuan.

- Sue Emoqwin
23 April 2022

NOTA TAMBAHAN
Selain daripada fasakh, satu cara lain ialah dengan menggunakan hakam.

Perkongsian seorang peguam syariah di Harian Metro, November 2017 :

https://www.hmetro.com.my/hati/2017/11/288208/pembelaan-sewajarnya

"Terdapat satu lagi kaedah perceraian yang jarang dikemukakan masyarakat disebabkan kurang pengetahuan mengenainya iaitu perceraian secara hakam. Melalui kaedah ini hasrat isteri bercerai dengan suami dapat ditunaikan walaupun suami enggan melepaskannya.

Perceraian secara hakam dimulakan dengan tuntutan perceraian oleh isteri mengikut Seksyen 47, Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri iaitu merujuk kepada Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor disebabkan wujudnya satu prosedur khusus iaitu Kaedah-kaedah Hakam 2014.

โ€œSelepas tuntutan ini difailkan, suami dan isteri akan hadir ke mahkamah bagi mendapatkan pendirian mereka sama ada ingin bercerai atau sebaliknya. Jika suami enggan menceraikan isterinya, mahkamah akan meletakkan pasangan ini bawah Jawatankuasa Pendamai. Sekali lagi mahkamah akan menasihati suami untuk menyatakan pendiriannya sama ada menceraikan isterinya secara baik atau sebaliknya,โ€ katanya.

Bagi kes suami tidak hadir di mahkamah atau enggan melafazkan talak, mahkamah akan merujuk kes itu kepada hakam untuk tindakan menurut Seksyen 48. Pada peringkat ini, hakam mengambil alih tugas seterusnya melalui dua peringkat iaitu hakam tidak mempunyai kuasa menceraikan pasangan, sekadar memberi kata putus berkenaan keadaan rumah tangga pasangan.

โ€œPeringkat kedua, hakam dilantik oleh mahkamah syariah dengan kuasa untuk menceraikan manakala suami langsung tidak mempunyai kuasa menghalang perceraian itu dan ia sah di sisi hukum syarak serta undang-undang,โ€ katanya.

Menerusi prosiding hakam ia dapat memendekkan proses perceraian yang biasanya memakan masa yang lama. Wanita yang digantung tidak bertali juga akan mendapat pembelaan sewajarnya.

14/03/2024
old picture โœŒ๐Ÿป
07/03/2024

old picture โœŒ๐Ÿป

These are not Palestinian dates and are actually from ISRAEL! PLEASE LET EVERYBODY KNOW don't buy
03/02/2024

These are not Palestinian dates and are actually from ISRAEL! PLEASE LET EVERYBODY KNOW don't buy

Address

Bukit Mertajam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bat Kulaan Banjar Bukit Merah Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category