Semerah Keluargaku

Semerah Keluargaku Kemasyarakatan
Ekonomi
Sejarah
Humor
Universiti Kehidupan
(1)

Dah sampai guys... Berhati2, berjaga2..... Ikan rosak daripada kepala!!!!!
23/09/2024

Dah sampai guys... Berhati2, berjaga2..... Ikan rosak daripada kepala!!!!!

Haisssss sakit jantung mak ko tengok ni. Nak episod last2 p**ak dia selit adegan L*BT ๐Ÿ˜ฉ

Cuti sekolah anak2 suke tgok citer karton audio malay. Dah lalu p**ak adegan cmni b*k p**ak soalan si kembar ni ha..

Kenapa x boleh tiumm? Kan laki ngn laki

Adoiii bahaya2. Awasi anak2 anda ๐Ÿฅน

Kredit : Mira Nadia

22/09/2024

Call aku merayu rayu minta tolong bayarkan tunggakan kereta 5 bulan. Surat repo dah keluaq, kereta sorok rumah kawan. Dah tak ada transport nak bergerak pi sana pi sini. Terpaksa pi kerja naik public transport.

Bila tanya kereta apa? Civic apa entah baru pakai 2 tahun, full loan. Aku bukan tau sangat pun modelยฒ kereta.

Jadi, aku tak tau nak tolong macam mana sebab kereta aku pun main ikat cable tie. Dah 2 tahun side mirror ni lekang, kadangยฒ aku ikat tali rapia. Baru ni bawak anakยฒ berjalan lekang p**ak.

Aku singgah DIY beli cable tie beli gam epoxy dan ikat ketatยฒ insyaAllah tak jatuh dah. Lantak la orang nak kata huduh. Aku yang nak bawa aku yang nak menten, bukan depa. Kalau nak beli seketoi yang original boleh tahan harga dia. Pakai dulu la. Bukan kena sita JPJ pun bila ikat cable tie kat situ.

Kerja aku pun tak memerlukan aku tayang kereta mahalยฒ dan imej yang mewahยฒ. Yang perlu jaga imej perlu menyakinkan pelanggan, jika mampu silakan.
Masa nak ganti kereta lama aku yang milage mencecah 400k km dulu, aku ada ja duit nak beli alpad sebijik, hasil kerja keras bertahun tahun. Tapi aku pi beli kereta kak ampa dulu. Dia lagi nak guna kereta sebab dok ulang pi kerja tiap hari.

Jadi aku beli la kereta Jepun yang elok sikit bagi kat dia. Beli pun 2nd hand secara tunai. Malas nak hutang. Kak ampa isi minyak ja. Roadtax insuran nanti kita tong tong la sorang sikit.

Bila ada duit lebih sebab tak jadi beli alpad, aku beli p**a kereta biasa yang besaq, muat anak aku 5 orang yang juga dah besaq. Beli dengan kiraan muat 7 beranak, mentenen tak tinggi dan bebas hutang. 2 buah kereta aku bebas hutang.

Memang beli semata mata nak ganti kereta lama yang dah lunyai. 1st time bawak kereta ni jumpa kawanยฒ depa ingat aku ustaz Kafa nak pi bagi ceramah kat kampung depa. Depa tanya kitab mana kitab? Tabung Milo bawa tak? Harreeyy betoi!!

Kereta lama aku pakai 12 tahun, kereta ni pun mungkin aku pakai sampai lunyai baru pikiaq beli kereta lain. Tu pun kalau panjang umoq.

Anakยฒ muda. Hidup ni kita kena tahan sikit nafsu. Jangan kerana nak nampak best di mata kawan dan kaum keluarga, kita terpaksa berputih mata di hari tua.
Kalau berasa tak mampu dan tak menentu, jangan cubaยฒ.

Kalau rasa mampu dan perlu, silakan. Semak dulu kudrat dan keupayaan, congak dulu apa yang bakal berlaku di depan.

Untuk kes macam ni, aku tak pernah layan. Pi la sembang dengan bank elokยฒ dan cari jalan penyelesaian. Kalau rasa tak boleh pi, bersedialah untuk korbankan mana yang patut, betulkan balik jalan. Moga dipermudahkan.

Kredit: Edi Arjuna Pencerita

21/09/2024
21/09/2024

BANNER PENYOKONG CELTIC DI PERTANDINGAN LIGA JUARA-JUARA :

"MEREKA BOLEH MENINDASMU, MEREKA BOLEH MEMENJARAKANMU, TETAPI MEREKA TIDAK AKAN PERNAH MEMATAHKAN SEMANGATMU!

G4Z4, J3NIN, TULK4RM, N4BLUS, KALIAN TIDAK AKAN PERNAH BERJALAN SENDIRIAN!"

"Youโ€™ll Never Walk Alone"

Solidariti yang kuat ini disampaikan oleh penyokong Celtic sebagai sokongan terhadap perjuangan rakyat Pal3stIn

Akibat dpd bijak pandai 47, kapal yg lebih power dan canggih x siap2. Org lain x tunggu kita pun ........ Fikir, bertind...
11/09/2024

Akibat dpd bijak pandai 47, kapal yg lebih power dan canggih x siap2. Org lain x tunggu kita pun ........ Fikir, bertindak, sementara ada masa.

Seram juak bila dah lebih 200 kapal dihantar dekat dengan perairan kita sitok๐Ÿฅถ

Allah itu MahaKaya. Rezeki Allah itu luas. Semoga pekerja2 yg tertindas dimurahkan rezekinya, diberi kemudahan hidupnya....
11/09/2024

Allah itu MahaKaya. Rezeki Allah itu luas. Semoga pekerja2 yg tertindas dimurahkan rezekinya, diberi kemudahan hidupnya. Carilah yang berkat, carilah yang bayar zakat...

Dalam satu siri ciapan yang tular di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter), bekas pekerja 99 Speedmart tampil berkongsi pengalaman realiti bekerja

11/09/2024

Ini baru rare.......

Huhu
31/08/2024

Huhu

14/07/2024

Oleh Yang Berbahagia Ustaz Azli Sham bin Azhar

14/07/2024

Oleh Yang Berbahagia Ustaz Azli Syam bin Azhar

30/03/2024
19/03/2024

SELAMAT ULANG TAHUN KE-70 PAS JOHOR

19 MAC 2024 : TUJUH DEKAD PAS NEGERI JOHOR

1. Hari ini genaplah 70 tahun usia PAS Johor, satu tempoh yang sudah tentunya sangat panjang dengan tercatatnya sejarah yang banyak bagi mendewasakan sebuah parti yang bertapak di sebuah negeri yang menjadi tempat kelahiran sebuah Parti Pemerintah sejak merdeka. Namun ianya berjaya diruntuhkan dalam PRU Ke14 pada tahun 2018 sehingga ia tidak lagi dianggap sebagai negeri โ€˜kubu UMNOโ€™ yang disegeruni seperti satu masa dahulu.

2. Walaupun PAS Johor ditubuhkan pada tahun 1954, gerakan penubuhan ini sebenarnya telah berputik pada tahun 1950 lagi apabila Muktamar Ulamak yang menghimpunkan alim ulamaโ€™ dari seluruh semenanjung Tanah Melayu dan Singapura telah ditubuhkan di Muar pada 20 Januari 1950 di Bangunan Kelab Muar, Johor yang kemudiannya dikenali sebagai Jabatan/Bahagian Ugama Islam UMNO yang menjadi salah satu sayap UMNO. Namun Jabatan/Bahagian Ugama Islam UMNO ini tidak kekal lama apabila dalam persidangan Ketiga yang diadakan di Seberang Prai Pulau Pinang, Jabatan/Bahagian Ugama Islam telah membuat keputusan untuk berpisah dengan UMNO dan menubuhkan Persatuan Ulamaโ€™ SeMalaya (PAS) yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1951.

3. Berbeza dengan UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946; ianya bermula dengan Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan Perhimpunan Agung Pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Piagam Umno ditandatangani di Istana Besar Johor Baharu dan lahirlah UMNO secara rasmi.

4. Dengan cabaran ini, PAS tetap terus berkembang di Johor walaupun terus menghadapi kesukaran dan cabaran yang besar untuk terus melebarkan perjuangannya. Sebagai sebuah parti yang berasaskan agama dan dipimpin oleh golongan ulamak, perkembangan politik PAS di Johor bukanlah satu perjalanan yang dihamparkan dengan permaidani merah. Para pejuang terdahulu menghadapi ujian penuh berliku dan cabaran yang cukup perit.

5. Sejak ditubuhkan pada tahun 1954, PAS Johor telah dipimpin oleh seramai 10 orang Pesuruhjaya bermula dengan Haji Arifin Alias, Haji Hussin Besar, Hajah Khadijah Sidek, Haji Yusof Hakim, Dr Sanusi Daeng Mariok, Haji Hassan Hussein, Haji Omar Jani, Datoโ€™ Dr Mahfodz Mohamad, Haji Aminolhuda Hassan dan Ustaz Abdullah Husin. Namun begitu, Haji Yusof Hakim, Dr Sanusi Daeng Mariok dan Datoโ€™ Dr Mahfodz Mohamad telah dilantik sebanyak dua kali sebagai Pesuruhjaya PAS Johor.

6. Dr Sanusi Daeng Mariok, Haji Hassan Hussein, Datoโ€™ Dr Mahfodz Mohamad, Haji Aminolhuda Hassan masih lagi hidup sehingga ke hari ini termasuklah Ustaz Abdullah Husin yang memimpin PAS Johor sejak tahun 2017.

7. Kehadiran PAS di Johor tidak dilihat sebagai ancaman kerana rakyat Johor masih belum mampu menerima kehadiran PAS. Umno dan Parti Perikatan adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai dengan perkembangan politik di Johor pada ketika itu. Walaupun Dr Burhanuddin al-Helmy pernah dilantik sebagai Ahli Kehormat PAS Johor Bahru pada 23 April 1954 sebelum dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1956, namun kehadiran tokoh politik hebat ini belum mampu menarik sokongan rakyat Johor untuk menerima PAS pada ketika itu.

8. Namun begitu, perkembangan tersebut tidak pun merencatkan dan mencantas semangat gelora perjuang-pejuang PAS yang kecil bilangannya jika dibandingkan dengan kekuatan yang dimilik oleh UMNO.

9. PAS Johor buat kali pertamanya menyertai Pilihan Raya Umum Persekutuan 1959 dengan meletakkan seramai tiga orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara, Muar Selatan dan Segamat Utara. Seramai sembilan lagi calonnya diletakkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pontian Dalam, Benut, Rengit, Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Parit Bakar, Serom dan Jorak.

10. Keputusan PRU ini memberikan gambaran terhadap penerimaan rakyat Johor terhadap PAS yang bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi di Johor malah mendapat jumlah undi yang sangat rendah. Pada keseluruhannya, undi yang diperoleh oleh PAS bagi tiga kawasan parlimen yang ditandingi ialah 4,992 daripada jumlah keseluruhan iaitu 216,027 undi iaitu hanya 2.3% sahaja dari keseluruhan undi manakala PAS hanya berjaya mendapat undi sebanyak 5,471 daripada undi ke seluruh yang berjumlah 214,496 undi iaitu 2.6% sahaja dari keseluruhan undi.

11. PAS Johor tidak menyertai PRU yang bermula PRU yang Pertama sebanyak dua kali ; tahun 1955 dan tahun 1974. Kali Pertama (1955) adalah akibat daripada kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan PAS menghantar walaupun seorang calon dan kali Kedua adalah pada tahun 1974 kerana pada masa itu, PAS berada di dalam gabungan Barisan Nasional. BN Johor tidak membenarkan PAS menghantar walaupun seorang calon kerana UMNO Johor tidak mengiktiraf kewujudan PAS di Johor yang menyebabkan beberapa pimpinan PAS Johor telah bertanding sebagai calon โ€˜bebas bersatuโ€™ kerana tidak puas hati dengan keputusan yang telah dipersetujui di peringkat Pusat.

12. PAS hanya mula berjaya meletakkan seorang ADUN di DUN Johor pada tahun 2004 iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan BN meletakkan individu yang diamanahkan sebagai Penyokong adalah merupakan bukan pengundi di Senggarang dan secara tidak langsung Dr Ramli bin Kari telah diisytiharkan sebagai Pemenang setelah pencalonan BN telah ditolak. Ia adalah merupakan sejarah penting untuk PAS Johor kerana berjaya melahirkan seorang ADUN dan kejayaan ini terus kekal sehingga ke hari ini apabila PAS tidak pernah gagal mempunyai wakil di DUN Johor sehingga PRN Ke15.

13. PAS memperoleh kejayaan yang luar biasa pada tahun 2008 apabila telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani iaitu YB Dr Mohamad bin Taslim (Maharani) dan YB Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh (Sungai Abong).

14. Tahun 2013; PAS berjaya menang di empat kerusi DUN iaitu mengekalkan DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, memenangi DUN Parit Yaani (Haji Aminolhuda Hassan) dan DUN Puteri Wangsa (Ustaz Abdullah bin Husin).

15. PAS telah menang di DUN Bukit Pasir (Haji Najib bin Lep) pada tahun 2018 dan kini di DUN Maharani apabila Cikgu Abdul Aziz bin Talib telah berjaya memenangi semula kerusi DUN Maharani pada tahun 2022.

16. Cukup panjang sejarah PAS Johor untuk dititipkan di sini namun cukuplah sekadar yang dituliskan untuk bacaan awal sebelum ianya dibukukan nanti kerana PAS Johor dijangka akan mengadakan Sambutan TUJUH DEKAD PAS JOHOR pada bulan Mei nanti, insya Allah. Saya sedang menyiapkan satu buku dokumen yang akan diterbitkan semasa sambutan tersebut, insya Allah. Jabatan Arkib PAS Pusat juga sedang mengumpulkan bahan-bahan sejarah untuk dipamerkan semasa Sambutan tersebut nanti.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-70 PAS JOHOR

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Pengarah Jabatan Arkib PAS Pusat

19 Mac 2024

Yok kita ramai2 kan. Kita bantu kita doa saudara2 kita di Palestine sana
17/12/2023

Yok kita ramai2 kan. Kita bantu kita doa saudara2 kita di Palestine sana


MAKLUMANโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐†๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ก๐š๐ญSatu Program Berbasikal Jelajah B...
09/12/2023

MAKLUMANโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐†๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ก๐š๐ญ

Satu Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat 2023 Siri 4.0 akan dijalankan pada 10 Disember 2023 Jam 7.30 Pagi hingga 2.00 petang Di Dewan Parit Raja sepanjang 120km

Laluan yang terlibat bagi Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat 2023 ialah :

1. Pekan Parit Raja , Jalan Sekolah Parit Raja , Jalan Parit Raja Darat,
2. Jalan Parit Botak,
3.Jalan Tanjung Labuh,
4.Jalan Sungai Suloh,
5.Jalan Simpang Lima โ€“ Parit Sulong,
6.Jalan Parit Jalil,
7.Jalan Bindu
8.Jalan Kluang.

Sehubungan dengan itu, kepada semua pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat 2023

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian Terima Kasih

24/11/2023

What people don't see...

Address

Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Semerah Keluargaku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share