08/08/2023
"HIJRAH TAKKAN PERNAH HABIS"
Semua orang nak berubah. Semua orang nak berhijrah menjadi orang yang Allah redha, orang yang baik, menuju kesempurnaan.
Semua orang yang "hidup" hatinya pasti nak menjadi orang yang baik. Itulah fitrah hidup. Ya, fitrah.
Namun, kesilapan ramai orang ialah merasa PUAS dengan HIJRAH yang di lakukan. Merasa PUAS dengan perubahan yang di lakukan.
Bila dari pakai seksi kepada pakaian sopan, dia rasa puas dan berhenti takat itu. Ada yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tapi bajut ketat, dia rasa puas. Ada orang dari pakai tudung baju ketat keapda pakai tdung tapi baju longgar, dan dia berhenti takat tu. Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh, dia berhenti takat tu. Ada orang dari tudung labuh dan jubah kepada purdah, dia berhenti takat tu.
Begitu juga solat. Ada yang rasa dah dapat solat 5 waktu, dia rasa dia dah baik. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup. Dah dapat tahajud, dia rasa cukup.
Sedangkan, merasa cukup dan puas dengan amal itu adlaah tipu daya syaitan.
****
KAWAN,
Teruslah mengejar syurga, mengejar redha Allah. Jangan sekali-kali merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan. Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.
Teruskan berubah, sehingga kita mati.
Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amal wajib dan banyakkan amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya.
Jangan pernah rasa cukup.
Kerana,
"Hijrah takkan pernah berhenti!!"