Langkah penuh makna untuk masa depan Pulau Pinang!
YAB Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengiringi YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejurus merasmikan Pecah Tanah LRT, membawa visi pembangunan lebih mampan dan kemudahan untuk rakyat.
Pulau Pinang : Destinasi Luar Biasa Menanti hangpa !
Pulau Pinang kini tampil dengan kempen “Not The Penang You Know”. EXCO Perlancongan & Ekonomi Kreatif YB Wong Hon Wai 黄汉伟 bersama lebih 20 wakil industri pelancongan memperkenalkannya di Kuala Lumpur 6 Januari lalu.
Dari seni dan budaya, pengembaraan di Bukit Bendera dan taman biofluoresen di Entopia Butterfly Farm, hingga lokasi perkahwinan yang memukau dan pelancongan perubatan bertaraf dunia, Penang menawarkan lebih dari sekadar destinasi pelancongan biasa.
Dengan pendekatan lestari dan inovatif, Pulau Pinang menjanjikan pengalaman baru yang menakjubkan untuk semua.
CM YAB Chow Kon Yeow yakin dan percaya walaupun Pesta mungkin tiada lagi di Sg Nibong, ia tetap akan kekal mempromosikan semangat negeri Pulau Pinang yang sebenar..💪🫰
Pulau Pinang negeri berkebajikan..
Semua golongan yang memerlukan termasuklah warga emas akan terus dibantu oleh Chow Kon Yeow dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melebih RM 58 juta melalui isejahtera Pulau Pinang.
Syabas Pulau Pinang kini melangkah ke masa depan dengan pelancaran Mutiara Light Rail Transit (LRT) Line
langkah pertama menuju pengangkutan awam moden dan efisien!
Bermula di Sungai Pinang, projek ni jadi asas untuk rangkaian rel masa depan yang bakal menghubungkan seluruh negeri. Sama macam KL yang mulakan satu line dulu, Penang pun ambil langkah berani ni untuk kurangkan jem dan mudahkan perjalanan hangpa semua.
Sabtu ni, 11 Januari, tapak pecah tanah rasmi akan dirasmikan.Ini bukan saja projek pengangkutan, tapi juga simbol kemajuan Penang ke arah bandar yang lebih bersambung dan lestari.
Terbaik kerajaan negeri Pulau Pinang..
Pembinaan LRT di Pulau Pinang sama sekali tidak akan mengganggu tanah-tanah yang akan dibina rumah kos rendah, bahkan akan membantu mereka yang memerlukan pergerakan untuk ringankan kos pergerakan dari mengguna kereta..💪🫰
Dari Kampung ke Global!
Gula-Gula Pak Ali dari Pulau Pinang kita dah berjaya tembus pasaran Amerika Syarikat! Dari resipi tradisi kampung, kini jadi kebanggaan Malaysia di pentas dunia.
Usaha gigih Pak Ali Food Industries ni bukan saja angkat jenama tempatan, tapi bawak sekali rasa manis warisan kita ke peringkat global.
Mai kita sokong produk tempatan yang makin hebat ni! Siapa sangka gula-gula dari Penang boleh jadi bualan dunia.
Syabas dan terima kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui portfolio Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol Official yang sentiasa membantu dan memberi dorongan kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan.
Sekitar Majlis Perasmian Pembukaan edisi ke-58 Pesta Pulau Pinang 2024/2025 di Tapak Pesta Sungai Nibong pada malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow , menyatakan dalam ucapan beliau bahawa edisi 2025 mungkin menjadi penganjuran terakhir pesta ini di lokasi tersebut kerana terlibat dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, Laluan Mutiara.
Berseri pengunjung malam Pulau Pinang, lepas ni nampak bercahaya di tiang-tiang monopole pulau pinang. Suatu tarikan pelancong yang terbaru di Penang..♥️
Kredit Footage 🎥 : Pak Cik Terbang / Thealongkendall
Projek Perumahan Elvina di Jalan Sungai Nipah 2, Balik Pulau, Pulau Pinang, menampilkan kediaman moden yang kini hampir terjual sepenuhnya. Projek ini merangkumi 24 unit Rumah Teres Dua Tingkat dan 2 unit Rumah Berkembar Dua Tingkat dengan harga serendah RM587,000 sahaja.
Majlis penyerahan kunci kepada pembeli telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli, Pengerusi JKP Sdn Bhd pada hari pagi tadi.
Reka bentuk kontemporari dengan susun atur dalaman yang luas menjadikan Elvina pilihan ideal bagi keluarga moden yang mementingkan keselesaan dan persekitaran yang tenang. Lokasinya yang strategik berhampiran institusi pendidikan seperti Politeknik Balik Pulau dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) menambah nilai projek ini.
Proses pembinaan LRT Mutiara sedang bergerak di landasan yang betul dan tepat bagi menjawab kepada isu kesesakkan di dalam negeri Pulau Pinang..♥️🫰
🚄 Penang Menuju Masa Depan dengan LRT Laluan Mutiara!
Projek LRT Laluan Mutiara kini berjalan lancar tanpa masalah. Dengan jajaran sepanjang 29km dan 20 stesen, termasuk stesen utama di Komtar dan Penang Sentral, projek ini bakal menjadi pemangkin kepada pengangkutan moden di Pulau Pinang.