Karangkreatif.my

Karangkreatif.my SCCA2053B CORPORATE WRITING B-2
ESTABLISHED 2022
Merupakan Bidang Tanggungjawab Utama Pengamal Perhubungan Korporat.

Meningkatkan Imej & Identiti Sesebuah Organisasi Melalui Mesej Yang Disampaikan Menerusi Media

UUM Takluk Gunung EverestOleh: Aqram Umar Raja’ie Bin AriffinEmel: aqramumar79@gmail.com SINTOK – Tiga staf Universiti U...
01/07/2022

UUM Takluk Gunung Everest

Oleh: Aqram Umar Raja’ie Bin Ariffin
Emel: [email protected]

SINTOK – Tiga staf Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menakluki Everest Base Camp (EBC) di Nepal yang berketinggian 5364 meter (m) dan mengibarkan bendera UUM pada tarikh 24 Mac 2022.

Antara staf tersebut ialah Dr. Mohd Raime Ramlan dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Norzaliza Ghazali dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan Amirudin Hashim dari Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD).

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, Misi Kemanusian UUM-APM Endurance Challenge Sempena Sambutan Ulangtahun UUM KE-38 dan Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-70 yang berlangsung pada 15 hingga 24 Mac 2022 merupakan tujuan ekspedisi pendakian untuk menawan EBC di Gunung Everest.

Katanya, UUM sebagai rakan strategik Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dan Lions Clubs, juga menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan enam unit komputer kepada Shree Manjushree Basic School di Nepal.

Misi ini bersesuaian dengan agenda UUM untuk mengukuhkan dan meningkatkan imej UUM di peringkat global.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pendaki-pendaki yang telah menciptakan rekod dan mengharumkan nama universiti kita kerana pencapaian ini merupakan hasil sokongan dan dorongan oleh semua pihak.

“Pencapaian ini ialah satu pengiktirafan kepada UUM dan percaya bahawa mentaliti dan keyakinan yang ditonjolkan oleh mereka dapat dijadikan inspirasi buat seluruh warga UUM untuk berjaya,” ujarnya.

Selain itu, Amirudin berkata, kejayaan menakluki EBC merupakan hadiah kepada UUM, khususnya Naib Canselor, yang telah banyak memberi sokongan, harapan dan doa kepada mereka bertiga demi menjayakan misi tersebut.

Menurutnya, empat anggota APM bersama sherpa dari Nepal, Sonam Sorna telah membantu mereka bagi membimbing pendakian tersebut.

“Kami bermula mendaki dari Lukla pada 10.00 pagi waktu tempatan sebelum singgah di sekolah tempatan yang dipilih bagi menghadiahkan komputer menerusi program CSR dan kemudian meneruskan pendakian sehingga ke EBC.

“Alhamdulillah, pendakian selama tujuh hari yang mencabar untuk ke gunung tertinggi dunia dapat direalisasikan apabila kami berjaya menakluki EBC,” katanya.

Pasukan pendaki kembali ke tanah air pada 29 Mac 2022 sejurus turun semula dari Lukla yang mengambil tempoh selama empat hari.

Pilihan Raya UUM Diadakan Dalam Talian Oleh : Kelvin Raj A/L S. John PeterEmel: kelvinraj03@gmail.comSINTOK - Pemilihan ...
01/07/2022

Pilihan Raya UUM Diadakan Dalam Talian

Oleh : Kelvin Raj A/L S. John Peter
Emel: [email protected]

SINTOK - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2020/2021, Universiti Utara Malaysia akan menjalankan pilihan raya kampus secara dalam talian.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) dijalankan secara dalam talian dari 23 November hingga 26 November.

Terdapat dua fasa dalam proses pengundian ini. Jawatan-jawatan Majlis Perwakilan Pelajar diisi dalam dua peringkat: pertama, dengan mencalonkan dan berkempen untuk calon-calon berpotensi untuk bertanding jawatan; kedua, dengan memilih individu tersebut.

Untuk mengelakkan potensi jangkitan COVID-19, prosedur pengundian kali ini telah dijalankan secara dalam talian kerana kebanyakan pelajar tidak berada di kampus pada masa ini.

“Setiap pelajar UUM boleh mengundi, sama ada di kampus atau di rumah, dan semua calon mesti mematuhi prosedur pilihan raya dan menjaga nama baik UUM semasa kempen”, kata Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr Hendrik Lamsali.

Terdapat dua fasa untuk pilihan raya. Penamaan calon dan kempen untuk mempromosikan mereka adalah pertama, dan kemudian pemilihan calon untuk Majlis Perwakilan Pelajar.

Prosedur penamaan calon bermula pada 23 November dan berakhir pada 25 November. Seterusnya, pada 26 November akan berlangsungnya majlis pengundian bagi pemilihan Wakil Pelajar 2020/21.

Ahli Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM bagi tahun 2020/2021 telah ditubuhkan dimana Pengerusinya adalah Muhammad Nazmi Akmal Rahman dan Pengarah Pilihan Raya adalah Behoney Low Lee Tong, yang akan bekerjasama dengan 20 ahli Sekretariat yang lain bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

TNC HEPA Prof Dr Hendrik Lamsali termasuk beberapa pegawai JHEP telah menyaksikan majlis angkat sumpah oleh 22 calon tersebut di bilik Mesyuarat Pusat Penginapan Pelajar.

Sekretariat yang ditubuhkan ini adalah untuk mentadbir pilihan raya ini dengan jujur, terbuka dan adil supaya dapat memilih calon yang bertanggungjawab serta sesuai untuk menjawat jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar.

Hasilnya, pilihan raya kampus dalam talian akan mengukuhkan reputasi UUM serta memberi idea kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) cara menjalankan pilihan raya dalam talian semasa penularan Covid-19.

SEFB DAN JABATAN PERHUTANAN BERI PENDEDAHAN TANAMAN POKOK BAKAU PELIHARA ALAM SEKITAROleh: Abdul Qasim bin JamilEmel: ab...
01/07/2022

SEFB DAN JABATAN PERHUTANAN BERI PENDEDAHAN TANAMAN POKOK BAKAU PELIHARA ALAM SEKITAR

Oleh: Abdul Qasim bin Jamil
Emel: [email protected]

SINTOK - Melalui kerjasama antara Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menjayakan Program penanaman pokok bakau di Kampung Simpang Kuala, baru-baru ini.

Melalui ceramah kepentingan pemuliharaan dan Perlindungan Kawasan Persisiran Pantai yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Zainuddin Jamaluddin pada Mac lalu adalah merupakan kesinambungan aktiviti pada kali ini.

Malah, pendedahan berkaitan kaedah penanaman pokok bakau dan pengurusan hutan bakau kepada pelajar telah dissampaikan dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Saudara Muhamad Abdullah.

Ujar beliau, kerajaan negeri juga turut berjaya untuk mengekalkan dan mewartakan kawasan seluas 6,201 hektar hutan paya laut dan ia merupakan hal yang wajar dibangga oleh anak jati Kedah.

Semenjak tahun 2005, 1.5 juta pokok bakau telah ditanam dengan mencapai keluasan 300 hektar. Manakala, terdapat 16,300 pokok rhu pantai dan sejumlah 8,200 spesies lain-lain yang berada pada 56 kawasan negeri Kedah sama ada di dalam hutan simpan dan di luar hutan simpan.

Pada masa yang sama, wakil Dekan SEFB selaku Timbalan Dekan Akademik, Dr. Diara Md Jadi mengamanatkan agar “pelajar terus mengambil peluang untuk pembangunan kendiri khususnya kemahiran komunikasi dan sosial, walaupun ianya dipelajari di luar dewan kuliah.”

Dr. Mohd Yushairi Mat Yusoff, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Industri dan Komuniti turut menzahirkan harapannya agar sinergi yang baik antara kedua belah pihak akan berterusan dalam memberikan pendedahan dan kesedaran buat generasi muda selain daripada melestarikan alam sekitar.

Program pada kali ini disertai seramai 39 warga UUM yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan pentadbiran, pelajar, dan 20 wakil Jabatan Perhutanan Negeri Kedah serta komuniti setempat. Sebanyak 800 pokok bakau juga berjaya ditanam.

Bagi menerapkan rasa cinta kepada pemuliharaan alam sekitar, warga UUM khususnya SEFB mengalungkan ucapan terima kasih, dan peluang yang diberikan untuk menyantuni komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan.

Berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh pihak universiti melalui teras T3D1C9 Number of Outreach Programmes and Project in the Local Community dan T3D2C1 Number of Events/Programmes Related to Environment and Sustainability adalah diharapkan program ini akan memenuhi kriteria yang diberikan. Tambahan p**a, program ini turut menyokong Sustainable Development Goals (SDG) dalam memperoleh matlamat SD3: Good Health and Well Being dan SDG13: Climate Change.

UUM TIDAK PINGGIRKAN PELAJAR B40Oleh: Umi Nadzirah binti RustamEmel: uminadzirah22@gmail.comSINTOK - Universiti Utara Ma...
01/07/2022

UUM TIDAK PINGGIRKAN PELAJAR B40

Oleh: Umi Nadzirah binti Rustam
Emel: [email protected]

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil berat tentang kebajikan pelajar, khususnya mereka yang berada dalam kump**an B40, dan ingin menjamin bahawa mereka mempunyai akses kepada pilihan pendidikan yang lebih luas.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UUM telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu pelajar dalam kump**an B40 agar dapat meneruskan pembelajaran dengan berkesan.
Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), menyatakan bahawa salah satu misi JHEP adalah untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan pelajar.

Pelbagai inisiatif telah dirangka JHEP melalui Bahagian Khidmat dan Sokongan Pelajar (SSSD) sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Menurutnya, “Program Komputer Riba 4 U” yang bertujuan untuk meringankan beban pelajar meneruskan pengajian proses pembelajaran dalam talian dalam norma baharu.

“Tahun ini, kami akan meneruskan usaha membantu pelajar menyambung pengajian di UUM secara inklusif dengan bantuan dan sumbangan yang ditawarkan, termasuk menyediakan kemudahan yang baik kepada mereka,” kata kenyataan itu.

“Sehingga kini, pelajar menerima pelbagai jenis sokongan seperti bantuan bencana alam, komputer, tablet, bantuan kesihatan, bantuan secara ‘one-off’ dan banyak lagi supaya mereka selesa untuk belajar dan dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan mudah,” jelasnya.

Menurutnya, UUM sedang giat meminta sumbangan daripada pencarum sama ada dalam bentuk tunai atau barangan melalui SSSD.

Malah, beliau menyatakan hasil sumbangan itu, UUM dapat menyumbangkan 347 komputer bernilai RM657,000 kepada pelajar yang memerlukan.

Menurutnya, pihak universiti kini sedang menjalankan siri 'HEPA Reach Out' bagi menyalurkan sumbangan sokongan komputer riba kepada pelajar B40 yang berkelayakan dan memenuhi piawaian yang ditetapkan secara berkala.

Sehubungan itu, UUM mempelawa penyumbang untuk menghimpunkan sokongan bagi objektif penyediaan komputer riba ini kepada pelajar B40 dan B40 UUM yang komited.

Title: UUM Introduces E-Convo System Using RFIDBy :Kirtinee A/P RameshEmail :R. Kirtinee@gmail.comSINTOK - For the first...
01/07/2022

Title: UUM Introduces E-Convo System Using RFID

By :Kirtinee A/P Ramesh
Email :R. [email protected]

SINTOK - For the first time, the e-Convo system based on Radio Frequency Identification (RFID) technology was introduced at the 33rd Convocation Ceremony of Universiti Utara Malaysia (UUM).

The convocation was held at the Dewan Mu'adzam Shah. The hall was filled with students, lecturers, parents and many other VIP’S.
The idea of having this system came from the Vice Chancellor of UUM, Professor Dr Haim Hilman Abdullah. However, this system was developed by the Information System of UUM which is UUMIT.

There are two functions of the RFID system that is for the robe management system and graduate’s name call system.

“The RFID system is a great way to maintain social distancing as it could reduce physical contact interaction in close proximity between graduates to help control the spread of Covid-19 during the convocation ceremony which lasted for a week.

The size of the RFID card is so small but its function is really strong and accurate. The RFID tags have high durability and can be used for a long period of time. It will be pinned on all the graduate robes to enable robes rented by graduates to be detected by scanners upon the robe collection and return” he said.

Robe management will be more efficient and able to generate robe inventory reports more quickly and efficiently with this technology, while for the Graduate Name Call system, RFID tags attached to graduate robes will work with scans detected by RFID scanners and graduate names will be announced automatically while the graduate is on stage to pick up the degree scroll.

Haim Hilman expressed pride that UUM took the initiative to build the technology that will be utilized for the first time in this convocation ceremony as part of the university's endeavour to minimize the spread of Covid-19 by implementing standard operating procedures (SOP).

He also said that “When compared to smart cards, which need staff to touch the card on the scanner, RFID technology may now minimize the work process of the convocation ceremony as well as the manpower of the staff involved”.

He believed that by having this system it can lessen the chance of losing the robe during the process of collection and returning the robe, hence minimizing the error of announcing the graduate's identity when receiving the degree.

“In fact, the implementation of the new technologies can minimize the risk of Covid-19 transmission because all robes will be placed in the supplied plastic and quickly delivered to the laundry centre once the convocation session finishes” he said.

UUM is considerate of their student’s safety and health including the people involved. It also reduces manpower that gives employees the opportunity to work in a calm environment.

Therefore, RFID innovation is able to boost UUM's reputation as a Public University that optimizes the latest technology. This creative idea must also be practiced by many other fields as an added advantage.

ALUMNI ENGAGEMENT: MENCIPTA BAHAGIA DALAM DIRIOleh: Nur Syahirah Binti Azalisyahirahazali@gmail.comSINTOK - Pusat Alumni...
01/07/2022

ALUMNI ENGAGEMENT: MENCIPTA BAHAGIA DALAM DIRI

Oleh: Nur Syahirah Binti Azali
[email protected]

SINTOK - Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan siri tazkirah dan salah satunya bertajuk Alumni Engagement: Mencipta Bahagia Dalam Diri sempena bulan Ramadhan baru-baru ini.

Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan siaran langsung melalui Facebook Live Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 17 April 2022 bersamaan 15 Ramadhan 1443 H, hari Ahad, jam 10:00 pagi.

Untuk mengetahui konsep, kepentingan dan bagaimana untuk mencipta bahagia dalam diri, Pusat Alumni UUM telah menjemput Encik Abdul Shakor Bin Abdullah sebagai moderator dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah, Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa sebagai penceramah untuk memberi pendedahan kepada peserta erti bahagia yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, setiap individu mencari kebahagiaan atau ketenangan kerana menjadi bahagia adalah impian dan kehendak manusia.

“Dalam bahasa Arab, bahagia disebut sebagai ‘sakinah’ iaitu ketenangan dan ‘hasanah’ iaitu kebaikan juga diterjemahkan sebagai kebahagiaan”, katanya.

Tambahan lagi, pelbagai tafsiran dapat diberi untuk menjelaskan erti bahagia dalam diri seseorang. Antaranya meletakkan kebahagiaan melalui harta, kecantikan dan jawatan.

Kebahagiaan melalui harta diukur melalui kemuncak kebahagiaan selagi mana mereka kaya, kebahagiaan melalui kecantikan p**a diukur melalui paras rupa yang cantik dan kebahagiaan oleh sebab jawatan dilihat menerusi pangkat atau taraf pendidikan yang tinggi.

Justeru, beliau telah menekankan dan menjelaskan bahawa “sumber paling penting apabila memberi penafsiran kepada bahagia ialah jangan tafsirkan bahagia pada kaca mata manusia tetapi bahagia itu mesti dicari dan ditafsirkan pada kaca mata pencipta.”

Oleh itu, bahagia perlu dicipta dalam diri individu. Bulan Ramadhan ini merupakan peluang bagi setiap individu untuk mendidik jiwa dan diri agar menjadi insan yang bertakwa, cemerlang dan berintegriti.

Siri tazkirah ini disertai oleh lebih daripada 300 orang peserta dalam kalangan pelajar dan staf UUM. Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni UUM dan Encik Halim bin Md. Yatim, Penolong Pengarah Pusat Alumni UUM.

Diharapkan agar peserta yang menghadiri siri tazkirah ini mendapat manfaat dan mengaplikasikan ilmu mengenai mencipta bahagia dalam diri yang telah dikongsikan.

Bengkel "Where Do We Begin: Internship 101" memberikan impak positif kepada pelajar UUMOleh Anis FarzanaE-mel: farzanaan...
01/07/2022

Bengkel "Where Do We Begin: Internship 101" memberikan impak positif kepada pelajar UUM

Oleh Anis Farzana
E-mel: [email protected]

SINTOK - Institute of Public Relations Malaysia Student Association (IPRMSA)- UUM Chapter Universiti Utara Malaysia (IPRMSA UUM) telah menganjurkan bengkel "Where Do We Begin: Internship 101".

Bengkel tersebut telah dilangsungkan pada 14 Januari 2022 yang melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua jam melalui platform Facebook rasmi IPRMSA UUM secara langsung.

Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk berkongsikan tentang latihan amali kepada pelajar terutamanya dalam bidang perhubungan awam serta mendedahkan tentang dunia pekerjaan yang sebenar.

Perkongsian itu telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang mempunyai latar belakang mengenai perhubungan awam, Cik Yinxie dari syarikat Internspoon dan Puan Fazlyn Kamal dari syarikat MaGiC.

Selain itu, penceramah juga mendedahkan cara untuk berjaya menempatkan diri dalam latihan, dan realiti menjadi pelatih untuk syarikat perhubungan awam di kalangan pelajar UUM dan masyarakat di luar.

“Pada mulanya, saya kurang pendedahan tentang latihan amali. Tetapi, setelah mendengar perkongsian
tersebut, saya sudah memahami tentang latihan amali dan saya akan pratikkan tips yang telah dikongsikan di dalam bengkel tersebut” ujar salah seorang peserta yang mahu dikenali sebagai Maya.

Pengarah program bengkel "Where Do We Begin: Internship 101", Nur Sarah Zulaikha berkata beliau bercadang untuk menganjurkan bengkel ini adalah disebabkan kadar pengangguran di kalangan graduan semakin meningkat oleh hal kerana tidak mempunyai pengalaman kerja.

“Dengan adanya bengkel ini, pelajar didedahkan tentang pekerjaan dunia luar melalui perkongsian penceramah jemputan terutamanya dalam bidang perhubungan awam serta beberapa tips latihan amali yang boleh digunakan untuk kegunaan masa hadapan” ujar beliau.

Bengkel ini memberikan impak positif kepada pelajar yang berminat untuk menceburi diri dalam bidang perhubungan awam.

Penceramah jemputan, Puan Fazlyn Kamal juga memberi respon positif bahawa beliau gembira dapat mengongsikan pengalaman serta ilmu kepada pelajar Universiti Utara Malaysia.

Ujar beliau lagi, ini adalah salah satu inisiatif kepada pelajar untuk mengetahui tentang dunia pekerjaan serta dapat mengelakkan perasaan gugup dan gementar semasa menjalani latihan amali.

Rata-rata peserta memberikan komen positif dan berharap supaya lebih banyak bengkel diadakan yang memberi manfaat serta kegunaan pada masa akan datang.

TISSA-UUM Laksana Tiga Program Penjana KPT-PACEOleh: Chan Pei PeiE-mel: chanpeipei25@gmail.comSINTOK - Pusat Pengajian P...
01/07/2022

TISSA-UUM Laksana Tiga Program Penjana KPT-PACE

Oleh: Chan Pei Pei
E-mel: [email protected]

SINTOK - Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan tiga program penjana KPT-PACE selepas menerima peruntukan sebanyak RM363,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“ACCA Certificate in Global Services (GBS), PECB Certified General Data Protection dan ACCA Accelerate merupakan tiga program yang akan dilaksanakan,” kata dekan TISSA-UUM Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf.

Tujuan dari program ini adalah untuk membantu pelajar mencapai kualifikasi profesional di bidang akuntansi dengan memberikan dukungan untuk dua dari empat modul ACCA.

Kelayakan profesional ini dapat memberi nilai tambah untuk masa depan kerja dalam bidang profesional perakaunan.
Menurutnya, program ini akan membantu meningkatkan ‘visibility’ dan ‘marketability’ UUM dan membuat UUM lebih terlihat dan berharga di tingkat global kerana visualisasi data dan analisis data semakin menjadi bidang penting dalam perakaunan.

Di samping itu, program ini juga akan membantu meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan (GE) UUM khususnya graduan perakaunan, dan menghasilkan graduan perakaunan dengan kualifikasi profesional akuntansi.

Mahasiswa akauntansi yang menduduki peperiksaan di bawah program ACCA Accelerate dapat mempunyai manfaat pengjimatan yuran peperiksaan, katanya.

Ketiga-tiga program tersebut dikatakan mampu memberi nilai yang signifikan bagi graduan dan siswa dari pusat pengajian ini, terutama dalam menjadi anggota badan professional dan menjadi lebih kompetitif di pasar kerja pada masa depan.

Pelajar akan belajar selama tiga hari pengajian dalam talian sebelum mengambil peperiksaan pensijilan bagi program PECB Certified General Data Protection.

Untuk sijil ACCA GBS, program ini akan dijalankan secara dalam talian dimana pelajar dikehendaki menghadiri 10 jam sesi ulangkaji dengan tutor dan 30 jam belajar sendiri, dan menjalankan pemantauan dan ujian dalam talian pada platform ACCA.

Pelajar akan menghadiri kursus pengajian dalam talian selama 20 hari dan akan mengambil dua peperiksaan sepanjang dua semester untuk program Accelerate ACCA.

Program Penjana KPT-PACE memfokuskan penganugerahan sijil profesional sebagai nilai tambah kepada graduan untuk meningkatkan peluang pekerjaan.

Program ini adalah untuk memberi bantuan kepada graduan dan pelajar semester akhir 2021 membayar program sijil profesional yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.

“Pada masa hadapan, saya berharap TISSA-UUM dapat mewujudkan simulasi firma perakaunan sendiri agar dapat menyediakan ruang kepada pelajar untuk dilatih dalam bidang perakaunan, audit dan sebagainya sebagai pendedahan kepada kerjaya perakaunan sebelum mereka memasuki pasaran kerja.”kata beliau.

Bengkel Resepi Bubur Lambuk Bersama En. Jamil MatOleh: Mime Althea Anak RobertE-mel: mimealthearobert@gmail.comSINTOK - ...
01/07/2022

Bengkel Resepi Bubur Lambuk Bersama En. Jamil Mat

Oleh: Mime Althea Anak Robert
E-mel: [email protected]

SINTOK - Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengadakan satu bengkel Resepi Bubur Lambuk bersama En. Jamil Mat.

Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada warga UUM terutamanya para pelajar universiti berkenaan simbolik pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan.

Bukan itu sahaja, bengkel tersebut juga bertujuan bagi memperkenalkan resipi turun temurun pembuatan bubur lambuk oleh En. Jamil Mat, chef jemputan untuk bengkel tersebut.
En. Jamil Mat merupakan ketua chef bagi acara masakan di Pusat Budaya dan Seni UUM. Beliau merupakan orang lama yang pakar dalam bidang masakan rakyat.

Bengkel tersebut diadakan secara atas talian melalui Fb live Pusat Budaya UUM pada 18 April 2022 pada jam 10 pagi.
Seterusnya, bengkel tersebut menampilkan saudara Nisa selaku petugas yang melaporkan situasi yang berlaku di tempat kejadian serta sebagai wakil Pusat Budaya untuk menemu ramah chef jemputan dalam bengkel tersebut.

Pada bengkel ini, Encik Jamil mengatakan bahawa masakan bubur lambuk ini merupakan tradisi yang sentiasa dilakukan oleh rakyat Malaysia setiap kali bulan Ramadhan.
“Setiap orang mempunyai resipi tersendiri dalam pembuatan bubur lambuk” kata En. Jamil.

En. Jamil turut memberikan tips bagi membolehkan bubur labuk tahan lebih lama iaitu dengan membiarkan bubur tersebut sejuk dahulu sebelum menutup bekas bubur lambuk itu.

Sehubungan dengan itu, En. Jamil juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai menu-menu yang dijual oleh beliau dan rakan-rakannya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tambah beliau lagi,” tempahan boleh di buat melalui rakan-rakannya ataupun melalui beliau sendiri”.

Harapan beliau adalah resipi yang dikongsi dapat diguna pakai oleh semua yang menonton FB live tersebut.

PERKOM : JUALAN BAJU MAMPU MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN DAN MENAIKKAN IDENTITI PERSATUAN.Oleh: Nur Liyana Binti ZahariE...
01/07/2022

PERKOM : JUALAN BAJU MAMPU MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN DAN MENAIKKAN IDENTITI PERSATUAN.

Oleh: Nur Liyana Binti Zahari
E-mel: [email protected]

SINTOK - Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (PERKOM UUM) baru-baru ini melancarkan jualan baju bertemakan ‘Be Enthusiastics with Yourself’. Jualan berlangsung dari 18 Mac hingga 1 Mei yang lalu.

Program ini merupakan satu program tahunan dimana PERKOM akan mengeluarkan produk yang direka khas untuk pelajar jurusan komunikasi seperti baju dan beg.

PERKOM telah mengeluarkan 2 edisi baju bersama beg yang direka khas sesuai dengan tema jualan.
Edisi yang diperkenalkan ialah ‘BCOMM Edition’ dan ‘SMMTC Edition’ memaparkan identiti jurusan Komunikasi dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.

Jualan diadakan secara atas talian seperti laman ‘Facebook’, ‘Whatsapp’ dan ‘Instagram’. Persatuan di bawah pusat pengajian yang sama seperti PERMEDIA, IPRMSA juga dipanggil untuk turut bersama mempromosikan jualan agar mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tujuan utama adalah untuk menaikkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar disamping menaikkan identiti jurusan dan pusat pengajian agar lebih dikenali ramai.

Selain itu, Pengarah Program Be Enthusiastic with Yourself , Nur Liyana menitik beratkan isu keyakinan dalam diri pelajar yang semakin tipis.

Oleh yang demikian, Liyana ingin menaikkan keyakinan diri pelajar dengan mempromosikan jualan yang bertema keyakinan diri kepada semua pelajar di bawah pusat pengajian ini.

Menjelang bulan Ramadhan, PERKOM membuat jualan promosi potongan harga serendah RM48 per set iaitu harga mampu milik bagi semua pelajar. Ia merangkumi sehelai baju dan sebuah beg direka khas ‘Be Enthusiastic Witth Yourself’.

“Saya mahu mereka bangga kerana menjadi salah seorang pelajar jurusan Komunikasi dibawah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Dengan adanya program seperti ini, disamping mencari dana bagi persatuan, kita juga dapat bantu menaikkan keyakinan diri pelajar,” ujar Liyana ketika ditemu ramah di bangunan SMMTC kelmarin.

Jualan ditamatkan dengan kutipan sebanyak 130 tempahan daripada pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia.
Liyana berharap melalui program ini, identiti PERKOM dan SMMTC akan lebih dikenali seluruh mahasiswa UUM serta meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menempuhi perjalanan hidup di peringkat universiti.

PROGRAM KWSP DAN ANDAOleh : Nur Shamimi Binti Mohamad Shahrul Faizinurshamimi076@gmail.comSINTOK - Kelab Tabung Haji Uni...
01/07/2022

PROGRAM KWSP DAN ANDA

Oleh : Nur Shamimi Binti Mohamad Shahrul Faizi
[email protected]

SINTOK - Kelab Tabung Haji Universiti Utara Malaysia (TaHa UUM) bagi sesi 2021/2022 telah mengadakan satu program perkongsian ilmu yang bertajuk “KWSP Dan ANDA” bertarikh 17 Mei 2022 dan berlangsung selama dua jam dari pukul 8:30 malam sehingga 10:30 malam.

Program ini telah disiarkan secara langsung di atas talian, dimana telah menggunakan platform sosial media Facebook Kelab Taha UUM dan mempunyai dua sesi iaitu sesi perkongsian dan juga sesi soal jawab antara penceramah dengan soalan-soalan yang diberikan di dalam ruangan komen di Facebook oleh peserta yang hadir. Program ini telah dihadiri seramai 201 orang yang terdiri daripada pelajar UUM dan juga orang awam.

Panel jemputan program ini adalah seorang wanita yang sangat bertauliah dan berkemahiran dalam bidang perancangan dan penyimpanan kewangan iaitu Puan Noorfazira Bt Ahmad Tarmizi yang merupakan seorang Pegawai Khidmat Penasihat SRFP, Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) EPF di Alor Setar dan beliau juga merupakan seorang bekas graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Objektif program ini diadakan untuk memberi perkongsian, pendedahan dan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan orang awam tentang betapa pentingnya Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa hadapan. Hal ini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang khususnya hadir di program ini.

Program dimulai dengan kata-kata pendahulu dari Cik Anis Nasuha selaku pengacara majlis dan diikuti dengan bacaan doa dari saudara Aminuddin. Setelah itu, panel jemputan, Puan Noorfazira memulakan perkongsian dengan memberitahu apa itu KWSP dan diikuti dengan topik-topik seterusnya. Beliau banyak menekankan tentang topik-topik yang sangat penting berkaitan dengan KWSP.

“Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu agensi kerajaan yang ada di negara Malaysia bagi menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan untuk pekerja di sektor swasta dan awam yang tidak berpencen.”
Lagi, ianya berfungsi melalui sumbangan bulanan daripada pekerja dan majikan ke akaun simpanan sendiri dan simpanan ini boleh digunakan dalam pelbagai pelaburan oleh KWSP.
Perkongsian ilmu oleh Puan Noorfazira dapat membuka mata para pelajar untuk mengambil berat tentang betapa pentingnya simpanan dan caruman KWSP ini untuk masa hadapan.

“Sesetengah golongan menganggap yang simpanan peribadi mereka sudah mencukupi bagi menampung kehidupan di hari tua mereka. Tetapi sebaliknya, simpanan peribadi tidak dapat menjamin kewangan yang sepenuhnya pada masa hadapan apatah lagi jika individu tersebut tidak bijak dalam menguruskan perbelanjaan.” kata Puan Noorfazira

“KWSP mengalakkan orang ramai untuk mencarum dengan KWSP di bawah skim i-Saraan dimana mereka akan dapat menikmati pelbagai manfaat sama seperti ahli yang lain. Di antaranya, mereka dapat menerima bantuan kematian, pelepasan cukai dan dividen.” tambahnya lagi.

Beliau juga bertegas mengatakan bahawa KWSP akan memberi tumpuan terhadap keselamatan pendapatan persaraan dengan cara mengukuhkan kecukupan simpanan ahli-ahlinya.

Setiap topik-topik yang dikongsi oleh Puan Noorfazira sangat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan baharu kepada para peserta yang menghadiri program ini.

Akhir sekali, semasa sesi soal jawab, Puan Noorfazira telah menjawab semua persoalan yang telah ditanya di ruangan komen berkaitan KWSP dan sebagainya. Semua persoalan itu dijawab oleh beliau dengan penuh maklumat dan jelas.

Program ini telah mendapat sambutan yang hangat apabila seramai 201 orang telah menyertai program tersebut dan diharapkan program sebegini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih teliti dan jelas tentang KWSP sekaligus dapat mengajak lebih ramai peserta untuk membuka akaun KWSP ditambah p**a dengan manfaat yang diberikan bagi menjamin masa hadapan para peserta.

Ihya’ Ramadhan Pusat Islam UUM 1443 HijrahOleh: Syafiqah ZaidiEmel: sterrafiqah8998@gmail.comSINTOK - Selepas hampir dua...
01/07/2022

Ihya’ Ramadhan Pusat Islam UUM 1443 Hijrah

Oleh: Syafiqah Zaidi
Emel: [email protected]

SINTOK - Selepas hampir dua tahun kehadiran jemaah dihadkan berikutan pandemik COVID-19, Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Kampus Utama ini kembali dibuka dan menerima kedatangan para kakitangan dan pelajar UUM sempena Ramadan 1443 Hijrah.

Program Iftar Jamaei 2022 merupakan salah satu program bagi mengimarahkan bulan Ramadan di UUM. Program ini merupakan program berbuka puasa secara berjemaah 30 hari sepanjang bulan Ramadan yang berada di sekitar kampus.

Program dibawah kendalian Pusat Islam ini telah dapat mengumpulkan seramai 600 orang pelajar dan kakitangan termasuk orang luar untuk hadir mengimarahkan masjid ini.

Di samping juadah berbuka puasa yang diuruskan oleh Pusat Islam, program ini turut mendapat kerjasama daripada pensyarah dan ibu bapa yang menyediakan juadah berbuka kepada para jemaah. Para pelajar turut diberikan peluang untuk menjadi sukarelawan dalam membantu mempersiapkan hidangan berbuka.

“Selain dari mengejar keberkatan bulan Ramadan, program berbuka puasa ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, kakitangan serta ibu bapa yang terlibat,” kata Muhammad Hakam Syukur Mohd Azhar, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Sultan Badlishah UUM.

Pusat Islam juga melaksanakan solat tarawih secara berjemaah sebagai salah satu pengimarahan masjid pada Ramadan kali ini. Selepas dua tahun masjid ini lengang tanpa suara dan wajah para pelajar dan kakitangan disini, kali ini keheningan itu kembali meriah dengan kehadiran mereka pada fasa pertama kemasukan ke dalam kampus.

Dianggarkan seramai 750 orang yang hadir pada setiap hari untuk sama-sama mengimarahkan solat tarawih yang diimamkan oleh Pengarah Hal Ehwal Islam, Muhammad Syazwan Menun bersama Biro Kerohanian dari Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) setiap inasis.

Selain itu, program Tadarus al-Quran secara bersemuka turut dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 11:30 pagi bagi para pelajar yang berada di kampus.

Majlis Khatam al-Quran pada 23 April yang lepas diadakan sebagai penutup untuk program Tadarus al-Quran dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UUM.

Menurut Hakam, program yang dijalankan merupakan inisiatif untuk mengimarahkan lagi masjid supaya kembali meriah. Harapannya supaya masjid diimarahkan bukan sahaja pada bulan Ramadan malah pada hari-hari biasa.

Pusat Islam akan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan pada masa hadapan dengan mendapatkan maklum balas daripada jemaah yang hadir.

Address

Universiti Utara Malaysia, Sintok
Bukit Kayu Hitam
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karangkreatif.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Bukit Kayu Hitam media companies

Show All